Bab 27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ayahhh.. I.. Ibu. ."

Zappp!! 

Anneliese membuka matanya dengan pantas apabila mimpi kematian ayah dan ibunya kembali menjengah mimpi malam.  Air mata yang mengalir pada saat dia terlena,  dikesat perlahan sambil tubuh bangkit daripada pembaringan.

Buat seketika,  rambut yang serabai dilurutkan ke bawah. Entah mengapa wajah si pembunuh masih kelihatan samar-samar dalam akal fikirannya.  Pembunuh kejam tanpa sedikit pun rasa belas kasihan ketika melihat tubuhnya serta ahli keluarganya yang terdampar di atas jalan tar. 

"Kak ngah... "

Anneliese tersentak.  Dia mendongakkan kepala ke arah Tengku Nurfaiza yang sedang berdiri di muka pintu.  Gadis molek itu tersenyum manis, sama seperti ketika mereka kecil dahulu.

"Yupp? " sahutnya berpura-pura ceria.

"Jom tengok bintang, " ajak si dia, mendatar. 

Anneliese berfikir lama.  Tengok bintang?  Malam-malam macam ni?  Haihhh,  confirmlah banyak hantu yang keluar.  Dahlah malam jumaat.  Uwargghh!!

"Kak ngah,  jomlah.  Semua orang ada kat halaman belakang tengah tengok bintang.  Akak sorang je yang ada kat sini, " beritahu Tengku Nurfaiza tanpa dipinta.

Usai berfikir,  akhirnya Anneliese menganggukkan kepala.  Dia mengikuti langkah Tengku Nurfaiza yang sedang menuju ke halaman belakang.  Setiba sahaja di sana,  Anneliese melihat satu keluarga mafia tersebut sedang melihat bintang-bintang yang berada di angkasa. 

Namun,  figura Tengku Haikal yang sedang duduk di atas kerusi sambil melihat wajah naif Putri Risha dari jauh membuatkan Anneliese berasa sedikit kecewa.  Tak berkedip mata Tengku Haikal melihat wajah perempuan itu.  Mungkin si dia lagi cantik daripada bintang-bintang kat atas sana.

Dahlah tak panggil dia turun sekali.  Dibiarkan Anneliese tinggal kat dalam bilik sorang-sorang.  Kalau kena cabul dengan jin yang gatal camne? Uish.. Jauh pula fikir. 

"Faiza,  asal semua orang tengok bintang?" soal Anneliese,  pelik.

"Sebab semua bintang ni nampak cantik.  Lagipun,  Riley tu yang sibuk nak tahu bintang tu apa.  Kitorang ajaklah dia kat sini, " jawap Tengku Nurfaiza, jujur.

Anneliese menganggukkan kepala tanda faham.  Tak lama kemudian,  kedengaran Tengku Nurfaiza tergelak kecil sehingga mengundang rasa pelik di hati Anneliese.

"Aikkk tengok bintang pun lawak ke? " usik dia.

"Taklah.  Kak ngah tahu tak.. Orang dulu-dulu suka tengok bintang. " Tengku Nurfaiza menoleh ke arah Anneliese.

"Sebab? "

"Sebab.... Diorang percaya selepas kematian orang yang diorang sayang tu pergi , orang tu menjadi bintang kat angkasa. Tugas orang-orang yang dah mati tu, menyinari malam-malam orang yang masih hidup supaya diorang tak rasa sunyi," jelas Tengku Nurfaiza,  panjang lebar.

Anneliese mengerutkan dahinya.  Betul ke?

"So, Faiza percaya ke? " teka Anneliese.

Tengku Nurfaiza tersenyum lebar.  Dia menganggukkan kepalanya secara perlahan lantas beredar pergi meninggalkan Anneliese yang masih tertanya-tanya.

Ketika itu juga,  dia melihat seekor lembaga yang merupakan nenek yang sering mengganggu hidupnya dari kecil, berada di tepi pokok.  Lembaga tersebut menangis mendayu-dayu sambil melihat bintang di angkasa. 

Patutlah setiap malam jumaat tak pernah nampak.  Kat sini pula nenek tu melepak ye.  Tak ajak pun.  Ehek.

Lama anak mata Anneliese memandang sekitar halaman belakang tersebut. Nampaknya, banyak juga hantu yang lepak kat sini.  Tapi tak pula menyerang. Ada yang menangis duduk bertenggek di atas pokok tengah cari anak dan ada juga yang tengah melompat -lompat.  Tak lain dan tak bukan,  puntianak dan pocong.

"Cuuuu.. " Nenek tersebut menangis lagi.  Air mata darahnya jatuh mencurah-curah sambil kepala tegak melihat langit malam.

Anneliese mengeluh berat.  Timbul rasa kasihan pada lembaga nenek tersebut yang telah lama mencari arwah cucunya.  Entah kenapa Anneliese turut berasa sedih.  Teringat pada arwah ibu bapanya yang telah meninggal dunia.

Kepala yang ditundukkan tadi,  perlahan-lahan diangkat sehingga matanya tertancap pada langit yang kelihatan malam. Pada masa yang sama,  Anneliese melihat terdapat dua butir bintang sedang menyinari pada bahagian selatan.

Mungkin bintang-bintang tersebut berjaya mengesan perasaanya yang dicengkam dengan api kesedihan. Seketika, Anneliese mengangkat tangan kanannya ke udara seolah-olah ingin menggapai kedua-dua bintang tersebut.

'Ayah... Ibu... '

Ingin sahaja Anneliese bebas daripada cengkaman kesunyian yang mengikat dirinya pada ketika ini. Namun,  tiba-tiba ada tangan lain pula yang meraih tangan kanannya serta pinggangnya turut dipeluk daripada belakang. 

Anneliese tergamam.  Deruan nafas si dia terlalu dekat pada bahagian lehernya sehingga membuatkan Anneliese berasa kaku untuk bergerak.

"Bintang tu cantik.. Sama macam kau, " bisik Tengku Haikal. 

Anneliese tak mampu berkata apa-apa lagi bilamana sebuah kucupan hinggap di pipinya.  Bagaikan mimpi,  Tengku Haikal memujinya secara tiba-tiba.

'Aku....... Cantik?'

________________________________

Keesokkan harinya, Khairul datang ke pejabat Tengku Haikal seperti yang telah diarahkan oleh lelaki itu. Teruja rasanya nak berjumpa dengan Tengku Haikal.  Kemungkinan,  tuannya akan memuji si dia sebab dah berjaya naikkan sales di bahagian majalah. 

"Tuan,  I dah datang.... " senyum Khairul,  gembira. Kipas yang sering dibawa ke mana-mana dibuka lalu dikipas pada wajahnya yang dicemari dengan peluh jantan.

"Good,  tepat pada masanya, " ujar Tengku Haikal,  mendatar.  Pen yang berada di jarinya,  diletakkan di atas meja terlebih dahulu sebelum wajah lembut Khairul dipandang semula.

"Tuan nak bincang apa? " soal dia, tak sabar.

"I nak you pecat Anneliese daripada jadi model.  "

Terbuntang anak mata Khairul mendengar arahan Tengku Haikal.  Biar betik? Mustahil!
"Tuan,  takkan nak pecat wife tuan sendiri?  Dia dahlah cantik, hot,  meletoppp, everything pasal dia sangat perfect!  Sales kita.. "

Belum sempat Khairul berceloteh panjang,  Tengku Haikal terlebih dahulu memintas kata-katanya.

"I tak tanya pendapat you!  You pecat dia before I sendiri yang pecat you!" gertak Tengku Haikal,  garang.

Khairul memuncungkan bibirnya. Dengan lemah,  dia terpaksa menerima arahan Tengku Haikal lantas keluar daripada bilik lelaki itu. 

'Mati-mati aku ingat dia nak puji aku.. '

___________________________

"Sorry Liese.  I takde niat nak pecat you tapi... Bos singa kita.. Erhh i mean,  husband you... Dia yang bagi arahan supaya you tak keje kat sini lagi.  Sorry erkk.. "

Anneliese mengetap rahangnya menahan marah.  Sekarang,  dia dah takde apa-apa yang ingin dilakukan.  Kerja takde,  apapun takde.  Tak sangka suaminya sendiri sanggup membuang dia semata-mata cemburu dengan Alden.

Ya,  dia sure.  Tengku Haikal sememangnya jealous sejak kehadiran Alden.  Dahlah nama nak dekat sama. Arghh!! Serabut! Kalau dia tak kerja, sape nak tanggung Frender? Sape nak bayarkan bil sewa,  bil air,  bil api... Semua benda tu,  camne nak bayar?!

Takkan nak biarkan Frender tinggal kat bawah jambatan? 

Anneliese menggerutu geram. Tepat pada pukul 12 tengahari,  gerangan yang ditunggu-tunggu sejak pagi tadi,  akhirnya tiba dengan wajah yang selamba.

"Wow,  you memang tak rasa bersalah en? " sindir Anneliese,  sinis. Dia berdiri tegak berhadapan Tengku Haikal yang sedang cuba menanggalkan tali lehernya.

"Excuse me? " Tengku Haikal menjongketkan keningnya.  Eh, eh tiber nak cari gaduh. 

"Hahahahha!!  Bertuahlah jadi bos,  jadi anak orang kaya!  Boleh pecat orang sesuka hati. You memang dari dulu tak pernah berubah en?  Selfish! " marah Anneliese.

"Ohh,  so kau nak cakap yang kau tak puas hati sebab aku dah pecat kau?  Then,  apa perlu aku buat? " soal Tengku Haikal,  tenang.  Dia duduk di atas sofa sambil memejam matanya yang keletihan.

Anneliese bagaikan tidak percaya.  Like seriously?!! Dia nak tidur masa aku tengah marah?!  Suami sape nii?!  Hoi,  kutip sekarang!

"You pecat I sebab jealous dengan Alden en?  You memang tak gunalah! Apa lagi yang you nak sebenarnya!  Bukan you dah puas ke tatap Risha dalam rumah ni?!  Halau je lah I terus daripada pecat!" herdik dia.

Sebaik sahaja nama Putri Risha disebut, Tengku Haikal membuka matanya.  Tajam tunak mata dia memandang ke arah bebola mata Anneliese.

"Ya, aku tak suka kau dengan Alden.  Tapi, Risha takde kaitan dengan semua ni, " ujar dia mendatar.

"Wow,  tepokk sikit!  Nampak sangat you cinta kat dia sampai sanggup nak backup dia en," Anneliese tersenyum sinis.

Tengku Haikal buat-buat tak dengar.  Dia kembali memejam matanya seperti tadi.

"You lagi hina daripada yang I sangkakan.  Pembunuh tak guna.  Patutnya mati awal, " ujar Anneliese perlahan namun masih mampu didengari oleh Tengku Haikal.

"Apa? " Tengku Haikal merenung semula ke arah isterinya.

"I cakap you pembunuh yang tak guna! Macam mana you boleh terfikir nak cintakan perempuan lain padahal I ada kat sini selama ni?! "

"Aku... "

Anneliese tergelak sinis.  Dia mengesat kasat air matanya yang ingin jatuh merembes pipi.

"Kau nak sangat kerja tu supaya dapat  jumpa dengan mamat sial tu kan? " soal Tengku Haikal,  dingin.

"You sape nak ambik tahu pasal I?! Selama ni pun,  you tak pernah anggap I sebagai wife you!  Eh,  Alden tu jauh lebih bagus daripada you lah! Masa I susah,  dia yang tolong I!  Bukan macam you!  Suami atas kertas yang langsung takde function!"  marah Anneliese terus-terusan.

Sejurus itu,  Tengku Haikal bangkit daripada atas sofa dengan tawa yang kedengaran sinis. Perlahan-lahan dia menuju ke arah Anneliese lalu anak mata gadis itu dipandang dengan rasa kecewa.

"Pembunuh? Hina? Suami atas kertas? Takde function? Aku terima semua tu. Aku harap kau simpan balik kata-kata tu kat dalam otak kau.  Ingat sampai mati supaya kau benci aku selama-selamanya, " bisik Tengku Haikal,  perlahan lalu ingin melangkah pergi.

Namun, telinganya masih sempat mendengar bicara Anneliese sebelum dia pergi.

"I hate you.. " ujar si dia,  penuh kebencian.

Tengku Haikal tersenyum pahit. 

"Don't worry.  I hate myself too. "

#Kalau comment dah banyak,  author double update hari ni.  Huhuhu,  macam sedih pula chapter ni siakk.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro