BAB 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Keluar sahaja dari tempat pendaratan, matanya terus meliar memandang sekeliling. Sempat matanya membelek jam jenama Swatch yang membelit pergelangan tangannya. Jarum panjang sudah menuding ke angka 10 pagi. Pasti nya kedua orang tuanya sudahpun berada di ruang menunggu. Kata hati nya membuat tebakan.

Tidak mahu terus berlengah, langkah nya disusun menuju ke ruang menunggu. Bagasi beroda itu turut dibawa nya sambil sesekali matanya meliar mencari pasangan suami isteri yang sudah lama dia tidak jumpa.

Sudah hampir empat tahun rasanya, dia tak menjenguk Malaysia. Rasa nasi lemak pun dia sudah lupa. Al-maklumlah, sudah lama berada di UK membuatkan lidahnya kini sudah rasa terasing dengan makanan tanah air sendiri.

"Mikha!" seruan itu berjaya buatkan langkahnya mati.

Terus dia berpaling ke arah punca suara itu. Senyumannya terukir apabila melihat kelibat yang dicarinya tadi kini berada di depan mata. Hmm.. rasa rindunya terus berkecamuk. Ya Allah, sudah lama dia tak menghadap wajah syurga nya itu.

Puan Sri Adila sudahpun memeluk tubuh sasanya manakala Tan Sri Johari pula sudah tayang senyum bangga.

"Ya Allah, anak mama dah besar sekarang ni!!! Mikha macam mana? Sihat? Ada sakit tak sepanjang berada di sana?" soal Puan Sri Adila ingin tahu. Pelukan erat yang tadi dia berikan, dileraikan. Mahu berbual panjang dengan anak terunanya itu.

"Apalah soalan awak ni? Tengoklah badan dia itu. Sudah mengalahkan papanya pula!" usik Tan Sri Johari bagi menambah rencah lawak-lawak dalam perbualan anak beranak.

Tersengih malu Mikhael dibuatnya. Memang dia akui badannya agak berotot sedikit semenjak berada di UK dulu. Al-maklumlah, diapun dapat kawan yang kaki gym juga. So, mendapatlah hobi itu pada dia.

"Makin handsome pula, mama tengok Mikha ni. Dulu, melidi aje badan." mamanya pula tumpang sekaki mengusiknya.

"Bukan Mikha memang tampan sejak dulu ke, ma? Haih, mama ni." sambut Mikhael tidak mahu kemesraan itu terpadam.

Tertawa kecil Puan Sri Adila dibuat nya. Tan Sri Johari sudah tersengih sumbing.

"Mama kamu itu memang macam itu. Kalau papa tak sado dulu, jangan harap dia nak pandang." kali ini, isteri nya pula dijadikan bahan jenaka.

Kali ini, tawa Tan Sri Johari dan Mikhael pula meletus. Puan Sri Adila sudah memuncung. Merajuk pun cantik, mama Mikhael ini.

"Hmm.. ni kamu nak balik rumah kami dulu ke atau terus nak berangkat pergi rumah kawan kamu itu?" soal Tan Sri Johari sudah beralih topik.

Bila mendengarkan topik itu, Puan Sri Adila terus lupakan rajuknya tadi. Dia juga tertarik mahu membahas kan topik itu.

Mana tidaknya, baru sahaja balik daripada UK, Mikhael beritahu mereka berdua yang dia mahu menetap dengan kawannya di Johor buat sementara waktu. Katanya, ada urusan penting yang nak dibuat. Kalau sehari dua tak apalah juga, tetapi.. ini, sampai satu bulan. Hmm..

Terpaksa, dia menanggung rindu untuk sebulan lagi.

"Mikha ingat nak terus gerak pergi Johor aje. Karim pun kata dia dalam perjalanan sekarang ni." ujar Mikhael memberi jawapan.

Jelas kelihatan raut sedih Puan Sri Adila bertayang. "Kamu taknak singgah ke rumah dulu ke? Tinggal sehari dulu dengan kami?" nada wanita itu memujuk.

Mikhael hanya mampu tersenyum nipis. Tangan wanita itu dicapi nya lalu digenggam erat.

"Kalau boleh, Mikha memang nak ikut mama balik but for now, I can't. Mikha janji lepas ni Mikha takkan tinggalkan mama dengan papa lagi." Mikhael sudah angkat sumpah.

Sedihlah juga bila dengar mamanya pujuk begitu. Sudahlah empat tahun tak berjumpa, gila tak rindu? Kalau boleh, Mikhael mahu saja ikut ibubapanya pulang tetapi memandangkan dia sudah berjanji dengan kawannya, jadi mahu tak mahu.. Mikhael terpaksa turuti.

"Tak apalah. Papa faham. Kamu selesaikan dulu apa yang patut, nanti kalau dah baik.. baru balik rumah." tenang sahaja Tan Sri Johari mereda kan suasana sedih itu dari terus membelengu.

Tipulah kalau dia tak rasa sedih? Kalau ikutkan hati, mahu saja dia peluk si Mikhael itu ketat-ketat dan ikut merayu supaya anak terunanya itu tidak menjauh lagi daripadanya namun ego seorang ayah. Dia tidak mahu Mikhael nampak semua itu.

"Okay, pa. Mikha akan cuba selesai kan awal. Then, I will go home immediately." ujar Mikhael sudah mengikat janji.

Tersenyum Tan Sri Johari dibuatnya. Dia sekadar menepuk bahu Mikhael sebagai pendorong semangat. Puan Sri Adila yang nampak kelat, hanya mampu ukir senyum paksa.

Telefon pintar yang berbunyi, menganggu suasana rindu itu sementara. Segera Mikhael mengeluarkan telefon pintarnya lalu dia belek. Terpapar nama Karim pada skrin telefon pintarnya.

Satu keluhan berat dia lepaskan. Pandangannya dialihkan memandang wajah ibubapanya silih berganti. Sayu.

"Kawan kamu dah sampai ke?" soal Tan Sri Johari seperti dapat menebak raut wajah anak terunanya.

Mikhael mengangguk lemah. "Pa, Mikha pergi dulu."  pintanya sudah menghulur tangan.

Selesai bersalaman dengan papanya , Mikhael mendekati mamanya pula. Sayu wajah ibunya itu meninggalkan senyum sebak pada wajah Mikhael. Perlahan, dia capai tangan mama nya itu lalu diciumnya.

Puan Sri Adila tersenyum nipis. Mahu tak mahu, terpaksa dia ikhlas kan pemergian Mikhael buat kedua kalinya.

"Jaga diri kamu baik-baik. Jaga solat." ucap wanita itu sedikit lirih.

Mikhael mengangguk. Tak mungkin, dia akan lupakan pesanan mamanya yang satu itu.

"Baik, ma. Mikha pergi dulu. Assalamualaikum." ucapnya dan terus pergi meninggalkan ibubapa nya di belakang.

Sempat dia memberikan lambaian selamat tinggal sebelum akhirnya hilang dalam pusuan ramai.
...
Air Starbuck yang aku beli tadi, aku pandang kosong. Entah kenapa, hari ini rasa tak selera pula nak minum air kesukaan aku itu. Senang cerita, semua benda yang aku buat serba tak kena.

"Abang, betul ke si Mikha itu dah balik Malaysia?" soalan itu buatkan aku yang sedang leka bermain telefon pintarku terjeda sejenak.

Terus mataku mengerling ke arah mama yang mengambil tempat di  sebelah papa. Rasa macam dengar nama someone tadi?

"That's true. Mikha ada kat Malaysia sekarang tapi buat masa sekarang ni, dia ada kat Johor. Katanya, ada urusan." balas papa menyahut soalan mama.

Terkejut aku dibuatnya. Semacam tak percaya dengan apa yang papa kata. Lelaki itu dah ada kat Malaysia?!! Ya Allah, tiba-tiba pula aku teringat pada lelaki itu a.k.a saudara aku yang paling tua.

Mikhael Ahmad bin Tan Sri Johari adalah satu-satunya sepupu  yang aku dan abang Sufi ada. Tan Sri Johari ialah abang kepada papa aku, Tan Sri Syukri. Lelaki itu tua lima tahun daripada aku dan yurp.. mama selalu bandingkan dia dengan aku. Come onlah, dia belajar luar negara.. memang lah dia pandai speaking bahasa inggeris.

"Abang Mikha nak balik? Seriouslah pa?" entah dari mana, abang Sufi tiba-tiba sahaja mencelah.

Dia juga turut sama tertarik dengan topik abang Mikhael itu. Pfft.. Al-maklumlah, semasa abang Mikha itu masih ada kat Malaysia, lelaki itu selalu bawa abang Sufi jalan-jalan. Lelaki lah katakan. Bila aje waktu diorang tak lepak?

"Betul, Sufi. Kamu pun tak tahu ke fasal hal ini?" soal papa hairan.

Tersengih kerang abang Sufi menjawab. "Sufi dah lama lost contact dengan dia. Itu yang tak tahu itu." dia beri alasan bela diri.

Aku yang berada di situ masih tak bersuara. Aku cuba berlagak untuk tidak mahu ambil kisah fasal lelaki itu. Well, aku bukannya rapat sangat dengan dia pun. Masa kecil-kecil aje rapat, bila dah besar ini.. tak ada mood nak lepak dengan dia.

"Aik, Warda? Taknak tanya pape ke fasal abang Mikha? Tanya dia dah berpunya ke belum? Makin handsome ke tidak." sindir abang Sufi sengaja mahu mencari bahan.

Aku sudah mencebik geram. Ini yang malas ni! Buka sikit cerita fasal abang Mikhael, mesti abang Sufi gatal selit kan nama aku sekali. Tak guna punya abang! Nasib baik dia lelaki.

"Pa, tengok abang Sufi ni! Dia kenakan Warda!!!!!" rengekku lantang.

Papa dan mama sudah tersengih. Nampak macam mereka berdua juga turut sama membuat pakatan bersama dengan abang Sufi. Isy, tak sukalah macam ni!!!!

"Betul juga itu. Dulu, kamu pun bukan main teruja lagi bila si Mikha itu datang rumah. Mama pula yang lupa fasal hubungan kamu dengan si Mikha itu." mama sudah ikut jejak abang aku. Huh?!

"Apa ni, ma? Tak sukalah macam ni. Waktu itu, Warda kecil lagilah. Mana tahu apa-apa!" balasku sudah membela diri.

"Kecil-kecil lagi dah gatal. Haih, kalau dah besar ni.."

"Abang!!!!!!"

Habis satu rumah, aku kejar abang Sufi. Isy, dia itu kalau sehari tak membahan aku memang tak sah! Pleaselah, jangan ungkit zaman kanak-kanak aku?

Aku mengaku sewaktu aku kecil dulu, memang aku minatkan dia tetapi itu dulu. Bukannya sekarang. Aku dah besar dan aku juga sudah matang dengan perasaan aku sendiri. Entah-entah, abang Mikhael pun dah ada teman wanita sekarang.
Ehem..

Adalah juga dua tiga kali, aku spy dia punya twitter, instagram dan facebook. Aku pernah nampak gambar dia dengan perempuan. Tak tahulah, itu girlfriend dia ke apa.. tapi, aku terus cop perempuan itu sebagai teman wanita lelaki itu. Well, dia kacak kan? Takkan mungkin, tak ada girlfriend. Betul tak?

"Woi!" terjahan suara bingit itu menyedarkan aku daripada lamunan.

Terus mataku meluru ke arah Gina yang sudah mengambil tempat di sebelahku. Di hadapanku pula terlihat kelibat Laura, Jenny dan juga Atika. Mereka sudah pandang hairan bila tengok muka cuak aku.

"Kenapa dengan kau ni, Warda?" soal Jenny pelik.

Aku sudah terkebil. "Kenapa apa??" aku soal balik Jenny.

"Kau mengelamun lepas itu dok tenung air sendiri. Kalau nak minum, minum ajelah." celah Atika pula.

"Lepas itu, kitorang ajak shopping kau tak nak? Kau ada masalah ke?" kini, Laura pula bertanya.

Aku masih seperti tadi. Diam sambil meredakan rasa kaget yang masih belum pudar.

"Er.. tak adalah. Aku okay. Korang jangan risau. Biasalah.. pelajar." balasku dalam nada terkawal.

Yang lain sudah angkat kening. Macam nak tak nak aje percayakan aku tapi akhirnya mereka beralah.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro