Bab 52

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sesaat dua saat...

Anneliese membuka matanya dengan pantas. Bayangan makhluk yang berwajahkan arwah ayah dan ibunya terimbas semula dalam kotak mindanya.

Setiap kali dia ingin memejam mata, entah mengapa suara mendayu-dayu mereka pada dua hari yang lepas seakan-akan terngiang-ngiang di telinganya.

Anneliese menghela nafas berat. Bintang yang berada di langit menyinari kegelapan dan menemani bulan yang kesunyian. Macam dia juga. Sunyi mungkin.

"Strawberry..." panggil Tengku Haikal lembut lalu memeluk tubuh isterinya dari arah belakang.

Anneliese tersentak kecil. Bukan tak biasa dengan pelukan Tengku Haikal yang datang secara tiba-tiba. Cuma perangai manja lembu sekor ni tak menentu masa dan tempat.

"Hmmm?" sahut Anneliese.

"Asal tak kunci pintu bilik ni?" soalnya.

Anneliese mengerutkan dahi. Eh, kalau pintu tu dikunci macam mana suami sendiri nak masuk en? Gila apa lembu ni?

"Kenapa pula nak kunci?" bingung Anneliese.

"Nanti nyamuk masuk," yakin Tengku Haikal.

Anneliese menjeling geram. Mulai dah lembu ni nak menyakat. Ada juga yang makan pasir ni karang.

"Takpelah. Ajak jelah nyamuk tu masuk. Kesian diorang takde tempat tinggal," balas Anneliese, loyar buruk.

"Last kena santau bila sayang?" Tengku Haikal tersenyum mengejek.

Tersengih Anneliese dibuatnya. Alah, dia usik kita boleh. Kita usik dia, takleh pula. Tak adil betul.

Buat seketika, keadaan menjadi sunyi. Hanya bunyi cengkerik sahaja menguasai ruang malam.

"Awak..." seru Anneliese sekali gus mematikan suasana sunyi.

"Hmmm.."

"Awak memang dah khatam Al-Quran ke? Lancar je bunyi awak membaca hari tu," soal Anneliese, ikhlas.

Tengku Haikal sekadar berdiam diri. Soalan gadis itu hanya dibiarkan berlalu dibawa bayu malam.

Anneliese mengerutkan dahi pabila suaminya sekadar menguncikan mulut. Mungkin dia tak dengar kut. Arh cuba tanya lagi.

"Awak..saya ta..."

"Hari ni hari apa?" potong Tengku Haikal.

Anneliese terdiam sebentar. Tengku Haikal seolah-olah ingin mengelak dari menjawap soalan panasnya.

"Awak...awak tak jawap lagi soalan saya," muncung Anneliese. Nak majuklah camni.

Dia memusingkan tubuhnya menghadap Tengku Haikal yang beriak selamba.

"Aku tanya hari ni hari apa?" soal Tengku Haikal, mendatar.

"Hari Jumaat," jawap Anneliese, yakin. Asal lembu ni tanya pula? Dah nyanyuk ke? Lahai, muka handsome takkan cepat lupa?

"Ohhh..Jumaat. Aku ingatkan Friday," angguk Tengku Haikal seperti cerdik dengan bicaranya.

Anneliese merengus geram. Haih, kena lagi!

"Awak...serius sikitlah. Saya.."

"Nak serius sikit je en? Hah, ni. Aku dah serius tapi sikit jelah," potong Tengku Haikal lalu membuat wajah serius versi sedikit.

Anneliese sudahpun memuncungkan bibirnya ke depan. Asyik dia je yang terkena. Dengan geram, Anneliese berpusing semula menghadap halaman belakang. Lebih baik tengok puntianak yang sedang terbang tu!

"Kau majuk ke?" peluk Tengku Haikal bersama bisikan romantisnya.

"Eh, taklah suka!"

"Ohhh, aku ingatkan kau tak suka. Kalau macam tu, aku buat lagi lah," usik Tengku Haikal.

"Last kena sepak bila?" jeling Anneliese.

Eh, dah pandai sindir guna ayat suami.

"Baru je tadi Xender sepak aku."

Jawapan daripada lelaki itu membuatkan Anneliese mendengus sebal. Loyar buruk pula dia ni.

Tengku Haikal pula sudah tersenyum dalam diam. Sesekali bibirnya mengucup dan mengigit manja leher Anneliese yang terdedah ditiup bayu malam.

"Jari kau ada berapa?" soal Tengku Haikal tiba-tiba.

Anneliese memgerutkan dahinya. Soalan antarabangsa apa yang balak ni tanya? Dia ingat aku ni duyung dari lautan Antartika? Kita kan manusia. Sama jelah jumlah jari.

"Of courselah 10," jawap Anneliese.

Tengku Haikal tertawa sinis.

"Salah."

"Apa yang salah pula? Ni tak nampak ni? Kan ada 10. Takkan 100 pula?" soal Anneliese kurang berpuas hati sambil menunjukkan 10 jarinya di udara.

Mungkin dia ingat aku tak reti matematik agaknya.

"Mana ada 10. Campur jari aku kan ada 20," tutur Tengku Haikal lembut lalu meraih jari-jari Anneliese bersama jari-jarinya.

Tergelak kecil Anneliese dibuatnya apabila mendengar gurauan halus daripada sang suami. Kalau hari-hari macam ni, haih kicap pun boleh bertukar gula tau!

"Awak dah gila erk?" soal Anneliese masih dengan senyuman manisnya.

"Aku gila pun sebab kau," balas Tengku Haikal selamba lalu pipi Anneliese digomol-gomol manja.

Hilang sebentar ketakutan Anneliese tatkala bersama Tengku Haikal. Entah mengapa dia berasa selamat jika lelaki itu sentiasa ada dekatnya.

______________________________

"Memang keturunan sial lah betina tu!! Dia tak kenal siapa aku sebenarnya. Dia ingat dia boleh malukan aku depan Aden? Ha! Ha! Kau salah Anneliese. Aku boleh hancurkan hidup kau dalam sekelip mata!"

Amizha bermonolog geram. Buku limanya digenggam kuat sambil matanya melihat pantulan diri sendiri melalui cermin. Penuh kebencian dan dendam . Arghh!! Semua ni disebabkan budak Cherina tu! Budak kampung tak sedar diri! Dasar hina!

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu membuatkan Amizha mendengus geram. Tengah marah macam ni, ada pula yang sibuk nak ketuk pintu. Tempah mati betul!

"Korang nak apa hah?!" jerit Amizha tanpa bergerak daripada tempatnya.

"Maaf ganggu Cik Izha. Saya datang sebab tuan suruh cik turun sekarang. Tuan nak jumpa dengan cik," ujar Kak Sherry sebagai pembantu rumah.

"Dia nak apa?" Amizha mengerutkan dahi tanda hairan.

"Saya tak tahu. Tapi tuan kata nak jumpa dengan cik."

Amizha merengus kuat. Takde mood nak jumpa sesiapa sebenarnya. Kalau Tengku Haikal, takpelah juga. Nak tak nak, Amizha terpaksa mengatur langkah keluar daripada bilik.

Dia menuju ke aras tingkat bawah bersama wajah yang tak rela. Malas! Usai sahaja tiba di ruang tamu, dia duduk berhadapan abangnya sambil menyelak rambut ke belakang.

"Hah, nak apa?" tanya Amizha acuh tak acuh.

"Aku dah kata jangan jumpa mamat tu lagi. Tah mana yang kau tak faham?!" herdik Aaric lalu meja kaca di hadapannya ditumbuk kuat sehingga pecah berderai.

Amizha hanya beriak selamba. Dah biasa tengok baran Aaric yang tak tentu pasal.

"Itu hal aku. Apa pun masalah kau dengan Ad, aku tak kesah. Yang penting, Ad tetapi milik aku," bidas Amizha, tegas.

Aaric meraup kasar rambutnya ke belakang. Adik bongsunya benar-benar mencabar kemarahannya.

"Teruskan niat bodoh kau. Jangan pula kau nak bunuh diri bila jantan tu dah mati di tangan aku," ugut Aaric bengis lantas meninggalkan Amizha berseorangan.

Gadis itu kelihatan mengetap kuat rahangnya menahan sebal. Aden miliknya. Selama-lamanya Aden akan menjadi kepunyaan. Takde yang lain. Takde siapa yang akan sentuh Aden melainkan dirinya sendiri.

________________________________

Anneliese tersentak kecil apabila merasakan tempat disebelahnya dihenyak oleh punggung seseorang.  Terus kepalanya dipaling untuk melihat gerangan yang duduk disebelahnya.

Tazaki Genji.

Ohh, mamat ni rupanya. Husband Faiza. First time nampak. Sebelum ni takde kesempatan pun nak jumpa lagi.

Bukan itu sahaja, Putri Risha, Tasya serta Roland turut duduk berhadapan mereka berdua. Sejenak suasana tiba-tiba terasa sunyi. Tiada satu pun antara mereka yang bersuara. 

Tazaki Genji merenung ke arah Anneliese. Anneliese merenung ke arah Putri Risha. Putri Risha merenung ke arah Tasya. Tasya merenung ke arah Roland dan Roland merenung ke arah Tazaki Genji.

"Macam ada yang kurang," tutur Tasya tanpa amaran.

"Rasa macam kita dah lama kenal," ujar Tazaki Genji.

"Kurang sorang," tambah Putri Risha pula.

Buat seketika semua mata saling bertatapan. Ada sesuatu yang terasa asing antara mereka semua. Seolah-olah...mereka sudah lama berjumpa sebelum ini.

(Terjawap di buku terakhir author -The Last Survivor-)

"Arghh, penatnya!!"

Keluhan Alex yang kuat menyebabkan semua orang seakan-akan sedar daripada mimpi masing-masing. Selamba biawak lelaki itu mengeluh lalu meletakkan kepala di atas paha Tasya.

"Nak naik atas tak?" bisik Tasya sambil jari-jarinya mengusap rambut Alex.

"Jap lagi lah. Nak rehat dulu," penat Alex menjawap.

"Karang tertidur pula kat sini," ujar Tasya lagi.

"Pepandailah Xender dukung papa nanti," selamba Alex menjawap.

Tasya sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya. Macam bebudaklah beruk sekor ni.

Beberapa minit kemudian, yang lain tiba bersama baju kemeja di tubuh masing-masing. Baru balik dari office. Muka nampak barai doh. Of course penat.

"Hah, baguslah semua orang ada kat sini. Mummy nak tanya lama dah sebenarnya. Camne kamu semua tahu Risha (Angel) ni dulu orang jahat?" soal Tengku Lily. (Miss Destroyer)

Takde angin takde spender berterbangan, tiber nak ungkit hal dulu.

Sejurus mendengar soalan Tengku Lily, semua orang terus sahaja memandang Tengku Fazril termasuk Putri Risha. Masing-masing nakkan jawapan dari ketua mafia tersebut.

"Jangan tanya along. Along pun tak tahu bini along nak bunuh along sendiri," sengih Tengku Fazril.

Putri Risha mengecilkan matanya memandang Tengku Fazril. Apa punya suamilah.

"Erhh...angah yang bagitau along dulu," sambung Tengku Fazril lagi.

"Aden?"

Kini, semua mata beralih pada Tengku Haikal yang sedang menanggalkan tali lehernya.

"Camne angah tahu Risha ni jahat dulu?" sampuk Tengku Zamil pula. Dia sendiri hairan.

Sesaat dua saat.. Tengku Haikal berdiam diri. Tak lama selepas itu, dia memandang ke arah wajah naif Anneliese. Alololo..masa camni pun nampak tingtong dia tau.

"Bukan Angah yang tahu sebenarnya. Liese yang bagitau angah tentang Risha. Kalau dia takde, entah apa akan jadi dengan family ni," jujur Tengku Haikal berbicara sambil meraih tangan isterinya.

Anneliese terdiam. Bingung jap. Jadi apa yang dia bagitau kat Tengku Haikal selama ni, orang lain pun tahu juga? Maksudnya Tengku Haikal bagitau semua orang tentang niat buruk Putri Risha dulu? Eh, bukan dia tak percaya kat aku ke?

"Liese? Camne Liese tahu?" soal Tengku Fazril pula.

Sekali lagi, Anneliese terdiam. Takkan dia nak cakap hantu yang bagitau dia en. Hakikatnya dia tahu Putri Risha tu jahat sebab nampak bayang hitam kat belakang perempuan tu dulu. Mustahil diorang percayakan dia. Karang kena cop gila. Uwarghhh!!

"Liese tahu Risha jahat sebab..."

Anneliese tergamam. Automatik dia menoleh ke arah Tengku Haikal yang cuba meneruskan bicaranya.

"Dia boleh nampak apa yang kita takleh nampak," sambung Tengku Haikal.

"Awak..apa awak cakap ni?" bisik Anneliese, risau. Setiap pasang mata mulai memandang dia dengan pandangan yang pelik.

"Apa maksud kau yang dia boleh nampak benda yang kita takleh nampak?" Alex bangkit daripada pembaringan. Macam syok je cite diorang. Tu lah pasal bangun.

"Maksud aku.. Liese boleh nampak benda halus....dan aku percaya dengan kebolehan dia."

Sejurus Tengku Haikal selesai dengan kata-katanya, Tengku Fazril dan Alex ternganga luas. Tengku Lily, Tengku Nurfaiza dan Tazaki Genji terkebil-kebil bingung. Yang lain pula sudah tercidukkk..HAHAHAHHAH!!

Hanya Tengku Zamil sahaja yang menganggukkan kepala tanda faham memandangkan rahsia gadis itu sudah lama diketahuinya sewaktu Anneliese masih kecil dahulu.

#Vote and comment.
#The best comment, author akan ambik nama dia untuk dijadikan sebagai watak tambahan kat cite ni. So, good luck!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro