Sapesial Chapter

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Dari mana?"

"Dari rumah Uncle Joshua dengan Fakhrul. Diorang dua pun datang kat sini."

Roland melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan Tengku Fazril. Tengkuknya yang berasa sakit diusap-usap perlahan. Semalaman tadi belajar tanpa henti. Pagi pula tidur setakat 2 jam. Gila tak penat.

"Diorang lima tak ikut sekali?" soal Tengku Fazril seraya matanya melilau mencari kelima-lima anak angkatnya.

"Tak. Diorangkan suka lepak kat rumah Uncle Jos dengan Uncle Fakhrul. Nanti kalau ada masa, diorang pandai-pandailah datang kat sini," jawap Roland acuh tak acuh.

"Bila along dah cukup umur, papa nak along belajar kat U.S dengan diorang berlima. Lepastu, ambik alih syarikat papa," cadang Tengku Fazril, tenang.

"U.S? U.S tu bukan tempat asal diorang berlima ke?" pelik Tengku Haikal.

"Ha'ah. Apa salahnya kalau diorang berlima belajar kat situ? Along ikut sekali erk," sengih Tengku Fazril.

Roland menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Okaylah dia ikut. Bukan susah manapun. Ada geng, semua benda jadi easy.

"Along memang teringin nak ambik alih syarikat papa tapi..kalau along jadi CEO, papa pula jadi apa? Penjaga tandas?"

"Amboi! Amboi! Suka kau erk. Papa kau dengan aku dengan Zack dengan Akim dengan Triple Ko, kitorang bercadang nak berhenti kerja. Koranglah yang ambik syarikat tu," sampuk Alex. Entah berapa 'dengan' dia nak letak.

Selamba beruk pula dia melompat sofa lalu baring di atasnya. Dia tersengih gembira membayangkan Roland dan kelima-lima anak angkat dalam keluarga itu, habis belajar. Boleh main ML satu hari.

"Kau jelah gembira. Aku ni kena soal satu bulan oleh Risya tau. Dia bukan setuju sangat dengan plan kita nak lepak kat rumah tanpa buat kerja," tempelak Tengku Fazril.

"Bukan setakat dia je marah. Kitorang semua perempuan kat sini pun angin satu badan tau!"

Alex segera bangun daripada pembaringan apabila punggungnya ditampar kuat oleh Tasya. Sakit hatinya melihat Alex yang terlalu selamba. Malas kerja tapi duit pandai masuk sendiri. Bestlah jadi mafia. Orang lain kerja, dia yang dapat duit. Mentang-mentang bos.

Alex pura-pura memekakkan telinga manakala mata dipandang ke arah lain pabila mulut Tasya tak henti-henti membebel. Dia pun hairan sebenarnya.

Kan lambat lagi Roland nak habis belajar. Lagi satu, Roland tak gerak lagi pergi U.S. Mungkin dalam 5 tahun macam tu, baru Alex akan berhenti kerja dengan yang lain.

Beberapa minit kemudian, ruangan tersebut ditambah dengan kehadiran Joshua, Fakhrul, Tengku Haikal, Anneliese serta Adelaide Ayla.

Melihat Roland yang sedang memejamkan mata sambil menyandar kepala, Adelaide segera melompat ke atas riba Roland sebaik sahaja Anneliese melabuhkan punggung bersebelahannya.

"Ayla, jangan kacau abang nak tidur sayang," halang Anneliese, lembut.

Si kecik itu tetap berdegil ingin naik memeluk leher Roland. Timbul segaris senyuman pada bibir lelaki itu. Entah kenapa rasa penatnya hilang secara tiba-tiba.

"Ohh, nak main dengan abang erk? Nak main apa ni sayang? " soal Roland, manja.

Dia mendukung si kecik lalu membawanya keluar ke halaman rumah. Maklumlah, Adelaide Ayla jarang sekali keluar rumah sampai kulit wajahnya menjadi putih susu.

Seketika, keadaan menjadi sunyi. Hanya bunyi televisyen sahaja yang memenuhi ruangan.

"Abang tak cintakan Husna. Abang cintakan Fika!"

"Weh, aku rasa cringe doh bila orang cakap pasal cinta ni. Kalau sayang, aku okay tapi ni cinta. Eee geli-geliman aku," ujar Joshua tiba-tiba.

Fakhrul menjongketkan keningnya melihat ke arah Joshua dengan riak wajah serius.

"Tak, masalahnya ada ke orang yang cintakan kau?" soal Fakhrul, mendatar.

Krik..krik..krik..krikk..

"Eisk eiskk.. " Sepantas kilat Joshua menutup wajahnya lalu berlari ke arah Tengku Haikal. Anneliese yang sedang berada dalam pelukan Tengku Haikal ditolak ke tepi.

"Eh, apa ni?" Anneliese merengus tak puas hati. Syok-syok suami peluk, dia tolak aku macam tu je.

"Ad, sanggup Fakhrul cakap aku macam tu. Dia cakap takde orang cintakan aku," adu Joshua lalu berpura-pura nangis dalam pelukan Tengku Haikal.

Tengku Haikal pula sekadar menggelengkan kepalanya. Diusap kasar belakang Joshua sambil merenung ke arah Fakhrul yang masih beriak selamba.

"Janganlah nangis. Ramai pompuan kat luar tu cintakan kau tapi kau yang tak nak diorang. Nak sangat pegang janji single sampai mati," bebel Tengku Haikal.

"Dinda malu. Dinda diejek oleh teman dinda sendiri," acah Joshua.

"Dinda konon. Eh, tepilah! " halau Tengku Haikal. Kalau tadi dia boleh pujuk, sekarang dia malas. Tubuh Joshua ditolak kasar sehingga jatuh ke lantai lalu tangan Anneliese pula ditarik rapat ke arahnya.

"Aku saje nak bermanja. Ele! Puik!"

Lama mereka menonton Drama Tv3 sehingga tak sedar hari mulai melabuhkan siangnya. Hari minggu, diorang takkan keluar. Memang diorang akan stay kat dalam rumah je. Camtu cara diorang luangkan masa sesama sendiri.

"Semua lelaki sama! Men are trash!"

Tengku Haikal terkebil-kebil. Krik krik. Terasa Anneliese merenung tajam ke arahnya. Apesallah drama sekarang duk tunjuk pasal laki diorang ni curang? Come on lah astro, dengarlah aduan para suami. Janganlah buat laki bini gaduh lagi woi. Penat aku kena denda basuh pakaian.

"Sayang please. Abang tak macam tu kut. Drama je en. Tak betul pun," bisik Tengku Haikal.

Anneliese pura-pura tak dengar. Yelah, betul juga. Drama je pun. Nak kewat sangat pehal?

"Macam sama je kisah kat drama ni dengan jiran sebelah," komen Ciko tanpa dipinta.

"Asal kau cakap camtu?" soal Miko.

"Hari tu aku cuci kereta Alex kat luar. Tiber Sandra, jiran sebelah rumah ni terjerit-jerit. Aku apa lagi..aku keluar saje nak tengok apa yang dah jadi. Mana tahu ada musuh tetiba menyerang. Masa aku sampai kat rumah Sandra, aku tengok dia duduk kat tepi longkang. Dia cakap laki dia kantoi tidur ngan pompuan lain," lapor Ciko.

"Ha. Ha. Nasib baik kita tak macam tu," Akim tergelak tawar.

"Ya ke tak macam tu?" Zalikha sudah sedia dengan penumbuknya.

Para suami mulai menelan air liur. Tajam anak mata masing-masing menjeling pada Ciko. Argh! Ciko punya pasallah ni! Asal tiber dia cite macam tu?!

"Aira pun kena curang," tambah Anneliese, dingin.

Gulp!

"Abang tak macam tu. "

"Kitorang pun tak macam tu!"

"Kitorang baik!" tambah Ciko pula. Sedar dia terlepas cakap. Habislah dia kena belasah ramai-ramai lepas ni.

"Sandra? Sandra?! Sejak bila hubby nak sangat ambik tahu pasal jiran ni?!" Qistina bercekak pinggang.

Terbungkam Ciko nak jawap. Dia pun tak tahu kenapa kaki tiber je ringan nak pergi rumah jiran.

"Iyalah. Kau buat apa kat sana ngok? Sejak bila kau kesah pasal orang lain selain kita sekeluarga?" bisik Akim.

"Aku mana tahu. Kaki ni automatik nak cari tahu siapa yang menjerit. Ingat nak reverse je, tapi tak sampai hati tengok..."

"Tengok apa?!"

Qistina menderam geram. Disingsingkan lengan bajunya sehingga ke paras siku.

"Innalilah wahai sahabatku, Ciko."

Alex ingin melarikan diri saat keadaan terasa tegang. Tak sempat nak gerak, tangannya sudah dicengkam oleh Tasya.

"Papa lepas ni! " ugut Tasya.

"Kejap! Kejap! Aku tak faham sekarang. Ni kan cuma drama. Asal semua nak marah ni?" soal Tengku Fazril, bingung.

"Drama? Kawan Liese dah kena. Jiran sebelah dah kena. Ramai kat fb, mummy nampak lelaki blah lepas dah dapat apa yang diorang nak. Curang ikut suka hati diorang je," bahas Putri Risha.

"So, apa kaitan dengan kitorang?" bidas Tengku Fazril.

"Tak mustahil lepas ni kitorang pula yang kena," lawan Putri Risha balik.

"Perasaan kan boleh berubah. Memanglah tak mus..."

Krik krik..krik krik..

Para lelaki merenung Zack dengan pandangan tak percaya. Zack kau memang Zack lah, Zack. Dasar Zack betul! Lagi nak keruhkan keadaan ke?!

"I tak percaya you sanggup cakap macam ni," tempelak Black Eryn.

Dia bangun daripada sofa lalu duduk di sebelah Anneliese. Tengku Haikal pula ditolak sekuat hati lantas punggung lelaki itu ditendang ke arah Zack. Biar terjangkit dengan geng otak tak betul.

"Aku tak cakap apa-apa," polos Tazaki Genji membela diri.

"Sebab kau lelaki, kau duduk sana!"

Dan yeah, punggung Tazaki Genji dijadikan sebagai mangsa tendangan Tasya.

"Betullah. Pompuan selalu menang. Lelaki je tak betul," jeling Alex. Dah berapa tahun kahwin dengan Tasya, asyik dia je kalah. Asyik bontot dia je kena tendang.

"Memanglah pompuan selalu betul! Sebab kitorang ada otak! Lelaki tahu nafsu je!"

"Amboi, Mak Leha. Sedapnya mulut hang bercakap," sindir Tengku Haikal.

"Sape Mak Leha? Nak ni?!"

Anneliese menunjukkan buku limanya pada Tengku Haikal. Lelaki itu sekadar mencebik tak puas hati.

Riley yang sekadar menjadi penonton menggeleng kepala. Hah, mulai dah gaduh. Bermasam muka. Tak tahulah siapa yang betul sekarang. Penat mendengar perbahasan dua jantina itu, Riley tiba-tiba tersenyum penuh bermakna.

"Riley ada idea! Bagi menyelesaikan masalah antara lelaki dan perempuan, Riley mencadangkan kita bermain game pickupline sekali lagi! Sape yang menang, dia kena denda bersihkan satu rumah minggu depan. Amacam?" sengih Riley.

"Satu minggu? Okay! Kita bagi semua pembantu rumah rehat minggu depan. Yang kalah, kemas rumah!" Sarah melipatkan tangannya rapat pada dada.

"Okay, sape yang nak mula dulu?" soal Riley.

"Asal kita main game ni? Kitorang tak bersetuju pun," Ciko berdiri cuba membantah.

"Okay, Uncle Ciko mula dulu!"

"Asal uncle pula?!"

"Sebab uncle dah berdiri," jawap Riley memandangkan dia pengadil dalam permainan yang diciptakannya.

Ciko memandang para lelaki di belakang. Dahlah dia jadi punca kekalahan lelaki dulu. Kalau kalah lagi, confirm dia kena ikat kat belakang pokok halaman rumah lepas ni.

"Cepatlah uncle! Bagilah pickupline kat Aunty Qistina," desak Riley teruja.

Qistina sekadar merenung siling. Sakit hatinya bila dapat tahu Ciko layan pompuan sebelah rumah.

"Erhh..okay. Guys, takpe. Abang Ciko mula dulu," riak Ciko.

"Go Ciko! Jangan malukan 100 keturunan!" Sorak mereka dari belakang.

Ciko berdehem sebelum bersuara. Anak matanya memandang nakal pada Qistina yang merajuk.

"Ehem..baby.."

"Apa?" soal Qistina, malas.

"Tahu tak apa jadi bila air kosong di campur dengan gula tanpa dikacau? " soal Ciko.

"Kalau air kosong kena campur gula mestilah manis. Tapi kalau tak dikacau gula tu, rasa dia takde apa-apa. Kosong je," jawap Qistina.

"Macam tu lah hidup hubby kalau tak kacau baby. Kosong!"

Usai berkata, Ciko menari bak sotong sambil disorak kuat oleh para lelaki.

"Bagi lagu tiktokkkk sikit!" jerit Ciko, bangga.

"Indahnya pemandangan-pemandangan banyak cewek oh body babat-babat!" nyanyi Miko dan Riko diikuti mereka yang lain.

Ditepuk-tepuk bahu Ciko sebagai tanda pujian. Qistina pula sudah tersenyum suka. Tanpa dapat ditahan, dia tergelak kecil.

"Aunty Qis takleh main. Uncle Ciko menang!" tepuk Riley.

"Korang dengar tu? Aku menang. Abang Ciko mestilah terer!"

Ciko menyentuh hidungnya menggunakan ibu jari. Bangga punya pasal.

"Next!" panggil Riley.

Black Eryn bangun daripada sofa lalu menyelak rambutnya ke tepi.

"Iklan shampoo nampak," usik Zack.

"Ehem. Aunty dah boleh start ke sayang?" soal Black Eryn, lembut.

"Yup!"

Black Eryn merenung Zack dengan pandangan memukau. Tersenyum nakal Abang Zack kita tau.

"Youuuu..." panggil Black Eryn, manja.
"Ya cinta?" sahut Zack bersama senyuman yang sangat nakal.

"Cuba pejam mata jap," pinta Black Eryn.

Zack memejam matanya.

"Nampak apa?"

"Gelap sayang. Hitam je," jawap Zack.

"Bukalah mata tu," kata Black Eryn.

Zack membuka mata lalu tersenyum lebar. Dia tahu Black Eryn cuba memberikan pickupline yang dah corny.

"Dear nak cakap hidup dear gelap tanpa baby en? Sorry dear, tapi idea tu dah.."

"Taklah. I nak cakap itulah hati you. Hitam and gelap," kenyit Black Eryn lalu menyelak rambutnya ke tepi.

Zack terdiam. Tergamam. Terbungkam. Terkedu. Terciduk. Segala 'ter' lah dia rasa. Deep siak!

Black Eryn memberikan high five pada setiap para wanita. Dia tersenyum sinis melihat Zack sudahpun tumbang sambil dadanya ditekan-tekan oleh Alex.

"Bro, sabar bro! Aku selamatkan kau!"
"Stop bro. Hidup aku dah gelap," Zack hampir menangis. Memang deep sangat tahap habuk eisk.

"Uncle Zack kalah! Seri!!" jerit Riley.

"Eh, apa korang cakap tadi? Lagu tiktok? Girls bagi lagu tiktok sikit!!" ejek Maisara.

"Ohh..cinta saya bukan kaleng yang takkan mudah oleng tak mudah digandeng..HAHAHAHAHA!!"

Tergelak para wanita melihat wajah cemberut 'pihak musuh.'

"Takkan dah kalah?" sindir Putri Risha.

"Sanggup ke kemas rumah minggu depan?" ejek Zalikha.

"Last game erk! Sape lagi power dia akan menang!" Pengadil sudahpun memberikan syarat.

"So, aku akan tamatkan!"

Player paling kuat bangkit berdiri lalu membetulkan sedikit rambutnya ke belakang. Tersungging segaris senyuman pada bibir Tengku Haikal merenung Anneliese.

Dihulurkan tangan pada perempuan itu sebagai tanda bersamanya. Anneliese faham. Dia menuju ke arah Tengku Haikal sambil memegang tangan suaminya di tengah ruangan tersebut.

"Apalah korang ni, pikat bini pun tak reti. Tengok Abang Aden erk," perasan Tengku Haikal.

"Ready guys! Ready bagi lagu tiktok!" ujar Joshua, selamba.

"Ehem, sayang.." lembut Tengku Haikal memanggil.

"Ya, abang?" sahut Anneliese, manja.

"Kihaaaaa!!" jerit Fakhrul.

"Weh, sabar-sabar. Belum lagi," sampuk mereka yang lain.

"Aku excited doh," gelak Fakhrul diikuti yang lain.

"Sambung! Sambung!" desak Riley, tak sabar.

"Ehem. Sayang. Abang rasa abang nak tukar nama sayang jadi Anneliese Aina," kata Tengku Haikal dalam senyuman yang bermakna.

"Aina? Kenapa Aina?" soal Anneliese, pelik.

"Cause 'Aina' ajak you buat baby baru."

"Kihaaaaa!!"

Tengku Haikal mendepakan kedua-dua tangannya ke udara bersama senyuman kemenangan. Para lelaki sudahpun berdiri lalu bersorak lagak memang dah kalahkan perempuan.

"Lagu tiktok guyss!!" jerit Tengku Haikal.

"Uwik! Wik! Wik! Wik! Wik! Ahh! Ahh! Ahh!! Ahhh!! Atas bawah! Atas bawah!! Atas bawah! Abang di atas aku di bawah!!"

Terhambur jua gelak Tengku Zamil yang sejak tadi sekadar menjadi pemerhati. Nakal betul anak-anaknya.
Para wanita pula sudah mencebik kurang berpuas hati. Dahlah bagi lagu entah apa-apa. Lepastu sejak bila diorang tahu lagu tiktok?!

"Okay, everybody senyap," pinta Riley.
Keadaan menjadi reda sebentar. Anneliese masih berdiri tegak merenung Tengku Haikal yang menyangka dirinya sudah menang.

"Liese, tamatkan! Bagi yang paling power punya!" sorak di belakang.

Tengku Haikal memusingkan tubuh ke arah Anneliese. Ohh, masih tak tumbang rupanya.

"Ada idea ke nak fight abang?" ejek Tengku Haikal. Rambut Anneliese yang terurai ke depan diselak ke tepi telinga.

"Abang sayang Liese tak?" soal Anneliese. Dia janji akan menamatkan permainan giler ni.

"Of courselah sayang. Sayang sangat-sangat. Kasih suami kan membawa ke syurga," lembut Tengku Haikal menjawap.

"Kalau kasih suami membawa ke Syurga, kasih isteri pula membawa ke katil," kenyit Anneliese sebagai penamat.

Tengku Haikal terkesima. Dengan sekali tolakan daripada jari Anneliese, Tengku Haikal tumbang ke belakang. Sepantas kilat para lelaki menyambut Tengku Haikal.

"Ambulans! Call Ambulans!"

"Takleh bro! Ambulans main pubg!" jawap Akim, cerdik.

Dengan lagak yang sombong, para wanita bangkit lalu menuju ke arah tingkat atas. Sempat lidah dijelirkan pada para lelaki yang masih cuba menyelamatkan Tengku Haikal.

"Dia dah kena sampuk woi! "

"Aku kena sampuk dengan penangan Anneliese," sengih Tengku Haikal.

"Abang-abang sekalian, jangan lupa denda ya! Good night!" Usik Black Eryn lalu mereka sekumpulan menaiki tangga sambil memuji Anneliese.

Ugh, kalah lagi.

Seminggu kemudian..

Anneliese merengus geram memerhati para wanita yang sedang membawa peralatan untuk membersih rumah. Kelihatan wajah masing-masing masam mencuka manakala para lelaki tersengih gembira.

"Kenapa kitorang kena join sekali? Kan abang dengan dorang tu dah kalah," rungut Anneliese, sebal.

"Memang kalah. Tapi abang ni suami sayang. Sayang kena ikut kat mana je abang pergi."

Tengku Haikal memberikan sebatang mop pada Anneliese. Wajah perempuan itu masih mendung.

"Kalau tahu macam ni, baik takyah main. Tak aci!" rajuk Anneliese.

"The game was fun, sayang. Abang suka bila sayang yang jadi penamatnya," Tengku Haikal menarik Anneliese ke dalam pelukan.

"Yeah, fun lah sangat. Kenapa bukan korang semua je buat? Lelaki suka main tipu!" tambah Anneliese lagi.

"Sayang sure ke nak biarkan lelaki kemas rumah?" duga Tengku Haikal.

Anneliese terdiam seketika. Dia melontarkan pandangan jauh ke arah Fakhrul yang sedang mencuci lantai menggunakan mop. Ketika lelaki itu tekun membersihkan, datang pula Triple Ko bersama baldi yang dipenuhi air.

Lalu sahaja lantai yang licin, ketiga-tiga kembar itu tergelincir sehingga baldi yang dipenuhi air tadi melimpah semula di atas lantai.

Fakhrul dan Joshua menjerit geram. Segala usaha mereka rosak dalam sekelip mata akibat kecuaian tiga kembar gila ni. Tak menunggu lama, Fakhrul dan Joshua menendang tubuh Triple Ko sambil mencarut tak henti-henti.

"Rasa idea nak bagi lelaki buat kerja rumah tu dah cukup baik ke?" bisik Tengku Haikal.

Ketika berpaling Anneliese sedikit terkejut melihat wajah Tengku Haikal yang terlalu dekat. Hampir sahaja bibir mereka berlaga.

"Ra...rasanya.. Tak baik kut," balas Anneliese terketar-ketar.

"Hmmmm.. Saje nak dera suami ke?" Tengku Haikal semakin memajukan wajahnya.

Anneliese menelan air liur.

"Ta...tak..."

"Nak kiss sikit boleh?" manja Tengku Haikal bersuara.

"Kat sini ke?"

"Ke nak atas katil?" sambung Tengku Haikal.

Anneliese mengigit bibir. Argh, malu! Malu!

Tengku Haikal tersenyum suka. Pinggang Anneliese dirangkul erat lalu bibirnya cuba meragut bibir si dia.

Belum sempat kedua-dua bibir itu bertemu, telinga masing-masing dikejutkan dengan bunyi bising datang dari dalam rumah.

"Sape jatuhkan air kat sini?!"

Alex menjerit geram manakala Tengku Fazril yang turut terjatuh di atas lantai mencarut bengang. Kedua-dua adik beradik itu melontarkan kain pengelap lalu memberikan tendangan pada Triple Ko yang sedang tersengih.

"Family abang memang awesome," bisik Anneliese seraya menahan gelak.

Tengku Haikal mengurut dahinya yang terasa sakit. Dah jadi bapak budak tapi perangai macam budak tadika! Geram!

Serious aku penat taip. Eisk eisk. Korang pandai-pandailah comment. Chapter ni pun untuk korang juga.

Kalau dah ada cite seterusnya, nanti aku bagitau kat dalam bab seterusnya. Sabar erk? Harap korang bergembira dengan chapter ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro