Bab 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sewaktu You Are My Life juga sedang berlangsung...

Anneliese Cherina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sebenarnya, dia mulai buntu. Buntu memikirkan cara penyelesaian untuk adik kesayangannya. Dalam diam, duit yang berada di bank mulai dicongak-congak.

'Arghh! Tak cukup!'

"Beb, you okay tak ni? Dari tadi I nampak you kusut sangat," tegur Sharul sambil mengipas-ngipas wajah rakannya yang kelihatan pucat menahan gemuruh. Tampak ada sesuatu yang sedang difikirkan oleh gadis manis tersebut.

"I tak ok lah, Sha! Adik I tengah berjuang kat dalam sana. I serabut tau tak! Pening! Mana nak cari duit untuk kos pembedahan adik i?! Nak harapkan duit I jadi model? Mana cukup! Dahlah i ni takat junior model. Mana nak cari lagi?"

Anneliese Cherina hampir menangis. Kalaulah kedua-dua ibu bapanya masih hidup, mungkin dia dan adiknya takkan mengalami kes sebesar ini. Setahun yang lalu, mereka sekeluarga telah terlibat dalam kejadian ngeri dan akibat daripada kemalangan tersebut, ayah serta ibu Anneliese Cherina terkorban.

Perit sememangnya perit apatah lagi bila selepas 8 bulan berlalu, adiknya juga telah disahkan mengalami kanser barah otak disebabkan kesan kemalangan itu. Sehingga sekarang Anneliese Cherina menyesal.

Menyesal kerana tidak terus mencari sang 'pembunuh' yang telah merempuh kereta mereka dan pergi tanpa sebarang penyesalan. Walaupun ingatannya masih samar-samar namun rasa benci pada pelaku itu masih teguh. Takkan berkocak sama sekali.

"Beb, kalau dah sampai beribu macam ni, apa kita nak buat?" soal Sharul, lembut. Eh, korang jangan. Nampak je lelaki tapi dia lembut tau. Hati tisu.

"I tak tahu, Sha. Yang I tahu I kena cari duit tu. I sanggup buat apa saje demi nyawa adik i," luah Anneliese Cherina, hiba. Air matanya sebagai kakak gugur tanpa dipinta.

"Beb, janganlah nangis. I sebagai manager you akan berusaha tolong you untuk dapatkan duit. Apa kata kalau kita kerja lebih?" cadang Sharul sengaja ingin memujuk.

"Kerja apa Sha? Sempat ke I nak kumpulkan duit dengan buat kerja sambilan?" Terang-terang Anneliese menolak cadangan Sharul.

"Hmmmm..." Sharul turut terdiam. Dia hanya mampu mengusap belakang ketuanya dengan perlahan. Sebak apabila melihat si cantik manis itu menangis di tengah-tengah koridor hospital.

____________________________

Si dia memejamkan mata dengan erat. Dalam fikirannya, dia mulai membayangkan wajah manis Putri Risha yang sedang tersenyum lebar. Begitu kuat sekali aura isteri kepada abang sulungnya itu sehingga dia gagal ingin berpaling pergi.

Putri Risha bak bidadari yang kehilangan arah mencari jalan rumah dan dia seharusnya menjadi 'rumah' tersebut. Namun apakan daya, si cantik manis itu sudah lama terpaut pada sang jejaka yang merupakan darah dagingnya sendiri.

Walaupun kes kematian Dark Lord sudah lama berlalu tetapi cinta dia pada Putri Risha masih utuh mengikut peredaran masa. Dia cemburu pada Tengku Fazril. Apa yang ada pada lelaki itu sehinggakan dia tidak mampu menandinginya?

Nak tak nak, Tengku Haikal terpaksa melupakan hasrat cintanya pada Putri Risha lalu saat itu dia bertekad ingin membuktikan bahawa dia mampu mencari 'bunga' yang baharu.

Namun, tak semudah itu. Figura Tengku Fazril dan isterinya sentiasa berada di rumah sehingga dia hampir menjadi gila. Gila melihat kemesraan yang terjalin antara mereka berdua.

Masih dia ingat lagi saat dia menipu bahawa dia sudah mempunyai teman yang baharu. Disebabkan kata-katanya, dia terjerat. Seluruh keluarga mafia itu ingin bertemu dengan sang gadis yang telah mencuri hati Tengku Haikal dalam diam.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata eh eh tak boleh nak patah balik. Itulah yang dirasakan oleh Tengku Haikal sekarang.

"Woi!"

Hentakan meja daripada seseorang membuatkan Tengku Haikal tersentak. Segala masalahnya tiba-tiba terbang begitu sahaja. Wajah orang kanannya yang sedang menjongketkan kening dijeling tajam.

"Masih terfikir pasal masalah tu ke?" soal Joshua, tenang. Sementara waktu rehat ni, baik main telefon kejap.

Tengku Haikal berdiam diri. Dia berpura-pura melakukan kerjanya walhal akal fikiran terbang entah ke mana.

"Lek arh. Kata jelah girlfriend kau dah mati bunuh diri. Automatik masalah selesai. Taklah mama kau bising nak jumpa menantu dia yang tak wujud tu," cadang Joshua bangang tahap takleh fight.

"Dah lama penampar aku tak makan pipi orang. Kau nak ke?" Tengku Haikal menjeling tajam ke arah Joshua.

"Dah tu nak buat apa lagi? Takkan kau nak bagitau kat diorang yang kau tu sebenarnya tak laku?" dalam ejekan sempat lagi Joshua mengusik.

Sejurus mendengar kutukan dari orang kanannya, sebatang pen hinggap tepat di kepala Joshua. Mengaduh terus anak gajah sekor tu.

"Bukan tak laku lah bodoh! Aku cuma tak reti nak mencari!" bahas Tengku Haikal, jujur plus geram.

"Tak reti?! Apa jenis otak kau ni? Kacak je lebih tapi otak level cap ayam. Kita sebagai lelaki-lelaki handsome di muka bumi ini wajib ...jap aku tekan lagi sekali. WAJIB ada akal untuk berfikir cara nak ngorat orang pompuan," tutur Joshua bersama senyuman miangnya.

"Apa benda yang kau merepek ni?" Dahi Tengku Haikal berkerut seribu.

"Aduh, susahlah nak bercakap dengan kau ni. Langsung tak reti nak bercinta! Zaman nenek moyang aku dah pandai couple couple masa darjah satu! Kau apa? Dah besar panjang pun masih jadi Mr. Lonely!" ejek Joshua, selamba beruk.

Tengku Haikal menghela nafas geram. Sejak tadi dia menahan sebal mendengar segala kutukan dari mulut lelaki tersebut.

"Maksud aku, kau sebagai kumbang yang handsome lagikan kaya...kena cari pasangan.."

"Persoalannya camne?!" bentak Tengku Haikal.

"Fikirlah!" jawap Joshua.

Tengku Haikal menjerit bengang. Segala barang-barang yang berada di atas meja dilemparkan ke arah sahabat karib merangkap orang kanannya yang berlevelkan otak cap ayam.

"Aku tahu kita kena ada pasanganlah sial! Masalahnya macam mana nak cari?! Buat sakit telinga aku je dengar ceramah kau! Ingatkan berguna. Rupanya haprak macam otak kau!" marah Tengku Haikal.

Joshua terkekeh-kekeh gelak seraya mengelak satu persatu barang yang dilemparkan oleh ketuanya. Suka pula melihat wajah lelaki itu apabila berang atas gurauannya.

"Weh weh! Korang gaduh asal tak ajak aku?!" sampuk Fakhrul yang baru sahaja tiba di muka pintu pejabat. Kelihatan dia terkebil-kebil melihat kelakuan bocah mereka berdua.

"Kawan kau ni lah. Bingai sangat. Tak reti nak cari awek. Kau ajar sikit kat dia," ejek Joshua, mengejek.

Tengku Haikal mencebik malas. Ada pula kata orang tak pandai. Jodoh tak sampai lagi, apa boleh buat? Mungkin jodoh tengah cari alamat dia kut.

"Tak beres lagi masalah tu?" soal Fakhrul pelik. Joshua menggeleng-gelengkan kepalanya apabila Tengku Haikal hanya berdiam diri.

"Seriously bro?! Habistu kau nak buat apa? Ni kes berat bro. Soal jodoh bodoh ni mana boleh bawa main," nasihat Joshua, cerdik.

"Bila masa aku cakap pasal jodoh? Aku cuma nak cari perempuan yang boleh tutup mulut mama dari terus membebel aku! Tu je!" bidas Tengku Haikal, tegas.

"Ohhh..kira nak cari pelakon lah ye? Macam drama kat tv tu. Klise bro!" komen Fakhrul, jelek.

Tengku Haikal menjulingkan matanya ke atas.

"Kau ingat aku nak cari pelakon yang boleh dibuat bini ke? Aku hanya nak sorang pompuan yang boleh jadi awek palsu aku dalam masa satu hari. Dah cukup buat family aku tu percaya. Aku tak nak Xender tahu yang aku masih suka kat Risha!" olah dia panjang lebar.

"Cakap biar bagi pencerahan lagi penyebaran bro. Baru kitorang faham," ucap Joshua, mendatar.

"Tak cukup lagi ke pencerahan yang aku dah bagi selama ni? Korang yang bodoh sangat. Otak ayam!" kutuk Tengku Haikal, selamba.

"Lantaklah. Esok kitorang start cari pompuan yang kau nak tu. Kalau tak jumpa juga, errhh kau cari jelah mana-mana gigolo untuk jadi betina kejap," cadang Fakhrul, bangang.

"Kau nak mama aku mati tengok awek pondan aku ke apa? " jeling Tengku Haikal.

Fakhrul dan Joshua tergelak terbahak-bahak. Masing-masing terbayangkan jika ketua mereka menjadi gay tanpa dipinta. Uish, nayah! Tak nak diorang kenal kat Aden lagi! Geli hawauuu!!

__________________________

"Tanya sama pokok apa sebab goyang. Nanti jawap pokok angin yang goyang!!! Tanya sama langit apa sebab hujan nanti jawap hujan tanyalah awan!!"  Anneliese menjerit dalam nyanyian yang sengaja disumbangkan.

Bukan apa, dia risau jika ada sesuatu yang 'memerhatinya'. Semasa dia tekun mencuci rambut, tiba-tiba dia melihat sepasang tangan kotor berkukukan tajam sedang hinggap di bahunya secara perlahan-lahan.

Serta-merta gadis berumur 24 tahun itu menjerit terkejut. Langkah kakinya segera diatur pantas menuju ke bilik.

"Cuuuuuu..." panggil makhluk yang berupakan seperti nenek tua. Makhluk tersebut menangis darah seraya menghampiri manusia yang mampu melihat rohnya.

"Nenek! Dah berapa kali saya kata jangan datang masa macam ni!" marah Anneliese.

Tubuhnya yang bogel serta-merta dibalut dengan gebar sambil matanya memandang ke arah makhluk di hadapannya. Sejak dari kecil  Anneliese diberikan satu kelebihan untuk melihat makhluk dari dunia lain. Namun, anugerah tersebut bukanlah sesuatu untuk digembirakan malah dia sudah mencop anugerah itu sebagai sesuatu yang malang.

"Nenek takkan berhenti ganggu saya en? Tolonglah nenek. Anak nenek dah meninggal dunia setahun yang lalu dan saya tak mampu nak ubah takdir!" tegas Anneliese Cherina berbicara.

Nenek tersebut bukanlah ada yang kaitan dengannya tetapi semenjak Anneliese sedar bahawa dia mampu melihat makhluk halus, nenek itu kerap mengganggunya untuk meminta tolong.

"Huhuhu...huhuhu.." Nenek tersebut merintih panjang sehingga cukup membuatkan bulu roma Anneliese Cherina berdiri tegak. Ya, dia benci apabila mendengar bunyi tangisan daripada sesuatu yang bukannya manusia ditambahkan lagi bunyi mengilai.

Pelik? Bagi orang yang tak percaya pada dunia mistik, sememangnya akan berasa pelik. Namun bagi orang yang percaya pula, takkan berasa pelik pun. Kelebihan ini adalah sesuatu penerimaan yang harus orang sepertinya terima dengan hati yang terbuka.

Dahulu, masa kali pertama melihat benda-benda ni semua, Anneliese Cherina menangis sehingga demam teruk. Lama-kelamaan, dia dah mulai terbiasa. Tapi tak bermaksud dia suka ataupun tak takut langsung.

Setiap makhluk yang dia jumpa tak sama sifatnya. Ada yang lembut, ada yang nakal dan ada juga yang ganas. Ketiga-tiga jenis makhluk ni, dia dah pernah jumpa.

"Pergi! Nenek kena pulang ke dunia nenek yang sepatutnya! Tolonglah! Saya tak nak orang anggap yang saya ni pelik lagi hanya disebabkan kemunculan nenek dan makhluk-makhluk yang lain. Patutnya gadis cantik macam saya ni dah boleh kahwin tapi sampai sekarang takde sorang laki pun nak kat saya sebab anggap saya ni pelik!"

Makhluk berupakan nenek itu semakin menangis mendayu-dayu. Tak lama kemudian, dia menghilangkan diri seperti biasa.

Mata Anneliese Cherina melilau di setiap sudut bilik. Risau jika ada lagi makhluk lain yang mengintipnya dalam diam. Sesaat kemudian, dia kembali masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya yang tertangguh tadi.

Aden and Anneliese Cherina.

Jangan comment  kenapa cite ni macam ada unsur seram. Tak seram pun. Author mungkin ada selitkan seram tu sikit tapi seram yang biasa je. Bukan seram sampai tahap membunuh kut.

Mesti korang tertanya kenapa author buat cite macam ni?

Ni sebab dia. Author nak buat satu unsur yang agak unik. Bosanlah kalau cite tu strict pasal percintaan je. Klise! So, author nak buat cite yang lain dari yang lain.

Author tahu ada yang penakut kat sini. Jangan risau cite ni masih boleh lagi dibaca dalam mood yang selamba. Tak seram sampai terbawa ke alam mimpi.

So, mana mana dengan first chapter ni? Comment melebihi 50 , baru author update ye.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro