BAB 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sempena 1st December sis update untuk readers kesayangan semua🥰

Jangan lupa vote and comment😉🤍

" xǐhuān ujar Hazreen kepada pelajar perempuan itu. Raut wajah perempuan itu pun sudah bertukar suram tambahan pula orang di sekeliling mereka mula berbisik.

Eryna yang mendengar itu mula menunjukkan blurnya. Sudalah dia masih lagi begginer dalam mempelajari bahasa Mandarin.

"Wǒ tu saya...." Otak Eryna mula meloading satu-satu perkataan yang di sebut oleh Hazreen. Masa-masa macam ni lah kau boleh jadi slow wahai otak marah Eryna di dalam hati.

"bù tidak...  nǐ tu awak aduhhh! xǐhuān tolonglah otak proses cepat-cepat" gesa Eryna.

"Haaaa suka! Saya tak suka awak!" jerit Eryna tiba-tiba sehingga semua mata memandang ke arahnya. Termasuklah Hazreen. Eryna terus sahaja tersenyum kekok sambil menundukkan wajahnya kerana malu dengan kelakuannya sendiri.

"Mulut kau ni memang tak boleh control betul la Eryna" marah Eryna terhadap dirinya sendiri.

Semua tidak menghiraukan Eryna dan terus berpaling semula memandang adegan di hadapan mereka. Kelihatan pelajar perempuan itu masih cuba untuk meluahkan perasaanya dan dengan berani menyentuh lengan Hazreen.

Hazreen menjeling tajam ke arah perempuan itu. Berani betul memegang lengannya tanpa fikir panjang kek yang berada di tangannya itu ditolak oleh Hazreen tepat-tepat mengenai muka pelajar perempuan itu.

"What the hell bro!" Ujar Hazreeq lalu terus berdiri mendekati Hazreen. Begitu juga Rayyan dan Aliq.

"Reen, dia perempuan kot" tegur Aliq sambil memaut bahu Hazreen namun Hazreen hanya diam.

Kesemua mereka tercengang dengan tindakan berani yang dilakukan oleh Hazreen. Eryna juga turut terkaku, sambil menekup mulutnya. Semamangnya benar lah apa yang dikatakan oleh pelajar di sini Hazreen seoarang devil yang sangat kejam tidak kira sama Ada dengan lelaki atau perempuan.

Dan hari ini, Eryna melihat betul-betul di hadapan matanya kekejaman Hazreen. Sungguh dia tidak mempunyai perasaan belas kasihan mahupun terhadap perempuan.

Pelajar perempuan itu cuba menahan tangisannya. Sungguh dia berasa malu dengan keadaannya sekarang, sudahlah di reject malahan mukanya pula penuh dengan krim kek.

"Se- senior" panggil pelajar perempuan itu dengan gagap. Dia berharap kejadian yang berlaku ini hanyalah tindakan tidak sengaja daripada Hazreen. Walaupun di perlakukan begitu, pelajar itu masih bersangka baik terhadap Hazreen.

"Aku takkan pernah suka dengan perempuan yang macam kau. Mark my words" ujar Hazreen sinis sekali risk wajahnya ketat sahaja. Mata pelajar perempuan itu sudah bergenang dengan air mata.

"Tapi-" belum sempat pelajar perempuan itu menghabiskan apa yang hendak dikatakannya terus sahaja Hazreen memotong dahulu. Dia mengeluarkan kata-kata sindiran yang sinis sehingga kesemua pelajar di cafeteria itu berbisik.

Eryna tidak tahan melihat pelajar itu menahan tangisannya dengan mukanya yang kotor memberanikan diri untuk membantunya.

"Hei!! awak ni memang takde hati perut eh sesuka hati je nak tengking perempuan macam ni" marah Eryna dengan berani sekali. Tindakan berani Eryna itu mengejutkan semua orang di situ. Tambah lagi satu masalah.

"Berani ye kau tegur apa yang aku buat. Kau fikir kau siapa huh?" Ujar Hazreen seakan-akan mengejek

"Su- suka hati lah! Daripada tadi saya perhati, saya diam je tapi sampai tahap menghina ni awak memang dah melampau!"

"Awak ingat awak ada rupa? Awak kaya? Semua orang suka awak? Kalau awak tak reti hormat orang takde gunanya betul tak semua?" Tambah Eryna lagi sambil melihat semua pelajar di situ namun tidak ada satu orang pun yang memberi respons terhadap apa yang dikatakan oleh Eryna.

Hazreen sudah berdecit sinis. Dia berjalan mengelilingi Eryna dan pelajar perempuan itu sempat dia melirik ke arah mata Eryna yang sedang gementar itu, tangannya juga menggengam erat pelajar perempuan itu.

Dengan beraninya Hazreen memegang dagu Eryna dan mendongakkan ke arah mukanya. Eryna sudah menelan air liur dengan payah sekali, matanya di pejam rapat kerana takut sekiranya Hazreen ingin memukulnya.

Bahu Hazreeq disenggol oleh Rayyan, Rayyan pula membuat muka pehal dengan abang kau tu? Hazreeq hanya mengangkat bahu.

"Dengar sini ye semua!!! Mulai hari ni perempuan ini hamba aku!!"jerit Hazreen supaya satu cafeteria dengar akan suaranya. Kemudian dia tersenyum sinis memandang muka manis Eryna.




Di bilik H4

Eryna ditolak masuk dengan kasar oleh Hazreen. Bagaimana dia boleh berada di dalam bilik khas kumpulan H4 ni? Macam ni ceritanya, sebaik sahaja Hazreen memberitahu dia menjadikan Eryna hambanya sehingga menyebabkan semua pelajar di situ tercengang.

Eryna ingin membantah namun belum sempat dia ingin membuka mulut lengannya ditarik kasar oleh Hazreen agar mengikuti langkahnya. Sudahlah dia pendek, terpaksa mengikut langkah besar si Hazreen.

"Hazreen!" Panggil ketiga-tiga rakannya serentak namun tidak diendahkan olehnya.  Terus sahaja mereka mengikuti Hazreen dan Eryna daripada belakang.

"Berani betul cute girl tu buat hal dengan Hazreen" ujar Hazreeq di dalam hati. Dia juga perasan tingkah laku yang pelik daripada kembarnya itu. Tidak pernah-pernah dia menyetuh perempuan selain daripada mummy Arisa dan Afiya.

Banyak kemusykilan yang muncul di dalam fikiran Hazreeq sekarang ini.

Jadi berbalik semula pada situasi tadi dimana Eryna ditolak masuk dan terduduk di atas sofa di dalam bilik kumpulan H4. Keempat-empat mereka berada di dalam bilik tersebut bersamanya.

Sumpah sekarang dia berasa takut, tangannya mula berpeluh ditambah pula renungan tajam daripada mata brown milik Hazreen membuatkan dia lagi gemuruh.

"Kenapa diam? Tadi berani sangat?" Soal Hazreen. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelaha Eryna.

"Answer me now Eryna Humaira" bisik Hazreen dengan suara huskynya yang mampu mencairkan mana-mana sahaja perempuan.

"I- I'm s- sorry" balas Eryna perlahan. Dia sudah berasa tidak selesa lagi-lagi apabila rakan-rakan Hazreen hanya melihat sahaja mereka berdua tanpa mahu menolongnya.

"Dah la tu wei! Kesian dekat dia" ujar Aliq tiba-tiba. Hazreen hanya memandang Aliq dengan wajah yang beku dan terus sahaja berdiri.

"Ingat ya! Mulai hari ni kau kena ikut cakap aku tanpa bantahan sebab kau hamba aku" Eryna tercengang dengan kata-katanya Hazreen. Nampaknya dia sudah tersilap langkah dan masuk ke kandang harimau.








Sori chapter ni pendek sikit👉🏻👈🏻

Btw cantik tak header yang sis buat🤭 hihi first time buat sendiri 

Tak lama konflik akan muncul hope u guys bersedia okay🥺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro