BAB 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Berdasarkan poll kat ig sis ramai nak pukul 8 so here!!!🤣

Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 😉🤍



Shawn keluar dari hotel tersebut dalam keadaan yang bengang. Tiang lampu itu disepak-sepak olehnya untuk melepaskan geram. Sakit di pipi masih terasa.

"Tak guna Hazreen!" Maki Shawn

"Tunggu pembalasan dari aku" bisik Shawn.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah pergi dia terdengar satu suara memanggilnya.

"Shawn!" Jerit Zara sambil berlari ke arahnya. Tubuhnya Shawn ditolak kuat oleh Zara sehingga dia hampir terjatuh.

"You ni kenapa haaa!" Tengking Shawn dengan bengang. Sudahlah marah dia masih tidak habis lagi.

"You tanya i kenapa? You tu yang kenapa? Sepatutnya sekarang you dalam bilik berdua dengan perempuan kampung tu" marah Zara

Dia ingatkan dia tersalah melihat orang ternyata memang benar itu Shawn. Pelik melihat Shawn yang berada di luar hotel itu membuat Zara tidak sedap hati.

Dia tidak mahu rancanganya hancur lagi.

"You lupa ke?" Tengking Zara lagi kuat.

"You ni memang bodoh ke Shawn, i dah call orang until tangkap you dengan dia berdua-duaan dalam bilik. Ahhhhh tak guna lah!" Zara menghentakan kakinya geram. Mulutnya tidak henti-henti memaki hamun Shawn.

Shawn sudah hilang sabar terus sahaja menampar pipi Zara dengan kuat. Terkaku gadis itu selepas ditampar Shawn.

"Mulut you tu jaga sikit eh! I tengah panas dengan jantan tu lepastu you pulak nak bodohkan i haa perempuan" marah Shawn semula.

Zara menggosok pipinya perlahan. Pertama kali dirinya ditampar oleh seseorang. Papanya sendiri tidak pernah naik tangan terhadap dirinya.

"You dah call pihak JAIS haa baguslah biar Eryna tu kena tangkap khalwat dengan si Hazreen tu. Biar diorang malu baru puas hati i" ujar Shawn sinis.

"A-apa you cakap ni?" Soal Zara gagap.

"Kurang jelas ke apa i cakap? Sekarang ni lelaki pujaan you tu sedang berdua-duaan dalam bilik dengan Eryna jadi dapatlah diorang kahwin free nanti. HAHAHAHA" ujar Shawn lalu meninggalkan Zara berseorangan.

"Padan muka kau, Hazreen. Biar family kau malu" Bisik Shawn perlahan sambil tersenyum puas.

Zara pula hanya kaku, otaknya masih cuba menghadam kata-kata daripada Shawn tadi.

Kemudian dia pun menjerit sekuat hatinya apabila menyedari segala rancanganya hancur.

"Arghhhhhhhhhhh! TAK GUNA!" Jerit Zara.

"Hazreen milik aku! Milik aku!"


Hazreen pun terjaga dari tidurnya, kemudian dia melihat Eryna yang sedang duduk termenung di atas katil seperti sedang memikirkan sesuatu. Tanpa membuang masa, dia mendekati gadis itu.

"Kau fikirkan hal semalam ke?" Soal Hazreen.

"Haa urm saya tak ingat apa yang terjadi semalam tapi-"

"Shawn dah putuskan kau" beritahu Hazreen terus, dia tidak mahu berdalih lagi biarlah Eryna tau segala-galanya.

Wajah Eryna bertukar suram, ternyata apa yang dialaminya semalam bukan mimpi. Apa yang dia dengar semalam bukan mimpi.

"Aku tau susah untuk kau terima tapi dia bukan lelaki yang baik untuk kau" Hazreen cuba untuk menenangkan Eryna.

Kelihatan tubir mata Eryna mula berair. Namun dia masih cuba untuk mengukirkan senyuman di hadapan Hazreen dia tidak mahu kelihatan lemah.

"Saya tahu, saya pernah nampak dia keluar dengan perempuan dan masa tu saya masih cuba untuk bersangka baik dan masih menafikan itu Shawn" luah Eryna.

"Sebab saya sayangkan dia tapi-" Eryna tidak mampu menghabiskan kata-katanya. Tangisannya mula memenuhi ruangan bilik tersebut.

Sakit apabila mengetahui yang dia hanya menjadi pertaruhan sahaja oleh Shawn. Apalah salah dirinya sehingga diperlakukan sebegitu oleh orang yang dia percaya.

Perlahan-lahan Hazreen menarik Eryna kedalam pelukannya. Dia cuba untuk memujuk Eryna sambil menggosok perlahan belakang gadis itu.

"Shush! Aku tau kau kuat, jangan risau okay aku selalu ada untuk kau" bisik Hazreen. Eryna berasa tenang dalam pelukan Hazreen.

Tok! Tok!

"Biar aku pergi buka, rasanya tu Hazreeq" ujar Hazreen lalu melepaskan pelukannya. Dia menelefon Hazreeq tadi supaya menjemputnya dan Eryna pulang.

Namun sebaliknya, ternyata bukan Hazreeq yang mengetuk pintu bilik mereka.

"Kami dari pihak JAIS, kami dapat aduan mengatakan ada pasangan yang bukan mahram berdua-duaan di dalam bilik ini" ujar pihak JAIS itu bersama-sama dengan 4 orang lelaki yang lain.

Kelihatannya Eryna sedang duduk di atas katil hanya memandang Hazreen bersama-sama dengan pihak JAIS itu.



Kini mereka berada di rumah keluarganya Hazreen. Mereka berdua duduk menghadap kesemua ahli keluarga Hazreen.

Haufan memandang tajam sahaja ke arah mereka berdua. Eryna hanya mampu menunduk takut melihat pandangan tersebut sama seperti Hazreen merenungnya.

"Mind to explain?" Soal Haufan sambil memandang Hazreen. Hazreen hanya menunjukkan riak wajah yang tenang sahaja.

"Kitaorang tak buat apa-apa pun, tiba-tiba je diorang datang tangkap kitaorang" jawab Hazreen selamba

"Lagipun reeq yang lambat sampai, kalau tak kitaorang tak kena tangkap basah" ujar sambil memandang Hazreeq yang duduk bersahaja di sebelah Aira.

"Aik aku bukan saja-saja lambat, lagipun jalan jammed pagi-pagi orang sibuk pergi kerja betul tak mummy?" Hazreeq mula menempel dengan Aira untuk meminta pertolongan.

"Abang..." Panggil Aira lembut tangan Haufan digenggam oleh Aira lembut.

"Aira yakin Hazreen takkan buat yang bukan-bukan" pujuk Aira

"Abang tau sayang, tapi abang rasa tak sedap hati semua ni macam tiba-tiba" ujar Haufan musykil

"Abang jangan risau okay. Lagipun diorang dah selamat menikah kan" ujar Aira lagi sambil memandang tepat mata Haufan. Dia yakin Hazreen mampu untuk menjaga Eryna.

Aira memandang Eryna yang hanya menunduk. Kemudian dia tersenyum kecil.

"Ye sayang" Haufan pun mengalah namun dia masih tidak puas hati. Dia perlu cari tahu siapa yang mencari masalah dengan anaknya itu.

"Selamat datang ke keluarga kami" ujar Aira kepada Eryna. Aira gembira menerima kehadiran Eryna sebagai menantunya. Walaupun mereka bernikah tanpa ada majlis Aira tetap bersyukur.

Dia mendekati Eryna dan memeluk gadis itu.

"Welcome to our family sister in law" ujar Hazreeq sambil menepuk bahu Hazreen.

Eryna tersenyum kecil kerana malu namun timbul juga rasa gembira di hatinya kerana keluarga Hazreen menerima kehadirannya dengan hati yang terbuka. Kini statusnya sudah berubah.

Buat seketika dia terlupa akan kesedihan yang dialami. Bagaimana dia mahu menghadap atau berhadapan Shawn nanti.

Hazreen turut gembira melihat. Dia berjanji akan menjaga Eryna sebaik mungkin.

Kemudian dia memandang Haufan. Haufan membuat isyarat mata seperti menyuruh mencari siapa dalang disebalik semua ini. Dia tidak mahu ada orang yang menyakiti anak dan menantunya nanti.

Apa yang terbaik untuk keluarganya, Haufan pasti akan sokong.




How this chapter?😬

Happy moments 🤭🤍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro