Bab 39

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Annelieseee!!"

Bamm!!

Aaric menghempas daun pintu dengan kasar secara pantas apabila mendengar jeritan Anneliese yang semakin kuat. Apabila pintu dapur dibuka, secara kebetulan bekalan eletrik kembali terpasang seperti biasa.

Namun, sebaik sahaja matanya melihat ke arah dapur, dia melihat seorang lelaki sedang memeluk tubuh Anneliese secara membelakang. Serta-merta darahnya menyirap melihat adegan mesra tersebut.

Disangkakan seorang lelaki jahat. Disebabkan itu, Aaric segera melangkah pantas ke arah mereka bersama penumbuk sulungnya.

"Siall.." gumamnya, bengang.

Baru sahaja penumbuk ingin dilayangkan, tiba-tiba suara Frender bergema di seluruh ruang dapur. Aksi si kecik itu berjaya membatalkan niat sebenar Aaric.

"Abang Malaikat! Abang Malaikat!" Frender berlari mendahului Aaric lantas tubuh Tengku Haikal serta kakak kandungnya dipeluk erat. Melihat keadaan Anneliese yang lemah membuatkan Frender menangis teresak-esak.

"Kak long..eisk eiskk.. Frender takut," esaknya.

Dalam keadaan lemah, Anneliese tersenyum tawar.

"Janganlah takut. Takde apa-apa yang terjadi pun. Kak long okay," tipu Anneliese. Dalam pada itu, matanya seolah-olah melihat satu figura lelaki sedang beransur pergi daripada dapur tersebut.

'Aaric?'

"Kak long nampak apa? Kenapa dengan kaki kak long? Berdarahh..."

"Kak long terjatuh, sayang."

Frender semakin menangis. Tubuh Anneliese dipeluk semakin erat lalu wajah Tengku Haikal pula dilihat sayu.

"Abang, kenapa eisk eisk lambat sampai? Kesian kak long," adunya, hiba.

Tengku Haikal terdiam lama. Sesaaat kemudian, tangannya dengan ringan mengusap kepala Frender bersama riak wajah yang kosong.

"Salah aku. Aku minta maaf," katanya, mendatar.

Anneliese tergamam.

'Salah dia? Dia minta maaf? Tapi...aku yang bersalah. Aku yang keluar daripada rumah tu tanpa pengetahuan dia.'

Anneliese termangu lama sehinggalah dia tersentak apabila tubuhnya dicempung oleh Tengku Haikal.

"Frender, pergi naik dulu. Ambikkan aku first aid," arah Tengku Haikal sambil menuju ke arah ruang tamu hadapan.

Usai Tengku Haikal meletakkan Anneliese di atas sofa, luka di pergelangan kaki isterinya itu diteliti serius. Berdarah dan yang peliknya ada tiga garisan panjang seolah-olah dicakar oleh kuku yang tajam.

Tidak pula Tengku Haikal bertanya. Luka tersebut hanya dipandang tanpa sebarang bicara.

"Abang nah," hulur Frender.

"Letak kat situ, "arah Tengku Haikal, mendatar.

Sepanjang si dia membersihkan luka, Anneliese hanya merenung lama pada wajahnya. Pelbagai soalan berada dalam benaknya namun terkurung tanpa diluahkan.

Antaranya, camne Tengku Haikal ada kat sini dan sejak bila? Kenapa baru sekarang muncul?

"Awakkkk.." panggil Anneliese, perlahan. Namun tiada balasan yang diterima olehnya.

Anneliese berdehem. Kut-kut abang sorang ni tak dengar.

"Aden..." panggil dia lagi. Kali ini, Tengku Haikal memberikan reaksi dengan mendongakkan kepalanya.

"Thank you," ucap Anneliese pabila melihat balutan di pergelangan kakinya.

Tengku Haikal sekadar berdiam diri. Sesaat dia menoleh ke belakang di mana Frender sedang elok terlena di atas sofa.

Eish, budak kecik ni. Sama macam akak dia yang sorang ni. Dah habis nangis, tidur.

"Frender dah tidur ke? Kejap, meh saya kejutkan," ucap Anneliese seraya cuba bangkit daripada atas sofa.

"Takyah. Biar aku dukung dia. Kau duduk kat sana diam-diam," halang Tengku Haikal lantas tubuh kecik Frender dicempung ke arah bilik tidurnya.

Anneliese masih berdegil. Dia cuba bangun semula namun pergelangan kakinya terlalu sakit.

"Ouch!" adunya, perit.

"Kau memang jenis kepala batu ke? Aku dah kata duduk diam! Yang degil sangat nak bangun ni dah kenapa?! Nak sangat patah kaki tu?!" jerkah Tengku Haikal mengejut sehingga membuatkan Anneliese kecut perut.

"Sa..saya..saya cumaa.."

Tengku Haikal merengus geram. Tubuh isterinya dicempung menuju ke bilik tidur bersama wajah dinginnya. Anneliese pula hanya mampu berdiam diri. Kang buat bunyi ada juga yang kena humban kat dalam gaung karang.

Setiba sahaja di dalam bilik, Tengku Haikal meletak Anneliese di atas katil. Namun, sekali lagi gadis itu cuba bangkit semula.

"Kau nak gi mana?!" marah Tengku Haikal.

"Nak ambik baju. Takkan nak pakai tuala ni je kut," tunduk Anneliese.

Lama Tengku Haikal terdiam dan akhirnya dia mendekati Anneliese. Dagu isterinya dinaikkan sedikit lalu dia membisikkan sesuatu.

"Aku lebih suka kau macam ni," bisiknya.

Anneliese tercengang. Macam ni apa?

"Hah?" soalnya, automatik.

"Bogel pun lagi best. Sedap juga mata aku memandang," tambah Tengku Haikal lagi sambil bangkit berdiri.

Secara pantas, Anneliese melipatkan kedua-dua tangannya rapat ke dada. Gatal! Ada juga yang kena back hand ni karang.

Tengku Haikal hanya tersenyum sinis. Dia membuka T-shirtnya lalu diletakkan di atas meja. Hajat ingin mandi tetapi Anneliese menghentikan langkahnya dengan bersuara.

"Awak..nak gi mana?" soal dia.

"Mampus. Nak join sekali ke?" tutur Tengku Haikal, mendatar.

Anneliese memuncungkan bibirnya sambil menggentel-gentelkan hujung tuala. Orang tanya je. Perlu sangat ke nak loyar buruk bagai?

"Aku nak gi mandi. Dah kau nangis kat dada aku. Confirm melekit," sempat lagi Tengku Haikal mengejek.

"Tapi..." Anneliese memandang Tengku Haikal dengan rasa takut. Dia risau andai makhluk berkepala terbalik itu masih ada di bilik mandi air. Ataupun....makhluk berkepala itu akan menjenguknya di bilik ini.

Seram siakkkk...

"Asal?" soal Tengku Haikal, serius.

"Nak ikuttt!!!" pinta Anneliese, beria.

Tengku Haikal merenung Anneliese dengan tajam.

"Kau ingat aku ni jentera nak angkut-angkut kau? Dahlah berat. Kau duduk kat sini diam-diam," arah dia, serius.

"Awakkkk...pleaseeee..saya tak nak! Bawalah saya sekali!" desak Anneliese. Matanya tanpa sedar melilau di segenap bilik tidur. Entah-entah ada kepala pula kat celah-celah siling. Boleh mati katak karang.

Tengku Haikal menjongketkan keningnya buat seketika. Bukan dia tak perasan dengan tingkah laku Anneliese yang sememangnya pelik dari dulu.

"Takleh tidur ke?" soal Tengku Haikal, mendatar. Ringan sahaja kakinya melangkah ke arah Anneliese lalu dia mengarah agar gadis itu berbaring bersebelahannya.

"Bukan takleh tidur cuma...erhhh..."

"Tidur. Aku temankan," pintas Tengku Haikal.

Anneliese tergamam. Temankan tidur?

"Awakkk..tak jadi mandi sebab nak temankan saya?" soal dia, naif.

"Jangan perasan. Aku tak tahan sejuk je," nafi Tengku Haikal. Dia memejamkan mata seraya pinggang Anneliese ditarik rapat ke arahnya.

Anneliese menghela nafas dengan perlahan. Tangannya yang melekap di dada Tengku Haikal serta posisi mereka yang terlalu dekat membuatkan nafasnya tidak teratur.

Opsss!! Merecikk hawauuu!!

"Tidur. Jangan duk sibuk nak tatap muka aku," kata Tengku Haikal bersama mata yang masih tertutup.

Anneliese mengigit bawah bibirnya. Alamakkkk..kantoi pula.

8 minit kemudian...

Tengku Haikal membuka matanya. Kelihatan Anneliese telah terlena sambil berdengkur halus. Nyenyak sangat tidur mungkin sebab terlalu penat dengan kejadian tadi.

Tengku Haikal ingin bangkit namun bibir Anneliese yang terbuka sedikit seolah-olah memanggilnya untuk terus bersama. Tanpa sedar, bibir mungilnya mulai bermain bersama bibir Anneliese sehinggalah gadis itu merengek kecil.

"Hmmmmm..."

Tengku Haikal tersenyum pendek. Sempat lagi bibir Anneliese dikucup sekilas sebelum dia bangkit mencapai tuala lebihan Anneliese di penyangkut.

Sememangnya tubuh ia melekit disebabkan aktiviti hariannya hari ini.

______________________________

Bammm!!

Aaric menumbuk kuat meja makan sehingga teksturnya sedikit berubah. Tubuh sasa Tengku Haikal yang sedang memeluk tubuh Anneliese kembali menjengah di dalam kotak fikirannya.

Sejak bila Tengku Haikal ada kat sini? Dan macam mana lelaki itu terlebih dahulu datang sebagai penyelamat Anneliese sebelum dia? Arghhhh!! Semuanya kebetulan! Tengku Haikal cuma bertuah.

Dari dulu sampai sekarang, tuah sentiasa berpihak pada Tengku Haikal. Sebab tu dia benci pada lelaki tersebut. Kebenciannya pula semakin bertambah pabila dia mendapat khabar bahawa Anneliese sudah dimiliki orang.

Dan orang itu pula musuhnya, Aden.

_____________________________

Keesokkan paginya, Alden awal-awal lagi terpacak di halaman hadapan rumah Anneliese. Dia ingin menagih janji Anneliese untuk membawanya bersiar-siar di sekitar kampung tersebut.

"Liese! Liese! Dah bangun ke?" laung Alden.

Alden mengerutkan dahinya apabila tiada seorang pun menjawap. Tingkap rumah semuanya terbuka tapi...mana semua orang pergi?

"Liese!!" laung dia lagi.

Kali ini, dia bernasib baik kerana Anneliese muncul di jendela rumah bersama sudip di tangan. Barangkali sedang memasak.

"Eh, Alden! Buat apa kat sini?" soal Anneliese, ceria.

Alden tersenyum lebar. Seronok melihat keayuan Anneliese pada awal pagi.

"Saya nak..."

"Sayang, bercakap dengan siapa?" sampuk seseorang dari arah belakang Anneliese.

Alden tergamam apabila melihat kehadiran Tengku Haikal yang tidak berbaju sambil memeluk Anneliese. Selamba lelaki itu mengucup pipi isterinya tanpa melihat ke arahnya.

"Sa...saya tengah bercakap dengan Alden," jawap Anneliese tersekat-sekat. Asal tiber jadi romantik pula ni?

Tengku Haikal berpaling ke arah Alden. Bukan dia tak nampak kehadiran lelaki itu cuma buat-buat tak nampak. Menyemak je awal pagi.

Semasa Tengku Haikal melihat Alden, wajah kedua-dua mereka terlalu serius.

"Haih, jembalang ni lagi," rungut Tengku Haikal perlahan.

"Apa Ad? " soal Anneliese. Rasanya macam dia terdengar Tengku Haikal berkata sesuatu.

"I tanya jamban kat mana, sayang?" tipu Tengku Haikal.

"Kat belakang.. Erhh Alden! Jomlah masuk. Kita sarapan sekali," ajak Anneliese, naif.

Masam mencuka wajah Tengku Haikal sebaik sahaja mendengar pelawaan Anneliese. Alden pula dengan senang hati membuka kasutnya lalu naik ke atas.

"Eh, abang ni siapa?" soal Frender bingung pabila melihat kehadiran Alden.

"Tu syaitan. Jangan layan. Kang kau masuk neraka," sampuk Tengku Haikal setelah Anneliese masuk ke dalam dapur.

Alden tersenyum sinis. Melebih pula panggil orang syaitan.

"Aku syaitan, kau tu iblis," balas Alden, pedas. Serta-merta Tengku Haikal menoleh ke arah Alden dengan pandangan mautnya.

"Apa? bilis? Awak nak bilis ke Alden? Maaflah. Kat peti sejuk tu takde ikan bilis," suara Anneliese membuatkan Alden berdehem.

"Takpe, takpe."

"Jom makan. Makanan dah siap dah," ajak Anneliese.

Mereka bertiga mulai mengambil tempat masing-masing. Tengku Haikal duduk bersebelahan Anneliese manakala Frender duduk bersebelahan dengan Alden.

"Abang syaitan, abang syaitan nak apa? Meh Frender suapkan," pelawa Frender, mesra.

Anneliese sudahpun tersedak manakala Tengku Haikal tersenyum sinis.

"Erhhh...abang nak.."

"Frender! Kenapa panggil abang Alden macam tu?" tegur Anneliese.

"Tadi abang mal.."

"Frender kan kecik lagi. Biasanya budak tengok pada muka dan bagi nama sesuai dengan muka diorang," potong Tengku Haikal.

Tangan kirinya sibuk bermain di atas paha Anneliese manakala tangan sebelahnya lagi sibuk menyuapkan makanan ke dalam mulut.

Alden mengetap rahangnya menahan sebal. Ikutkan hati memang sudah lama meja ini diterbalikkan.

"Frender.. Panggil Abang Alden.. Okay?" pesan Anneliese, lembut.

"Okay. Sorry Abang Alden," mohon Frender.

"Takpe," senyum Alden sambil mengusap kepala Frender.

Buat seketika, suasana menjadi hening. Hanya bunyi kipas sahaja kedengaran menguasai ruang.

"So..kau buat apa kat sini? Takde pompuan lain kau nak kacau?" soal Tengku Haikal, dingin.

Sebaik sahaja terdengar soalan daripada suaminya, Anneliese segera menegur lelaki itu.

"Ad... " Anneliese menekan suara.

"Haha..chill bro. Aku gurau je," tipu Tengku Haikal. Reaksi Alden jelas tidak suka akan gurauan 'kasar' Tengku Haikal.

"Aku ada photoshoot kat area sini. Kebetulan terjumpa dengan Anneliese. Dia kata nak bawa aku jalan-jalan kat sekitar kampung. Sebab tu aku ada kat sini," jawap Alden, malas.

"Photoshoot kat sini? Korang bergambar dengan sawah padi or dengan longkang kat sini?" lagi sekali Tengku Haikal bergurau kasar.

Aldem berpura-pura tertawa kecil. Walhal hatinya membara serta kedua-dua tangannya menahan penumbuk di bawah meja. Ikutkan hati memang wajah Tengku Haikal layak diberi penumbuk.

"Lek ark. Aku pun rasa muka kau sesuai bergambar dengan sawah padi je. Jangan lupa bergambar sekali dengan burung-burung," sindir Tengku Haikal lagi.

"Hahahaha. Photoshoot aku dah habis, bro. Tapi jangan risau. Cadangan kau mungkin aku fikirkan," gelak palsu Alden.

Anneliese dan Frender langsung tak sedar bahawa kedua-dua lelaki itu sedang saling menyindir.

"Nampaknya wife aku tak dapat nak temankan kau. Dia ada aku untuk dilayan. Lagipun, kau taklah penting sangat," ujar Tengku Haikal lagi dan lagi.

"Hahaha! At least aku ni berguna. Kau ada ke? Kenapa aku tak nampak kau kat sini sebelum ni?" giliran Alden pula memulangkan paku berasnya.

Tengku Haikal terdiam. Bukan tak nak jawap cuma dia ada alasan sendiri. Arghhh lantaklah! Alden siapa nak tahu pasal dirinya?

Selepas menjamu selera, Alden meminta diri untuk pulang ke rumah. Tak betah terus dia menghadap Tengku Haikal yang bermulutkan pisau belati. Tambah-tambah pula gelagat mesranya bersama Anneliese yang jelas disengajakan.

Dari jauh, Aaric melihat kemesraan Tengku Haikal bersama Anneliese. Kelihatan lelaki itu sedang memeluk isterinya sambil meletakkan dagu di atas bahu gadis itu di tepi jendela rumah.

Hatinya meluap-luap bengang. Kehadiran Tengku Haikal merosakkan semuanya!

#100 comments baru author update ye. Tata titi tutu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro