Bab 54

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Woi tingtong! Cepat arh. Aku dah lambat ni!" jerit Tengku Haikal geram.
Tajam anak matanya merenung ke arah Anneliese yang sedang terhegeh-hegeh memakai kasut kegemarannya. Sesaat kemudian, si gadis itu begitu kalut masuk ke bahagian tempat duduk hadapan bersama sengihan lebar.

"Sorry, wak. Saya lambat sebab pilih baju yang sesuai tadi," mohon Anneliese, rasa bersalah.

Tengku Haikal mengecilkan matanya.

"Takpe. Kerja aku hari ni memang tunggu kau bersiap je," sindir Tengku Haikal, selamba.

Bila dah rasa bersalah tu, Anneliese pun apa lagi. Macam biasa lah en, hujung baju digentel-gentel sambil kepala ditunduk merenung ke bawah.
Tengku Haikal memerhati gelagat isterinya sebentar sambil enjin mulai dipasang. Anneliese masih setia merenung ke arah tempat alas kaki.

"Alhamdulillah. Alas kaki tu confirm kunci kepada kebahagiaan kita," senyum Tengku Haikal. Padahal memang menyindir!

"Awak ni..kalau sehari tak sindir saya boleh tak?" omel Anneliese perlahan.

"Hah? Apa? Kuat sikit," Tengku Haikal mengerutkan dahinya.

Entah apa yang bini dia tengah cakap. Mungkin tengah berzikir , mungkin juga tengah mengutuk Aden.

"Takde apalah," Anneliese kembali memuncungkan bibirnya.

"Muncung-muncung macam tu ingat sexy ke? "

Seksa adalah! Sekali lagi Tengku Haikal menyindir.

Anneliese berdehem perlahan. Lambat-lambat dia mengetap bibirnya daripada terus memuncungkan bibir ke hadapan. Mungkin suaminya turn off tengok pompuan muncung bibir.

Tiba-tiba satu persoalan muncul daam kotak fikirannya. Soalan yang tak pernah ditanyanya pada mana-mana lelaki sebelum ini.

"Awak..nak cakap something boleh?" Anneliese mengerdipkan mata seakan budak comel.

"Takleh," ringkas sahaja jawapan Tengku Haikal sehingga membuatkan Anneliese merengus geram.

"Nak cakap juga!" rengus Anneliese.

"Last kena kaki bila? Baik takyah minta kebenaran aku kalau nak cakap juga," balas Tengku Haikal. Alah saje nak usik.

"Eish, lantaklah. Saya nak cakap ni," rengek Anneliese.

"Fine. Apa dia?" soal Tengku Haikal sambil mata masih tertumpu pada jalan raya.

"Hmmm..malu lah nak cakap," sengih Anneliese sambil bahu digoyang ke kiri dan ke kanan.

Sejurus melihat gaya Anneliese, Tengku Haikal segera membuntangkan matanya.

"Woi!! Nak kena santau ke?!" geram Tengku Haikal.

Kata nak cakap. Bila kita dah melayan, dia pula malu. Ada juga yang muntah darah ni karang.

"Hehehe.. Saya malulah," Anneliese mengigit bibirnya.

"Kenapa? Kau tak pakai spender ke?"

Tengku Haikal mulai malas. Kalau dah perempuan tu, haih memang complicated! Ni baru sikit weh. Kalau dia tanya mana nak makan, aku betul-betul bagi dia makan pasir campur kicap basi kang.

"Saya nak tanya pendapat awak. Hmmm.. Awak rasa en.. Lelaki turn on bila nampak pompuan camne?" Akhirnya Anneliese selesai menyoal.

Tengku Haikal berjeda sebentar. Difikir-fikir jawapan yang tulus, ikhlas, suci, murni dan indah dari hati, jiwa dan raganya.

"Aku turn on bila nampak pompuan yang tak lambat bersiap," ujar Tengku Haikal, mendatar.

Anneliese mengetap giginya. Dirasakan Tengku Haikal seolah-olah menyindir dirinya yang agak lambat sebentar tadi. Tak suka!

"Apa awak ni? Tak fikir ke pompuan lambat bersiap sebab nak nampak lawa kat mata lelaki? Lelaki takleh fikir! Asyik fikir pasal kesabaran diorang je! Hargailah pompuan sikit!" rengus Anneliese sambil tangan dilipat rapat ke dada.

"Kau dah kenapa pompuan? Kau tanya pendapat aku ke pendapat kau? Baik takyah tanya aku langsung," ujar Tengku Haikal selamba.

"Ohhh.. You dah berani berkasar dengan I. How dare you!" Tajam anak mata Anneliese merenung ke arah bebola mata suaminya.

Tengku Haikal hampir kehilangan kata. Entan syaitan mana yang merasuki Anneliese. Dengan langkah drastik, dia memusingkan keretanya di bahu jalan tanpa mengendahkan kelewatannya datang ke office.

"Kau dah kenapa, Liese? Style aku memang camni en. Yang kau nak koyak sangat ni pehal? Gila?"

Tengku Haikal menjongketkan kening manakala tubuhnya sudah lama menghadap Anneliese.

"You suka pompuan yang tak lambat bersiap tu kenapa ? Apa you ingat kitorang yang lambat bersiap ni memang sengaja nak lambat ke?" rajuk Anneliese.

Dan seperti biasa, lelaki takkan pernah faham. Tengku Haikal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hairan bin bingung dengar amukan Anneliese.

"Tak. Masalahnya ni pendapat aku ke pendapat kau?" geram Tengku Haikal.
Bukti kat atas weh. DIA TANYA PENDAPAT AKU! Sekarang ni, apa salah aku?!

"Youlah! Tak pernah faham I! Kata tak suka pompuan lambat konon! Kalau tak suka, pergilah cari pompuan lain!" halau Anneliese, sebal.

"Liese! Woiiii!!! Aku memang tak faham! Kau cakap bahasa melayu plus Malaysia pun aku masih tak faham! Kau nak apa woii?!"

Turun naik dada Tengku Haikal menahan sabar melayan perangai gila-gila isterinya. Tiber cari gaduh pula.

"Tengok tu! You dah berani marah I! You memang ada pompuan lain!! I benci you!!"

"Sial lah camni!!"

Sejurus mencarut bengang, Tengku Haikal menolak kasar tubuh Anneliese pada kerusi lalu bibir gadis itu dikucup rakus. Geram dengan bibir yang tak henti-henti daripada menuduhnya.

Anneliese cuba menolak tubuh Tengku Haikal. Bibirnya dilumat-lumat buas sehingga dia hampir kehilangan nafas.

"Hmmmphh!! Hmmmphhhh!!"

Selepas puas mengerjakan bibir Anneliese, Tengku Haikal bangkit daripada menindih tubuh gadis itu. Bibir yang basah diseka perlahan seraya wajah kemerah-merahan Anneliese dipandang penuh bernafsu. Masing-masing mencari oksigen untuk bernafas.

"Duduk dan diam. Jangan berani tanya soalan-soalan pelik dengan aku. Kalau kau degil, aku rogol kau jap lagi," ugut Tengku Haikal sebelum signal diberi ke arah kiri.

Anneliese berdiam diri. Dapat dirasa wajahnya membahang panas menahan malu. Inilah bahana tanya soalan yang bukan-bukan.

Usai tiba di office, semua pekerja mulai bangkit daripada kerusi lalu memberikan tunduk hormat pada Tengku Haikal. Seperti biasa, lelaki itu sekadar berlalu tanpa senyuman di wajahnya.

Baru sahaja tombol pintu ingin dipulas, Tengku Haikal mematikan langkahnya secara tiba-tiba sehingga Anneliese terlanggar dada bidang suaminya sendiri.

Keras doh. Ingatkan dinding batu mana aku terlanggar tadi.

"Buatkan aku milo ais tanpa ais erk. Aku haus," arah Tengku Haikal.

Anneliese terdiam sebentar. Milo ais tanpa ais, camne tu? Walaupun pelik sikit, Anneliese tetap akur dengan arahan daripada suaminya lantas beredar pergi.

Sewaktu Tengku Haikal membuka daun pintu, wajahnya bertukar dingin melihat kehadiran tiga wanita yang amat dikenalinya.

"Sayang, you lambat!" rengek Amizha sambil menuju ke arah Tengku Haikal.

"Oppp!! Jangan dekat aku! Kau nak apa lagi Izha? Nak tunggu aku hina kau baru kau blah dari hidup aku?" sindir Tengku Haikal, dingin.

"Eh, cakap bebaik sikit Ad. Amizha ni girlfriend kau tau!" sampuk Suri yang memang dikenali oleh Tengku Haikal sebagai kawan baik Amizha.

"Kau jangan nak menyampuklah Suri. Kalau kau sayang sangat dengan bff kau ni, suruh dia blah. Aku takde mood tengok korang. Dahlah muka macam pintu tandas rumah aku!"

"Mulut kau tak pernah berubah en? Kau ingat kau siapa hah?" Suri mulai maju ke hadapan.

"Eh, aku ingat siapa diri aku. Aku Aden. Yang kau tu dah nama pun Suri en. Jadilah Suri Teladan yang baik. Bukan jadi Suri Teladan yang buruk! Dahlah muka pun buruk. Anjing pun lari tengok muka kau," pedas Tengku Haikal menyindir.

Sakit hati Suri dengan sikap loyar buruk bekas kekasih kawan karibnya. Kurang ajar bin kurang ajinomoto betul!

"Suri, sabarlah. Ad, please jangan macam ni. I datang demi you. Boleh tak bagi toleransi sikit?" rayu Amizha berpura-pura lembut.

"Toleransi ke rasional ke, kau ingat orang macam aku ni kesah ke? Sebelum penampar Shinichi Kudo aku sampai kat muka korang berdua, baik korang blah! Blah!" Suara Tengku Haikal naik seoktaf.

"Amizha, Suri.. Jom balik," ujar satu suara di belakang.

Suri menoleh ke belakang melihat Aira. Tajam anak matanya merenung ke arah rakan baiknya yang sejak tadi berdiam diri.

"Apa kau cakap ni Aira? Kau tak nampak yang mamat ni dah hina kawan kita ke?" soal Suri kurang berpuas hati.

"Sape kata aku hina dia sorang je? Aku hina kau juga," perbetul Tengku Haikal dengan bangganya.

"Kau memang dah melampau Ad! Izha, jom balik! Lagi lama kat sini, lagi sakit hati aku dibuatnya!" marah Suri lalu menarik tangan Amizha yang tak sempat berbuat apa-apa.

"Su...Suri..aku nak jumpa Ad! Aku nak dia!!" Amizha meronta-ronta dalam genggaman Suri namun gadis itu semakin kuat menariknya sehinggalah kelibat kedua-dua mereka hilang dari office.

Sebaik sahaja mereka beredar, pandangan Tengku Haikal mendarat pada Aira yang sedang tersenyum tawar ke arahnya.

"Hai Ad. Dah lama tak jumpa," sapa Aira.

Tengku Haikal tersenyum pendek. Dia duduk di atas kerusi kulitnya lalu mempersilakan agar Aira mengambil tempat duduk di hadapan ia.

"Tak sangka kau masih berkawan dengan spesies ikan pirana tu," komen Tengku Haikal.

"Saya takde kawan selain diorang. Dulu ada. Sorang je. Tapi saya tak jumpa dia lepas habis sekolah menengah dulu," balas Aira.

"Kau pula apa khabar?" Soal Tengku Haikal sekadar berbasa-basi.

"Macam yang awak tengoklah. Okay je."

"Masih dengan perangai couple sebulan terus break ke? Dah macam pakej internet sebulan aku tengok," tawa kecil terletus dari bibir Tengku Haikal.

"Saya dah kahwinlah!" bahas Aira.

"Eloklah kau dah kahwin. Kalau boleh aku nak kau berhenti dari berkawan dengan dua muka jamban tu. Takut kau terjangkit dengan penyakit kuat curang diorang," dalam nasihat sempat lagi Tengku Haikal menyindir.

"Terfikir juga nak berhenti tapi..."

Damm!!

Pintu dibuka kasar dan kelihatan Anneliese menggenggam erat cawan yang diisi dengan milo sehingga pecah berderai. Merah padam wajahnya melihat Tengku Haikal bergelak tawa bersama seorang wanita lain.

"Liese..." panggil Tengku Haikal, mendatar sambil terkebil-kebil melihat air milo yang melimpah di tangan isterinya. Bapak arh , kuat gila tangan.

"Awak memang ada pompuan lain!!!"

Tengku Haikal sudahpun menepuk dahinya manakala Aira terkebil-kebil. Mendengar suara Anneliese membuatkan Aira berpusing ke belakang. Sebaik sahaja mata mereka bertembung, Aira tergamam. Begitu juga dengan Anneliese.

"Liese?"

"Aira anak tauke gam kasut? Kau ke tu?" Anneliese turut terkebil-kebil.

"Woii, Liese!! Akulah Aira!! Anak tauke gam kasut hastag tak hisap gam!!" teruja Aira lantas berlari memeluk tubuh Anneliese.

Kedua-dua mereka berlompat keriangan seraya berpusing-pusing bersama tangan yang dicamtumkan bersama.

"Kawan baik aku!!" sorak Anneliese, gembira.

"Kawan baik aku yang suka nangis!!" sorak Aira juga.

Anneliese berhenti daripada berpusing pabila mendengar ayat Aira. Tangan Aira ditarik rapat ke arahnya lalu dia berbisik sesuatu.

"Takyahlah mention benda tu. Kang husband aku dengar!"

"Hah? Sape husband kau?" soal Aira, polos.

"Behind you," bisik Anneliese lagi.

Aira tercengang. Jap di belakang dia kan Tengku Haikal. Takkanlah...

Sekali lagi Aira terkebil-kebil. Kini, dia melihat Tengku Haikal sedang menjongketkan keningnya sambil merenung ke arah mereka berdua.

Hana_Sakura71 (Aira)
Anieyyz03 (Suri)

#Author dah tunaikan.
#Nama yang lain author ltak kat bab yg akan dtang.
#Double updated.
#Comment and vote.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro