Bab 35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Anneliese merenung lama wajah Tengku Haikal. Lelaki itu kelihatan sedang memakai tali leher dengan wajah yang cemberut.  Eish, eish awal pagi dah monyok-monyok camni.  Tak masuk rezeki karang.

"Apa pandang-pandang? " jeling Tengku Haikal.  Sape tak perasan bini duk renung macam nak telan orang.

Sejenak kemudian, Anneliese mara ke arah Tengku Haikal dengan wajah yang serius.  Pelik Tengku Haikal dibuatnya.  Takkan kena rasuk kut?

"Kau dah.. "

Belum sempat Tengku Haikal menghabiskan bicaranya, tiba-tiba Anneliese bertindak mencubit kedua-dua pipinya dengan kuat.

"Eeeeeee... " geram Anneliese.

"Woi! Woi! Woi? Kau dah kenapa bongok?! Sakit tau tak! " tepis Tengku Haikal kasar.

Anneliese tersengih.  Merajuk dah mamat ni.

"Saje nak cubit. Kat bab 34 ramai orang kata awak ni comel.  Tu sebab saya cubit pipi awak.  Nak cari juga tah mana comel tu, " selamba Anneliese memberikan jawapan. 

Tengku Haikal merengus geram.  Seriously? Sebab tu je?  Sape kata aku comel?! Aku macho arh!

"Gila!  Hah, tah ni yang comel! " balas Tengku Haikal lantas mencubit pipi gebu isterinya dengan geram. 

"Sa... Sakit.. Aw.. Awak.. Sakittttt!!" aduh Anneliese.  Tengku Haikal terkekeh-kekeh ketawa.  Selepas sahaja puas 'mendera'pipi kesayangan isterinya, Tengku Haikal cepat-cepat melarikan diri.

Namun, panggilan Anneliese membuatkan dia menoleh semula ke belakang.

"Jap!  Awak nak salam! "

"Buat apa nak salam? " soal Tengku Haikal semula.  Perlu ke nak salam?

Masyaallah. Dasar suami paling cerdik di dunia.

"Eish, awakkan suami saya.  Salam tu erti dia hormat dan restu sebelum keluar dan masuk rumah.  Faham tak Encik Comel?" ujar Anneliese, lembut.  Pipinya yang masih terasa sakit diusap-usap perlahan. 

Tengku Haikal menjulingkan matanya ke atas.

"Takyahlah nak panggil aku nama tu.  Geli siakkk."

Anneliese memuncungkan bibirnya seraya menuju ke arah Tengku Haikal.  Pipi masih diusap menahan sakit. 

"Tulah.  Nakal lagi.  Suka-suka nak cubit pipi orang, " kutuk Tengku Haikal pabila Anneliese menyalami tangannya.

"Dah readers yang kata awak comel.  Saya join sekali lah panggil awak comel.  Salah saya ke? "

"Kerja kau memang nak melawan je ke?  Sepatah aku cakap, beratus kau jawap," tegur Tengku Haikal.  Anneliese tersengih.  Sebelum Tengku Haikal beredar daripada bilik, sempat lagi pipinya dikucup sekilas oleh Anneliese.

Dalam diam-diam Tengku Haikal berasa sesuatu apabila tangannya disalami oleh seorang gadis. Sebelum ini, ahli keluarganya tak pernah sekalipun saling bersalaman antara satu sama lain.  Biasanya sebelum keluar daripada rumah,  'adat' diorang dengan berkata, "Blah."

Tengku Haikal malas ingin berfikir panjang.  Memikirkan pasal keluarganya membuatkan dia cemburu pada keluarga yang normal. Yang jauh lebih baik.  Yang bukan keturunan pembunuh.

_______________________

Miss Destroyer..

"Aku kena buat apa, Mai? The King paksa aku untuk bunuh diorang semua.  Aku tak nak, Mai! kita kena berhadapan dengan atok aku.  Kita kena tamatkan semua ni! " tekad Putri Risha,  yakin.

"Tapi camne dengan diorang semua?  Kau nak kita bertiga je tentang atok kau? Mustahil,  Sha! "

"Aku tak nak libatkan family aku!  Cukuplah aku jadi jahat dulu.  Aku tak nak.  Biar aku sendiri yang hadap orang tua tu, " tunduk Putri Risha, kesal.

"Habistu camne kalau diorang cari kita?  Kau tak fikir ke kalau kita mampus apa perasaan diorang?  Double R tu.. Dahlah happy kau dah ingat balik then tup tup kau mampus kat tangan The King.  Itu yang kau nak? " sampuk Black Eryn yang sejak tadi menjadi pendengar setia. 

Lama Putri Risha terdiam dan beberapa minit kemudian,  dia menyuarakan pandangannya yang membuatkan Black Eryn dan Maisara terkejut besar. 

"Aku akan hilangkan ingatan diorang. "

"Kau nak hipnosiskan diorang?! Camtu kau kata?! " geram Maisara menyoal. 

Dalam keadaan terpaksa,  Putri Risha mengangguk perlahan. Black Eryn dan Maisara hanya mampu mengeluh berat.

Sedar tak sedar, Anneliese menutup mulutnya mendengar setiap bait bicara mereka bertiga di sebalik pintu. Dia beredar pantas daripada kawasan bilik tersebut sebelum kehadirannya dikesan.

____________________________

Tengku Fazril memandang lama ke arah Tengku Haikal yang sedang sibuk menulis sesuatu di atas kertas kerjanya.  Sudah lima minit sejak dia masuk ke dalam office adiknya, namun lelaki itu masih berpura-pura tidak melihat kehadiran ia.

"Aku minta maaf.  Aku tahu kau terasa dengan sikap aku selama ni.  Aku dengar apa yang kau nak, Ad.  Tapi aku tak mampu keluarkan kau dari dunia gelap ni," tutur Tengku Fazril sekali gus memecahkan keheningan.

Tengku Haikal meletakkan pennya di atas meja lalu wajah abang sulungnya dipandang dingin.

"So, tell me. WHY? " sengaja Tengku Haikal menekan suaranya. 

Tengku Fazril meraup kasar wajahnya sebelum bersuara.

"Sebab aku pun tak mampu keluarkan diri aku daripada dunia ni, " jawap Tengku Fazril. Tengku Haikal menarik nafas. Pennya diambil semula lalu dia meneruskan kerjanya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

"Aku betul-betul minta maaf.  Aku tahu aku bukan abang yang baik.  Aku berusaha protect korang dengan stay dalam empayar ni.  Aku harap kau faham, " ucap Tengku Fazril kecewa lantas melangkah keluar daripada office adiknya.

Sebaik sahaja beredar, Tengku Haikal mengeluh berat.  Dia sendiri berasa buntu.

____________________________

"Tanya sama pokok,  apa sebab goyang.  Nanti jawap pokok ada yang tebang.  Tanya sama tebang kenapa tiba-tiba muncul, nanti jawap tebang tanyalah orang.  Orang nanti jawap kami ingin kertas nanti kertas jawap penting untuk exam. Kami sayang pokok maka dari itu , batalkan exam."

Frender terkekeh-kekeh ketawa mendengar nyanyian Anneliese yang sememangnya salah lagi dipersalahkan.  Gadis itu kelihatan seronok menyiapkan kerja sekolah Riley sambil bernyanyi.

"Kak long lagu tu tak betullah, " tegur Frender,  bijak.

"Eh, betullah tu.  Kalau manusia tebang pokok,  bumi kita ni jadi panas.  Kurang oksigen! "

"Tapi kan manusia kena guna kertas.  Dan hasilnya daripada pokok," jawap Frender lagi.

"Kertas tu untuk apa? "

"Untuk exam. "

"Kalau pokok-pokok kita ditebang,  apa akan jadi dengan dunia kita? " soal Anneliese.

"Errhhh panas.. " sengih Frender pula.

"Frender suka panas tak? "

Frender cepat-cepat menggeleng.  Tak suka panas.

"Nahhhh tak suka dengan panas en?  Jadi,  exam harus dihapuskan.  Logik tak? " senyum Anneliese. 

"Logik! Logik! Logik! " ulang Frender,  naif berserta senyum lebarnya.

"Pandai adik kak long! " puji Anneliese.

"Pandai kepala hotak kau! " Tengku Haikal menendang perlahan kaki Anneliese memandangkan gadis itu sedang baring bertiarap sambil menyiapkan kerja sekolah Riley.

"Eh, awak!  Cepatnya balik, " senyum Anneliese. Dengan pantas,  dia bangun daripada pembaringan lalu tangan Tengku Haikal disalam lembut.

"Apa benda yang kau  ajar kat budak ni? "

"Hehehe.. Gurau jelah.  Exam mana boleh dihapuskan . Kan Frender? " sengih Anneliese malu-malu.  Adoi kantoi.

Frender mengerutkan dahinya sejenak.

"Tapi tadi kak long kata dunia akan panas kalau... "

Anneliese menoleh pantas ke arah Frender bersama renungan mautnya.  Minta disokong bhai.  Jangan kantoikan diyi yini lagi.

"Erhhh.. Betul!  Betul!  Kena exam juga.  Hehehe, " janggal Frender tersenyum .

Tengku Haikal sekadar menjulingkan matanya ke atas.  Belum sempat dia melangkah, matanya pula terlihat sekeping kertas yang baru diwarnakan.

"Benda pelik apa pula yang kau buat ni? "

"Ohh ni kerja sekolah Riley.  Saya tolong kejap, " jawap dia mendatar.

"Riley kat mana?"

"Tidur. "

"Aik.  Dia tidur kau yang buatkan.  Dunia,  dunia... " Tengku Haikal menuju ke arah tingkat atas. 

"Riley kan penat. Frender, tolong siapkan kerja sekolah Riley.  Kak long nak naik dengan Abang Aden kejap, " pinta Anneliese lantas mengikuti langkah suaminya.

Usai tiba di bilik, Anneliese melihat Tengku Haikal sedang menanggalkan tali lehernya.  Anneliese tersenyum panjang.

"Meh, dinda comel tolong tanggalkan, " pelawa Anneliese. Tengku Haikal menjongketkan keningnya.  Iya iya jelah comel.  Eh, memang comel pun.

"Awakkk... Saya ada benda nak bagitau awak.. " tutur Anneliese pabila teringat semula bicara Putri Risha bersama orang-orang kanannya.

"Hmmmm.. "

Anneliese merenung anak mata Tengku Haikal manakala Tengku Haikal merenung anak mata Anneliese.  Kedua-dua mereka terdiam buat seketika. Niat Anneliese ingin memberitahu hal yang sebenar tetapi kejadian di mana Tengku Haikal tidak mempercayai kata-katanya dahulu yang melibatkan nama Putri Risha membuatkan niatnya terbatal.

"Takde apa-apa.  "

"Apa?  Cakap teruslah, " serius Tengku Haikal mengarah.

"Apa gunanya saya bagitau awak kalau awak sendiri tak percaya? " soal dia,  sedih.

Tengku Haikal berdiam diri.  Perbuatannya seperti ini membuatkan Anneliese mengeluh berat lalu berhasrat ingin melangkah pergi.

"Kau isteri aku.  Jadi,  aku kena percayakan kau. "

Anneliese menoleh semula ke arah suaminya.  Tak lama selepas itu,  dia membuka suaranya sekali gus memberitahu hal yang sebenar.

"Risha nak hapuskan ingatan kita semua, " jujur dia berbicara. Tengku Haikal tersentak.

"Dari mana kau dengar semua ni? " soal dia semakin serius.

Anneliese menghela nafas lalu menarik tangan Tengku Haikal untuk duduk di birai katil.  Mereka bertatapan buat seketika.

"Saya dengar dia bercakap dengan Maisara.  Perempuan yang ada kat kubur hari tu.  Risha kata dia nak hapuskan semua ingatan kita sebab nak berhadapan dengan.. Erhhh.. The... Saya tak ingat nama orang tu.. Rasanya macam The.."

"King, " sambung Tengku Haikal. 

Anneliese mengangguk pantas.  Ha'ah The King. 

Tanpa sebarang amaran,  Tengku Haikal bangkit secara pantas.  Dia memandang ke arah Anneliese dengan pandangan yang cukup bermakna. 

"Aku nak kau bersiap sekarang.  Bawa Frender sekali.  Lepas ni, Fakhrul dan Joshua akan hantar korang kat rumah aku, " arah dia. 

"Tapi kenapa? Saya tak faham! Awak nak.. "

"Sebab aku tak nak kau hilang ingatan," potong Tengku Haikal,  dingin. Anneliese tergamam.  Wajah suaminya ditenung sayu.
"Aku tak nak kau jadi macam diorang nanti.  Aku takut kau tak kenal aku. Kita tak boleh percaya dengan hipnosis tu sangat, " ucap Tengku Haikal sambil mengusap pipi Anneliese.  Dahi gadis itu juga turut dikucup dengan penuh syahdu.

"Awak macam mana nanti? " soal Anneliese, risau.

"Aku tahu jaga diri aku," Tengku Haikal tersenyum pendek.

"Janji yang awak takkan lupakan saya, " pinta Anneliese. 

Tengku Haikal tidak menjawap. Dia menarik pinggang Anneliese ke dalam pelukannya lalu rambut gadis itu dielus lembut.

Vote and comment.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro