➶| 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

❝ Since I'm your guardian, and you are someone I have to take care of.❞

✍✍

____________




Hoshi mengetap bibirnya tanpa sedar. Terkejut dengan muka kebingungan Hayeon di depannya.

"Hoshi, jawablah. Siapa dia?"

Automatik dia melihat ke arah Jun yang terkesima.

"Eh, awak tak ingat ke? Jun tu kucing.." katanya cuba mengingatkan gadis itu.

"Siapa?" keningnya terangkat sebelah.

Hoshi kehilangan kata kata.

"Tak apalah. Bukan sesiapa.."

Dia tersenyum senget dihujung.
__________

"Ha awak Jihoon abang kepada Seokmin dengan Hansol kan? Saya Hayeon."

Jun cuba menyembunyikan wajahnya dengan buku. Mengelak dari bertemu pandangan Hayeon di sebelah yang sedang menegur Jihoon.

Dengan fikiran bercelaru, entah kenapa dia rasa sedih.

"Aigoo, kesiannya.." suara Minghao terdengar dari luar tingkap.

Ah, dia.. Pasti sedang bertenggek di situ. Mentang mentanglah manusia tak boleh nampak dia.

Jun merendahkan lagi buku sehingga menutup keseluruhan mukanya.

Tidak mahu melihat makhluk itu sekarang.

Minghao tersenyum melihat Jun dengan pandangan datar.

"Kau.. sedih ke?" ujarnya.

Malangnya Jun tidak membalas. Walaupun sekadar anggukan.

Minghao mengeluh kecil.

"Haih, kucing.."

Sebab kau adalah sesuatu yang perlu aku jaga, aku tak boleh biarkan kau terus bersedih.

Minghao membuka genggaman tangannya lalu keluarlah rama rama berwarna warni terbang di sekeliling mereka.

Jun mengalihkan sedikit buku tadi dan melihat rama rama ghaib itu berterbangan di sisinya.

Betul, kucing sukakan serangga terbang. Seperti rama rama?

Minghao mengukir senyuman manis.

"Jangan risau. Guardian Angels cuma mengubah ingatan dia.."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro