Bab 74

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Shhhhh..."

Anneliese tersedar daripada lena apabila telinganya mendengar bunyi rengekan seorang bayi. Usai mata dibuka, dia melihat Tengku Haikal sedang mendodoi bayi dalam dukungannya.

"Abang.." seru Anneliese, perlahan.

Tengku Haikal mendongak ke arah Anneliese daripada terus merenung bayi di dalam tangannya. Dia tersenyum pendek.

"Anak siapa tu?" soal Anneliese seraya bangkit perlahan.

"Anak perempuan lain," jawap Tengku Haikal, pantas.

Dahi Anneliese berkerut seribu.

Perempuan lain? Perempuan mana? Haih, jangan pula Tengku Haikal nak bergurau kasar camni. Ada juga yang terbalik hospital karang. Korang belum tengok aku mengamuk lagi, desis hati Anneliese.

"Sejak bila abang ada perempuan lain? Ke abang dah penat hidup sampai terfikir nak hadiahkan saya 'racun'?" sindir Anneliese dengan pandangan yang tajam.

Elok-elok sakit tiber sihat cepat gara-gara nak terajang Encik Suami ni.

"Wait. Abang tak cakap pun pasal madu.."

"Racun," potong Anneliese, dingin.

Matanya sengaja dikecilkan merenung Tengku Haikal yang jelas sedang mengerutkan dahi seribu.

"Ini kan anak.."

"Liese..." panggil seseorang.

Kepala Tengku Haikal dan Anneliese serentak menoleh ke arah seorang perempuan yang sedang berada di atas kerusi roda seraya ditolak oleh Fakhrul. Aira tersenyum manis. Cantik seperti dulu.

"Kenapa asal aku cakap, ada je yang nak potong?" gumam Tengku Haikal, leceh.

Readers perasan tak? Kesian Tengku Haikal.

"Kau dah tengok tak anak aku?" soalnya, lembut.

Anneliese terdiam memikirkan soalan Aira. Anak? Oh, ya! Macam mana lah dia lupa pasal tu. Aira kan baru bersalin.

"Ni anak Aira. Sayang tengoklah dulu anak 'madu' eh 'racun' sayang ni," dalam memberi sempat lagi Tengku Haikal memulangkan paku berasnya.

Anneliese menyambut bayi dalam dukungan Tengku Haikal sambil memberikan jelingan tajam pada sang suami.

"Comel. Ikut muka kau lah Aira. Siapa nama dia?" soal Anneliese. Dia tergelak kecil pabila jari telunjuknya dipegang erat oleh si kecik itu.

"Nur Dyla Sakinah."

"Cantik nama. Hai, Nur Dyla Sakinah."
Mendengar namanya disebut, Nur Dyla Sakinah tersenyum bagaikan suka pada namanya.

"Bak aku gendong pula," sampuk Joshua tanpa amaran.

Nur Dyla digendong lalu pipi si kecik itu dicubit perlahan. Comel siak!

"Hai, Nur Dyla Sakinah. Apa khabar? Nama aku Joshua. Selamat datang ke dunia yang penuh kejam. Bila kau dah besar nanti, jangan segan masuk dalam kumpulan kitorang erk. Aku boleh ajar kau tembak orang. Salam sayang dari Uncle Joshua!"

Anneliese terkebil-kebil manakala Aira menelan air liurnya. Sejak tahu status Tengku Haikal, Fakhrul dan Joshua dia sudah faham dengan tingkah laku mereka bertiga.

Agak creepy but sweet. Entahlah.

"Errhh.. Takpe kut. Aku rasa aku nak besarkan anak aku jadi..."

"Jadi macam bapak dia? Layan pelacur? Ke layan penyembah setan?" sampuk Tengku Haikal, tenang.

Nur Dyla diambil semula dari Joshua lantas anak mata bayi itu dipandang lama. Kecik-kecik dah hilang bapak. Siapa suruh ada bapak pun, jahat.

"Hai, budak kecik. Bila besar nanti, jadilah macam aku. Handsome, cerdik dan bergaya. Jangan jadi macam bapak kau. Bapak kau takde otak. Sebab tu aku bunuh dia. Tahniah! Bapa kau dah mati. Yeahhh!! Tepukkk!!" senyum Tengku Haikal, ceria.

Joshua bertepuk tangan dengan wajah yang gembira manakala Fakhrul menunjukkan ibu jari ke atas. Pertama kali....pertama kali dalam hidup, mereka mendengar ucapan yang begitu tulus dan ikhlas sekali. Sangat berharga. Hampir sahaja Fakhrul menangis.

Aira menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal lantas mengambil Nur Dyla dari dalam dukungan Tengku Haikal. Anneliese pula hanya mampu tersengih.

"Abang, sayang tak rasa ucapan tu erhhh..agak sesuai untuk.. "

"Shhh. Sayang tak tahu cara nak besarkan anak," bahas Tengku Haikal lalu mengangguk bangga.

Joshua dan Fakhrul berasa terharu. Bahu kiri dan kanan Tengku Haikal ditepuk sebagai pujian.

"Kau layak jadi ayah terhebat dalam era ni! " puji Fakhrul lagi.

"Thanks. Aku memang layak jadi ayah yang hebat. Bukan nak riak, tapi tahulah en. Anak aku confirm suka aku daripada Liese," Tengku Haikal menjongketkan kening ke arah isterinya.

Anneliese membulatkan mata lalu melontarkan pandangan ke arah Aira sebagai tanda "Eh, perasannya!"

Aira tergelak melihat telatah pasangan suami isteri itu. Walaupun Anneliese sedar siapa Tengku Haikal sebenarnya, Anneliese tetap berada di sisi lelaki itu.

Bukan macam dia dan...

"Aliff dah mati. Aku minta maaf walaupun aku tak nak minta maaf sebenarnya. Dia dah bantai buah hati aku," ujar Tengku Haikal apabila menyedari wajah mendung Aira.

Dia menapak ke arah Anneliese lalu dahi isterinya itu dikucup penuh kasih sayang.

"Aku tahu dia suami kau tapi aku paling pantang bila ada sesiapa yang sentuh Liese," ujar Tengku Haikal lagi.

Pergelangan tangan Anneliese yang masih berbirat kemerahan diusap perlahan. Teringat semula angkara si Aliff Baliff Maliff tu. Eee.. Tak puas nak bantai kut.

"Bekas. Dia cuma bekas suami aku. Takpelah. Aku tak kesah pun. Memang patut dia mati. Dasar jantan dayus," tenang Aira menjawap.

Anneliese menelan air liurnya. Biar betik reaksi Aira? Wahhh...rare. Salute!

"Memandangkan Aliff dah mampus en.. Aku boleh ganti tempat dia."

Suara seseorang membuatkan empat kepala memandang ke arah belakang Aira. Fakhrul tersengih seraya mengerdipkan matanya.

"Aku jomblo kut," senyum Fakhrul, malu-malu.

Aira mengetap bibirnya menahan gelak. Fakhrul memang kacak. Full package. Tapi boleh ke jadi ayah? Confirm sama je perangai dengan Tengku Haikal.

"Awak nak ke jadi suami saya?" usik Aira, nakal.

Fakhrul tersipu malu. Dicubit-cubit hujung bahunya lagak pondan tak cukup sifat.

"Nakkkk...lagipun abang masih teruna..eheee.." gedik Fakhrul berbicara.

Joshua mengecilkan matanya merenung gelagat Fakhrul. Terlentok sana, terlentok sini. Entah kapan si teman gue jadi ulat beluncas.

"Kau nak mati ke sial? Dah puas hidup?" sampuk Joshua.

Mati terus senyuman Fakhrul mendengar jerkahan sahabat karibnya. Aduh, leceh arh!

"Apa? Aku nak ngorat en? Takyahlah kacau. Main jauh-jauh sikit boleh tak?" jeling Fakhrul.

Apabila kepala ditoleh semula ke arah Aira, Fakhrul kembali tersipu malu. Grrrr!!

Aira tak mampu lagi menahan gelaknya. Bagi ia, Fakhrul terlalu comel.

"Bro, lu memang buat wa panas! Budak Triple Ko, Zack dengan Akim tu wa dah bantai tahun lepas punya lepas tau! Janji terang bulan kata nak single. Sekarang bini masing-masing dah ada anak. Wa..kalau marah orang, arwah Micheal Jackson pun boleh bangkit tau. Lu jangan cabar wa!"

Geram melihat reaksi Fakhrul yang sekadar menjeling geram membuatkan Joshua menarik telinga lelaki itu sehingga ke luar bilik hospital.

Terjerit-jerit lelaki itu pabila terasa sakit yang menyengat pada telinganya. Joshua tak bagi chance langsung! Baru nak bagi pickupline dekat Aira, dia dah potong stim pulak!

Dari dalam bilik pula, Tengku Haikal, Anneliese dan Aira saling berpandangan. Terhambur jua gelak mereka bertiga melihat 'drama swasta' Fakhrul dan Joshua.

Macam budak-budak. Dalam diam, Aira tersenyum lebar. Dia gembira melihat Anneliese bahagia bersama Tengku Haikal. Kawan baiknya itu dilayan bak permaisuri semasa dia sedang mengandung.

Lain pula dirinya. Dia dilayan bagai sampah oleh bekas suaminya. Haih Liese, kau memang bertuah dari dulu.

_____________________________

Dua minggu kemudian..

Tengku Zamil's house..

"Kat sini?"

"Tak..tepi sikit..Hah,kat situ.. Bestnya," Anneliese menarik nafas lega.

Nikmatnya tak terkira apabila kakinya yang sedang membengkak diurut perlahan oleh Tengku Haikal. Dah satu jam lelaki tu mengurut, best giler. Kurang rasa sakit. Penangan tangan Encik Mafia!

"Macam mana sekarang? Okay tak?" soal Tengku Haikal, lembut.

"Hmm best. Pandai abang urutkan," puji Anneliese seraya memejam matanya.

Tengku Haikal tersenyum gembira. Lega hatinya dapat mengurangkan kesakitan yang dirasai oleh Anneliese. Kasihnya pada wanita itu setinggi apapun yang ada dalam dunia ini. Ya, dia sayangkan Anneliese. Sayang sangat-sangat.

"Amboi, Cik Abang kita senyum-senyum erk. Fikir nak pasang bini baru ke?" usik Anneliese.

"Amboi, Cik Bini kita ni macam tahu-tahu je," Tengku Haikal memulangkan paku berasnya.

Anneliese menjeling tajam. Telinga Tengku Haikal ditarik kuat sehingga lelaki itu rebah di atas perutnya.  Kan dah kena!

"Sayang, abang gurau je lah! Suka sangat tarik telinga abang semenjak pregnant ni," cemberut Tengku Haikal seraya mengusap telinganya yang kemerah-merahan.

"Sayang tarik pun sebab abang mengada!"

Tengku Haikal menjulingkan matanya ke atas. Fine, bagi bini menang je lah.

"Mengada dengan bini sendiri takleh ke?" rajuk Tengku Haikal.

"Ohh..dah pandai majuk erk. Alololo.. Suami sayang merajuk macam budak kecik. Baby tengok papa. Papa majukkk," usik Anneliese pada perutnya yang memboyot.

Tengku Haikal tergelak kecil. Comel pula Anneliese bercakap dengan anak mereka berdua.

Tak menunggu lama, wajah Anneliese digomol-gomol manja sambil tubuh isterinya turut dipeluk erat.

"Nakal!"

Dan Anneliese terkekeh-kekeh ketawa. Gembira dilayan bak permaisuri raja. Sape kata Abang Mafia tak sweet? Awww.

#Vote and comment.
dylailyana_ = Nur Dyla Sakinah
snsvfauzi =Nur Dyla Sakinah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro