BAB 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hello guys! Baru sempat update ingatkan nak update semalam tapi tak sempat 😂 jadi sis update la sempena tahun baru ni. Selamat Tahun Baru semua🥰

Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 😉✨


Mereka berempat duduk di bangku yang berdekatan. Si kecil dua orang itu duduk di tengah-tengah antara Eryna dan Kevin sambil memakan aiskrim yang dibeli oleh Kevin.

"Jadi.... Dah lama kenal Hazreen?" Soal Kevin namun Eryna hanya menggelengkan kepalanya.

"Ayooo segan ke... Chill young girl since you dah jadi sebahagian keluarganya Haufan means kita ni satu keluarga juga okay! Haaa dengan Ayan yang garang tu"

"But you can call me papa Kevin, sebab diorang semua panggil i papa. Betul tak fiya?"

"Betul! Betul! Papa Kevin handsome"

"Tapi single" tambah Hilman seakan mengejek.

"Aaaaaaa jangan dimention single-single ni, sensitif hati ni Hilman oi" kata-kata Kevin itu hanya mengundang tawa daripada mereka.

"Errrr kenapa papa tak kahwin lagi?" Soal Eryna kekok, kekok disebabkan perkataan papa itu. Dia tidak terbiasa memanggil Kevin sebegitu lagi.

Namun dalam hatinya terdetik, kenapa lelaki sekacak Kevin ini walaupun umur sudah meningkat masih belum berpunya. Sayang sekali ye.

"Papa bukan taknak kahwin tapi itulah takde calon yang sesuai" keluh Kevin.

"Penipu!" Jerit satu suara dari arah belakang Kevin.

"Ehh awak dah habis jogging ke?" Soal Eryna

"Kau tak payah lah percaya cakap orang tua ni"

"Woah semakin laser ye mulut lepas dah kahwin ni" sempat lagi dia membalas sindiran Hazreen dengan menyindirnya kembali. Dia yang malas mahu melayan terus sahaja menukar topik.

"Papa Kevin buat apa dekat sini?" Soal Hazreen.

"Daddy kau la halau papa sebab tu papa ada dekat sini. Geram betul!" Adu Kevin.

Teringat pula kejadian tadi dimana dia dihalau oleh Haufan. Sudahlah dia datang seorang tidak ditemani Ayan kerana Ayan ada blind date yang dibuat oleh keluarganya. Aira pula tidak mahu menolongnya tadi. Apalah nasib.

"Biasalah Daddy" balas Hazreen bersahaja.

"Geram je papa nak tumbuk daddy kau tu!"

"Dah alang-alang papa dekat sini, tolong la tengok-tengokkan Afiya dengan Hilman ni" tangan Eryna diraih olehnya lalu menarik Eryna mengikuti langkahnya.

"HEI! NAK PERGI MANA?" jerit Kevin dengan kuat memanggil Eryna dan Hazreen yang semakin menjauh malangnya diorang mengabaikanya.

"Apalah nasib... Kena halau lepastu jadi babysitter pula" dia memandang Afiya dan Hilman yang comot disebabkan aiskrimnya. Rasa menyesal pula membelikan mereka aiskrim sekarang dia yang perlu membersihkan mereka.

"Papa! Habis!" Jerit mereka serentak sambil tersengih. Kevin hanya mampu mengeluh perlahan lalu membawa mereka ke tandas berdekatan.

"Kita nak pergi mana? Kesian dekat papa Kevin"  soalnya apabila semakin menjauh daripada Kevin.

"Saja nak jalan berdua dengan kau.. Tak boleh ke?" Soal Hazreen sambil membuat muka.

"Emm kau dah okay pasal hal tadi tu?"

"Okay emm terima kasih" ucapnya perlahan. Eryna malu namun hatinya juga turut gembira dapat berjalan bersama Hazreen.

"Apa-apa sahaja untuk kau" kepala Eryna digosok perlahan.

"Aduh... Dia ni sengaja buat orang cair ke apa" bisiknya perlahan.

"Kau malu ke? Kalau kau malu aku tak buat dah"

"Ehhh tak! Saya suka!" Secara spontan sahaja perkataan itu keluar dari mulut Eryna. Cepat-cepat dia menekup mulutnya. Matilah bisiknya di dalam hati.

Hazreen tersenyum sinis mendengar kata-kata Eryna. Dia pun mendekati wajah isterinya itu.

"Kalau nak lebih dari tu pun boleh" bisik Hazreen berserta senyuman yang membunuhnya. Perlahan-lahan dia menolak tubuh Hazreen agar menjauhinya kerana mereka berada di tempat umum.

"Kita.... Kita bincang hal ni dekat rumah lah!" Ujar Eryna malu-malu lalu berlari meninggalkan Hazreen di belakang. Hazreen hanya tergelak kecil.

"Siapa sampai dekat papa Kevin dulu dia menang!" Jerit Eryna yang semakin menjauh. Hazreen tanpa membuang masa terus sahaja berlari mengejar langkah Eryna. Dia tidak boleh kalah!



Malam pun melabuhkan tirai. Mereka sekeluarga pun telah selesai makan malam bersama termasuklah Kevin. Katanya rindu dengan masakan Aira.
Aira juga membenarkan Kevin bermalam di rumah mereka malam ini disebabkan hari sudah lewat.

Jadi Hazreeq tidak tidur berseorangan lah malam ini.

Hazreen dan Eryna pula sudah pun masuk ke bilik mereka lebih awal kerana ada sesuatu yang mahu dituntut oleh Hazreen.

"Jadi.... Aku menang" ucapnya dengan bangga sambil tersenyum sinis ke arah Eryna.

"Hadiah?"

"Hadiah apa yang awak nak? Saya ni takde banyak duit" jawabnya polos sekali. Dia tidak mengerti hadiah apa yang dimaksudkan oleh Hazreen.

"Kalau awak nak hadiah juga, Saya mampu beri yang biasa-biasa je" Hazreen terus sahaja berjalan menuju ke balkoni biliknya meninggalkan Eryna seorang diri di atas katil.

"Dia marah ke?" Bisik hati Eryna, lalu terus sahaja mengikut langkah suaminya itu.

Sungguh cantik dan indah pemandangan pada malam itu. Angin malam meniup perlahan ke wajahnya. Kelihatan rambut Hazreen bergerak mengikut arah tiupan angin.

Sungguh kacak sekali jika dilihat dari dekat. Hidungnya yang terletak elok berserta mata hazelnga yang mampu membuatkan semua wanita cair melihatnya. Berutung sekali Eryna kerana dapat melihatnya sedekat ini.

Jantungnya mula berdegup kencang.

"Awak marah?" Soalnya perlahan.

"Kenapa aku nak kena marah?" Soalnya kembali.

"Aku taknak pun hadiah mahal-mahal daripada kau. Aku tak pernah pun nak meminta hadiah daripada orang, tapi apa yang aku nak cuma satu je"

"Hati kau"

"Aku nak cinta yang tulus daripada kau" ujar Hazreen tanpa memandang Eryna namun kata-katanya itu membuatkan Eryna kelu seketika.

"Aku tak pernah jatuh cinta dan kau perempuan pertama yang buat aku rasa macam ni. Takde perempuan yang pernah hadir dalam hidup aku kecuali mummy, Arisa dengan Afiya. Tetapi kau berjaya cairkan hati aku yang beku ni, kau je Eryna Humaira"

Dia mula berpaling menghadap Eryna. Dia memandang tepat ke mata isterinya itu. Dahinya dirapatkan dengan dahi Eryna.

"Aku cintakan kau" luah Hazreen dengan matanya yang terpejam.

Tangan Eryna perlahan-lahan memegang pipi milik Hazreen. Dia tersenyum kecil dengan matanya yang sudah mula berair.

"Saya... Saya pun cintakan awak" akhirnya terluah kata-kata yang tersimpan di lubuk hatinya itu. Dia berjaya meluahkan rasa itu terhadap Hazreen sekarang bersama tangisan kecil.

Hazreen terus sahaja menarik Eryna kedalam pelukannya. Dipeluknya dengan erat sekali seperti tidak mahu lepas.

Bahagia? Itulah yang mereka rasai sekarang ini.

"Aku tau... Aku tau kau pun cintakan aku" bisiknya.

"Maaf-"

"Tak perlu minta maaf, cinta dan perasaan perlukan masa dan aku yakin kalau aku sabar kau akan cintakan aku juga" pelukan dilepaskan. Mereka memandang satu sama lain. Air mata Eryna dikesat oleh Hazreen.

"Malam ni sejuk kan" ujar Hazreen tiba-tiba.

"Hah?"

"Apa kata kau dengan aku panaskan badan" Hazreen menarik tangan Eryna agar masuk ke dalam bilik mereka.

"Malam ni milik kita!" Ujarnya sebelum mencium lembut bibirnya Eryna. Akhirnya mereka menjalankan tanggungjawab mereka sebagai suami isteri pada malam itu bersaksikan malam yang sungguh indah.


Keesokan paginya, Eryna bangun sedikit lewat disebabkan aktivitinya semalam bersama Hazreen. Apabila dia teringat hal semalam pipinya mula membahang.

Lehernya dibelek-belek di hadapan hadapan, begitu banyak Hazreen meninggalkan kesan. Mujur sahaja hari ini dia tiada kelas namun kesan ini harus juga ditutup takkanlah dia mahu menunjukkan di hadapan keluarga Hazreen.

Hazreen pula sudah berangkat ke Universiti dan dia berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku semalam. Hazreen tetap Hazreen walaupun sudah meluahkan perasaan sikap dinginnya itu tidak akan hilang namun sikap possessive dan cemburunya semakin meninggi.









Yeay!💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro