➶| 37

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

❝ See you make me happy without any reason.❞

✍✍
_________











Jun melangkah keluar sambil membawa satu jambak bunga di tangan.

Hadiah daripada Grandma fairy.

Bau yang harum dari bunga bunga itu menusuk hidungnya. Jun memejamkan mata sambil mendongak ke langit yang cerah.

Tiga hari lagi.

Akan kah ia berakhir dengan baik?

Tak lama selepas itu, dia melihat sekeliling seolah olah mencari sesuatu.

"Hei, cari aku ke?"

Ya, suara ini.

Jun menoleh ke belakang.

Heh, siapa lagi?

Makhluk yang selalu ada bersama sejak dahulu lagi. Entah siapa namanya, tapi dia sangat baik hati.

Ya, dia mengetahui itu.

Jun tersenyum menyambut kedatangan putera katak itu.

"Ya."

Minghao tersenyum sinis.

Berdiri berhadapan dengan Jun, sedar tidak sedar Jun yang dahulunya hanya separas pinggang sudah sama tinggi dengannya.

Masa berlalu dengan cepat.

"Kau nak minta tolong aku ke?" teka Minghao.

Jun menyiakan kata katanya.

"Nak tanya rumah perempuan tu ke?" tekanya lagi sambil diiringi senyuman sinis.

Jun melopong kecil.

"Macam mana awak tahu?"

Putera katak itu tertawa kecil.

Memang, dia sentiasa tahu apa yang berlaku pada Jun.

"Terima kasih." untuk kali pertama dan terakhir, Jun memberi sebuah senyuman ikhlas kepada Minghao lalu memeluknya.

Dengan sejambak bunga di tangan, dia mengucapkan terima kasih.

Di kedai bunga ini, tempat pertama kali mereka bertemu 10 tahun lalu, sekali lagi mereka bertemu dalam keadaan ini.

Seperti pertemuan terakhir mungkin?

Minghao seperti biasa, tidak membalas apa apa.

Jun melepaskan pelukan lalu menyengetkan kepala.

"Tapi kan.. Sebenarnya awak ni siapa?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro