Bab 78

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pusing kiri, pusing kanan. Tak lama lepas tu, pusing kiri semula. Anneliese mengeluh berat apabila pinggangnya terasa sakit. Tak selesa tidur di atas katil walaupun rasanya empuk dan lembut.

Seminit berlalu, Anneliese perlahan-lahan bangkit daripada pembaringan agar tidak mengganggu lena si suami. Rambutnya yang panjang mengurai diikat satu lalu kedua-dua kaki ia mendarat pada atas lantai.

Tekak yang kering meminta-minta agar dibasahi dengan air. Tanpa membuat sebarang bunyi, Anneliese menuju ke arah tingkat aras bawah.

Usai tiba di dapur, segelas air kosong diteguk rakus lalu gelas tadi diletakkan ke dalam singki. Selepas itu, dia mulai melangkah ke aras tingkat atas.

Belum sempat anak tangga pertama ingin dipijak, tiba-tiba hidungnya terhidu sesuatu. Bau gas yang agak memeningkan kepalanya.

Cepat-cepat Anneliese menutup hidung menggunakan bajunya. Rasa pelik semakin bermukim di hati apabila pemandu peribadi Tengku Haikal, Hafiz mengetuk pintu jendela dengan wajah paniknya.

Anneliese mengerutkan dahi. Hafiz nampak bersungguh-sungguh mengetuk jendela walaupun suaranya kurang didengari.

Tak sampai seminit, akhirnya, Hafiz rebah di sebalik tingkap yang langsirnya kebetulan tersingkap ke tepi. Anneliese menjadi panik sebentar.

Otaknya secara refleks terfikir untuk membantu Hafiz. Baru sahaja langkah pertama diatur, tiba-tiba muncul seekor makhluk hitam menyeringai tajam pada Anneliese.

Terdiam perempuan itu dibuatnya. Laluan Anneliese bagaikan dihalang tanpa sebab.

"Saya kena tolong dia. Dia dah macam ahli keluarga ni," mohon Anneliese.

Kepala yang pening tidak dihirau olehnya. Hafiz sudah banyak membantu. Masa ini lah dia juga harus membantu Hafiz. Bukan dia tak nak harapkan bantuan lain, cuma dia tak larat ingin naik semula ke aras tingkat atas. Nak menjerit pun susah.

Dalam keadaan terpaksa, Anneliese mengabaikan makhluk menyerupai nenek itu. Dijalan ke tepi lantas menapak ke arah pintu utama.

Hampir sahaja di hadapan pintu, makhluk nenek itu muncul semula lalu menderam bengis pada Anneliese. Merah saga matanya merenung perempuan itu.

"Ap...apa kau nak?" soal Anneliese terketar-ketar.

Makhluk tersebut mendengus dingin lalu pandangannya terarah pada jalan menuju ke tingkat aras atas.

"Kau nak aku naik ke atas?" soal dia, meminta kepastian.

Makhluk tersebut tidak menggeleng mahupun mengangguk. Pandangannya masih terarah pada tingkat atas.

"Kau tak faham. Lelaki tu perlukan pertolongan aku! Dia dah banyak tolong aku selama ni," jelas Anneliese.
Tanpa mengendahkan permintaan makhluk tersebut, Anneliese cepat-cepat membuka kunci lalu tombol pintu dipulas rakus.

Kelibat Hafiz dicari-cari walaupun dingin mencucuk tulang sum-sumnya. Memanglah sejuk. Dah hampir 4 pagi.
Sebaik sahaja kelibat Hafiz berjaya dijumpai, Anneliese segera mendekati lelaki itu.

"La....lari..." ucap Hafiz terketar-ketar dalam nada perlahan.

Anneliese mengerutkan dahinya tanda kurang jelas. Semakin kakinya mendekati Hafiz, semakin tegang suasana yang dirasai.

"Be...belakang..pu..puan.."

"Apa?"

Anneliese menoleh ke belakang. Namun, saat kepalanya dipusingkan, mulutnya ditekup dengan kain dan lehernya dikunci agar tidak meronta untuk melepaskan diri.

Sesaat dua saat berlalu, tubuh Anneliese berasa lemah. Hampir jatuh tubuhnya di atas lantai namun, sempat dipapah oleh dua orang lelaki memakai topeng hitam.

Tak menunggu lama, tubuh Anneliese dibawa ke arah halaman belakang rumah lalu pagar yang terdapat di halaman tersebut, dipecah ganas.

Sejak dari tadi, makhluk yang tak mampu dilihati oleh sesiapa melainkan Anneliese, menderam bengis pada dua lelaki tadi.

Melihat Anneliese yang dibawa lari membuatkan makhluk tersebut mengaum kuat lantas memecut laju ke arah balkoni bilik Tengku Haikal.

Menggunakan kuku-kuku tajamnya, mudah sahaja balkoni Tengku Haikal dipanjat tanpa sebarang halangan.

Setiba sahaja di dalam bilik, Tengku Haikal kelihatan menggeliat kecil. Terganggu seketika apabila terdengar ngauman dari luar rumah yang disangkakan sekadar mimpi.

Makhluk tersebut mendengus bengis apabila Tengku Haikal masih degil meneruskan tidurnya. Takde jalan lain, dia melompat ke atas katil lalu katil tersebut digoyangkan kuat.

Tersedar terus Tengku Haikal dibuatnya. Ingatkan gempa bumi. Baru nak acah bersembunyi kat bawah meja. Yang dia dapat, hanya jatuh dari katil.

Punggung yang sakit terhentak lantai dipegang sekilas. Kuat betul Anneliese malam ni. Takkanlah meragam sampai satu rumah ni nak bergoyang?

"Sayang..ab.."

Tengku Haikal tergamam. Buat pertama kalinya, dia melihat apa yang hanya boleh dilihat oleh Anneliese selama ini. Seekor makhluk menyerupai nenek sedang turun lalu mengelilinginya dengan merangkak bersama air liur yang meleleh.

Lagak seperti haiwan buas. Anjing mungkin. Makhluk tersebut mendengus dalam kemarahan. Meja yang berada di belakang Tengku Haikal ditatap tajam lalu dia melompat di atas meja.

Hampir terjerit Tengku Haikal melihat perilaku makhluk yang didakwa Anneliese selama ini. Mati-mati dia ingatkan makhluk itu akan menyerangnya.

Tengku Haikal menarik nafas untuk cuba bertenang. Lagak makhluk tersebut kurang difahaminya. Lampu kecik ditendang dan segala barang di atas meja itu dilemparkan ke tepi.

"Hmmmm!!!"

Bersama dengusan serta gigi yang tajam, sebingkai gambar Anneliese digigit lalu ditunjuk pada Tengku Haikal.

Bagaikan faham, mata Tengku Haikal terbeliak luas.

"Liese!!"

Sepantas kilat Tengku Haikal membuka pintu lalu satu rumah itu dijerit nama Anneliese.

"Ad!!" panggil Tengku Fazril dari tingkat aras bawah.

Tengku Haikal berlari pantas ke arah tingkat bawah. Tiba sahaja, dia melihat seluruh keluarga itu saling berbual antara satu sama lain.

"Mana Liese?!" soalnya, panik.

"Liese? Dia bukan dengan kau ke?" soal Alex, tidak membantu.

"Bro, kitorang bangun ni sebab dengar bunyi mengaum kat luar sana. Aku rasa ada haiwan buas tersesat masuk kat sini. Jangan kata yang Liese kena..."

"No! Aku tahu dia dalam bahaya sekarang! Dia...dia arghhh!! Siall!!!"

Tengku Haikal menjerit garang. Meja di hadapan ditendang geram sehingga mengejutkan mereka yang lain.

"Woi! Asal dengan kau ni bro? Lek arh. Mungkin Liese tengah.."

Alex tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila Tengku Haikal menoleh ke belakang lalu membuka suaranya.

"Liese... Mana Liese? Apa yang dah jadi kat dia? Apa yang kau nampak?!" soalnya pada makhluk yang kini sedang mengelilingi mereka sekeluarga.

Yang lain terbungkam melihat perbuatan Tengku Haikal.

"Angah..angah tengah bercakap dengan siapa?" tanya Tengku Zamil, janggal.

Tengku Haikal tidak segera menjawap. Pandangannya tekun pada makhluk yang sedang melontarkan pandangan ke arah luar jendela.

Tengku Haikal mengerti. Kakinya segera berlari ke arah luar diikuti mereka yang lain. Usai tiba di luar jendela, Tengku Haikal dikejutkan figura Hafiz yang sedang terlantar lemah. Hampir sahaja lelaki itu pitam.

"Hafiz! Hafiz!! Bangun!! " kejut Tengku Haikal.

"Tu...tuan..Puan Liese..ada orang culik dia," bisiknya, perlahan.

Bagai gugur jantung Tengku Haikal mendengar berita yang selama ini cuba dielaknya. Hari ini berlaku jua. Tanpa sebarang persediaan, tanpa amaran, Anneliese kini berada di tangan orang lain.

Tubuh Hafiz dipapah oleh Zack dan Akim manakala yang lain melangkah masuk ke dalam rumah.

Masuk sahaja dalam rumah, Tengku Haikal melangkah ganas ke aras tingkat atas.

"Bro, kalau kau nak selamatkan Liese, biar kitorang ikut sekali," tahan Tengku Fazril.

"Kitorang kena ikut! Liese tu ahli keluarga kitorang juga a.k.a juara pickupline," sampuk Alex.

"Aku bukan tak nak korang ikut. Tapi biar aku dengan Fakhrul, Jos urus benda ni. Korang duduk kat rumah jaga family masing-masing," tolak Tengku Haikal, dingin.

"Habistu kau nak kitorang duduk sambil tengok muka masing-masing?!" geram Alex menyoal.

"Ya!! Puas? Kau puas dengan jawapan aku?!" tengking Tengku Haikal.

Alex tergamam. Begitu juga dengan mereka yang lain. Reaksi Alex yang jelas berjauh hati membuatkan Tengku Haikal dirundung rasa bersalah.

"Aku tahu korang nak tolong aku. Tapi aku tak suka tengok ahli keluarga aku cedera. Ini perjuangan aku. Aku tahu siapa yang culik Liese. Jangan risau. Aku janji aku akan datang balik dengan Josh, Fakh dan Liese," senyum Tengku Haikal, tawar.

Nak tak nak, Alex mengangguk faham. Tengku Fazril pula sekadar mengangguk lemah.

"Sekarang pukul 4:15 pagi. Aku harap kau datang sebelum pukul 6 pagi sebab polis dah mulai berjaga lalu lintas. Kalau lambat, kau boleh ikut jalan hutan. Tempat tu dah tak kemas macam dulu sebab anak buah yang lain dah tak pakai jalan tu," jelas Tengku Fazril.

"Hati-hati kat luar memandangkan PKP masih ada," Tengku Lily tersenyum dalam nasihat.

Tengku Haikal mengangguk faham. Memang sejak dari awal, dia bercadang ingin gunakan jalan hutan yang pernah digunakan untuk menuju ke markas penyimpanan senjata . Tugasnya lebih mudah apabila pihak polis tidak terlibat.

___________________________

"Bangunlah pompuan!"

Mata Anneliese terbuka perlahan apabila kedengaran suara seorang lelaki menjerit ke arahnya. Perlahan-lahan ia cuba bergerak namun, kedua-dua tangannya diikat di belakang kerusi.

"Dah bangun pun," senyum Rayyan.

"Korang ni siapa hah?! Apa korang nak?!" tengking Anneliese sambil cuba melepaskan diri.

"Kitorang tak nak apa-apa dari kau," sampuk Haras, orang kanan kedua si dia.

"Habistu apesal korang culik aku?!" marah Anneliese.

"Saje."

"Saje? Saje?!! Korang gila ke?!"

"Lek, lek. Kitorang culik kau sebab tuan kitorang yang suruh," beritahu Rayyan.

"Tuan kau? Siapa tuan kau? Kau suruh dia datang sekarang hadap aku!! " cabar Anneliese, bengang.

"Tak perlu kut. Sebab dia memang on the way ke sini," senyum Haras, sinis.

Anneliese merengus geram. Dilihat kedua-dua kakinya diikat pada kaki kerusi. Tak guna betul siapa yang culik dia ni. Cubalah bagi sofa ke, kusyen ke. Ni kerusi buruk.

"Korang tahu tak aku ni siapa?" giliran Anneliese tersenyum sinis.

"Anneliese. Isteri pada Aden," malas Rayyan menjawap.

"Korang akan mati kejap lagi. Mark my words!" tajam anak mata Anneliese merenung Rayyan dan Haras.

"Kitorang dah bersedia kut. Lagipun kitorang dah bergabung dengan team...."

"Ehem!"

Bicara Haras terhenti apabila kedengaran suara yang tak asing lagi di telinga mereka berdehem kuat. Terukir senyuman kedua-dua lelaki itu apabila melihat tuan mereka datang di sebalik sudut yang gelap.

Anneliese masih berusaha melihat gerangan yang bersuara. Matanya sengaja dikecilkan agar penglihatannya lebih jelas.

"Kau siapa hah?! Aden akan bunuh kau!! Kau tunggu!!" ugut Anneliese walaupun dia takut Tengku Haikal kembali pada perangai lamanya.

Si dia tergelak kecil. Terbit rasa lucu pada kenyataan Anneliese.

"Aden mem...bu....nuh? Pfttt HAHAHAHAH!! Dia bunuh orang ke?" ejek si dia.

Anneliese terdiam sebentar. Suara si dia diamati dengan penuh teliti. Rasanya macam pernah dengar.

"Sayang, you masih nak tunggu Ad ke?" sindir si dia.

"Tu hal aku. Kau tak layak nak tahu," jeling Anneliese.

"Separuh hati aku ada pada kau. Aku wajib tahu semuanya," kali ini si dia bersuara lembut.

"Pfttt HAHAHAHAHA! Kalau betul hati kau ada pada aku, aku dah lama bunuh hati kau. Lepastu bagi hamba-hamba kau ni makan!"

Rayyan dan Haras menderam geram. Berani Anneliese menghina mereka sebagai hamba walaupun perempuan itu sedang diikat.

"Liese, sampai bila kau nak berdegil?"
Di sebalik pintu tersebut, Aaric mendengar segala butir bicara mereka dengan hati yang bengang. Tak sangka,si dia sudah menculik Anneliese terlebih dahulu.

Liese milik aku! Desis batinnya, kuat.

Anneliese pula masih tertawa sinis. Walhal di dalam hatinya sudah menangis memanggil Tengku Haikal. Dia berharap perbualannya bersama lelaki misteri itu dapat melengahkan masa.

"Hati aku milik Aden. Hari ni, sekarang dan selama-lamanya," tegas Anneliese berbicara.

"Takk!! Kau milik aku!! Kau milik akuu!! Kau faham tak?!!"

Si dia keluar daripada cahaya gelap lantas meluru ke arah Anneliese. Anak mata buah hatinya dipandang tajam walaupun jelas Anneliese kelihatan terkejut melihat dia.

"Al....Alden..."

Mengigil seluruh badan Anneliese melihat pandangan tajam Alden. Lelaki itu bagaikan ingin menelannya hidup-hidup. Tak sangka, lelaki yang selama ini dianggap baik berubah dalam sekelip mata.

#Vote and Comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro