Bab 50

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#100 Comments are required to open the next chapter.

***

Anneliese membuka matanya secara perlahan-lahan apabila terasa halwa nafas seseorang menyapa wajahnya. Sebaik sahaja mata dibuka, matanya menyapa wajah Tengku Haikal yang berada terlalu dekat dengan wajahnya.

Nasib baik tak tertampar. Haih, lembu sekor ni. Kang tercium, salahkan aku pula.

Anneliese tersenyum pendek. Akalnya memikirkan berapa peratus untuk bibirnya bertemu dengan bibir Tengku Haikal memandangkan jarak wajah mereka yang terlalu dekat.

Tengah sibuk menilik wajah suaminya, tiba-tiba lelaki itu membuka mata sekali gus mengejutkan Anneliese. Tergamam dia dibuatnya.

Jangan jelah kantoi. Malu seribu kali woi.

"Aw...awak dah bangun ke?" soal Anneliese menutup malu.

Tengku Haikal menarik nafas perlahan lalu menjawap soalan Anneliese bersama suara seraknya.

"Tak arh. Ini saka dia yang jawap," jawap Tengku Haikal, selamba.

Inilah rakyat Malaysia. Dah nampak en, asal tanya lagi? Ada juga yang makan pasir kang.

"Awak kerja en hari ni?" soal Anneliese, polos.

Tengku Haikal tidak segera menjawap. Dia bangun daripada pembaringan lalu menggeliat untuk meregangkn sedikit tubuhnya.

"Aku nak kau ikut sekali," ujar Tengku Haikal.

"Hah?"

"Ikut aku sekali gi office," ulang Tengku Haikal.

Langkah kakinya menuju ke arah ampaian tuala lalu tuala tersebut dicapai malas. Anneliese pula sudah mengerutkan dahinya. Apa mimpi lembu ni suruh dia ikut sekali?

"Awak ada tertelan mana-mana dadah ke?" selamba bin Sood Anneliese menyoal.

"Kau merepek apa ni mangkuk?" Tengku Haikal menoleh ke arah Anneliese yang sedang membetulkan rambut serabainya.

"Dah awak tetiba ajak saya ikut sekali gi office, tak ke pelik camtu?"

"Habistu kau duduk kat sini nak habiskan beras je ke?" sindir Tengku Haikal, pedas.

Ouch, sakit siak. Menusuk jantung!

Serentak itu, Anneliese memuncungkan bibirnya. Tahu lah bukan duit dia yang kena pakai nak beli beras. At least, janganlah berkira sangat.

"Yelah, saya ikut sekali. Awak mandi dulu. Saya nak kemas katil," saran Anneliese lalu bangkit daripada katil.

"Asal kau nak kemas pulak? Maid kan ada," ujar Tengku Haikal.

"Habistu saya kat sini tukang habiskan beras je ke?"

Sejurus sahaja mendengar jawapan isterinya, Tengku Haikal menjeling tajam. Eh, ele. Sindir orang pula. Sesuka hati kicap ABC dia je nak pakai ayat aku.

"Takyah nak loyar buruk sangatlah," tutur dia.

"Yelah. Awak mandi dulu. Karang saya menyusul," kata Anneliese tanpa memandang ke arah suaminya.

"Cepat sikit kemas katil ni. Jap lagi aku nak mandikan kau."

Perbuatan Anneliese daripada terus mengemas katil tergendala sebentar. Kepalanya ditoleh ke arah Tengku Haikal yang masih bersandar pada pintu bilik mandi.

"Eh, asal pula awak nak mandikan saya? " soalnya, polos.

"Aku nak cuci telinga kau. Banyak sangat 'emas' sampai tak dengar cakap aku," jawap Tengku Haikal, mendatar.

Betullah en. Sikit-sikit minah tingtong ni jawap 'hah?' . Tak ke pekak namanya?

Mendengar sahaja jawapan suaminya membuatkan Anneliese cepat-cepat mencapai bantal lalu dibaling ke arah Tengku Haikal. Namun nasib badan...Encik Suami dah lama blah masuk ke dalam bilik mandi.

______________________________

Di Office...

Tengku Haikal meramas kasar rambutnya melihat Anneliese. Bawa gadis itu ke officenya memang satu musibah plus musibat dan disebat!!

Menyesal sial!! Apakan tidak, gadis itu tengah menyanyi ala-ala tercekek mikrofon!! Bising!! Bingit tau bingit!!

"Kau bilang aku memang syantikk!! Ku tahu diriku paling menarikk!! Tak henti-henti matamu melirik!! Syinta! Syinta! Syinta! Syinta! Syinta! Gila!!!"

Tengku Haikal tidak mampu bertahan lagi. Pen yang berada di atas meja dicapai lalu dibaling pada kaki Anneliese. Terkejut gadis itu dibuatnya.

"Woii!! Last telan pasir bila?! Syinta syinta gila..eh, kau nak tengok aku yang jadi gila?! Kang ada juga yang makan speaker oleh aku ni," ugut Tengku Haikal, bengang.

Kerja dahlah bertimbun. Bini pula boleh syinta syinta gila kat atas sofa tu. Tak lama aku pula yang betul-betul gila kejap lagi.

"Alah awak ni. Tak sporting langsung. Saya nyanyi sebab bosan tau. Takde kawan nak ajak borak," muncung Anneliese sambil menggentel-gentelkan hujung bahunya.

"Kau ajaklah katak borak sekali. Minta ajar camne panggil hujan. Dahlah cuaca makin panas. Tambah suara kau yang terjerit-jerit macam kena rasuk lagiii buat aku panas," kutuk Tengku Haikal.

Anneliese tunduk menikus. Merajuk lah katakan. Tahulah suara tak sedap weh.

Melihat kebisuan isterinya membuatkan Tengku Haikal berdehem perlahan. Kelihatan jari-jari gadis itu masih tekun menggentel hujung bahunya.

"Kau berhenti gentel hujung baju tu sebelum aku gentel muka kau," ugut Tengku Haikal berpura-pura garang.

Tiba-tiba sahaja Anneliese bangkit daripada tempat duduknya lalu menuju ke arah Tengku Haikal. Telatah gadis molek itu berjaya membuatkan Tengku Haikal mengerutkan dahinya.

Asal tetiba nak dekat aku ni? Nak ajak bertumbuk ke apa?

Tanpa sebarang amaran, Anneliese menarik hujung bahu Tengku Haikal lalu digentel-gentel sambil kepala tunduk menikus. Ternganga Tengku Haikal dibuatnya.

"Woi! Kau buat apa ni bengap?" soal dia lantas menepis tangan isterinya.

"Awak juga yang suruh saya berhenti gentel baju. Dah tu, saya gentellah baju awak," bahas Anneliese naif.

Ingin sahaja Tengku Haikal menghentak kepalanya diatas lantai. Biar hilang ingatan. Cannot brain lah dengan bini tingtong ni. Bengong dia mengalahkan orang yang paling bengong sekali kat dunia.

"Aku suruh kau berhenti gentel hujung baju kau. Yang kau cerdik sangat nak gentel baju aku asal?"

"Habistu, awak nak apa sekarang?" tanya Anneliese lagi.

"Senang cite, jangan gentel hujung baju aku dan jangan gentel hujung baju kau. Done!" tegas Tengku Haikal.

Anneliese memuncungkan mulutnya dan tiba-tiba sahaja ingin melangkah keluar daripada office tersebut. Tambah buat orang hairan.

"Kau nak gi mana pulak, tingtong?"

"Nak cari staff awak," jawapnya jujur.

"Buat apa?" kerut Tengku Haikal.

"Nak gentel hujung baju diorang."

Mendengar jawapan Anneliese membuatkan Tengku Haikal meletakkan dahinya di atas meja. Ya ampun, bini aku. Asal bodoh dia tak terhitung erk?

"Batu belah batu bertangkup..kau makanlah aku, kau telanlah aku. Aku tak nak hiduppp woiii!!" jerit Tengku Haikal. Wajahnya ingin menangis.

"Ad, awak sedih ke? "

"Jangan tanya. Please, Liese. Please. Jangan buat benda yang pelik-pelik. Kau main tiktok pun dah cukup buat aku pelik," rayu dia.

Anneliese mengigit bibirnya. Actually, dia pun tak faham apa yang tengah berlaku. Nampaknya Tengku Haikal kena demam lembu kut.

Baru sahaja Anneliese ingin duduk semula di tempatnya tadi, tiba-tiba Tengku Haikal membuka bicaranya semula.

"Strawberry, buatkan aku milo sejuk jap. Aku dah takde tenaga lepas layan perangai babun terlepas kau ni," pinta Tengku Haikal.

Walaupun diejek, Anneliese tetap akur. Dia keluar daripada bilik tersebut tanpa sebarang bicara.

Namun, tak lama kemudian pintu office dibuka sekali lagi sehingga membuatkan Tengku Haikal berasa pelik. Kejap betul minah tingtong ni buat milo.

"Eh, kau..."

"Hai, sayang..." Amizha tersenyum manis sambil membuka kaca mata hitamnya. Awwww so hot.

"Amizha binti Arwah Gigi Jongang, kau buat apa kat sini?" soal Tengku Haikal, serius.

Takde mood lah nak layan lipas sekor ni. Kang bertelur kat office aku.

"Well, I nak jumpa ex I. Salah ke?" Amizha mengeyitkan matanya.

"Eh, Amizha binti Arwah Gigi Jongang, bukan aku dah kata ke tak nak tengok muka kau lagi?" dingin Tengku Haikal berbicara.

"Come on lah sayang. Benda dah berlalu kut. Masa zaman universiti dulu, you kata nak kahwin dengan I. Hmm..mana janji you dulu? Tak mampu nak tunaikan ke?" sindir Amizha yang sengaja mengapi-apikan perasaan bekas kekasihnya.

"Hohoho.. Betina, betina.. Kau memang tak cukup satu jantan ke? Eh, come off lah. Cari jelah jantan lain. Aku tak nak kau! Dahlah muka macam baldi! " halau Tengku Haikal.

Amizha mengerutkan dahinya. Bahasa apa yang lelaki ni pakai?

"Come off? Come off tu apa?" soalnya tanpa segan-silu.

"Bodoh kau mengalahkan bini aku. Come off pun tak tahu ke? Takde sekolah! Come off tu sepupu dengam come on! Eh, blahlah betina!"

"Ad, you dah gila sejak kahwin dengan budak Liese tu. Please Ad. I prihatin dengan you. Betina tu buat otak you jadi erghhhh gila!" yakin Amizha menuduh.

Baru sahaja Tengku Haikal ingin memanggil pengawas keselamatan, tiba-tiba kelibat Anneliese datang bersama secawan milo sejuk. Pengawas ke pengawal?

"Amboi , sesuka hati tekak kahak you je nak tuduh I gila."

Serentak itu, kepala mereka berdua menoleh ke arah Anneliese.

"Oh, you kat sini erk.. Baguslah..I nak you.."

"Memanglah I kat sini. Dah office husband I. Yang you pulak kat sini pahal? Nak jadi tukang penyemak ke?" sindir Anneliese.

"Eh, cakap jangan sembarang cakap pompuan! Aku lagi tua dari kau! Respect sikit!"

"Ohhh lagi tua.. Patutlah muka pun dah berkedut.." angguk Anneliese sambil tersenyum sinis.

Tengku Haikal pula sudah lama duduk lalu dengan selambanya mulai bermain PUBG di telefon. Bukan style dia nak gaduh dengan pompuan.

"Ad!! You tengok bini you ni!!" geram Amizha.

"Memang hari-hari dia tengok I! Yang you gatal sangat nak husband I ni pahal? Dah kemaruk nak cuba laki orang ? Baik you blah sebelum milo ni mendarat kat baju you," Anneliese mulai mengugut.

"You ingat I takut ke? Sedar sikit. You cuma tahap kaki I. In fact, you tak layak pun sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan I," Amizha tersenyum sinis.

Anneliese tidak mampu bertahan lagi. Milo yang berada di tangannya disimbah ke arah wajah Amizha sehingga membuatkan gadis itu menjerit bengang.

"Arghhh!! Sial punya betina!! Kau tunggu nanti!! Kau ingat kau siapa nak fight aku?! Erghhh!!"

Bersama jeritan geram, Amizha beredar daripada tempat tersebut bersama pakaian yang comot. Dahlah pakai baju putih.

Anneliese pula sudah tergelak jahat. Dia menoleh ke arah suaminya untuk berkongsi kegembiraan.

"Awak! Awak! Saya dah halau lipas tu!" teruja Anneliese.

"Oh ya ke?" soal Tengku Haikal acuh tak acuh. Matanya begitu fokus terhadap musuh yang semakin mendekat.

"Awak boleh main game masa saya bergaduh dengan pompuan tu?!" terkejut Anneliese. Eh, biar betik bin timus emas bro?

"Shhhh...milo mana milo?"

Anneliese memuncungkan bibirnya tanda merajuk. Cawan yang kosong diberikan kepada Tengku Haikal.

"Nah, MILO awak!" Hulur Anneliese lantas melarikan diri ke tandas.

Apabila Tengku Haikal mulai mencicipkan bibirnya pada mulut cawan, dia terdiam.

Kosong. Setitik air pun takde. Confirm strawberry ni dah kenakan aku! Dengan geram Tengku Haikal menjerit nama isterinya.

"Anneliese!!! Last kena santau bila?!!"

#100 Comments are required to open the next chapter.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro