05 | Harith yang Hot

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Malam ini malam terakhir Ramadan. Lepas ni kena tunggu tahun depan pula untuk jumpa Ramadan lagi. Itupun kalau Allah beri kesempatan.

Betullah orang cakap. Waktu kecil dulu, tak sabar nak beraya. Tapi bila dah dewasa ni, berharap yang Ramadan kekal lebih lama.

Sebab kita dah boleh berfikir dengan baik tentang fadhilat Ramadan. Hari ini Hafiza berangkat ke masjid bersama Cik Babe dan Harith. Disebabkan motosikal Harith masih belum dibaiki, terpaksalah dia turunkan ego dan naik kereta Hafiza.

هَمَّازٍ مَّشَّاۤءٍۢ بِنَمِيْمٍۙ

مَّنَّاعٍ لِّلْخَيْرِ مُعْتَدٍ اَثِيْمٍۙ

عُتُلٍّۢ بَعْدَ ذٰلِكَ زَنِيْمٍۙ

اَنْ كَانَ ذَا مَالٍ وَّبَنِيْنَۗ

اِذَا تُتْلٰى عَلَيْهِ اٰيٰتُنَا قَالَ اَسَاطِيْرُ الْاَوَّلِيْنَۗ

سَنَسِمُهٗ عَلَى الْخُرْطُوْمِ

اِنَّا بَلَوْنٰهُمْ كَمَا بَلَوْنَآ اَصْحٰبَ الْجَنَّةِۚ اِذْ اَقْسَمُوْا لَيَصْرِمُنَّهَا مُصْبِحِيْنَۙ

Alunan Surah Qalam yang dibaca oleh imam malam ini benar-benar membuat hati Hafiza tersentuh. Makhrajnya sempurna. Alunan lenggoknya menenangkan.

Siapa imam ini? Kenapa Hafiza tak pernah dengar pula sejak dia ikut solat berjemaah di sini? Imam jemputan ke?

Benak Hafiza sarat dengan pelbagai persoalan. Sungguh-sungguh dia menepis perkara itu agar tidak mengganggu khusyuknya.

Setelah usia solat witir dan berdoa. Hafiza bersalaman dengan mak cik mak cik yang di sini. Masih segar dalam ingatannya bagaimana reaksi mereka ketika dia datang ke masjid bersama Cik Babe setelah peristiwa CPR. Terkulat-kulat jugalah mereka memandang Hafiza.

Tapi Hafiza malas mahu melayan. Dia hanya bersikap biasa saja tanpa menyimpan apa-apa dendam. Biasalah tu. Dia sendiri pun akan ragu-ragu dengan orang yang tak ada kelulusan perubatan tapi nak bagi bantuan kecemasan.

"Cik Babe," panggil Hafiza dengan nada berbisik.

Cik Babe yang perasan dengan panggilan itu turut menyahut dalam nada bisikan. "Apa?"

Tergelak Hafiza apabila wanita itu hanya melayan saje karenahnya.

"Siapa jadi imam tadi? Sedap betul dia baca Quran," soal Hafiza perlahan. Kalau boleh dia tak nak lah orang lain dengar. Nanti orang cakap dia gatal pula sebab menggeletis nak tahu pasal imam terawih.

Cik Babe yang mendengar pertanyaan gadis itu terdiam seketika sebelum menghamburkan tawa. Ingatkan nak tanya apa lah tadi. Serius betul bunyinya.

"Cik Babe! Jangan lah gelak. Kita tanya je!" Ujar Hafiza dengan wajah cemberut. Anak dengan mak sama saje. Suka gelakkan dia. Haih.

"Nanti kamu tahu lah," jawab Cik Babe tanpa menjawab soalannya. Dia berlalu ke arah kereta Hafiza sebelum diikuti gadis itu. Setibanya di kereta, figura Harith sedang bersandar di kereta Hafiza.

Wah wah wah! Seronok betul dia landing kat kereta aku.

Tapi perasaan nak cari pasal tadi terus hilang serta merta apabila melihat wajah Harith. Hafiza terpaku di tempatnya apabila melihat senyuman Harith yang dilemparkan buat Cik Babe.

Lengan jubah dilipat sedikit hingga melihatkan urat yang melingkari segenap tangan lelaki itu. Wajah Harith... nampak menenangkan.

Dan Harith... nampak sangat lain malam ini. Nampak macam putera kayangan turun ke bumi? Adakah malaikat lupa ambil kawan dia yang tertinggal?

Hafiza tak tahu apa masalah dia. Tapi yang pasti dia kehilangan diksi untuk diungkapkan mengenai ketampanan Harith. Argh Hafiza! Kau gila!

"Fiza!" Terus hilang bayangan Harith tadi. Wajah Cik Babe yang sedikit berkerut menyapa pandangannya.

"Hah? Err apa dia? Cik Babe cakap dengan Fiza ke?" Soal Hafiza tidak keruan. Aduh! Kantoi dengan mak crush lah pula! Maluuu!

Cik Babe memandang gadis itu dengan side eye. "Bila nak gerak balik ni?"

Bagaikan lipas kudung, Hafiza segera masuk ke bahagian pemandu. Matanya sempat mengerling ke arah belakang. Tapi lebih baik dia elak. Sebab bayangan Harith yang kacak dan soleh tadi masih berlegar-legar di mindanya.

***

"Malunya Ya Allah... Malu!"

"Mana aku nak letak muka lepas ni? Maluuu!"

"Kenapalah Cik Babe cakap macam tu? Dah lah tak kasi signal dulu," ujar Hafiza sambil termenung sendirian. Sejak balik tadi, dia rasa mahu benamkan saja wajahnya dalam pasir jerlus. Biar tenggelam tak payah muncul dah!

Sudahlah dia dapat menangkap senyuman senget Harith. Argh! Malu sangat!

Tapi Hafiza terus menegakkan badan apabila tersedar sesuatu. Sejak bila dia tahu malu? Selama ini hatinya kental apabila berkaitan dengan makhluk bernama lelaki. Tapi dengan Harith Ardhan ni, hatinya sering salah tingkah.

Sekali lagi dia teringat perbualan dua beranak tadi. Diorang borak seolah-olah Hafiza tak wujud dalam kereta tu. Macam setan aje yang gerakkan kereta tu ek.

"Tadi ada orang tanya mak. Siapa jadi imam solat terawih tadi," ucap Cik Babe tiba-tiba. Harith yang bersandar santai terus menegakkan tubuhnya.

"Siapa tanya?" Soal Harith laju.

"Kalau perempuan-perempuan muda yang tanya, mak jangan jawab. Harith tak minat diorang tahu," tambah Harith lagi. Dia kurang gemar dengan pujian yang dilontarkan kepadanya. Lagi-lagi pujian yang keluar dari gadis-gadis kampung ini. Takut diorang salah niat untuk datang solat terawih.

Hafiza yang mendengar kata-kata itu meneguk liurnya dengan payah. Sudahlah dia yang tanya dekat Cik Babe. Lepastu dia ni dalam kategori perempuan muda kan? Halahhh.

Cik Babe hanya tersenyum saja melihat Hafiza yang cuba mengawal riak wajahnya. "Orang tu cakap, sedap anak mak baca Quran."

Deg! Kali ini Hafiza kaku di tempatnya. Kenapa Cik Babe ulang sebiji macam ayat dia tadi? Jangan cakap...

"Siapa dia mak?" Soal Harith lagi. Dia menjenguk sedikit mahu memandang wajah emaknya. Tapi emak hanya diam saja sambil tersenyum memandang ke arah Hafiza.

Seketika Harith baru menangkap.

Hafiza puji dia.

Dan Hafiza sedang malu.

Bibir Harith mengukir senyuman senget. Matanya sempat bersabung dengan pandangan Hafiza di cermin pandang belakang. Senyumannya semakin lebar tatkala Hafiza laju mengalihkan anak matanya.

Entah kenapa, dia suka pula jika yang bertanya itu adalah Hafiza. Rasa hati berbunga-bunga dan terasa hangat saja.

"Kalau awak suka dengar saya jadi iman, awak jadilah imam tetap saya. Nak?" Soal Harith dengan senyuman mengusik. Hafiza terpaku mendengar soalan itu. Wajah yang sudah sedia bahang, semakin membahang.

Apa masalah jantan ni? Nak kena kick ke?

"Harith," suara Cik Babe menegur kelakuan anak terunanya. Dia tahu Harith hanya mahu mengusik Hafiza tapi apabila melihatkan wajah gadis itu yang sudah tidak keruan, kasihan pula dia dengan Hafiza.

"Ok sorry," ujar Harith dengan senyuman yang masih terukir di bibir. Hafiza sedaya upaya fokus dengan pemanduannya. Kang kalau terbabas, sia-sia je hidup.

***

Keesokannya harinya, Hafiza bangun dengan penuh semangat. Sebab semalam dia dah janji dengan Cik Babe nak datang tolong masak rendang.

Sebab esok raya!

Separuh hati Hafiza melonjak gembira dengan Syawal yang bakal tiba. Namun sebelah hatinya sedih apabila mengenangkan raya kali ini sangat berbeza.

Sehingga hari ini, adalah beberapa kali panggilan dari keluarganya yang masuk. Selebihnya dari kawan-kawannya yang bertanya keberadaannya. Tapi ada satu nama yang betul-betul buat Hafiza rasa nak hempas telefon ke dinding.

Syed Adam Haqiem.

Entah macam mana lelaki tu boleh ada nombor telefon dia. Tak lain tak bukan mesti papa yang kasi. Lelaki itulah yang papanya sungguh-sungguh mahu jadikan menantu. Entah apa yang papa nampak pun tak tahu lah. Hafiza cukup tak berkenan dengan lelaki itu. Dia pernah bertemu dengan lelaki tu sekali saja rasanya. Kot lah.

Itupun masa dia ikut keluarganya ke acara makan malam ofis. Apa yang dia boleh nilai Adam pada pandangan pertama, lelaki itu tidak mencapai standardnya.

Sombong.

Sinis.

Dan banyak lagi sifat negatif yang patut ditelakkan atas dahi lelaki itu. Cuma papa aje yang tertipu dengan lakonan acah baik Adam tu.

Itu kalau dia sepak muka Adam tu, mahu bersepai topeng kejahatan dia-. Seketika Hafiza tersedar sesuatu.

"Astaghfirullahalazim," bibirnya segera istighfar apabila menyedari yang dia sedang mengutuk ketika berpuasa. Sia-sia saja puasanya jika hatinya tidak berhenti berzikir mengeji adab orang lain.

"Nasib baik puasa. Kalau tak eiii," ujar Hafiza seraya menumbuk bantal di tangannya. Nafasnya ditarik dan dilepaskan perlahan-lahan. Sabarnya yang semakin menipis cuba ditebalkan kembalim

"Bagus lagi Harith," ucap Hafiza tanpa sedar. Ehhh? Hafiza baru saja kaitkan Harith ke? Ya Allah! Penatlah macam ni.

Tanpa membuang masa, Hafiza mencapai tudung sarung miliknya dan segera bergerak ke rumah Cik Babe. Pintu dapur rumah itu sudah terbuka.

"Assalamualaikum," ucap Hafiza di muka pintu. Seliparnya dibuka dan terus melangkah masuk.

"Waalaikumussalam," salam yang diberi disahut oleh suara halus seorang gadis. Hafiza dan gadis asing itu berdiri berhadapan.

Terbit rasa ingin tahu. Siapa pula budak ni? Dah lah pandang Hafiza atas bawah. Kalau ya pun nak judge, jangan lah nampak sangat. Adik ni tak pro lagi.

"Ha Fiza. Sampai dah budak ini," ucap Cik Babe sambil tersenyum. Hafiza sekadar membalas senyuman itu dengan mesra. Cik Babe terus memanggil kedua-dua gadis itu mendekatinya.

"Ok sekarang kita mula. Fiza kupas bawang putih, Syifa pula kupas kentang. Mak su nak pergi tengok lengkuas kat belakang sekejap," ucap Cik Babe sebelum meninggalkan mereka berdua. Hafiza jujur rasa macam nak lari balik semula. Janggal sungguh bila ditinggal berdua dengan gadis bernama Syifa ini.

Dari perbualan tadi, Hafiza boleh agak yang Syifa ini mungkin anak buah Cik Babe. Sebab apa? Sebab tadi Cik Babe bahasakan diri dia sebagai Mak Su.

"Err jomlah," ucap Hafiza seraya berlalu meninggalkan Syifa. Syifa masih tunak memerhatikan tingkah laku gadis bernama Hafiza itu.

"Saya Syifa," ucap gadis itu tiba-tiba. Hafiza yang merasakan gadis itu sedang memperkenalkan diri, terus melebarkan senyuman.

"Saya sepupu Abang Harith," tambahnya lagi. Hafiza langsung tiada peluang untuk memperkenalkan dirinya pula. Dah kenapa tiba-tiba nak claim sepupu. Tak payah cakap pun tahu lah.

"Akak ke yang nama Hafiza tu?" Soal Syifa tanpa berselindung. Hafiza perlahan mengangguk.

"Ya saya. Kenapa ek?" Hmm. Adakah drama perebutan Harith akan bermula? Ewww tak nak Hafiza berebut. Buang masa saja merebutkan lelaki.

"Finally kita jumpa juga Kak Fiza depan-depan," ucap Syifa dengan senyuman lebar. Hairan Hafiza apabila melihat perubahan emosi secara drastik Syifa. Tadi bukan main tenung dia macam nak tembus. Sekarang senyum macam dah kenal lama.

Wajah keliru Hafiza membuatkan Syifa terhibur sedikit.

"Akak jangan risau. Syifa bukan watak antagonis dalam cerita ni. Kita cuma sepupu Abang Harith je. Tak lebih tak kurang," ulang Syifa. Rasanya Hafiza tak pekak. Dia dengar lah fakta tu dari tadi.

"Ehh Fiza tak cakap apa-apa lah," balas Hafiza dengan segaris senyuman.

Mereka berdua mengambil bawang putih dan kentang. Kedua-dua benda tersebut akan dikupas untuk memudahkan Cik Babe memasak. Tak lupa juga Syifa ambik sebesen air untuk merendam kentang.

"Syifa kenal akak pun sebab budak-budak perempuan sini selalu bercakap pasal akak," ujar Syifa. Terus membulat mata Hafiza. Dia jadi bahan membawang ke apa?

"Hah? Apa yang Syifa dengar? Diorang kutuk saya ke?" Soal Hafiza. Alah tak seronok lah macam ni...

"Tak. Diorang tak kutuk akak pun." Terus terhela nafas lega dari mulut Hafiza.

"Tapi, kalau akak nak tahu. Sejak akak datang kampung ni, ramai gila anak dara jealous dengan akak," tambah Syifa lagi. Tangannya mula mengupas kentang manakala Hafiza pula sedang mengupas kulit bawang putih.

Sejak kenal dengan Cik Babe ni, boleh lah setakat nak kupas bawang. Kalau dulu, haram.

"Jealous? Dah kenapa pula?" Berkerut dahi Hafiza mendengar kata-kata gadis muda itu. Dia ada buat apa-apa ke?

"Yelah sebab akak rapat dengan Abang Harith lah. Lepastu akak baik dengan mak Abang Harith pula. Techically memang ramai lah cemburu dengan akak," ucap Syifa sambil matanya fokus memandang kentang.

Terhenti pergerakan Hafiza. Dia? Rapat dengan Harith? Aduh sejak bila pula?

"Mana ada akak rapat dengan si Harith tu. Kalau Cik Babe tu lain cerita lah sebab Cik Babe tu duduk sebelah rumah akak. Lagipun Cik Babe orang pertama yang ajak akak berkawan kat kampung ni," tanpa sedar Hafiza turut membahasakan dirinya sebagai akak. Tanda dia sudah selesa dengan peribadi Syifa. Dia agak gadis bernama Syifa ini baru berusia belasan tahun.

"Kalau akak yang dapat Abang Harith sekalipun, Syifa tak kesah. Syifa tengok akak sesuai apa dengan Abang Harith," ujar Syifa selamba. Membulat mata Hafiza mendengar bicara gadis itu.

"Ish apa Syifa ni. Merepek aje. Tak nak lah akak," ujar Hafiza sambil menggelengkan kepalanya.

Tergelak Syifa melihat wajah Hafiza yang sudah bertukar sedikit merah itu. Walaupun tak berapa nampak tapi Syifa masih boleh menangkap riak malu-malu kucing.

"Kalau Kak Fiza nak tahu. Abang Harith tu hot stuff Kampung Wak Saliman tau," ucap Syifa. Hafiza sekadar mendiamkan diri namun masih menanti bicara gadis itu. Syifa ni tengah promote abang sepupu dia ke macam mana?

"Abang Harith je yang tak layan perempuan-perempuan kat sini. Bila Syifa tanya tak ada ke yang berkenan di hati, dia jawab dia tak minat dengan perempuan sini. Beku gila kan Abang Harith tu. Acah-acah hero novel betul," omel Syifa lagi. Dari cara Syifa bercakap, Hafiza boleh agak yang gadis ini agak rapat dengan Harith.

Ya ke Harith susah nak bercakap dengan perempuan? Dah haritu dia sakan gelakkan Hafiza sebab Hafiza cakap yang dia cikgu apa cerita?

"Dah lah Abang Harith tu presiden PPWak'S. Lagilah ramai anak dara berebut kan dia," tambah Syifa lagi. Kali ini dahi Hafiza berlapis.

"Pipi what?" Soal Hafiza dengan dahi berkerut. Apa kejadahnya tu? Bukan main nama.

Syifa pula yang tergelak dengar bunyi PP yang disebut oleh Hafiza. Mesti dia fikir pipi Wak Saliman.

"PPWak'S means Persatuan Pemuda Wak Saliman. Hot kan Abang Harith? Penuh wibawa," ujar Syifa. Dalam diam, Hafiza mengakui yang Harith bukan biasa-biasa.

"Dah lah sejak Abang Harith jadi presiden PPWAK'S ni, banyak betul perubahan yang dibuat. Tu bahagian solat perempuan kat masjid tu, idea Abang Harith lah. Semuanya sebab Maksu mengadu yang ruangan solat perempuan sempit. Lepastu Abang Harith pun apa lagi. Memang berusaha keras dia dapatkan dana dari kerajaan negeri supaya masjid tu dibesarkan. Last-last jadilah yang sekarang," cerita Syifa panjang lebar. Sedar-sedar kentang di tangannya sudah habis.

Syifa mengalihkan pandangannya memandang Hafiza. Gadis itu sedang memandang ke suatu arah tanpa berkelip.

Sah! Kak Hafiza mengelamun.

"Kak Fiza!" Terus pecah imaginasi Hafiza tentang sosok Harith. Pandangannya bersabung dengan wajah Syifa yang sedang tersenyum penuh makna.

"Apa?" Soal Hafiza keliru. Menyedari bawangnya masih banyak, dia segera menyambung semula kerjanya. Tak pasal-pasal tergendala sebab membayangkan betapa hot-nya si Harith tu.

"Lagi satu kalau akak nak tahu. Abang Harith tu bukan kerek dengan anak dara sini je. Dengan keluarga besar pun dia kerek. Abang Harith tu bukan kerek yang sombong tu, tapi lebih kepada menjaga diri maybe. Kalau keluarga besar kitorang gathering, dia tak pandang perempuan selain Mak Su. Dengan Syifa pun dia bercakap sepatah dua je. Itupun sebab Syifa dengan dia adalah saudara susuan," ujar Syifa. Dia masih belum habis mahu menceritakan soal Harith. Entah kenapa seronok pula berkongsi tentang Harith dengan Hafiza.

"Tapi bila akak datang, Abang Harith lain tau. Dia boleh senyum dan ketawa dengan akak. That's mean you are special and unique, Kak Fiza. Dan sebab tu lah ramai anak dara Wak Saliman patah hati dan cemburu dengan akak," kali ini Hafiza kematian bicara. Apa Syifa ni??? Kenapa kaitkan dengan dia pula.

Tak nak dengar!

Hafiza malas mahu melayan sepupu Harith ini. Lebih baik dia menyegerakan mengupas bawang yang tergendala tadi.

Syifa hanya tersenyum saja melihat reaksi gadis itu. Betullah cakap Abang Harith. Hafiza ni bukan macam kebanyakan perempuan.

Tapi jauh di sudut hati Hafiza, rasa kagumnya terhadap sosok Harith Ardhan semakin tinggi. Tapi dalam masa yang sama, dia juga takut.

Takut sekiranya kekaguman yang tinggi ini akan membawanya kepada kejatuhan yang dalam suatu hari nanti.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro