Bab 25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tekan!  Tekan! Tekan!

Frender terkekeh-kekeh ketawa apabila menekan huruf demi huruf yang berada di atas skrin telefon. Selepas huruf-huruf tersebut membentuk beberapa ayat, butang 'send'ditekan kepada seseorang.

✔✔
Abang Malaikat is typing..

Frender tersenyum pendek.  Nampaknya,  Tengku Haikal masih sudi melayan ia walaupun sedang sibuk bekerja.

Abang Malaikat :
Liese buat apa sekarang?

    
    Frender:
kak long  tengah membaca majalah sambil jilat sudu.

       Abang Malaikat:
           Tangkap gambar jap.

Frender tersenyum riang. Dengan senang hatinya, dia melompat daripada atas katil lalu menuju ke arah ruang tamu.  Kelihatan Anneliese benar-benar membaca sebuah majalah sambil menjilat sebatang sudu.

Snap!

Gambar tersebut dihantar lalu Frender berlari semula ke dalam bilik.  Dia tidak sedar bahawa derap kakinya didengari oleh Anneliese. 

 
        Frender :
Cantik tak kakak kita?

         
              Abang Malaikat:
Cantik macam anjing.

     Frender:
Jahatlah abang ni.

  Abang Malaikat:
Thanks puji.

          Frender:
You're welcome. Abang bila nak gi sini?  Jomlah main dengan saya. 

        Abang Malaikat:
Aku kerjalah.  Esok punya esok aku gi sana.

         Frender:
Esok punya esok tu bila? 

     Abang Malaikat:
    Tahun depan.  Muahahaha.

Frender:
Abang ni.  Ingat kita budak takde perasaan ke? ( Hastag tengah majuk) 

Abang Malaikat.  ✔✔

And bluetick.

Frender merungut geram. Tak habis-habis Tengku Haikal ingin mempermainkannya.  Dah tu, bagi bluetick je.

"Frender.. "

Frender tersentak sehingga kedua-dua bahunya terhincut ke atas.  Telefon yang berada di tangan cepat-cepat disembunyikan ke belakang badan. 

"Ingat kak long tak nampak ke? Bak benda tu keluar, " arah Anneliese,  mendatar.  Frender menggeleng-gelengkan kepalanya dengan pantas.

Telefon hasil pemberian daripada Tengku Haikal harus disembunyikan demi amanat lelaki itu.

"Ingat , jaga telefon ni.  Guna masa nak mesej aku je.  Jangan main game,  jangan tengok video dan yang paling penting sekali.. . Jangan tengok blue.  Sebab kau masih under age. Kau boleh tengok masa umur macam aku je. Kau langgar,  aku ambik balik phone ni," ujar Tengku Haikal memberi peraturan.

Pa bendalah sampai masuk segala blue,  yellow,  white,  black ni..

"Tapi kak long tak nak kita pegang phone.  Nanti otak rosak, " sayu Frender menjawap.

"Otak akan rosak bila kau langgar benda-benda yang aku dah haramkan tadi.  So,  kau hanya boleh guna phone ni masa nak chat dengan aku.  Faham tak? "

"Faham-faham.  Okay,  kita janji tak langgar peraturan abang, " janji Frender,  teruja.

"Frender! " Lamunan panjang Frender mati begitu sahaja apabila terdengar suara kakaknya.  Terkejut tulang rusuk kiri kita duh.

"Benda tu keluarkan sekarang! " arah Anneliese,  tegas. 

"Tak nak! Nanti kak long marah, " geleng Frender.

"Kak long tak marah kalau Frender bagi kerjasama dengan kak long. "

Frender menggentel-gentelkan hujung bajunya sebagai tanda rasa bersalah.  Macam akak dia je. Suka gentel hujung baju.

"Frenderrrr.. " leret suara Anneliese memanggil nama adiknya.  Dalam keadaan terpaksa, akhirnya Frender mengeluarkan Iphone X nya daripada belakang badan. 

Serentak itu, mata Anneliese terbeliak luas manakala mulutnya ternganga. Iphone X bro.  Aku pun takat samsung je.

"Frender!  Cakap dengan kak long sekarang.  Dari mana dapat telefon mahal ni? "

"Frender tak curi... " tunduk Frender, takut-takut.

"Kak long tak tuduh Frender mencuri.  Kak long cuma nak tanya dari mana dapat benda ni? "

"Orang bagi.."

"Sape orang tu? " soal Anneliese lagi.  Orang kaya mana yang suka hati nak bagi adik aku Iphone X?

"Abang Malaikat, " ujar dia semakin gelisah.
Anneliese terdiam lama. Abang Malaikat?  Alden?  Kenapa dia tak bagitau aku pasal benda ni?  Tahulah kaya tapi Iphone X kut.  Untuk budak kecik,  memang tak patut. Bagi jelah nokia. Lepastu main ular-ular kat sana. Hehehe.

"Kak long tak benarkan Frender pegang phone ni.  Frender still kecik lagi and otak tu boleh rosak tau tak? " tegas Anneliese berbicara sambil telefon tersebut digenggam kemas.

"Tapi Abang Malaikat kata otak akan rosak bila banyak main game,  tengok video dan paling haram sekali tengok blue.  Sebab Frender under age lagi.  Kalau nak tengok,  tunggu besar macam dia dulu," balas Frender naif. 

Anneliese tergamam.  Apa benda yang Alden ajar ni?  Tapi masuk akal juga, kalah aku.

"Fine,  dia betul.  But, Frender ada main game en?  So,  kak long akan rampas, " senyum Anneliese kemenangan.

"Tak,  Frender tak main.  Nanti Abang Malaikat rampas telefon ni, " sekali lagi bicara Frender membuatkan Anneliese terdiam. Dia tahu adiknya tak reti nak berbohong sebab dia tak pernah ajar pun.  Berdosa besar. 

Tapi yang jadi kes pelik ni sekarang,  Frender baru je kenal dengan Alden tapi dah senang hati ikut arahan dia.  Aku yang kakak dia pun,  nak tak nak je ikut cakap tadi. 

"Hmmmm.. K. Frender boleh simpan telefon ni tapi jangan langgar cakap yang abang kesayangan Frender tu dah suruh pula. Faham tak? "

Serentak itu, Frender mengangguk laju  apabila mendapat kebenaran daripada kakaknya. Telefon tersebut diambil semula lalu mesej Tengku Haikal  dibuka semula selepas Anneliese beredar. 

Frender:
Abang,  kak long tak marah Frender ada telefon ni.

Abang Malaikat is typing..

Teruja Frender menunggu balasan daripada Tengku Haikal. Namun beberapa saat kemudian, perkataan 'typing' telah bertukar last seen. Frender memuncungkan bibir sebagai tanda kurang berpuas hati.  Mungkin dia lupa,  Tengku Haikal sedang sibuk berkerja.

___________________________

"Tuan Aden,  someone nak jumpa dengan tuan, " lapor Blaire melalui interkom.

"Who? "

"Dia kata kawan lama tuan.. "

"Name please... "

"Amizha.. "

"Cakap aku dah mampus, " ujar dia,  selamba.  Namun, beberapa minit kemudian,  pintu office ditolak kasar sehingga berjaya membuatkan fokusnya terganggu.

"You ada lesen ke nak halau I?!" jerkah  Amizha, garang. 

"Maaf,  tuan.  Saya dah cuba halang dia tapi...."

"It's okay.  Tinggalkan saya dengan jelmaan anak saka ni dulu, " ujar Tengku Haikal.  Blaire mengangguk lantas beredar pergi.

Selepas beredar, Amizha meluru ke arah meja Tengku Haikal dengan wajah yang bengis.

"Apa masalah you hah?!  Dah cukup puas you berlagak macan tak kenal I kat depan semua orang?!" herdik, dia.

"So? "

"You jangan nak buat bodoh,  Aden! I girlfriend you!! "

"Go fuck yourself, bitch.  Girlfriend? Kau gila ke apa?  Kau tu sekadar ex.  Tahu tak maksud ex?  Ex tu bekas.  Bekas yang tak diperlukan lagi! "tajam Tengku Haikal merenung Amizha.

"Come on lah, sayang.  Takkan hal 4 tahun lepas,  you tak boleh lupakan lagi? " sinis Amizha menyoal.

"Aku tak lupa pun.  Kau yang dah khianat aku.  Menggatal macam betina sial dekat model lelaki yang lain.  Kalau ikutkan hati aku yang suci bagaikan debu ni,  dah lama aku tendang kau sampai ke negara jiran.  Buang masa aku je nak layan kau, " kutuk Tengku Haikal sebelum mengarahkan Blaire agar memanggil pihak keselamatan untuk mengheret Amizha pergi.

"I menggatal?  Habistu,  bini you tak menggatal ke?" Amizha tergelak sinis manakala Tengku Haikal pula memandangnya dengan pandangan yang cukup dingin.

"Apa maksud kau? "

"Well,  honey bunny.  Isteri you tu dah dipasangkan dengan sorang model lelaki.  Hot pula tu!  You sure ke diorang takde hubungan langsung? " hasut Amizha,  jahat.

Tak lama kemudian, dia beredar selepas sahaja puas menghasut bekas kekasihnya.  Tak perlulah nak panggil security bagai.  Kita ada kaki, boleh jalan sendiri.

Dalam diam-diam, Tengku Haikal berfikir dalam.  Entah mengapa traumanya kembali.  Dia risau jika Anneliese juga termasuk dalam golongan betina gila jantan seperti bekas kekasihnya, Amizha. 

Disebabkan terlalu geram,  Tengku Haikal mencapai kunci keretanya lalu menuju ke studio iaitu tempat Anneliese berkerja bersama pasangan sekerjanya.

_______________________________

"Okay,  guys.  Kita rehat,  jap.  Alexa, betulkan make up kat muka Liese. Dah hampir pudar dah I tengok, " arah Khairul,  mendatar.

Keadaan studio tersebut begitu hingar-bingar dengan lighting yang tak betul,  baju tak ada saiz.  Hei,  banyak lagilah.  Ingat senang nak kerja macam ni?

Tiba-tiba suasana tersebut menjadi hening apabila muncul seorang lelaki bersama kaca mata hitam di wajah.  Dengan lagak yang tenang,  dia menuju ke arah Anneliese yang sedang membetulkan rambutnya sambil melihat ke arah model-model perempuan yang sedang khusyuk menatap suaminya.

Geram. Please jangan tengok husband aku weh.

"Tuan Aden!!  Omg!!  Gembira jumpa tuan kat sini?  Tuan nak tengok hasil kerja ke sekarang? " teruja Khairul menjemput kehadiran Tengku Haikal.

"No,  I cuma nak jumpa wife I, " balas dia,  serius.  Di suatu sudut,  Alden dapat merasakan kehadiran yang kurang elok pada Tengku Haikal.  Baru jumpa, dah rasa benci.  Seolah-olah saingan.

"Liese!!  Husband you datang!! " jerit Khairul,  gedik.

Anneliese tersenyum tawar manakala Alden tergamam.  Su... Suami?!

"Awak buat apa kat sini? " soal Anneliese setiba sahaja berdekatan dengan lelaki itu. 

"So,how was your day, baby? " Tindakan Tengku Haikal yang tiba-tiba sahaja mengucup pipi Anneliese membuatkan gadis itu terdiam. 

"Tuan,  saya nak perkenalkan rakan sekerja isteri tuan.  Confirm tuan suka, " kata Khairul , terus-terusan.

Tengku Haikal masih berlagak tenang.  Pinggang si isteri ditarik ke dalam pelukan lantas dia membuka kaca mata hitamnya sebaik sahaja matanya bertentangan dengan seseorang.

"Rakan sekerja baru ke? " Tengku Haikal menoleh ke arah Anneliese.

"Yupp.. Erhh perkenalkan.  Nama dia Alden.  And Alden,  ni husband I,  nama dia Aden," ujar Anneliese tanpa berasa syak wasangka.

Alden tersenyum tawar manakala Tengku Haikal tersenyum pendek.  Belum sempat ingin berbual, Khairul terlebih dahulu memanggil Anneliese untuk mencuba pakaian baharu.

"Be careful, sweetie." Dalam pada itu, sempat lagi Tengku Haikal mengucup tangan Anneliese di hadapan Alden.  Merona merah pipi gadis itu sebentar.

Selepas sahaja Anneliese beredar,  Alden tergelak kecil.  Dia menoleh ke arah Tengku Haikal tanpa mengetahui status sebenar lelaki itu.

"So,  bezanya... Nama kita.  Saya ada huruf 'L'dan awak takde, " Alden cuba beramah mesra walhal hatinya berasa hancur menahan kesakitan.

Tengku Haikal tersenyum sinis.  Kaca mata hitam dicapai sebentar lalu dikenakan pada bahagian matanya.  Sesaat,  dia menoleh ke arah Alden dengan wajah yang serius.

"Tak, bezanya aku orang yang sangat penting dalam hidup Liese dan kau bukannya sesiapa."

Sejurus itu,  dia melangkah ke arah Anneliese bersama tangan di dalam poket. 

#So,  apa kata anda?  Comment looo.

                   

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro