Bab 32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Awakkkk... " leret suara Anneliese memanggil Tengku Haikal yang sedang khusyuk bermain PUBG.  Namun, si dia tidak memberikan sebarang respons yang memberangsangkan sehingga Anneliese terpaksa menolak-nolak tangan suaminya.

"Awakkk,  nak cakap sikit ni.  Dengarlah dulu, " rengek dia,  lembut.

"Esok-esoklah, " tolak Tengku Haikal, malas.  Dahlah sibuk nak target lawan.  Pandai pula bersembunyi kat belakang pokok.  Ni kalau kat dunia nyata ni, dah lama bersepai otak dia aku tembak.

"Hmmm..  Kejap je.  Simpanlah phone tu dulu, " pinta Anneliese.  Mentang-mentang iphone.  Aku pula setakat nokia tekan-tekan je sebab phone samsung dah jadi arwah masa nak cuba main tiktok.  Bukan gelek pun. Dah tu yang rosakkan, suami sendiri juga.

"Sabarlah."

"Dah berapa jam awak main benda ni? 5 jam!  Rosak otak tu nanti," rungut Anneliese. 

"Eh,  aku ni bukan adik kau erk. Suka-suka nak nasihat orang, " kutuk Tengku Haikal yang sengaja ingin menaikkan kemarahan isterinya.

Anneliese merengus geram. Bencilah cakap dengan mamat spesies nak pupus ni! Cakap tu tak dengar.  Cakap ni tak dengar.  Kepala batu!

"Suka hati awaklah! Berkurung dalam hotel ni kalau awak nak sangat! Lepastu, kalau nak apa-apa jangan nak cari saya pula. Cari game tu.  Kalau nak yang best lagi, kahwin dengan game tu,  tidur dengan game tu,  makan dengan game tu, peluk game tu.  Orang nak cau! " bentak Anneliese sambil berura-ura ingin menuju ke pintu.

Disangkakan Tengku Haikal akan memujuk tapi kalau dah kepala batu tu, mana reti nak pujuk. 

"Awak!!! " Anneliese menghentakkan kakinya dengan geram.

"Apa?! " toleh Tengku Haikal, sebal.  Kan tengah main ni. 

"K fine!  I hate you! " jeling Anneliese. 

"Kalau nak benci, bencilah.  Tak kurang pun nasi aku kat rumah, " jawap dia selamba.

Anneliese merengus geram. Dengan hati yang bengang,  dia membuka pintu dengan kasar lalu menghentak-hentakkan kakinya sambil menuju ke lif. Butang bawah ditekan-tekan geram sambil mulutnya membebel seorang diri.

Ting!

Sebaik sahaja pintu lif terbuka,  Anneliese masuk sambil melihat nombor tingkat.  Butang G ditekan pantas lalu dia memeluk diri.  Ketika pintu lif hampir tertutup,  tiba-tiba ada sepasang tangan menghalang pintu tersebut.

Kelihatan Tengku Haikal berdehem perlahan sambil membetulkan sedikit lengan bajunya.  Sesaat,  dia masuk ke dalam perut lif lalu berdiri bersebelahan isterinya.

"Asal ikut orang? " soal Anneliese masih dengan rajuknya.

"Battery phone dah kong, " tipu Tengku Haikal walhal dia sememangnya nak join Anneliese.  Karang ada juga yang masuk berita sebab sesat kat sini.

Anneliese hanya memberikan jelingan geram. Battery dah kingkong baru nak ikut orang. 

"Kau nak cakap apa tadi? " soal mereka setiba sahaja masuk ke dalam perut kereta.  Tali pinggang dipasang lantas Anneliese menoleh ke arah suaminya. Buat seketika, gadis itu menarik nafas sebelum memulakan bicara.

"Thank you, " ujar dia dalam dengar tak dengar.

"Apa? " ulang Tengku Haikal.

"Thank you, awak! " ucap dia lagi.

"And for what? " Tengku Haikal menaikkan sebelah keningnya. 

"Sebab dah... Tolong selesaikan masalah saya dan Frender," ujar dia, lembut.  Lama anak matanya merenung dalam anak mata Tengku Haikal.  Seperti biasa,  lelaki itu tidak memberikan sebarang jawapan.

"Oh,  ya.  Ni duit awak yang Rm300 ribu tu. Saya dah guna setengah daripada duit ni sebab nak bayar balik duit Sharul yang saya dah guna untuk pembedahan Frender.  Nanti kalau saya dah ada duit, saya bayar balik erk? " tutur Anneliese naif sambil mencapai sampul duit di dalam beg tangannya.

"Takyah.  Duit aku tak luak mana pun.  Ambik jelah, " balas Tengku Haikal selamba.  Kaca mata hitam yang tersangkut pada cermin kereta diambil lalu dikenakan pada matanya.

"Tapi duit ni banyak sangat.  Saya.. "

"Guna jelah," Tengku Haikal mulai memasang enjin kereta.

Anneliese tidak jadi mengeluarkan sampul tersebut.  Tekun matanya memandang setiap pergerakan Tengku Haikal.

"Handsome en? " soal Tengku Haikal memecah kesunyian.

"Pardon? "

"Aku handsome sangat sampai kau pandang aku macam tu, " Tengku Haikal tersenyum sinis.  Anneliese tergelak kecil. Memang pun handsome.

"Awak, sorry erk sebab dah marah-marah awak hari tu.  Then, dah salah sangka pasal awak.  I thought..."

"Alden kan?  Kau sangka Alden yang bayarkan bil hospital tu? Aku tak kesah sangatlah.  Sesiapa pun di tempat kau, akan fikir macam tu.  Mustahillah orang jahat macam aku ni baik hati nak tolong orang, " potong Tengku Haikal, tenang.

Anneliese terdiam dan tak lama kemudian dia tersenyum.

"Tapi awak memang dah tolong saya."

Tengku Haikal sekadar berdiam diri.  Dia hanya membiarkan sepi menjadi ruang perantaraan mereka sepanjang bersiar-siar menuju ke Ranau. 

____________________________

"Polisi baru? " ulang Ciko,  semula.  Jelas kerutan terpamer di dahinya kerana bingung.

"Asal daddy buat macam tu? " soal Zack pula. 

Alex mengeluh berat.  Polisi empayar mereka yang diperbaharui oleh Tengku Zamil membuatkan dia sendiri menjadi bingung.  Takde angin, takde ribut tetiba Tengku Zamil menetapkan waris seterusnya haruslah berkahwin dan mempunyai zuriat sendiri.

Persoalannya Roland tu jenis nak kahwin ke?  Nanti bila budak tu dah besar,  confirm dia tak nak kahwin.  Nampak sangat dia tak minat perempuan.  Kalau benda tu terjadi,  target mereka seterusnya mungkin anaknya sendiri.

Tapi anak Alex semuanya gegirls.  Takleh jadi ketua empayar mereka. Masalahnya kita tak tahu masa depan.  Boleh jadi esok-esok Tasya mengandung anak lelaki pula.  Semua benda ni boleh dielak jika  Tengku Haikal ada zuriat sendiri. 

Kalau Roland tak nak kahwin,  empayar boleh diketuai oleh anak Tengku Haikal jika anaknya lelaki.  Tapi nak ke Tengku Haikal  ada anak?

Empayar mereka bukan kecik.  Ni besar gila! Alex risau jika warisnya dalam bahaya pula.  Kalau boleh dia tak nak anak-anak membesar seperti dia.  Karang ada juga yang dihempuk oleh Tasya.  Huhuhu. 

"Lek arh.  Roland kan ada.  Kita sure memang dia yang jadi pewaris," tambah Miko.

"Tu kalau dia kahwin and ada anak.  Kalau dia jenis yang tak nak kahwin camne? " uji Alex.

"Paksa jelah.  Senang cite, " ujar Akim.

"Ni bukan cite drama tv3 erk. Aku tahu anak sulung Xender tu tak macam kita.  Mana minat pompuan, " keluh Alex.

Triple Ko, Zack dan Akim saling berpandangan.  Ya,  mereka sedar.  Roland tak sama macam mereka. Budak tu pendiam dan tak banyak bunyi.  Apa-apa benda dia sentiasa on. Kecuali melibatkan pompuan.

#Nantikan buku keenam. (Roland)

______________________________

Sinar mentari perlahan-lahan menunjukkan dirinya di atas langit. Cuaca di Sabah yang digabungkan dingin dan panas membuatkan Tengku Haikal berasa lena.  Terasa nyaman dan tenteram. Takde gaduh,  takde bunyi lolongan anjing, takde bunyi Tengku Lily memekik dan takde...

"AWAKKKKKK!!! BANGUNNNN!!!! "

Pergh, baru kejap tadi cakap tenteram.  Dah tak tenteram dah. 

"Awak!!!  Bangun!! Bangunnn!!! " jerit Anneliese sambil menggoyang-goyangkan bahu suaminya.

Tengku Haikal menepis geram.  Dahlah sejuk camni sibuk nak kacau life orang.  Takde life ke? 

"Kau nak apa bongok?!!" Sebal Tengku Haikal memarahi isterinya. 

"Awak.. Matahari dah terpacak ni," rengek Anneliese tidak berpuas hati.

Sesaat, Tengku Haikal bangun daripada pembaringannya seraya menggaru kepala yang tidak gatal. Anak mata Anneliese direnung dengan tajam.

"Kalau matahari dah terpacak pun, kau nak aku buat apa?! Fotosintesis?" jeling dia.

Anneliese tersengih.  Pandai pula mamat ni buat lawak erk.

"Nah!  Ada orang call.  Katanya penting." Anneliese menghulurkan iphone kepada suaminya.  Sebelum iphone bertukar tangan, sempat lagi Tengku Haikal menghadiahkan sebuah jelingan kasar terhadap isterinya.

"Hah, apa kau nak?! " jerkah Tengku Haikal garang.

"Gila hawauuu!! Tengku Zamil!!  Bapak kauu!! "

"Memanglah bapak akuu!! Kau nak apa setan?!! Cakap terus!! "

"Dia tukar polisi empayar!!  Setiap waris ada anakkkk... Maksudnya kau... "

"Wtf sial! Polisi apa bodoh?!  Kau jangan memain dengan aku,  Fak.  Mood aku tak baik sekarang ni," Tengku Haikal memberi amaran.

"Eh,  cap ayam.  Cuba tengok muka aku sekarang.  Ada memain ke? "

Aduh, bengapnya.  Sejak bila phone boleh tembus muka pula ni.

"Apa motif daddy buat semua tu? Gila? "

"Tanyalah bapa kau sendiri.  Aku bukan anak dia, " balas Fakhrul, logik.

Tengku Haikal mengeluh berat.  Talian dimatikan lalu telefon dihempas kasar di atas katil.  Banyak pula masalah yang timbul.  Serabut tau tak serabut!

"Errrhhh awak.. Kenapa ni? " Anneliese menyentuh lembut bahu suaminya. Namun, secara refleks lelaki itu menepis kasar tangannya.

Terkejut Anneliese dengan tindakan Tengku Haikal. 

Buat seketika, mereka saling bertatapan.  Tengku Haikal merenung lama tunak mata isterinya. 

'Anak? Dengan dia? '

"Awak... " pujuk Anneliese.

Tengku Haikal mengeluh berat.  Rambut isterinya diusap sekilas lalu dia tersenyum tawar.

"Sorry.  Aku... Lapar.  Kau dah buat sarapan ke? " Tengku Haikal mengubah topik.  Pada permulaannya, Anneliese berasa bingung. Namun, lama kelamaan dia tersenyum sambil mengangguk.

"Jom turun! "

Tangan Tengku Haikal diraih lantas mereka beriringan menuju ke dapur. 

#Vote and comment yauuuu...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro