➶ | 43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

❝ In another life, I'll make you stay.❞

✍✍
__________



"Tolong ampunkan saya."

Rayuan yang berlolongan seperti tiada hentinya itu, bergema di seluruh pejabat rasmi kerajaan langit.

Didengari oleh penduduknya dengan tanda tanya. Siapakah yang telah cuba melawan aturan kali ini?

Boo Seungkwan, pesalah yang menghuru harakan keadaan, terpaksa diheret ke sini untuk menuntut pembalasan.

Dia merayu simpati dengan tangan yang digari dengan besi.

"Kucing yang tak bersalah telah mati akibat sikap tamak dengan dengki kamu. Kau juga telah membuat manusia mula menyoal kesilapan ini!"

Satu suara keras membentaknya tanpa simpati.

Guardian Angels sebagai pendamping di kiri dan kanan. Jisoo membuka mulut.

"Berikan alasan kau."

Seungkwan tertunduk. Menangis dalam diam.

"Aku cuma cemburu! Bagaimana haiwan tak bermaruah seperti dia boleh diberi peluang hidup kembali, sedangkan aku..? Aku tak tenang setelah dibunuh.."

Dia mengangkat muka.

"Mengapa kalian tak memberi aku peluang?" dan mempersoalkan nasibnya.

Layakkah.. Sebenarnya..?

Mereka semua terdiam.

"Baiklah, adakah kau mahu peluang kedua?"

Seungkwan laju mengangguk.

"Tapi ada syaratnya.."

________

"Grandma, kami dah balik."

Hoshi bersama tiga beradik bunga melangkah masuk ke kedai bunga itu.

Tempat bermain mereka sejak kecil. Dia rindukan tempat ini.

Atau kenangan di dalamnya.

"Eh?"

Hayeon dan Hoshi berpandangan. Dengan seragam baju dari sekolah yang sama membuat mereka kehairan.

"Awak dari sekolah yang sama?"

"Ya.." Hayeon menjawab. Dia juga tak sangka.

"Ahh, awak classmate saya kan..?" teka Hayeon.

"Ohh, ye ke? Tak perasan pula.."

Tiba tiba mereka menjadi kekok. Hoshi menjeling.

"Kita.. Pernah rapat ke?"

Hayeon juga, sengaja mengalihkan pandangan.

"Tak kot.."

"Ouh, okey.."

Hoshi lega. Tanpa sebab.

"Hoshi cepatlah!" suara Seokmin memanggil.

"Ah, kejap!" balasnya lalu melihat Hayeon.

"Bye."

Dia tersenyum sambil melambaikan tangan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro