03 | Oh Dia Rupanya...

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pada hari kedua, Hafiza mencuba memberanikan diri untuk keluar ke bandar. Gigih dia hafal jalan kampung ni supaya tak sesat bila balik sini semula.

Bukannya Kampung Wak Saliman tu tak ada kedai runcit. Cumanya ada beberapa bahan yang tak ada kat kedai runcit. Nak tak nak terpaksalah dia keluar sebentar ke pasar raya terdekat.

Pulang saja dari pasar raya, Hafiza meletakkan semua belanja di atas meja makan. Hari ini dia bercadang nak buat kek batik. Tahan air liur je dia tengok video Khairul Aming buat kek batik semalam.

Tapi niat sebenar dia nak berbuka sekali dekat rumah Cik Babe. Dia rindu nasi. Tapi nak nasi dari air tangan seorang mak. Hmm susah kan jadi perempuan? Complicated. Tapi macam muka tembok pula kalau bertandang dengan tangan kosong.

Tangannya mencapai beberapa bekas sebelum disusun rapi. Selepas itu, dia termenung.

"Tulah Fiza. Dulu mama ajak masak sama-sama, kau tak nak. Kan sekarang dah terkebil-kebil," ujar Hafiza memarahi dirinya sendiri. Suara mama terngiang-ngiang di telinganya. Mama selalu ajak dia memasak di dapur.

Sekali sekala turun lah dapur. Anak dara kena pandai masak. Nanti dah kahwin senang.

Ayat itu selalu berzikir di bibir mamanya. Tapi Hafiza tetap Hafiza. Degil! Dan sekarang, lihatlah siapa yang merana sebab tak reti bezakan kegunaan susu pekat dengan susu cair. Ya itulah Hafiza Adriani.

Hafiza mengeluarkan biskut Marie dan dipatah-patahkan. Tangannya mencapai pula serbuk Milo, susu pekat, susu cair. Tidak lupa juga sedikit mentega.

Matanya tidak lekang dari terus memandang ke arah telefon bimbitnya. Tutorial memasak di akaun Tiktok Khairul Aming masih gigih ditontonnya. Sesekali dahinya berkerut apabila adunan coklat itu terlalu hitam.

"Ewww mesti pahit ni," ucap Hafiza sambil mencebik. Nafasnya dihela. Sungguh. Balik saja Taman Mutiara, dia memang tak akan ingkar arahan mama untuk turun ke dapur. Seksanya bila tak pandai masak.

Hafiza meneruskan usahanya memasak kek batik. Berkali-kali dia mohon pada Allah supaya rasa kek batik ini masih ada rasa kemanusiaan meski rupanya dah hauk. Maafkan Fiza, Cik Babe.

***

Jam 6.30 petang, Hafiza memberanikan diri untuk mengetuk pintu rumah Cik Babe. Dia terpaksa tebalkan muka sebab teringin nak makan dengan orang lain. Dia tak suka makan sendiri.

Sebab dia akan rasa sunyi.

"Assalamualaikum," ucap Hafiza di ambang pintu. Tangannya juga naik mengetuk pintu rumah.

"Assalamualaikum Cik Babe," laung Hafiza sedikit kuat. Dia yakin kalau Cik Babe ada kat dapur. Tapi dia masih ada rasa malu untuk tak terjah dapur orang sesuka hati.

"Assa-" tangan Hafiza terhenti apabila pintu dibuka dari dalam. Tersembul wajah seorang lelaki muda di muka pintu. Helok.

Eh? Kenapa bukan Cik Babe yang keluar? Hafiza salah rumah ke?

Jangan-jangan ini suami Cik Babe. Wah! Bapak slay Cik Babe ada suami kacak maut!

"Waalaikumussalam, Hafiza. Awak cari siapa?" Soal lelaki itu seraya tersenyum.

Seketika Hafiza tersentak. Lelaki itu... baru sebut nama dia kan? Dia tak salah dengar kan? Kan?

"Mana-"

"Fiza!" Suara nyaring dari arah dalam rumah menghentikan Hafiza untuk melontarkan soalannya. Matanya menangkap figura Cik Babe mendekati pintu rumah.

"Masuk Fiza," ucap Cik Babe seraya menarik tangan Hafiza masuk. Hafiza hanya tersenyum janggal saja. Sudah lah lelaki misteri itu masih tetap memandang ke arahnya. Dah lah laki tu tahu nama dia juga. Eeee takod!

"Tu siapa Cik Babe. Suami Cik Babe ke?" Soal Hafiza seraya meletakkan bekas berisi kek batik di atas meja.

Lengannya menjadi sasaran tangan Cik Babe berlabuh. Tak kuat pun. Tepuk tepuk manjah!

"Huish kamu ni Hafiza. Ada pula ke situ. Itu anak mak cik lah. Harith namanya. Suami mak cik dah lama meninggal," jawab Cik Babe seraya berlalu ke arah tak cawan. Kepalanya digelengkan saja mendengar kata-kata kurang akal gadis itu.

"Oh yeke. Sorry lah Cik Babe. Fiza tak tahu," terbit pula serba salah dalam diri Hafiza. Mulut kau ni bila lah nak behave? Asyik cakap lepas aje.

"Tak apa. Cik Babe tak kesah pun," balas wanita itu.

"Fiza sebenarnya nak makan nasi. Tapi tak reti masak dan Fiza tak teringin nak makan makanan kedai. Boleh tak?" Soal Hafiza perlahan. Jarinya dilagakan sambil menayangkan wajah simpati.

Cik Babe hanya tersenyum saja. "Boleh Hafiza. Lagipun Fiza dah masuk dah pun dalam rumah acik."

Sempat Hafiza ketawa dengan kata-kata Cik Babe yang berbaur sindiran manjah. "Cik Babe tak kesah ke Fiza berbuka kat sini? Sorry lah kalau buat Cik Babe dengan anak Cik Babe tak selesa," ucap Hafiza. Dia ingatkan Cik Babe ni duduk seorang. Sebab tu lah dia yakin nak makan sama-sama dengan Cik Babe. Sekali ada anak dia daaa. Dah lah hensom! Hmm.

"Apa pula tak selesa. Cik Babe lagi suka adalah. Sekurang-kurangnya boleh tambah kawan baru. Pahala pun bertambah," jawab Cik Babe bersahaja. Tangannya lincah mengacau air di dalam jag.

"Fiza ada buat kek batik tadi. Tapi tak tahu lah rasa dia macam mana. Kalau tak sedap, buang je. Tak payah makan," ujar Hafiza. Sejujurnya dia tiada keyakinan nak berkongsi makanan. Tapi bila mengenangkan yang dia dah tak ada juadah lain nak dibawa, terpaksa lah angkut saja kek batik tadi. Sudahlah rupa mengecewakan.

"Kek batik? Harith tu suka betul dengan kek batik. Memang rezeki dia lah jawabnya," ujar Cik Babe dengan gembira.

Baru saja disebut-sebut, figura lelaki tinggi lampai muncul di ambang pintu dapur. Sempat Hafiza berbalas pandang dengan lelaki bernama Harith itu. Tapi, bila dia pandang lelaki ini, kenapa dia rasa macam pernah jumpa ek?

"Harith. Tolong mak ambilkan ais kat peti belakang tu," arah Cik Babe.

"Baik mak," Harith patuh. Hafiza hanya memerhatikan saja gelagat dua beranak itu dengan diam.

"Haa Fiza. Kenapa tercegat macam tiang tu? Pergi duduk sana. Tak lama lagi azan ni," arah Cik Babe. Tangannya menatang sedulang air dan tiga buah gelas.

"Ada apa-apa lagi yang Fiza boleh tolong?" Soal Hafiza. Segan pula dia duduk senang lenang di meja makan. Tuan rumah pula tak menang tangan hidangkan makanan.

"Fiza duduk je. Pandai lah budak Harith ni nak tolong Cik Babe," jawab wanita itu. Hafiza hanya mengangguk saja. Akhirnya dia hanya duduk diam di meja makan. Sesekali tangannya bergerak menyusun pinggan agar mereka mudah untuk mengisi juadah lain.

Setelah selesai, mereka bertiga sama-sama duduk di meja makan. Cik Babe duduk di kepala meja manakala si dara dan teruna duduk saling berhadapan.

Tidak lama kemudian, bunyi azan terdengar dan Cik Babe mengisyaratkan Harith untuk membaca doa berbuka puasa.

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Fuh! Baca doa makan pun sedap. Kalau mengaji ke, jadi iman ke, confirm makmum khayal. Lagi-lagi jemaah muslimat. Memang meleleh kat situ. Hafiza sempat memuji suara Harith. Setelah itu, mereka sama-sama menjamu makanan dengan tenang.

"Tambah lagi Fiza. Makan banyak-banyak biar gemuk," ujar Cik Babe seraya meletakkan ayam di dalam pinggan Hafiza. Membulat matanya apabila Cik Babe selamba letak ayam. Cik Babe tahu tak effort saya nak kurus macam mana? Huwaaaa!

"Terima kasih Cik Babe," ujar Hafiza seraya mencubit isi ayam itu. Wajahnya dimaniskan dengan senyuman. Tapi bukan dia tak perasan. Makhluk yang ada di depannya itu sedang seronok mentertawakan dirinya.

Tak. Harith tak ketawa pun. Cuma mulut dia yang terkepit-kepit tu jelas menunjukkan yang dia sedang menahan tawa. Dari tadi dia perhati saja wajah Hafiza yang terpaksa rela setiap kali emaknya meletakkan lauk di pinggan.

Emak punya caring dengan tetamu sampai dia lupa anak sendiri yang mana. Haih.

Hafiza meneruskan suapan hingga selesai. Sekarang perutnya betul-betul rasa nak pecah. Penuh matt!

"Hafiza,"

Gadis itu segera memandang tepat ke arah depannya. Dengar tak? Dia panggil Hafiza kan? Jelas kan sebutan Hafiza tu?

Hafiza hanya diam saja. Dia menunggu bicara yang akan keluar dari mulut Harith. Dan macam mana lelaki tu tahu nama dia? Musykil.

"Awak memang tak ingat saya ke?" Soal Harith tiba-tiba. Terkedu Hafiza apabila disoal begitu. Matanya terkebil-kebil memandang raut wajah lelaki itu.

Ya. Muka Harith memang familiar. Tapi Hafiza memang tak ingat siapa dia ni. Dari dulu dia memang ada masalah untuk mengingati wajah orang. Entah apa masalah dia. Tapi susah betul nak ingat muka orang.

Sudahlah Cik Babe pun macam tunggu jawapan dia. Sorry Cik Babe. Kita tak kenal siapa anak handsome acik ni. Eh?

Oh sekejap! Entah-entah Harith ni lelaki yang akan dijodohkan dengan dia? Tapi apa kejadahnya ada kat sini. Papa kata lelaki itu pun orang Johor Bahru. Haih, terlebih drama lah kau ni Hafiza Adriani.

"Sorry sangat tau anak Cik Babe. Saya memang tak kenal siapa awak. Kita pernah jumpa ke?" Soal Hafiza berhati-hati. Buatnya kalau dia salah cakap, lepastu Cik Babe blacklist muka dari dari masuk rumah ni macam mana? Sedihnya! Dah lah masakan Cik Babe macam masakan mama.

"Saya Harith Ardhan lah, Hafiza. Lelaki 3 hari lepas yang kat masjid tu. Awak tak cam saya ke?" ujar Harith. Pelik juga dia dengan wanita ini. Cepat betul dia lupakan muka kacak aku. Tapi dia baru perasan yang Hafiza pakai cermin mata hari ini.

Oh rabun.

"Harith Ardhan?" Bisik Hafiza. Bila dengan sebaris nama tu macam pernah dengar pula. 3 hari lepas? Masjid?

"Lelaki yang pakai jubah putih tu? Anak mak cik CPR?" Soal Hafiza terkejut. Terbuntang matanya apabila Harith mengangguk perlahan.

Matanya pula dialihkan memandang Cik Babe. Makin membulat matanya apabila dia baru menyedari yang ini mak cik yang dia tolong haritu!

"Inilah Hafiza yang Harith cerita haritu, mak."

Terkebil-kebil Hafiza memandang Cik Babe atas bawah. Sumpah lah ni mak cik yang dia kasi CPR haritu? Sihat aje!

"Cik Babe! Cik Babe ok tak? Ada sesak nafas lagi tak?" Soal Hafiza bertalu-talu. Sekarang barulah dia faham kenapa Harith tahu nama dia. Sebab Harith memang kenal dia. Lagipun hari ini baru dia boleh lihat dengan jelas wajah Harith.

Haritu tak nampak sebab dia rabun.

Bibir Cik Babe terus menguntumkan senyuman. Matanya sudah berkaca-kaca. Tak sangka dia boleh bertemu dengan gadis yang dah selamatkan dia. Dia betul-betul berhutang nyawa dengan Hafiza.

"Cik Babe ok, sayang. Cik Babe sihat aje," ujar Cik Babe dengan suara tertahan. 

"Cik Babe biar betul. Baru semalam kita borak macam Cik Babe sihat walafiat. Padahal kelmarin macam nak tercabut jantung Fiza buat CPR," omel Hafiza tanpa henti. Dia tidak habis fikir. Biar betul ini mak cik yang terhenti nafas 3 hari lepas? Macam sihat semacam aje.

"Iya Fiza. Cik Babe tak apa-apa," jawab Cik Babe. Harith yang melihat suasana itu hanya mengukir senyuman saja.

"Lepas saja awak pergi, saya terus bawa mak pergi hospital. Alhamdulillah doktor cakap awak hebat. Sebab bantuan awak yang cekap, mak sempat diselamatkan. Kalau awak lambat sikit aje memang mak tak dapat diselamatkan lagi," ujar Harith. Hafiza mendengar penerangan itu dengan tekun.

"Aaaaa Cik Babe..." Terus dipeluk tubuh ini. Bangga dia dengan dirinya sendiri apabila mendengar kata-kata Harith. Dia... selamatkan nyawa orang.

"Sorry lah kita tak cam Cik Babe dengan Harith. Hafiza cemas sangat masatu. Tak sempat nak tengok muka Cik Babe betul-betul. Harith pun Fiza lupa sebab haritu tak nampak jelas muka dia," ujar Hafiza dengan wajah hendak menangis. Parah betul masalah dia ni.

"Alaaa Hafiza jangan lah sedih. Nanti Cik Babe pun sedih," pujuk Cik Babe. Tangannya mengusap perlahan bahu wanita itu.

Kecil betul kampung ni. Pusing-pusing dia jumpa semula dengan orang yang sama.

"Terima kasih banyak Fiza. Terima kasih sebab nak tolong Cik Babe," ucapan terima kasih tidak henti-henti keluar dari mulut Cik Babe. Hafiza sudah tidak tahu bagaimana hendak menahan wanita itu. Akhirnya dia pasrah.

Tubuhnya didakap erat oleh Cik Babe. Haih, dah lah tangan pun tak basuh lagi ni. Berlengas weh!

Seketika Hafiza terpandang ke arah Harith. Lelaki itu hanya tersenyum manis saja. Bibir lelaki itu bergerak-gerak perlahan.

'Terima kasih.'

Hafiza hanya tersenyum dan mengangguk lagi. Terima kasih untuk rezeki ini Ya Allah. Rezeki dipertemukan dengan orang-orang yang baik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro