Bab 66

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aku kat mana ni?"

Anneliese memandang ke arah sekelilingnya. Tempat yang dijejaki sekarang hanya kelihatan putih. Sekejap kepalanya ditoleh ke bawah dan sekejap kepalanya melangut ke atas. Di mana dia sekarang?

"Liese..."

Anneliese tersentak kecil apabila namanya diseru mendayu-dayu. Begitu gemersik sekali di telinganya.

"Siapa tu?" soalnya, ingin tahu.

Anneliese memincingkan matanya pada suatu arah. Kelihatan seorang gadis sedang berdiri membelakanginya bersama kepala didongakkan ke atas.

Dia terus berjalan mendekati gadis tersebut tanpa rasa takut.

"Maafkan saya. Kita kat mana sekarang?"

Anneliese menyoal sambil menghentikan langkahnya. Dia berdiri tak jauh daripada gadis itu. Lama dia menunggu jawapan daripada si dia namun, soalannya dibiarkan berlalu dibawa angin.

Angin? Dia sendiri tak tahu sama ada kehadiran angin ada di tempat putih ini.

"Awak tahu tak.. Dalam dunia ni, kita ada 3 alam. Satu, alam sebenar. Dua, alam mimpi. Dan ketiga, alam yang hanya ada manusia istimewa je boleh datang."

Anneliese mengerutkan dahinya tanda pelik. Sememangnya kata-kata tersebut tak menjawap soalannya sebentar tadi.

"Saya tak faham. Maksud awak saya dalam alam yang ketiga ke?" soal Anneliese.

Mungkin sahaja dia berada di alam yang ketiga. Di mana orang-orang istimewa sepertinya terpilih untuk melihat benda halus. Arh, istimewa ke tu?

"Tak. Awak masih jauh untuk tu."

"Siapa awak? Kita kat mana? Mana semua orang pergi?" soal Anneliese bertubi-tubi.

"Aku adalah orang yang patut kau bertanggungjawap. Cari pembunuh yang dah bunuh aku, Liese. Cari pembunuh yang dah bunuh ayah Liese."

Makhluk itu berpusing menghadap Anneliese. Sebaik sahaja mereka bertatapan, Anneliese ingin muntah melihat tempurung kepala perempuan itu yang telah pecah. Malah, sudah dimakan ulat-ulat putih. Menjijikkan.

"Liese, ibu terseksa sayang. Tuntut dendam atas kematian ibu. Liese sayang ibu kan?"

Anneliese melangkah ke belakang sambil telinga ditekup kuat. Ya, dia takut. Ini bukan tempatnya.

"Pergi! Pergi! Kau bukan ibu aku! Diorang dah mati!! Diorang dah tenang kat sana! Pergiii!!!" pekik Anneliese kuat.

Dia menangis ketakutan lalu terduduk seraya kepala ditekup dengan lututnya. Atas apa lagi ibunya datang? Dendam apa?

"Liese.. Awak takut ke?"

Suara lain tiba-tiba menyapa gegendang telinga Anneliese sehingga membuatkan dia mendongak perlahan-lahan.

Di hadapannya sekarang, seorang atau sesuatu sedang tersenyum manis melihatnya. Anneliese terdiam tanpa kata. Makhluk tu...kenapa wajahnya sama macam aku?

"Kau siapa? Aku kat mana? Kenapa muka kita.."

"Sama? Sebab kita orang yang sama, Liese. Aku adalah kau. Dan anak ni anak kita."

Anak kita? Anneliese mengerutkan dahinya. Air mata cepat-cepat diseka lantas dia bangkit berdiri.

"Aku dibunuh, Liese. Kita dibunuh. Sama macam anak ni."

Anneliese melihat perut perempuan itu. Tampak berlubang serta dilumuri dengan darah pekat. Kalau benar perempuan itu adalah dia, maksudnya dia juga mengalami hal yang sama.

Sepantas kilat Anneliese melihat perutnya yang sedang mengalir darah pekat. Perlahan-lahan jari jemari ia mendarat pada bahagian perut.

"An...anak aku. Anak aku!!! Siapa bunuh anak akuu?!!! Takkk...anak aku takkan matiii!!! Bagi balik anak akuu!!"

Anneliese menangis bagaikan orang gila. Dia memegang perutnya untuk cuba mengembalikan darah ke dalam organ-organ yang sudah hancur berkecai.

"Liese, cari pembunuh ibu ayah kau. Sebab dia jugalah yang akan bunuh apa yang kau kandungkan sekarang."

Anneliese mencengkam rambutnya dengan kuat. Rimas dan terdesak. Persoalannya siapa dah bunuh mereka?

Tit! Tit! Tit! Tit!

Zapp!!

Anneliese membuka matanya apabila terdengar bunyi jam loceng. Cepat-cepat jari-jemarinya mencari punat off lalu dimatikan loceng tersebut.

Dia bangun daripada pembaringan sambil tangannya meraup rambut ke belakang. Teringat mimpi sebentar tadi membuatkan dia segera mengusap perutnya yang sudah mencecah 5 bulan.

Argh, karut! Mimpi selama-lamanya akan menjadi mimpi. Mana mungkin jadi kenyataan.

Anneliese menoleh ke arah sebelahnya. Kosong. Ke mana Tengku Haikal pergi? Kenapa tak kejutkan sekali?

Anneliese menoleh ke sebelah lagi. Lembaga nenek yang selama ini mengikutinya sedang berdiri tegak memerhatinya.

"Suami saya dah pergi office ke?" soal Anneliese.

Lembaga nenek tersebut mengangguk.

Anneliese menghela nafas. Pelik. Kenapa Tengku Haikal tak bawa dia sekali macam biasa?

Telefon yang berada di atas meja tiba-tiba berdering kuat. Cepat-cepat Anneliese menjawap panggilan tersebut apabila nama Tengku Haikal tertera pada skrin telefonnya.

"Assalamualaikum! Abang tak kejutkan sayang pun!" ujar Anneliese separuh merajuk sebaik talian bersambung.

"Waalaikumsalam. Amboi, ucap salam pun nak marah ke? Abang bukan tak nak kejutkan. Abang cuma takut kalau abang kejutkan, sayang meninggal sebab kena heart attack," balas Tengku Haikal, selamba.

"Abang!" Anneliese merengus geram.

"Awal-awal pagi nak tinggikan suara kat suami erk. Tak cium bau Syurga woi."

Anneliese tergamam.

"Sayang? Sayaangggg...masih hidup ke?" usik Tengku Haikal apabila sang isteri tidak lagi bersuara.

"Hidup lagi. Sayang tak marah cuma kecik hati. Abang tak ajak sayang macam biasa . Abang kata nak protect sayang," kendur suara Anneliese.

"Janganlah majuk dulu. Abang tak ajak sayang sebab Xender tak gi office hari ni. Kat rumah tu ada dia, Risha, Xendra, Double R sekali. Diorang boleh jaga sayang. Lagipun abang tak nak sayang banyak sangat berjalan. "

Anneliese faham. Dia pun tak nak susahkan Tengku Haikal sebenarnya. Nak urus hal kerja lepastu nak jaga dia pula.

Beberapa puluh minit kemudian, Anneliese turun daripada tingkat atas selesai sahaja membersihkan diri dan menelefon suaminya. Tekak yang haus seakan-akan mengarahnya untuk pergi ke dapur bagi membasahkan tekak.

"Good morning, Liese," ucap Putri Risha bersama senyuman manisnya.

Anneliese turut tersenyum manis. Sejak Tengku Haikal dah mengaku yang dia tak cintakan Putri Risha, Anneliese berasa lega. Dia tak perlu lagi mengelak untuk bertentangan mata dengan perempuan itu.

"Good morning. Xender kat mana?"

"Tengah tengok tv dengan anak-anak," jawap Putri Risha acuh tak acuh.

Anneliese mengangguk faham. Dia mengetuk-ngetuk meja menggunakan jari telunjuknya seraya melihat tingkah-laku Putri Risha yang sedang menyiapkan minuman di dalam sebuah jag.

Tiba-tiba, akal benaknya terfikirkan sesuatu. Masa turun dari tingkat atas tadi, dia terserempak dengan seorang wanita sebaya dengan Tengku Lily. Tapi, tak pernah nampak pun sebelum ni.

"Oh, ya. Pompuan yang kat luar tuuuu kawan mummy ke?"

Putri Risha menoleh ke belakang. Sekejap dia mengerutkan dahi tanda berfikir. Mungkin yang dimaksudkan oleh Anneliese adalah Rosilia, mak kepada Maisara.

"Oh, tu. Nama dia Rosilia. Aunty Rosilia. Kawan mummy dengan mama I dulu. Merangkap mak kepada Maisara," beritahu Putri Risha.

"Ohhhh..dia tengah cari mummy ke?"

Putri Risha menggeleng kemas.

"Tak. Dia saja nak tanya khabar I lepas I dah dapatkan ingatan lama dulu."

"Dapatkan ingatan lama? Lupa nak tanya. Camne Risha boleh ingat balik diri Risha yang lama? Selalu kat drama melayu lah en, heroin or hero tu terlanggar kereta, jatuh dari tangga, terhentak dinding..hmmm macam-macamlah. So, Risha yang mana satu?"

Seketika, Putri Risha tergelak kecil. Geli hati pula dengar telahan Anneliese yang entah apa-apa. Tapi betullah. Drama melayu... Banyak sangat penipuan halusnya.

Meh, aku bagi contoh. Dalam drama tu, si ayah suruh anaknya ambik alih syarikat . Lepastu, jawapan si anak pula tak nak sebab nak berdikari. Tu membongak. Zaman sekarang, semua perlukan duit. Korang tengok, budak-budak asrama. Takde duit, makan maggi. Budak asrama jelah yang faham.

"Risha? Halluuu.."

Terhenti sebentar lamunan Putri Risha. Dia menoleh semula ke arah Anneliese lalu menjawap pertanyaan dia sebelum ini.

"Aunty Rosilia yang dah pulihkan ingatan I. Dia ada keistimewaan tau. Sama macam Anneliese. Kalau Liese boleh nampak hantu, dia pula boleh kembalikan ingatan lama orang," senyum Anneliese.

"Tak sangka..."

"Kuasa Allah, Liese. Hanya orang kafir yang tak percaya dengan semua benda ni. Kalau Liese nak tahu, ada banyak benda mustahil lagi yang berlaku kat dunia luar sekarang ni," jelas Putri Risha.

Anneliese mengangguk-anggukkan kepalanya sebagai tanda setuju. Tapi bukan itu yang menarik perhatiannya...melainkan anugerah Allah kepada Rosilia.

Dia berfikir sejenak. Jika benar Rosilia boleh kembalikan ingatan lama, tak salah jika dia meminta tolong daripada wanita itu untuk mengembalikan separuh daripada ingatannya yang terjejas semasa kemalangan dulu berlaku.

#Vote and comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro