15 | Dating Ke?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Telinga Hafiza sedikit terganggu apabila suara tawa orang bergema. Matanya terpisat-pisat memandang sekeliling. Pulang saja dari sekolah tadi, dia sempat menjamah makanan yang dia bungkus dari kantin sekolah sebelum tidak sedarkan diri.

Tambahan pula dia sedang bendera jepun, lagi sedap dia tidur tanpa gangguan. Dah serupa setahun tak tidur lagaknya.

Sepit rambut di birai katil dicapai dan rambut dikepil ala kadar. Kakinya melangkah keluar dari kamar untuk menjejaki ke arah suara orang berbual itu.

Sejak-sejak dah kenal Cik Babe ni, bukan main rancak Sofea berborak dengan wanita itu. Janganlah Cik Babe berkenan dengan Peah pula. Melepas lah aku...

"Ha bangun dah anak dara sorang ni," suara Cik Babe menegur. Hafiza hanya melemparkan sengihan saja. Dia mengambil tempat di sebelah Sofea. Melihat saja keropok lekor di dalam pinggan, serta-merta mata Hafiza segar-bugar.

Pap!

Belum sempat tangannya mencapai makanan itu, tangan Hafiza ditepis kuat oleh Sofea. "Pergi basuh tangan dulu lah, sengal. Entah-entah bekas lap air liur melekat lagi ke."

Terus masam mencuka wajah Hafiza apabila ditegur dengan kata-kata gadis itu. Over betul minah ni.

Dengan malas dia melangkah ke arah sinki sebelum kembali duduk. Kali ini dia boleh mencapai keropok lekor dengan aman. Bahagia sungguh bila dapat makanan lepas bangun tidur.

"Dahtu bila nak beli barangnya?" Soal Sofea. Hafiza memandang ke arah rakannya itu kerana menyangka Sofea bertanya kepadanya.

"Cik Babe ingatkan esok lah. Kalau boleh pergi pagi lah sebab senang Cik Babe nak siapkan bahan-bahannya," balas wanita itu. Hafiza yang tidak memahami isi perbualan mengerutkan dahinya.

"Nak beli barang apa ni?" Sampuk Hafiza dengan keliru. Tangannya mencapai lagi sebatang keropok lekor.

"Nak beli barang buat kenduri," jawab Cik Babe.

"Kenduri? Siapa nak kahwin?" Soal Hafiza dengan mata membulat. Haish, janganlah kata Harith dah sold out. Mahu makan hati berulam jantung Hafiza nanti.

"Siapa nak kahwin apanya? Cik Babe nak buat kenduri doa selamat lah. Takut sangat anak Cik Babe kahwin," balas Sofea diselit usikan.

Cik Babe hanya tersenyum saja.

"Ohhh. Ingatkan Haji Leman dah masuk meminang Cik Babe," ucap Hafiza sambil tersengih. Fuh, lega. Sempat dia jeling Sofea yang sedang menahan tawa.

"Hish, budak ini. Ke situ pula jadinya." Geleng kepala Cik Babe dengan ucapan gadis itu.

Hafiza meneruskan suapan keropok di dalam mulutnya. Sedar tak sedar, keropok lekor yang tadi memenuhi pinggan kini hanya bersisa beberapa keping saja. Sedap betul keropok ni masalahnya.

"Kalau esok pagi, Sofea memang tak boleh tolong Cik Babe. Sofea ada hal dekat pekan," ucap Sofea dengan wajah yang jelas serba-salah. Sudahlah wanita ini meminta bantuannya dan Hafiza.

Cik Babe hanya mengangguk faham. "Tak apa.  Cik Babe faham. Kalau macam tu Hafiza aje lah ni yang pergi, kan?"

Hafiza yang tidak tahu menahu terus saja terkebil-kebil memandang dua insan di depannya.

"Apa ni? Nak minta tolong belikan barang kenduri ke, Cik Babe?" Soal Hafiza.

"Haah, ya. Cik Babe nak menyusahkan Fiza sikit ni. Boleh ke?" soal Cik Babe.

Hafiza terdiam sejenak sebelum mengangguk mantap. "Small matter. Untuk majlis Cik Babe tercinta, Hafiza siap berkhidmat untuk nusa dan bangsa."

Mujur dia mengajar sekolah rendah. Tak ada maknanya nak ada kelas tambahan bagai. Hujung minggu dia memang boleh berehat dengan aman dan damai.

"Tapi kan Cik Babe, takkan nak biar Hafiza angkut barang-barang tu sendiri? Banyak barang yang nak dibelinya tu. Kesian dia..." Ujar Sofea tiba-tiba. Hafiza terus memandang gadis itu dengan kerutan dia dahi. Dia kenal Sofea macam mana.

Tak mungkin wanita ni nak kesian dengan dia. Melainkan...

"Kalau macam tu nanti Cik Babe cakap dekat Harith. Boleh cari barang sama-sama," balas Cik Babe laju. Kan dah cakap. Sofea punya akal memang tak boleh dipercayai.

Memang lah suka. Tapi, malulah nak keluar berdua dengan Harith. Harith tu dah lah hot.

"Aik? Dahtu Cik Babe tak ikut ke?" Soal Hafiza. Saja buat-buat tanya walaupun dia dah boleh agak jawapan Cik Babe. Matanya sempat menjeling sekilas ke arah Sofea yang seronok mentertawakannya itu.

"Kalau ikutkan, memang Cik Babe yang nak beli sendiri. Tapi esok pagi Cik Babe ada hal pula dekat balai raya. Maklumlah, orang penting Wak Saliman lah katakan. Semua tempat perlukan Cik Babe," jawab Cik Babe dengan kening digerak-gerakkan. Sofea terus tergelak.

Kau tengok sekarang! Dah pandai dua orang ini berkomplot.

"Slay lah Cik Babe." Ada-ada saja orang tua ini, ya.

"Kalau macam tu ceritanya, Fiza memang tak boleh menolak. Nanti Cik Babe whatsapp dekat Fiza barang apa yang nak dibelinya. Esok Fiza pergi beli dengan anak Cik Babe," jawab Hafiza dengan senyuman. Laju tangan Sofea naik mencubit pinggangnya.

Hafiza terus melemparkan jelingan maut. Cik Babe pula hanya tersenyum saja melihat kelakuan dua gadis itu.

"Pijoh!" Laju Hafiza menoleh ke arah Sofea di sebelahnya. Kepalanya diangkat tanda menyoal.

"Apa kau ni?"

"Ni!" Tunjuk Sofea ke arah pinggan yang telah licin. Hafiza yang melihat itu hanya tersengih tidak bersalah. Baru saja Sofea mahu melayangkan tamparan di bahu Hafiza, suara Cik Babe tiba-tiba mencelah.

"Sudah... Jangan gaduh. Kat rumah Cik Babe ada banyak lagi. Nanti Sofea ambil, goreng sendiri ya. " Sofea menjeling sekilas Hafiza yang masih tersenyum seperti kerang busuk itu.

"Jangan lupa esok, Fiza. Esok pergi dengan Harith." Hafiza hanya mengangguk perlahan.

***

Jam 8 pagi, Hafiza keluar dari biliknya. Matanya mencari kelibat Sofea. Ternyata gadis itu sedang menggoreng makanan di dapur.

"Masak apa weh?" Tegur Hafiza. Sofea terus berpusing apabila mendengar suara Hafiza. Seketika matanya membulat memandang Hafiza.

"Fulamak babe! Kau sedar tak kejap lagi kau nak beli ayam kat pasar? Kau bukan nak pergi dating tau." Ucap Sofea dengan tawa di hujung bicara. Hafiza terus memutarkan matanya. Mulalah tu nak mengusik dia.

"Salah ke aku nak membina keyakinan diri? Nanti aku pakai buruk, malu pulak Harith nak jalan dengan aku. Karang ditinggalkannya aku kat pasar tu," balas Hafiza dengan jelingan. Semakin lebar sengihan Sofea mendengar kata-kata itu.

"Cieeee... Takut sangat Harith tu tak nak jalan dengan dia. Padahal nak pergi cari ayam je pun," makin galak Sofea mengusik gadis itu. Merah padam wajah Hafiza apabila kata-kata yang diucapkan olehnya memakan dirinya kembali.

"Sebelum aku smackdown kau, lebih baik kau diam!" Sofea langsung tidak mengendahkan kata-kata itu sebaliknya semakin galak mengusik Hafiza.

Pin! Pin!

Suara hon menghentikan momen antara mereka berdua. Baru saja Hafiza mahu mencapai sosej yang masih panas. Terus terbatal niatnya.

"Haa tu putera idaman kau dah sampai. Jom jom!" Terus tangan Hafiza ditarik laju oleh Sofea. Nasib baik dia tak tersadung. Kalau jatuh memang dia seligi kepala Sofea sungguh-sungguh.

Buka saja pintu utama, figura Harith yang santai menyandarkan badan di kereta menyapa pandangan kedua-dua gadis itu.

"Oh my God! He is so handsome, babe! Damn!" Sofea menekup mulutnya apabila melihat penampilan Harith yang sangat berbeza hari ini.

Biasanya dia tengok lelaki itu dengan t-shirt dan seluar trek saja. Pakej dengan kasut boot dan bau sawit. Tapi hari ini Harith segak memakai kemeja biru gelap dan seluar berwarna khaki. Sofea syak yang diorang ni lupa kalau sekejap lagi diorang akan bergelumang dengan bauan pasar.

Bukan main masing-masing melaram macam nak pergi dating.

"Har—" Tiba-tiba hidung Sofea kembang-kempis tatkala mencium bauan yang aneh. Terus membulat matanya saat menyedari sesuatu.

"Alamak! Sosej aku!" Serentak itu Sofea berlari kencang ke arah dapur. Gara-gara mengusik Hafiza, tak pasal-pasal sosej dia sudah rentung. Hafiza melihat situasi itu terus terkekeh perlahan.

Buyar terus niatnya mahu mengusik Harith tadi.

"Padan muka kau, Peah. Sedap sangat kau gelakkan aku, kan. Rasain lo makan sosej rentung!" ucap Hafiza dengan tawa yang masih tersisa. Tangan mencapai kasut sarung berwarna cream di rak.

"Peah! Aku pergi dulu!" Ujar Hafiza sedikit kuat.

"Blah lah kau!" Balas Sofea dari dalam rumah. Hafiza menggelengkan kepalanya perlahan sebelum melangkah mendekati Harith yang sejak tadi selesa menjadi pemerhati sahaja.

"Assalamualaikum." Ucapan salam membuka bicara antara mereka berdua.

"Waalaikumussalam." Perlahan Harith menjawab.

"Jom?" Ujar Hafiza seraya membuka pintu penumpang. Namun, Harith tidak berganjak meski Hafiza sudah memboloskan diri ke dalam kereta.

"Hello Harith. Dah sampai mana berangan tu? Jomlah kita gerak. Nanti lambat pula Cik Babe nak siapkan bahan-bahannya," tegur Hafiza. Harith yang seakan baru tersedar dengan teguran itu, terus gelabah masuk ke dalam kereta.

Sempat Hafiza menangkap warna telinga lelaki itu berubah. "Awak ok, Harith?"

Harith yang sedang memandu keluar dari kawasan rumah Hafiza menoleh sedikit ke arah penumpang di sebelah. "Hah? Saya? Saya ok je."

Meski terdengar nada yang digunakan santai, namun ia tetap tidak dapat menyembunyikan rasa berdebar di hati. Duduk hampir dengan wanita yang dia sukai cukup membuat jantung Harith seperti mahu melompat keluar.

Hafiza hanya mengangguk saja. Pelik juga dia melihat Harith hari ini. Tegak aje memandu. Tak sakit pinggang ke?

"Kita nak pergi mana dulu ni?" Soal Hafiza. Setahu dia, ini bukan jalan ke bandar.

"Kita singgah rumah Syifa sekejap. Budak tu nak ikut katanya," jawab Harith sambil tangan memutar stereng memasuki lorong yang lebih kecil. Hafiza yang mendengar nama adik susuan Harith itu terus menepuk tangan kegirangan.

"Syifa ikut? Sumpah ko?" Soal Hafiza teruja. Harith yang melihat perubahan mendadak itu sedikit berkerut.

"Iyalah. Saya cakap dekat dia semalam yang saya nak keluar dengan awak. Dia terus cakap nak ikut. Awak tak kesah, kan?" Soal Harith memandang Hafiza sekilas.

Tapi, sebenarnya bengkak jugalah hati dia bila teringat yang dia terlepas cakap kat Syifa. Tak pasal-pasal budak tu melalak nak 'mengganggu' mereka. Kalau tak... boleh dating? Hish setan ni! Dosalah.

"Mestilah saya tak kesah! Saya lagi suka kalau Syifa ada sekali!" Jawab Hafiza laju. Senyuman di bibirnya melebar. Sudah lama rasanya dia tidak bertemu dengan gadis itu. Apa yang dia dengar dari Cik Babe, Syifa sekarang hampir menamatkan program asasi di salah satu universiti awam di Pahang.

Melihat senyuman itu, bibir Harith turut mengukir senyuman. Hafiza memang perempuan baik-baik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro