Bab 68

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kenapa abang kejam sangat dengan Liese?! Abang tahu tak rasa sakit bila tahu yang Liese tinggal dengan pembunuh arwah ibu dan ayah Liese selama ni?!"

Tengku Haikal meraup kasar rambutnya ke belakang. Mati akalnya mendengar luahan Anneliese bertubi-tubi. Andai masa boleh diputarkan semula, dia bersumpah bahawa arwah ayah dan ibu Anneliese cuba diselamatkan olehnya.

Namun, disebabkan ego dan sikap kejamnya, hilang nilai kemanusiaan dalam sekelip mata.

"Abang patut hentikan kereta abang dan turun untuk bantu Liese sekeluarga..." lirih Tengku Haikal.

Dia menggengam kuat penumbuknya menahan geram. Arghhh...semuanya dah berakhir, Ad. Liese dah tahu perbuatan kau.

"Tapi abang tak hentikan kereta dan turun masa tu! Abang just pandang Liese macam Liese ni manusia yang menjijikkan! Dan lagi teruk..aba..abang rempuh kereta Liese sebab nak larikan diri daripada musuh-musuh abang! Kalau abang tak rempuh kereta Liese, Frender takkan ada tumor kat kepala dan Liese tak perlukan duit abang langsung!"

Anneliese terduduk lemah sambil menyandar dinding. Dia memegang kepalanya yang terasa berpusing-pusing akibat banyak menangis sejak pagi tadi.

"Rempuh kereta Liese?"

Tengku Haikal membuka matanya lantas wajah pucat Anneliese ditenung kecewa.

"Sayang, bukan abang yang rempuh kereta tu. Abang.."

"Enough is enough, Tengku Haikal! Masa ni pun abang masih nak berbohong dengan Liese? Liese dah nampak semuanya! Abang ada masa kemalangan tu berlaku."

Kemarahan Anneliese semakin meluap-luap apabila Tengku Haikal cuba menafikan kebenarannya.

"Liese nak salahkan orang yang dah rempuh kereta Liese?" soal Tengku Haikal lalu bangkit daripada terus melutut.

"Yes! And it was you!!"

"Sayang, abang memang ada kat sana tapi tak semestinya abang yang langgar kereta Liese," tutur Tengku Haikal seraya mendekati Anneliese.

"Stay away from me, Tengku Haikal. Dulu abang jijik tengok Liese. Why not abang teruskan je perasaan tu?" sindir Anneliese lalu bangkit perlahan.

"Liese.."

"No! Please stop. Liese nak rehat. Abang buat jelah hal abang. Liese tak nak kesah dah. Hakikat Liese tinggal dengan abang merupakan seribu penyesalan buat Liese," ucap Anneliese, pedas.

Tengku Haikal terkedu. Ayat Anneliese cukup menyentap perasaannya sebagai seorang suami.

"Liese, tolong percayakan abang. Abang tak langgar.."

"Cukup Liese kata! Abang dah bunuh ibu dengan ayah dan sekarang abang nak bunuh Liese ke?! Nak sangat Liese mampus sebab tahan rasa sakit ni?! Liese dah cukup tertekan bila tahu abang pembunuhnya!!"

Anneliese menangis teresak-esak menahan perit di hati. Dengan keadaan yang lemah dan penat, dia memulas tombol pintu.

"Liese, jangan tinggalkan abang. Abang sayangkan Liese," sayu Tengku Haikal merayu.

Anneliese sengaja memekakkan telinganya. Sebaik sahaja pintu dibuka, dia melihat seorang lelaki sedang berdiri tak jauh daripada pintu bilik mereka.

"Xender? Awak dengar semuanya?" soal Anneliese.

Tengku Fazril merenung wajah adik iparnya merangkap sahabat karibnya suatu kecil dahulu. Sempat tunak mata ia menangkap kelibat Tengku Haikal yang sedang menundukkan kepala di sebalik pintu.

"Awak tak patut dengar.." ujar Anneliese, perlahan.

"Adik saya tak bersalah."

Anneliese terdiam. Diperhati tajam anak mata Tengku Fazril sebagai tanda meminta penjelasan.

"Adik saya tak bersalah. Kalau Liese nak salahkan orang yang dah langgar kereta Liese, maksudnya Liese tak patut salahkan perkara yang Aden tak buat," bela Tengku Fazril.

Sesaat dua saat berlalu, Anneliese tergelak kecil. Dia melangkah ke hadapan mendekati Tengku Fazril lalu anak mata abang iparnya ditenung tajam.

"Jadi..awak tahu adik awak dah terlibat dalam pembunuhan ibu dengan ayah saya?"

Tengku Fazril terdiam seketika.

"Dan awak pilih untuk diamkan diri macam sekarang ni? Awak masih nak bela dia? Sebab apa Xender? Sebab dia adik awak? Atau sebab dia pembunuh sama macam awak?!"

Pandangan bengis diberikan pada Tengku Fazril yang masih berdiam diri. Anneliese sedar tunak mata si abang sulung terarah pada keadaan si adik di dalam bilik.

"Saya hormatkan awak dari kecik sampai sekarang. Tapi orang macam awak dan Aden, dah rosakkan kepercayaan saya! Atas dasar apa lagi saya perlu hormat korang semua?!"

Tengku Fazril tersenyum pendek. Kini, pandangannya dialihkan pada Anneliese yang sedang marah. Sedikit pun kata-kata Anneliese tak diambil serius. Mujur hatinya kental sejak dari dahulu.

"Kalau awak tak nak hormatkan saya lagi, takpe. Tapi saya mohon..hormat Aden sebagai suami awak," pinta Tengku Fazril, ikhlas.

Anneliese tersenyum sinis bersama air mata yang merembes pipi. Sejujurnya, dia penat. Muak dengan semua yang dah berlaku. Akhirnya, dia melangkah pergi meninggalkan ruangan tersebut lantas menuju ke bilik tetamu iaitu bilik yang paling hujung sekali.

Saat Anneliese beredar, Tengku Fazril mengeluh berat. Dia melangkah ke dalam bilik Tengku Haikal lalu tubuh lelaki itu dihampiri.

"Ad..." panggil dia, perlahan.

Kedengaran ketawa kecil terbit daripada bibir mungil Tengku Haikal sehingga membuatkan Tengku Fazril terdiam.

"Aku tak layak bahagia. Orang macam aku tak layak bahagia. Aku ingat aku dah berjaya kecapi bahagia dengan Liese. Tapi kenapa...kenapa bila aku dah mulai bahagia, Allah tarik semua tu?!"

Tengku Haikal menjerit bagaikan orang gila. Semua barang dihambur, ditendang dan dihancurkan bagi melepaskan kemarahannya.

"Ad! Ad!! "

Tengku Fazril menahan tubuh Tengku Haikal daripada terus menghancurkan semua barang yang ada di bilik tersebut.

Terduduk terus Tengku Fazril apabila adiknya melutut di atas lantai.

"Aku lari dari musuh-musuh kita, Xen. Aku tak langgar kereta dia. Sumpah aku tak langgar," rintih Tengku Haikal.

Dia menyembamkan kepalanya dalam pelukan Tengku Fazril apabila merasa semangatnya mulai hilang.

"Aku tahu. Aku tahu semuanya, Ad," ujar Tengku Fazril bagaikan memujuk.

Tatkala itu, anak matanya tertoleh ke arah Alex yang sedang berdiri tegak di muka pintu bilik bersama penumbuk yang dikepal kuat.

Apakan tidak, dia juga turut tahu akan kebenarannya bahawa abang keduanya itu tidak merempuh sebarang kereta sewaktu kejadian di mana ayah dan ibu Anneliese meninggal dahulu.

_____________________________

3 minggu berlalu..

"Sayang, abang dah balik. Jom makan sekali?"

Sepi.

Tok! Tok! Tok!

Tengku Haikal mengetuk pintu isterinya berulang kali. Nak dekat lima minit pintu diketuk namun tiada sahutan daripada orang di dalam bilik tersebut.

"Liese..abang nak masuk ni. Boleh tak?" pinta Tengku Haikal lagi.

Sunyi.

"Liese sayang, jangan buat abang macam ni. Abang sayangkan Liese. Please keluar kejap. Kita makan sama-sama," pujuk Tengku Haikal.

3 minggu Anneliese berkurung di dalam bilik dan selama 3 minggu jugalah, Tengku Haikal tak jemuh-jemuh memujuk sang isteri.

Bila Tengku Haikal keluar bekerja, barulah Anneliese keluar. Itupun sekadar untuk mengisi perut yang kosong.

"Sayang..." panggil Tengku Haikal lagi.

"Angah.." panggil Tengku Nurfaiza yang ketika itu baru sahaja keluar daripada biliknya.

"Angah tahukan yang Liese takkan buka pintu ni?" soal si adik.

Tengku Haikal mengeluh berat. Perlahan-lahan dia menurunkan tangannya daripada terus mengetuk pintu.

"It's okay, angah. Faiza yakin yang Liese akan maafkan angah. Lagipun bukan angah yang langgar kereta Liese dulu. Cuma...Faiza rasa yang Liese perlukan masa untuk bersendirian," kata Tengku Nurfaiza, lembut.

Bukan sahaja Tengku Fazril, Alex dan Tengku Nurfaiza sahaja yang tahu pergaduhan mereka berdua, malah sekeluarga. Cuma Anneliese sahaja yang masih belum tahu kebenaran yang seharusnya tersingkap.

"Jom kita turun dulu," ajak Tengku Nurfaiza ceria. Tangan si abang diraih lalu mereka melangkah ke hadapan.

Namun, baru sahaja langkah diatur, tiba-tiba pintu bilik Anneliese terbuka dari dalam. Kelihatan, Anneliese keluar daripada bilik bersama bagasinya.

Pucat terus wajah Tengku Haikal apabila merasakan niat Anneliese untuk meninggalkannya.

"Liese.." panggil Tengku Nurfaiza, turut terkejut.

"Sayang.. Sayang nak pergi mana?" panik Tengku Haikal melihat Anneliese menarik bagasinya menuju ke aras tingkat bawah.

"Saya nak keluar dari rumah ni," tekad Anneliese.

Setiba sahaja di tingkat bawah, Tengku Haikal menarik kuat bagasi Anneliese sehingga menjerit berang perempuan itu dibuatnya.

"Awak nak apa?!"

Mendengar jeritan Anneliese membuatkan mereka yang lain segera mendekati suami isteri itu.

"Hei, kenapa ni? Liese..nak pergi mana malam-malam buta dengan bawa beg semua ni? Liese nak tinggalkan kami ke?" sayu Tengku Lily menyoal.

Raut wajahnya jelas menunjukkan kesedihan melihat Anneliese cuba meninggalkan mereka sekeluarga.

"Liese, awak sebahagian dari keluarga ni. Takkan awak nak keluar dan tinggalkan kitorang terutama Aden? Kesianlah sikit dengan kami semua," sampuk Tasya berbaur pujukan.

"Maafkan Liese. Liese nak masa sendirian," mohon Anneliese tanpa memandang ke arah mereka.

"Sayang, please jangan buat abang macam ni. Abang ada hak untuk jaga sayang. Kalau ye pun nak masa, fine! Abang janji takkan ganggu Liese. Cuma jangan keluar daripada rumah ni," Tengku Haikal masih berusaha memujuk.

"Liese, kat sana ramai orang jahat. Daddy tak nak nenantu daddy dalam bahaya tambah-tambah lagi dalam keadaan Liese yang tengah mengandung sekarang," ujar Tengku Zamil pula.

Anneliese hanya berdiam diri. Jika difikirkan semula ayat ayah mentuanya, ingin sahaja dia tergelak kuat. 'Orang jahat?' Bukan ke diorang sekeluarga golongan yang jahat juga? Ohh, salah. Diorang lagi jahat daripada orang jahat kat luar sana.

"Liese.. Please.. Jangan keluar," lembut Tengku Haikal memujuk isterinya.

Buat masa sekarang, api tak harus dilawan oleh api. Tengku Haikal perlu menjadi air untuk memujuk isterinya semula.

Nak tak nak, Anneliese terpaksa bersetuju. Bukan disebabkan pujukan keluarga mafia ini . Cuma keselamatan anak yang dikandungnya lebih penting daripada sesiapa.

Sesaat, Anneliese mengeluh berat. Dia menganggukkan kepala tanda setuju seraya menatap Tengku Zamil.

"Liese setuju. Demi keselamatan anak Liese..bila Liese dah bersalin, Liese  nak keluar daripada rumah ni. Liese tak nak anak Liese membesar dari golongan manusia yang tak reti nak menghargai nyawa orang lain."

Sejurus itu, Anneliese mengatur langkah menaiki anak-anak tangga untuk menuju ke bilik baharunya. Tengku Haikal pula hanya berdiam diri dan hanya mampu merenung lantai tanpa sebarang perasaan.

#Vote and Comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro