Bab 71

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tepat jam 7 malam, Anneliese keluar daripada biliknya untuk mengisi perut yang kosong. Sewaktu bilik Tengku Haikal dilaluinya, entah mengapa kedua-dua kakinya seolah-olah terpaku di hadapan bilik lelaki itu.

Lama pintu bilik Tengku Haikal dipandang sayu. Hatinya mulai tertanya-tanya tanpa dipinta.

Sudah makankah lelaki itu? Kenapa tak keluar daripada bilik dari pagi tadi? Sibuk sangat ke? Apa yang dia tengah buat?

Anneliese menghela nafas berat. Daripada rasa macam ni, baik dia tengok keadaan Tengku Haikal dengan mata kepalanya sendiri.

Sebelum tombol pintu lelaki itu dipulas, Anneliese melihat kawasan persekitarannya. Risau gelagat ia berjaya dikesan oleh mereka yang lain. Kalau boleh dia tak nak orang lain tahu yang dia masih....risaukan Tengku Haikal.

Usai sahaja pintu bilik itu dibuka, figura Tengku Haikal yang tertidur sambil tangan menutup matanya menyapa pandangan Anneliese. Masih pula dengan pakaiannya yang semalam.

Anneliese ragu-ragu untuk bergerak mendekati suaminya sendiri. Namun, disebabkan rasa ingin tahu, dia gagahkan juga kakinya mendekati Tengku Haikal.

Setapak demi setapak Anneliese melangkah, akhirnya dia tiba dihadapan Tengku Haikal. Perlahan-lahan punggungnya dilabuhkan di tepi birai katil lalu wajah di sebalik tangan suaminya dipandang lama.

'Asal dia tak gerak?'

Anneliese mulai tidak sedap hati. Tangan kanan diangkat lalu dilekapkan pada atas dahi suaminya.

Argh, panas! Confirm demam. Patutlah tak keluar dari bilik. Tanpa berfikir panjang, Anneliese cepat-cepat menuju ke dapur untuk mengambil sebesen air.

Gelagatnya yang bagaikan lipas kudung sedikit sebanyak menarik perhatian yang lain.

"Aunty Liese, jomlah makan sekali," ujar Riley, mendatar.

"Hah okay okay. Nanti aunty ikut makan," jawap Anneliese tanpa memandang ke arah mereka.

Laju sahaja dia berlari membawa besen tersebut sehingga lupa keadaan dirinya yang sedang mengandung. Tak dikisahkan kerutan yang jelas terpamer pada dahi keluarga mafia itu.

Sebaik sahaja Anneliese duduk semula di tepi birai katil, sehelai kain diambil daripada almari lalu direndam dalam besen tadi. Diperah kuat sebentar sebelum diletakkan pada dahi Tengku Haikal.

Untuk 7 minit, Anneliese hanya menunggu. Menunggu dan terus menunggu seraya dada Tengku Haikal yang berombak sederhana dilihat lama.

Terfikir jika dada lelaki itu tidak lagi bergerak. Bersedia ke dia kehilangan Tengku Haikal?

Argh, Liese. Apa benda yang kau merepek ni? Karut!

Sesaat dua saat, Anneliese mengambil semula kain yang ada pada dahi Tengku Haikal lalu direndam semula pada besen.

Apabila kain itu ingin didarat pada dahi suaminya, tiba-tiba lelaki itu bergerak perlahan. Anneliese tergamam. Tak bersedia dirinya ingin bertatapan dengan lelaki itu buat masa sekarang.

"Kau buat apa kat sini?"

Zappp!!

Hampir gugur tangkai jantung Anneliese apabila mata mereka saling berlaga. Terkedu Anneliese sebentar melihat pandangan tajam daripada Tengku Haikal.

"Kau buat apa?" ulang Tengku Haikal, lemah. Namun, masih kedengaran tegas.

"Aw..awak demam panas," jawap Anneliese tersekat-sekat.

Dia cuba mengabaikan pandangan Tengku Haikal lantas meneruskan kerjanya. Belum sempat kain tersebut mendarat pada dahi Tengku Haikal, tiba-tiba lelaki itu menepis perlahan tangannya.

"Keluar."

Anneliese bagaikan tidak percaya. Seriously?

"Tapi awak demam. Saya nak.."

"I said get out!"

Tersentak Anneliese dibuatnya. Lambat-lambat dia bangun daripada atas katil lalu menapak keluar daripada bilik Tengku Haikal.

Sewaktu tiba di luar, tak semena-menanya dia bertembung dengan Tengku Nurfaiza. Perempuan itu tersenyum pendek padanya.

"Takpe. Biar saya tolong lapkan," ucap Tengku Nurfaiza perlahan seraya bahu kakak iparnya sempat diusap sebagai tanda memberikan semangat.

Anneliese hanya mampu berpura-pura tersenyum tawar. Perlakuannya tadi tak bermakna dia telah maafkan Tengku Haikal cuma..entahlah...cintanya pada lelaki itu...melebihi semuanya.

______________________________

"Kenapa aunty nak jumpa saya? Bukan ke aunty biasanya jumpa dengan Risha?"

Rosilia tersenyum mendengar soalan Anneliese. Cawan yang mengandungi teh dicapai lalu dicicip perlahan.

"Aunty saja nak tahu apa yang dah terjadi dengan kamu dan Aden. Bergaduh ke?"

Terdengar prihatin dan sedikit terselit sindiran di situ.

Anneliese berdehem sebentar sebelum menjawap soalan Rosilia. Sengaja pandangannya dilontarkan pada Roland yang sedang melayan adik bongsunya, Xendra bermain basikal tiga roda.

"Kenapa aunty tanya macam tu?" soal Anneliese, acuh tak acuh.

"Liese dengan Risha tak jauh bezanya. Suka bertindak melulu. Kadang-kadang sampai aunty rasa kamu ni kawan baik. Buat benda yang sama tanpa kamu sedar sendiri," tutur Rosilia penuh isi tersirat.

"Liese tak tahu nak buat apa. Liese hanya mampu nangis, marah, kecewa. Yang meninggal tu ibu bapa Liese. Macam mana Liese nak maafkan suami Liese sendiri?"

Kalau ikutkan hati, ingin sahaja Anneliese nangis di situ. Tapi cukup-cukuplah.. Dia tak nak Rosilia memikirkan bahawa dia jenis orang yang lemah.

"Kenapa nak maafkan suami kamu pula? Dia buat apa?" soal Rosilia, tenang.

Anneliese mengeluh berat. Rosilia seolah-olah bermain tarik tali dengannya. Bukan ke wanita itu sendiri yang melihat 'dunia' Anneliese sewaktu kejadian kemalangan itu berlaku? Dah tu, kenapa nak tanya lagi?

"Liese dah nampak dia masa kemalangan tu. Dia bunuh ibu bapa Liese," tekan Anneliese.

Rosilia tersenyum lebar. Masih tenang melihat Roland yang duduk di atas kerusi sambil anak matanya melihat Xendra bermain bersama basikal tiga rodanya.

"Liese yakin dia bunuh ibu bapa Liese?"

Kali ini, Rosilia menoleh ke arah Anneliese.

"Ke..kenapa aunty tanya macam tu? Dah jelas en, kita nampak Aden ada masa kemalangan tu," ujar Anneliese.

"Aunty nak tanya satu soalan. Liese nampak apa yang Liese hanya nak nampak atau Liese nak nampak kisah sepenuhnya masa kemalangan tu berlaku?"

Anneliese terdiam. Soalan Rosilia benar-benar membuatkan dia terkedu seribu bahasa.

Lama kedua-dua mereka terdiam dan akhirnya Anneliese membuka suara jua.

"Maksud aunty..ada benda lain yang Anneliese tak nampak lagi masa kejadian tu terjadi ke?" soal Anneliese was-was.

Rosilia mengangguk kemas.

"Kenapa aunty tak tunjukkan pada Liese?" soalnya kurang berpuas hati.

"Sebab Liese hanya nak nampak apa yang Liese nak nampak. Aunty bersetuju untuk tolong Liese dapatkan ingatan Liese semula. Semua tu kehendak Liese. Dan kerja aunty tunaikan apa yang Liese nak..Liese pula hanya nak nampak apa yang Liese nak nampak."

"Tapi Aden ada masa kemalangan tu berlaku!"

"Dia memang ada kat sana. Percaya pada aunty. Dia hanya lelaki yang ada pada tempat dan masa yang salah."

Sekali lagi, Anneliese terdiam. Sakit kepalanya memikirkan kata-kata Rosilia. Berselirat!

"Takpelah. Aunty nak balik dulu. Satu je pesan aunty. Buka hati tu untuk tengok kebenaran yang lain," nasihat Rosilia sebelum kepala Anneliese diusap-usap seperti anaknya.

Anneliese hanya mampu mengeluh berat. Pening memikirkan teka-teki Rosilia.

"Liese hanya nak nampak apa yang Liese nak nampak.."

Arghh!! Serabut.

_____________________________

"Lieseeee...aku risau dengan Aira. Dah berapa bulan aku tak dengar khabar monyet tu tau. Entah dah bersalin entah belum. Kau carilah dia," rayu Sharul, bimbang.

Anneliese mundar-mandir mendengar luahan sahabat sotongnya. Memang pelik Aira tiba-tiba je hilang.

Jangan-jangan..dia kena culik? Mengarut! Diakan ada suami.

"Kau ada pergi rumah dia tak?" soal Anneliese.

"Dah. Tapi takde! Rumah tu kosong.. Liese, dia tu dahlah tengah sarat mengandung. Aku risaulah dengan dia. Whatsapp pun last seen bulan lepas. Kau rasa dia kena dera dengan suami dia ke?" teka Sharul.

"Mulut kau ni takde yang lebih longkang ke? Mustahil lah suami dia macam tu. Kitakan kenal dengan suami dia masa sekolah menengah dulu," Anneliese cuba menyedapkan hatinya sendiri.

"Kenal tapi tak rapat. Entah-entah Aira dapat suami kaki pukul. Tak ke beranak terus kat rumah," selamba Sharul berhujah.

"Sha, jaga sikit mulut tu. Kau takyah risau sangat. Nanti pandai-pandailah aku cari dia."

"Eish, yelah. Kalau kau dah tahu mana Aira, kau bagitau aku erk. Aku rasa en dia dah bersalinlah. Nak juga aku tengok muka baby dia," agak Sharul.

Anneliese faham. Sebagai kawan baik dengan Aira, dia pun nak tengok juga anak perempuan itu. Entah ikut muka ayah atau ibu.

Usai sahaja mematikan panggilan,  Anneliese terfikirkan sesuatu. Ya, kampung Aira. Dia tahu kat mana kampung kawan baiknya.

Tanpa membuang masa, Anneliese segera mengambil beg tangannya lalu keluar daripada bilik. Sewaktu dia hampir menuju ke tangga, tiba-tiba hatinya tergerak untuk melihat keadaan Tengku Haikal.

Pintu lelaki itu dibuka perlahan-lahan lalu dia menapak menuju ke arah katil lelaki itu. Lama wajah Tengku Haikal dipandang sehinggalah Anneliese sedar senja semakin menghampiri.

Niatnya ingin memberitahu Tengku Haikal ke mana dia ingin pergi..tapi melihat keadaan lelaki itu yang sedang tidur, niat ia terbantut.

Lagipun bukan lama dia keluar rumah. Sebelum jam 10 malam dia baliklah. Itupun kalau Tengku Haikal cari dia.

Anneliese turun ke aras tingkat bawah lalu segera keluar daripada rumah agam tersebut. Mujur para lelaki masih kat office dan yang lain-lain pula ada kat halaman belakang.

"Hafiz, boleh tolong hantarkan saya kat alamat rumah ni?" sapa Anneliese pada pemandu peribadi Tengku Haikal yang kebetulan sedang membersihkan isi perut kereta.

"Boleh tu boleh, puan. Tapi..tuan dah tahu ke yang puan nak pergi ke tempat ni?" soal Hafiz risau sambil kertas yang diberikan oleh Anneliese dibaca dalam hatinya.

"Tak. Tuan demam," jujur dia.

"Eh, kalau macam tu memang tak bolehlah puan. Nanti.."

"Jangan risau. Tuan takkan marah. Nanti saya call dia masa dalam perjalanan nanti erk," yakin Anneliese lalu dengan selamba masuk ke dalam kereta alphard hitam milik suaminya.

Hafiz bingung. Kepala digaru-garu perlahan pabila mengingatkan wajah garang Tengku Haikal. Masak kena tengking karang.

"Hafiz, jomlah gerak. Cepat sampai, cepat balik," sergah Anneliese.

Nak tak nak, Hafiz terpaksa bersetuju. Tubuhnya masuk ke dalam perut kereta lalu enjin dihidupkan.

#Vote and comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro