➶| 34

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

❝ Just another story that you forget.❞

✍✍

__________








2 minggu kemudian..

Hujan yang renyai renyai di luar, ditemani pula dengan udara yang dingin di pagi hari.

Kelihatan seorang remaja sedang berjalan dengan payung. Menyeberangi jalan yang sunyi, dia hanya melakukan itu walaupun sudah hampir dua minggu.

Daun pintu ditolak, lalu payungnya diletak di tepi.

"Selamat pagi." ucap Hoshi dengan senyuman manis.

Jihoon dan dua adiknya melambai.

Sempat juga dia mengusap Jun yang masih berwujud kucing di atas meja.

"Meow."

Sudah dua minggu seperti itu, dan rasanya seolah olah sudah menjadi kebiasaan kepadanya untuk datang ke sini setiap hari.

Kerana Jun perlu sentiasa berada di sini.

Hoshi terdiam sejenak.

Grandma Fairy pun sedang berusaha nak pulihkan Jun.

Dan Guardian Angels sendiri tak mahir untuk itu.

Dia melihat Jun.

Walaupun dari sekarang mungkin sudah tidak lama lagi waktunya, kalau boleh, dia pasti Jun mahu tetap kembali sebagai manusia.

Heh, dia telah kenalnya selama 10 tahun.

Hoshi menghadiah senyuman kepada Jun. Dalam diam hatinya menahan keluhan berat.

"Hai, Jun. Kau sihat? Aku sihat je. Omma dan appa pun sama." matanya redup memerhati.

Jun melihatnya juga.

"Ya.. aku tahu.." ucapnya dengan suara yang perlahan.

Hoshi membawa Jun kepada rakan rakannya.

"Aku pasti kau akan kembali macam dulu."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro