➶| 41

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

❝ Cover my eyes.❞

✍✍
_________








Seungkwan menoleh ke belakang.

Nafasnya termegah megah bersama tubuh yang gementar kerana keputusan nekad dia.

Betul betul, target dia sudah jatuh terbaring!

Dia di dalam tubuh manusia yang dirasuki ini, perlahan lahan cuba untuk keluar dari kereta walaupun kepalanya sudah tercedera.

"Celaka punya kucing!"

Dalam hidup dia pun, dia tak pernah memandu kereta. Itu kali pertamanya.

Langkah kaki yang berjalan seperti orang mabuk, mula mendekati tubuh yang sudah kaku itu dengan lumuran darah.

Taburan bunga mawar diinjak seperti tiada apa.

Seungkwan ketawa gila. Tubuh manusia yang dirasukinya makin melemah dan ikut jatuh di tengah jalan.

Sementara Seungkwan kembali dalam bentuk roh dia. Terukir satu bait senyuman sinis.

"Betul ke dah mati?" bisiknya sendiri.

Bolehlah dia guna tubuh ni selepas ini.

"Pergi mati."

Satu suara dingin dan datar menerpa telinganya.

________

Minghao pov

Aku berdiri lemah melihat Jun dari sisi jalan.

Tak tahu mengapa, sepertinya kaki aku tiada kekuatan untuk mendekatinya.

Keluhan berat dilepaskan.

"Yelah, apa boleh buat?" kata Jeonghan yang tiba tiba muncul di sisiku dengan pasrah.

"Kucing yang bertuah.." Jisoo juga turut menyampuk.

Mereka berdua berdiri dikedua sisi aku yang berada di bawah alam sedar.

Dasar, malaikat mana pernah ada perasaan seperti ini! Berhentilah berlakon baik depan aku.

"Tolonglah.. Sekurang kurangnya hantarlah manusia untuk tolong dia!" pinta aku kepada mereka.

"Celaka punya kucing!"

Kami mengalihkan pandangan. Eh, nanti..

"Hantu tu.. Kurang ajar!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro