BAB 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jangan lupa vote and comment banyak-banyak okay😉🤍


"Errrr suara aku okay kan?" Soal Hazreen dengan kekok sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mukanya pula memerah sambil memandang Eryna.

"Aaaaa ye okay! Sedap" jawab Eryna gugup sekali. Entah mengapa dia pun malu.

"Tapi pandai awak main gitar" puji Eryna ikhlas. Hazreen tersenyum kecil mendengar pujian Eryna. Kedengaran ikhlas sekali Eryna memujinya.

Aliq disitu hanya memerhati sahaja adegan mereka. Kadang kala terasa meluat namun apakan daya terpaksa juga dia menghadap mereka.

Keadaan menjadi kekok semula. Masing-masing hanya diam. Tidak ada borak yang ingin mereka bicarakan.

Sedang Eryna leka memerhati sekelilingnya, tiba-tiba dia terlibat satu figura yang seakan dia kenali iaitu Shawn. Belakang tubuh lelaki itu seperti Shawn.

Namun Shawn mengatakan dia sibuk. Bagaimana pula dia boleh berada di majlis ini dan berborak dengan wanita lain. Eryna cuba untuk berfikiran positif. Dia tidak mahu ini akan mencetuskan pergaduhan antaranya dengan Shawn nanti.

Hazreen perasan akan pandangan Eryna namun dia hanya membiarkan sahaja. Sememanganya dia sudah perasan akan kehadiran Shawn sejak tadi lagi.

Tiba-tiba ada pelayan menghantar mereka minuman.

"Silakan minum" ujar pelayan tersebut sambil meletakkan minuman buat Eryna dan Hazreen.

"Aikkk aku punya?" Soal Aliq kepada pelayan tersebut. Pelayan tersebut menunduk memohon maaf lalu mengambil minuman lain buat Aliq.

"Pelik-pelik je orang kat sini" bebel Aliq tidak puas hati.

Eryna cuba untuk menenangkan perasaanya sambil meneguk air yang disediakan oleh pelayan tadi.

Sedang mereka menikmati persembahan majlis tersebut. Tiba-tiba sahaja Hazreen merasakan seperti ada tangan yang menjalar di sekitar pinggangnya.

Ternyata Eryna sedang memeluknya namun seperti ada yang pelik pada gadis itu. Mukanya memerah dan berpeluh seperti sedang mabuk. Hazreen cuba untuk menyedarkan Eryna namun tindakan Eryna yang berani mengigit lehernya itu mengejutkannya dan rakan-rakannya.

"Awwwww! Kau pehal?" Soal Hazreen kesakitan sebaik sahaja dia menolak wajah Eryna jauh daripadanya. Eryna hanya tergelak seperti orang yang tidak betul

"Kenapa Eryna macam orang mabuk? Kau bagi dia minum ke apa?" Soal Rayyan yang disebelahnya.

Hazreeq yang berada di sebelah Eryna mencapai gelas minuman Eryna yang telah kosong itu. Dihidunya gelas tersebut.

Jelas kerutan di dahi Hazreeq.

"Siapa yang hidangkan minuman?" Soal Hazreeq sambil memandang Hazreen dan Aliq.

"Aku rasa, ada orang letak pil khayal dalam minuman ni. Cuba kau bau" dia menghulurkan gelas itu kepada Hazreen. Ternyata benar, bau jus tersebut sedikit berlainan daripada bau asalnya.

Tetapi siapa? Mengapa pil tersebut diletakkan dalam minuman Eryna.

Dia mula melihat wajah Eryna yang polos itu, gadis itu seperti tidak dapat mengawal dirinya sekarang. Malah dirinya dipeluk erat oleh Eryna.

"Wangiiii heeeee" ujar Eryna sambil tergelak kecil. Tindakan Eryna semakin lama semakin agresif dan tidak dapat dikawal.

Tangannya semakin menjalar di seluruh sut yang dipakai oleh Hazreen. Hazreen pula sudah merasa tidak selesa, dan tidak mahu pelajar lain memandang serong ke arah Eryna.

"Guys... Korang kena tolong aku" ujar Hazreen sambil memandang ketiga-tiga rakannya. Mereka bertiga memandang sesama sendiri lalu menganggukkan kepala.



"Pelayan bodoh!" Marah Zara sambil menghentak beg tangannya. Geram betul, apa yang dirancangnya musnah gara-gara pelayan itu tersilap.

"Why babe?" Soal Suria. Pelik melihat sahabat baiknya itu marah-marah. Padahal tadi dia sedang seronok enjoy dan menari.

"I geram lah! I nak perangkap Hazreen tapi pelayan bodoh tu tersilap bagi minuman tu dekat perempuan kampung tu." Ujarnya geram.

"Ishhh takkan i nak tidur dengan perempuan kampung tu pula" marah Zara lagi.

Sejak tadi dia memerhati Hazreen dan dia melihat adegan dimana Eryna memeluk dan bermanja dengan Hazreen. Sepatutnya Hazreen bersama dengan dia sekarang ini.

"So now, why not you perangkap gadis kampung tu je?" Ujar Farina sambil tersenyum sinis. Zara memandang Farina dengan pandangan ingin meminta penjelasan.

Kemudian mereka berbisik dan Zara mula tersenyum sinis.

"Well ni Farina, the genius" ujarnya sambil memflip rambutnya yang berkarat itu.

Mereka mula mencari Shawn yang sedang lepak di penjuru Dewan itu. Ya mereka mahu menggunakan Shawn untuk memerangkap Eryna. Lagipun Shawn merupakan bekas teman lelaki Zara jadi sudah tentu Shawn setuju kerana dia kenal sangat dengan perangai playboy Shawn.

"Hey babe! Tiba-tiba muncul depan i ni kenapa? Rindu ke?" Soal Shawn sambil cuba mendekati Zara namun cepat-cepat Zara menepis tangan Shawn.

"Wow garang!" Ejek Shawn

"You jangan macam-macam ye Shawn, rindu i dekat you tu dah lama pupus okay. I nak minta tolong you sikit je" ujar Zara sambil memberi isyarat kepada Farina agar memberitahu rancanganya.

Shawn hanya tergelak besar mendengar pertolongan Zara.

"You nak suruh i perangkap girlfriend i sendiri?" Soal Shawn bersama dengan sisa tawanya.

"Well you bukannya cinta pun kan dengan dia, ingat i taktau tu semua dare je... Lagipun i nak you malukan dia biar Hazreen benci dia. You kena tolong i okay" ujar Zara separa merayu kepada Shawn.

"You je harapan i Shawn"

Shawn hanya smirk ke arah Zara. Kemudian dia berbisik sesuatu. Zara hanya mengangguk setuju. Dia tidak kisah asalkan rancanganya berjaya.

Kau pasti akan malu perempuan and aku yakin Hazreen akan benci perempuan murahan macam kau. Bisik Zara dengan dendam yang membara.


"Ni bro!" Hazreeq terus sahaja meletakkan kunci bilik hotel di hadapan Hazreen.

Kelihatan Eryna semakin meleset Dan memeluk Hazreen dengan manja. Tidak menyangka gadis itu boleh jadi seperti ini. Siapalah yang berani mahu memerangkap Eryna.

"Kau yakin ke kau boleh handle ni?" Soal Aliq. Risau juga melihat Eryna yang seakan tidak dapat mengawal nafsunya. Takut nanti Hazreen juga tidak dapat mengawal.

"Aku boleh, tak perlu ris- awwwww sakit sial!" Marah Hazreen apabila Eryna bertindak memicit putingnya dengan kuat sekali.

"Hihihi gerammmm" ujar Eryna dalam keadaan mabuk. Dia sendiri tidak dapat mengawal dirinya. Entah mengapa dia berasa geram dengan Hazreen seperti tidak mahu melepaskannya.

Hazreeq dan Rayyan cuba untuk menahan tawanya. Berani betul si Eryna ini.

"Woooo bro! Ganas betul eh" ejek Hazreeq bersama tawanya.

"Baik kau bawa dia pergi bilik, aku risau kang ada yang buat adegan tak senonoh dekat sini" tambah Rayyan pula.

"Nanti kau bawa kereta aku balik sekali and beritahu mummy daddy pasal ni aku tak nak diorang risau" pesan Hazreen kepada Hazreeq.

Hazreen pun mengambil kunci bilik tersebut lalu memapah Eryna meninggalkan rakan-rakannya.

Dia bukan tidak mahu membawa Eryna pulang ke rumah, namun ada sesuatu yang tidak kena jadi dia perlu siasat siapakah dalang disebalik semua ini.

Dia yakin pasti orang yang terdekat mahu memerangkap Eryna ataupun dirinya. Nampaknya dia perlu laksanakan rancanganya secepat mungkin.

"Aku kena beritahu daddy yang reen dalam masalah sekarang ni" bisik Hazreeq lalu meninggalkan majlis tersebut bersama-sama Rayyan dan Aliq.





So how this chapter? Mesti suspens Kan🤣

Happy 50K 🥺🎊
Thankyou guys tanpa korang sis tak dapat capai 50K😚🤍

Disebabkan dah cecah 50K, sis open Q&A. So anything you guys nak tanya boleh lah tanya orite🤗✨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro