Bab 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

What?  Jap, jap ,jap and jap. Aku yang pekak atau telinga aku memang tersumbat?  Takkan dia baru kata yang dia nak aku? Oh, no,no and no. Memang taklah. Aku dengan dia cuma teman sekerja kut. Tak lebih daripada tu.  Kalau terlebih juga, silap-silap aku mati kat tangan keluarga mafia ni.  Eish, jauh bebenor yang kau fikir ni, Liese.  Beruang kutub tu takkanlah nak bunuh kau sedangkan dia sendiri nak jadikan kau sebagai isteri sementara dia...lepastu..

"Awak?  Hello,awak dengar tak ni?" Alden memanggil Anneliese Cherina apabila suara gadis manis itu tidak lagi kedengaran. Takkan dah tidur? 

"Errhh ya, ya!  Saya masih kat sini.  Awak nak apa tadi? " soal dia, semula.

"Nak saya ulang ke? " Alden tersenyum lebar.  Mesti dia tak sangka yang aku dah minat kat dia.

"Errrhhh.. "

"Saya nak awak, boleh? " potong Alden selamba.  Buat seketika, Anneliese Cherina tergamam. Ya, memang benar bahawa dia tak pekak badak lagi. Gila ke? Baru kenal kut.

"Boleh? " tanya Alden lagi. 

Mengigil tangan Anneliese Cherina mendengar suara merdu Alden. Kok suaranya umpama buluh perindu sih? Wah, gue udah gila atau ngomong-ngomong gue kerasukan dengan omongan kosongnya? Argh, mungkin aja dia sorang playboy.  Bajingan elo, Alden.

Eh, asal aku cakap Indon pula ni?  Dah jadi bibik ke apa? Argh, merepek! Liese, focus! Focus on your spm! Eish, spm pula.

"Liese, awak dengar tak ni? " suara Alden naik seoktaf apabila Anneliese Cherina sejak tadi tidak menjawap panggilannya.

"Dengar, dengar.  Apa awak cakap tadi? " soal dia lagi.

Alden pula sudah menepuk dahinya. Masuk kali ni, dah 3 kali gadis itu bertanyakan soalan yang sama. Tak pekak. Cuma pelik. Takkan nak tanya soalan yang sama sampai berjuta kali?

"Saya. Nak. Awak. "

"Encik Alden nak..nakkan saya? " soal Anneliese Cherina, janggal. Namun belum sempat telinganya mendengar jawapan Alden, orang lain pula yang tolong jawapkan.

"Sape nak kau? " potong Tengku Haikal dingin sambil melemparkan briefcasenya di atas sofa.

Disebabkan terlalu terkejut,  telefon di tangan Anneliese Cherina hampir terjatuh di atas lantai. Terkial-kial tangannya cuba menangkap telefon tersebut.

"Aw... Awak bila sampai? " Cepat-cepat Anneliese menutup panggilan tersebut. Tengku Haikal mengecilkan matanya merenung Anneliese. Ele, bukan dia tak nampak isterinya cuba menyorokkan sesuatu.

"Sape yang call kau? " soal dia, serius.

"Kawan, " tutur Anneliese Cherina.

"Habistu, asal aku dengar kau petik nama aku? " duga Tengku Haikal.

Anneliese Cherina berjeda sebentar. Sejak bila aku petik nama dia? Takde dahan, takde ranting, takde rumput camne nak petik? Eh, melalut pula kau ni Liese.

"Tapi awak,saya takde sebut nama awak," jujur dia menjawap.

"Amboi, kau nak kelentong aku erk? Dahlah nama aku ni mahal tahap dewa. Sesuka hati lidah pendek kau je nak sebut nama aku. Ingat aku tak dengar ke kau sebut Aden tadi? " balas Tengku Haikal, kurang berpuas hati.

Tubuh yang penat dibaringkan di atas katil sambil tangan pula menanggalkan tali leher.

Anneliese Cherina berfikir sejenak. Aku tak sebut Aden tapi...

Gulp!

'Aku sebut Alden! Ya Allah, camne aku boleh tak sedar yang nama beruang ni hampir sama dengan nama Alden? '

"Asal dengan kau ni?  Dah jadi pekak badak? " sindir Tengku Haikal, selamba. Tangannya pula masih tekun menanggalkan tali leher yang terlalu kuat ikatannya.

"Errrhh.. Saya sebut nama awak sebab.. "

"Arh tak kesahlah," potong Tengku Haikal.  Anneliese Cherina tercengang. Tadi duk sibuk tanya call siapa.  Alih-alih tak kesah pula. Annoying!

Tak lama kemudian, Anneliese merenung ke arah suaminya yang sedang tekun menanggalkan tali leher.  Lelaki itu terpaksa bangun untuk melihat punca tali leher tersebut tersekat.  Hampir hilang kesabaran lelaki itu dibuatnya.

"Meh sini saya tolong tanggalkan, " kata Anneliese lantas membantu Tengku Haikal menanggalkan tali leher itu tanpa sempat lelaki tersebut memberikan keizinan.

"Takyah lah.  Sibuk pula dia ni, " bantah dia namun perilaku si isteri masih dibiarkan.

"Awak ni banyak bunyilah.  Saya kan isteri awak.  Apa salahnya saya nak bantu suami saya sendiri? " ujar Anneliese Cherina.

Buat seketika, Tengku Haikal berdiam diri.  Dibiarkan sahaja sehingga tugas Anneliese Cherina selesai.

"Done! Kan senang kalau awak bagi kerjasama, " tegur Anneliese Cherina.

"Diamlah. Dahlah busuk tak mandi lagi. Berlalat satu bilik aku, " ejek Tengku Haikal lalu menuju ke arah bilik mandi untuk membersihkan diri.

"Orang memanglah tak mandi lagi.  Penat! " jerit Anneliese sebaik sahaja suaminya masuk ke dalam bilk air.

Ele, duk kutuk kita. Tak reti ke nak berterima kasih? Dahlah jantung ni asyik dup dap dup dap tengok muka dia. Arh kau kena sedar Liese. Ini cuma sementara.  Antara kau dan dia takde yang akan kekal. Ingat tu.

____________________________

"Wassalam bro! "

Tengku Haikal mendongakkan kepalanya apabila terdengar suatu suara yang tak asing lagi di telinganya.  Pabila mata melekat pada si dia, Tengku Haikal mengeluh malas.  Pen diletakkan di atas meja lalu figura lelaki itu dipandang tajam.

"Kau buat apa kat sini?  Bukan selalu lepak kat office Xender ke? " sindir Tengku Haikal terhadap adiknya yang sedang elok duduk di atas sofa sambil bermain Mobile Legends.

"Takde mood arh. Xender tu duk membebel dari pagi tadi. Bernanah telinga aku, " jawap Alex selamba.

"Memang patutlah dia bebel kau!  Dah kau asyik main game, camne dia tak marah?!  Bengong!  Silap hari bulan, game tu rosakkan otak kau. Elok! Biar kau mati lepastu taklah susahkan kitorang semua, " jeling Tengku Haikal ,sebal.

"Bisinglah kau ni. Cuba bagi aku kedamaian sikit.  Lagipun, BabyFik perlukan aku untuk seronokkan cite ni, " senyum Alex, bangga. 

Ceh, perasaan. Tampar kang. Ada juga yang terbuang sampai ke planet pluto.

"Woi, cite kau dah lama habis. Dah, dahlah tu. Move on lah.  Ini cite aku. Aku tak nak BabyFik buang masa dia untuk tambah nama kau. Penyangak, " ejek Tengku Haikal pula.

"Oho, kau kena terima hakikat Aden. Readers tetapkan sayangkan aku.  Selamanya. Muahahaha!!! "

Pang! 

"Adehhh!!! " Alex mengaduh kesakitan sebaik sahaja sebuah fail keras hinggap di kepalanya.  Baru je gelak jahat dah kena bantai. Huhuhu. Takmolah muncul lagi dalam cite ni. 

"Jangan sampai orang makan nasi, kau makan selipar, " sekali lagi Tengku Haikal menjeling.

"Cakap besar. Boleh blah lah weh. Setakat selipar. Ini Alex lah. Alex dah pernah makan kasut lagi tau.  Tu pun sebab bini aku yang baling, " ujar Alex yakin.  Ngeri pula bila ingat balik saat dia 'dibelasah'oleh Tasya akibat mengajar anaknya menembak lalat.

Budak tu kecik lagi.  Mana nak nampak sangat lalat. Kalau hinggap kat hidung Tasya, camne? Sia-sia mamanya meninggal dunia. Eish, eish, eish.

"Kau.. "

Tiba-tiba telefon Alex berbunyi menandakan panggilan masuk. Dengan malas panggilan tersebut dijawap setelah meneliti nama si pemanggil.

"Nak mati ke? " soal dia, malas setelah panggilan disanbungkan.

"Alex, kau kena balik sekali dengan Aden. Sekarang!! " desak Miko di corong telefon.

Belum sempat Alex menjawap,talian terlebih dahulu dimatikan.

"Aden, jom.  Miko suruh kita balik sekarang. Emergency kot, " beritahu dia.

Tengku Haikal mematikan perbuatannya buat seketika.  Kerutan di dahi mulai timbul menandakan dia berfikir sesuatu.

'Pehal kena balik pula ni? '

#Vote and Comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro