Bab 47

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Lieseeee... "

Anneliese menangis perlahan. Air matanya tumpah membasahi pipi melihat darah pekat keluar daripada kepala ibu kesayangannya, Puan Sofia. Ayahnya pula sudah terbaring lemah di atas jalan tar. Entah masih hidup ataupun tidak.

"Ib..ibuuu... Li..liese datang.." tergagap-gagap suara Anneliese berbicara sambil tangannya ingin menyambut tangan Puan Sofia.

"Ibuuu...tu..tunggu Liese..."

Itulah ayat terakhir yang diucapkan oleh Anneliese sebelum dia melihat ibunya sempat mengukirkan senyuman manis lalu terbaring dengan mata yang tertutup.

Anneliese menggenggam kuat buku limanya. Insan yang melanggar kereta mereka tadi masih terpahat segar di ingatannya. Tak lama kemudian, Anneliese turut terbaring kaku bersama nafas yang masih diberi oleh Yang Maha Esa.

"Ibuuu...ibuuu..ibu...."

"Woi! Woi!!"

Tengku Haikal menggoncang kuat bahu Anneliese sambil tangan sebelahnya masih setia memegang stereng kereta. Gadis itu nampak sangat meracau dalam tidurnya. Entah benda apa yang dimimpi tengahari panas macam ni.

Setelah dikejutkan beberapa kali, akhirnya Anneliese terbangun. Air mata yang mengalir di pipinya dikesat perlahan sambil kepala ditundukkan. Malu lah orang sebelah tengok.

Tengku Haikal pula sekadar berdiam diri. Ele, macamlah orang tak nampak dia menangis tadi.

"Kau mimpi apa sampai meracau sebijik orang gila? Orang gila pun tak meracau macam kau," sempat lagi Tengku Haikal mengutuk Anneliese.

"Saya mimpi arwah ibu dengan ayah," jawap dia mendatar. Meracau pun boleh buat badan penat tau.

Sepi. Tunak mata Tengku Haikal begitu tekun sekali memandang jalan raya. Aik, pelik. Lengang pula jalan hari ni. Ada kerja pembaikkan ke apa?

"Diorang meninggal sebab apa?" 

"Kemalangan. "

Sesaat dua saat..

"Pelaku dia polis dapat tangkap tak?" soal Tengku Haikal, lagi.

"Hmmm tak. Saya tak ingat muka orang tu macam mana. Lepas je kemalangan tu, saya rasa ingatan saya pudar. Sebab tu juga, polis tak dapat tangkap penjenayah yang dah langgar arwah ibu dan ayah. Keterangan saya tak cukup."

Tengku Haikal berdiam diri sebentar. Terasa nada suara Anneliese berbaur kekecewaan. Kesian tak ingat.

"Awak..kita kat mana ni? Dah nak sampai erk?" Soalan Anneliese membuatkan lamunan Tengku Haikal tergendala. Dia sekadar mengangguk lalu tangannya melihat kereta Fakhrul yang berada tak jauh di belakangnya melalui cermin di sisi kereta.

"Fak...aku nak tanya sikit.."

"Hah?" sahut Fakhrul sambil bebola matanya memandang kereta Tengku Haikal yang berada di hadapan.

"Aku pelik arh," luah Joshua.

"Pelik? Pelik apa?" kerut Fakhrul.

"Kau takleh jawap soalan ni. Aku dah check kat google tadi. Soalan ni dah termasuk salah satu misteri dunia yang takleh diselesaikan. Readers pun takleh jawap. Confirm!" yakin Joshua.

"Cakaplah dulu. Baru aku fikir jawapan dia," balas Fakhrul, penuh semangat. Orang cerdik boleh jawap punya.

"Okay..hmmmm...betul ke..." Joshua menoleh ke arah Fakhrul.

"Betul apa?" Fakhrul menoleh ke arah Joshua.

"Betul ke roti Gardenia enak dimakan begitu saje?" sengih Joshua.

Dan sejurus itu, Fakhrul memukul kepala Joshua sambil mulutnya menyumpah seranah. Sehari kalau tak tanya soalan bodoh bin bangang macam ni, memang tak sah!

"Bodoh! Sial! Anjing! Kau tanya aku soalan apa ni sial?! Shinichi Kudo pun takleh jawap soalan bodoh ni!" marah Fakhrul geram.

Hidup-hidup aku dipermainkan.

Anneliese yang kebetulan melontarkan pandangan ke arah belakang, tiba-tiba mengerutkan dahinya. Aikk pelik bebenor cara Fakhrul memandu. Macam menari pun ada.

"Awak...Fakhrul memandu memang macam tu ke? Sebijik macam ular," soal Anneliese, naif.

Tengku Haikal terus sahaja memandang kereta Fakhrul melalui cermin pandang belakang.

Sebaik sahaja melihat pergerakan kereta yang seolah-olah ular menari tak cukup tanah, dia segera menekan hon.

Pin! Pinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!

"Memang nak kena dua ekor ni!" gumam Tengku Haikal, garang.

Mendengar hon yang berbunyi seakan-akan satu amaran buat diri mereka berdua, Fakhrul segera memegang sterengnya semula sambil bibir merengus geram.

"Hehehe.. Abang sayang janganlah marah."

Mata Joshua sengaja dikerdip-kerdipkan sambil dia membuat riak wajah comel a.k.a nak minta penampar. Eeeee.. Kalau kena pijak ni, mahu sebulan sembuh.

"Jos, kau pernah tak kena pukul oleh penyapu jiran sebelah rumah aku?" Jeling Fakhrul.

"Pernah. Hari tu kau ambik penyapu mamat bangla sebelah rumah terus kau cucuk bontot aku. Kau tak ingat? " jawap Joshua, selamba babi. Babi pun tak selamba macam dia.

Joshua terdiam. Alah, lupa pula diorang tinggal serumah. Tapi moment tu takleh lupalah bhai. Hari terindah aku rosak sebab babi sebelah yang boleh bercakap ni pepandai bagi makan hamster aku kat kucing mamat bangla sebelah rumah.

Sape tak mengamuk? Patutnya aku cucuk terus telur dia.

"Fak....kau terhidu tak?" Soal Joshua tiba-tiba. Hidungnya kembang kucup menghidu sesuatu di dalam kereta mereka.

"Hidu apa?" Fakhrul juga turut menghidu. Hmmm takde apapun. Wangi je. Takde pula aku kentut.

"Busuklah.." jawap Joshua lantas menutup hidungnya. Pergh! Menyengat gila bau busuk dia.

"Apa benda yang busuk?" tanya Fakhrul lagi. Hidungnya masih tekun menghidu bau busuk yang di dakwa oleh Joshua.

"Hati kau....ciaaaaaaaaa....." galak Joshua mengusik rakan baiknya.

"Ciaaa kepala bapak kau!" jeling Fakhrul. Haih, terkena lagi!

Joshua tergelak jahat. Satu benda yang dia suka pasal Fakhrul. Walau seteruk mana pun dia mengusik, Fakrul tak penat-penat melayan karenahnya.

Eiskk..eiskk..nak nangis jap. Terharu weh. Basah ketiak kita sebab terlalu terharu. Wakakakaka.

Beberapa minit kemudian, suasana menjadi senyap. Fakhrul melihat Joshua melalui ekor matanya. Kelihatan lelaki itu terdiam buat seketika. Confirm tengah terfikir cara nak kenakan aku. Jangan harap kali ni aku akan terkena!

Ini Fakhrul lah weh. Nama pendek aku Fak bukan fuck! Semua readers kenal aku. Handsome bergaya mengalahkan Angelina Jolie. Ehh, dia bukan pompuan ke?

"Fak! Aku tak sedap hatilah," suara Joshua mematikan lamunan Fakhrul.

Kali ini, Fakhrul tersengih lebar. Ele, nak kenakan aku lah tu. Titeww dah tahulah trick hang.

"Dahlah, Jos. Aku and readers yang cerdik tahap dewa ni dah tahu kau nak kenakan aku," selamba Fakhrul menjawap. Yakin dia perghh memang kena bincang di parlimen ni.

"Kenakan apa bodoh?! Kau tengok kereta kat belakang tuuu!! Kau nak mampus?!!" herdik Joshua, mendesak.
Fakhrul mengerutkan dahinya. Aik, lain betul lawak Joshua kali ni. Tak pernah pula dia usik sambil marah-marah. Dah upgrade ke?

"Fakkkkk!! Fuck you, mannn!!!" marah Joshua apabila Fakhrul masih memandu dengan kadar yang normal.
Fakhrul sudahpun terkebil-kebil. Dia panggil nama aku ke dia maki aku? Aduh, Fakhrul. Time ni juga kau jadi bodoh ye.

"Kau tengokkkk belakang kau sekarang!!" Dengan kasar, Joshua memusingkan kepala Fakhrul agar lelaki itu mampu melihat situasi yang sedang dialami oleh mereka berdua.

Dan tepat, padat serta mampat sekali! Mereka dalam bahaya! Bukan kaleng-kaleng ya.

Fakhrul tergamam sebaik sahaja tunak matanya melihat tubuh seorang lelaki keluar melalui tingkap sambil mengacukan pistol ke arah keretanya.

Jangan woii! Jangan tembak kereta ni!! Uwarghh! Aku dahlah baru beli sebulan yang lepas. Masih wangi kut tempat duduk dia.

Bang!

Bahu Anneliese terhincut ke atas lalu kepalanya menoleh ke arah Tengku Haikal secara automatik. Kini, riak suaminya itu kelihatan berubah sebaik sahaja menoleh ke belakang.

"Shittttttt..."

Anneliese turut menoleh ke belakang. Apabila matanya melihat ke arah yang dilihat oleh Tengku Haikal, dia tergamam. Kereta yang didiami oleh Joshua dan Fakhrul terbabas di tepi jalan bersama api yang membakar di hadapan kereta.

Tak menunggu lama, Tengku Haikal segera membuat U-turn lalu berhenti tepat di hadapan kereta mereka.

Dia perlu pantas. Kang terbakar pula seluruh kereta termasuk dia sekali.

"Jos! Fakh! Buka seatbelt korang! " arah Tengku Haikal, mendesak.

Pandangan mereka berdua berpinar-pinar sedikit sambil seatbelt masing-masing dibuka. Joshua yang sedikit perlahan gerakannya dibantu oleh Tengku Haikal manakala Fakhrul pula sudah merangkak keluar daripada kereta tersebut.

Boom!

Kereta tersebut meletup! Sekali gus api menjulang naik ke atas. Mujur kedua-dua mangkuk idaman Malaysia sudah keluar dengan selamat.

"Blah, Ad. Ad...ada orang nak bu..bunuh kita," bisik Joshua lemah.

Dalam keadaan macam tu pun, keselamatan Tengku Haikal masih diutamakan.

"Kau duduk dengan Fakhrul!"

Kata-kata Joshua dibiarkan begitu sahaja sambil dia meletakkan Joshua duduk di sebelah Fakhrul yang sedang terbaring menyandar pintu kereta Tengku Haikal.

Lelaki itu tercungap-cungap menahan sakit di tangan. Barangkali patah semasa kereta berpusing tadi.

"Sakit bro?" sempat lagi Joshua mengejek.

Fakhrul merengus geram. Eh, taklah. Sedap bro. Cuba kau rasa apa yang aku rasa jap. Ada juga yang betul-betul kena tendangan Shinichi Kudo ni.

"Diamlah!"

Tengku Haikal pula cepat-cepat melihat keadaan Anneliese. Pucat lesi wajah gadis itu melihat keadaan orang-orang kanannya.

"Liese, kau okay tak?" soal Tengku Haikal, panik. Dia memegang kepala isterinya lalu dahi gadis itu dikucup sekilas. Berharap agar Anneliese tenang walaupun keadaan memang sumpah tak tenang!

"Kau duduk sini diam-diam. Jangan keluar!" arah Tengku Haikal, tegas. Terkesan sedikit hatinya melihat ketakutan yang terpamer pada wajah Anneliese.

Baru sahaja tiga langkah diatur menuju ke arah orang-orang kanannya semula, tiba-tiba Tengku Haikal terdengar pintu hadapan dibuka.

Terjengul tubuh molek Anneliese lalu dia berlari merangkul tangan Tengku Haikal.

"Asal kau keluar?!" marah Tengku Haikal.

Eh, geramlah dia ni. Degil!

"Saya takut duduk sorang-sorang. Bahaya!" luah Anneliese.

Belum sempat Tengku Haikal membalas bicara isterinya, tiba-tiba sebutir peluru terkena pada bumbung kereta.

Terjerit Anneliese dibuatnya. Sang suami pula segera menarik tangan sang isteri supaya duduk agar tidak terkena sebarang tembakan.

"Kat luar sini lagi bahaya!" komen Anneliese hampir menangis.

"Kau baru perasan? Kau duduklah sini diam-diam. Biar mati kena tembak," ugut Tengku Haikal. Acah nak buat Anneliese menyesal.

"Tak nak!!!! Nak duduk dalam kereta!!! Awakkkk!!"

Tengku Haikal merengus geram. Tulah, pasai pa degil sangat.

"Aku suruh apa tadi?"

" Jangan keluar," naif Anneliese menjawap.

"Dan apa yang kau buat?"

"Keluar."

Wajah Anneliese yang nampak sangat naif membuatkan Tengku Haikal menghela nafas. Nak marah pun tak sanggup bhai.

"Lieseee..tah mana yang kau tak faham? Aku cakap bahasa Malaysia, bahasa Melayu, bahasa dunia yang alien pun boleh faham. Kau yang manusia pun takleh faham. Tinggal jelah kat gua."

Yakin bebenor Tengku Haikal marah erh. Alien pun faham konon.

"Sorry," ucap Anneliese.

Tengku Haikal meraup kasar wajahnya. Seketika dia menarik tangan Anneliese ke arah Joshua dan Fakhrul yang duduk di sebalik kereta.

"Duduk sini diam-diam dan jangan keluar! Aku nak kau call Alex," arah Tengku Haikal lalu memberikan telefonnya pada Anneliese.

"Awak pula buat apa?"

"Aku nak tanya kenapa diorang serang kita," jawap Tengku Haikal, mendatar.
Anneliese terdiam. Wah, baiknya suami aku. Tak marah pun bila kena tembak. Rileks je nak tanya diorang. Engko orang ada?

"Aku tak nak tipu sebenarnya. Aku.. Nak gi tembak diorang," kata Tengku Haikal dan sejurus itu dia mengeluarkan m16 dari bawah seat penumpang.

Anneliese ternganga. Tadi kata nakkkk tanya je.....

Sebaik sahaja kelibat suaminya hilang ditelan lalat, Anneliese menoleh ke arah Joshua dan Fakhrul.

Ketiga-tiga mereka saling melihat. Krik krik krikkk...krikkk krikkk...

"Hai," ucap Fakhrul dan Joshua hampir serentak bersama darah di wajah masing-masing.

Erhhhhh...

#Macam biasa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro