TC [ 7 ]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng



Aina mengangkat Mahsuri masuk ke bilik milik Mahsuri. Aina keluar semula daripada bilik milik Mahsuri. Lelaki tua itu memandangnya dari atas hingga ke bawah.

"Wajah kamu sepertinya pernah dilihat tetapi di mana ya." Lelaki tua itu berfikir seketika. Namun, dia masih tidak dapat mengingatinya.

"Maaf, silakan duduk semua. Biar hamba buatkan air untuk semua." Aina melangkah pergi ke dapur.

"Hamba minta diri dulu," ujar Aidan.

"Baiklah." Jawab lelaki tua itu.

Aidan bangun daripada tempat duduknya dan melangkah pergi ke dapur. Kedengaran Aina sedang melepaskan kemarahannya didapur.

PRANG!

"Ya Allah, Aina! Apa yang kau sedang lakukan?"

Aina tersentak, dia melihat tangannya. Cecair merah telah mengalir dari tangannya.

"Ahh, maaf. Aku... aku..."

''Mari sini aku lihat lukamu.'' Aidan dengan cepat menghayunkan kakinya ke arah Aina sebelum kedua matanya membulat melihat betapa besarnya luka gadis itu.

''Kenapa boleh jadi macam ni?'' Wajah Aidan bertukar keruh, sebelum sebelah lagi tangannya mula menyelongkar isi almari yang mungkin boleh dipakai untuk menutup luka Aina. Aina terdiam menunduk. Haih, inilah akibatnya kalau membiarkan syaitan menghembuskan lagi api amarah yang sudah menjulang tinggi, kan sudah memakan diri sendiri.

Tiada sepatah perkataan pun terbit dari mulut Aina. Dia masih terkesima apabila tidak mampu menyelamatkan Mahsuri yang diserang secara tiba-tiba oleh Deramang yang durjana itu. Kalau dia tidak keluar meninggalkan Mahsuri tadi, pasti tidak akan jadi begini! Terbit sebuah penyesalan yang tidak terhingga membuatkan air mata jernih Aina turun dari tebing mata.

''Janganlah menangis, Mahsuri sudah pun selamat. Jangan takut lagi, ya?'' Segera wajah keruh Aidan bertukar lembut supaya tidak lagi membuatkan gadis itu ketakutan. Ingin sekali mutiara yang ada disudut mata Aina itu diseka, namun dia masih tahu batasannya dengan gadis itu.

''Aku bodoh, aku tidak dapat selamatkan Mahsuri. Semua ini salah ku. Aku patutnya dihukum...'' Dengan air mata yang bercucuran seperti boleh diisi satu baldi, Aina sekadar membiarkan saja tangannya dibalut Aidan. Walau bagaimana pun, lelaki itu sangat berhati-hati membalut tangannya supaya jari mereka tidak tersentuh walau sekali pun.

''Usahlah berkata begitu. Apa yang lepas, jangan kau kenangkan kembali.'' balas Aidan yang hanya mampu mengusap angin saja, seakan-akan sedang mengusap kepala Aina tanda menenangkan gadis itu. Seulas senyuman manis dipaparkan, hanya untuk gadis dihadapannya yang cukup dianggap istimewa baginya.

Tiba-tiba sahaja, langit diluar yang cerah menjadi gelap. Suasana hangat yang dirasakan pudar, pun begitu mereka masih berhusnuzhon, mana tahu awan mendung mula menunjukkan diri.

Tetapi...

Bunyi ketukan pintu dan suara marah beberapa manusia menambahkan lagi rasa tidak sedap hati kedua mereka.

"MAHSURI!! KELUAR!!"

"Dasar perempuan tak bermaruah!! Keluar!!"

"Bako je rumah ni tok!"

"Tok mung!! Aku muda lagi okay?!"

"Argh!! Aku tak kisah!! Mahsuri!! Keluar!!"

Aidan dan Aina yang leka melayan perasaan mereka serentak memandang ke luar apabila mendengar nama Mahsuri dilaung.

"Mengapa itu?" Soal Aina pelik, fikirannya mula membayangkan pelbagai kemungkinan yang agak buruk.

Aidan yang masih melihat ke luar hanya mengangkat kedua belah bahu. "Kamu tunggu di sini, aku ingin memeriksa mengapa dahulu."

Melihat Aina mengangguk setuju, Aidan terus melangkah ke arah daun pintu. Kelibat beberapa penduduk kampung yang seakan akan marah dipandang hairan.

"Menga--"

"Ini dia tok!! Ini dia lelaki yang Mahsuri curang bersamanya!!"

Aidan terkesima. Curang?

"Cis, dasar betina murahan! Suami sibuk mempertahankan tanah yang didiaminya, dia boleh berasmara dengan pemuda lain!" Marah seorang lelaki tua.

Sekali lagi Aidan terkesima. Wut?

"Aku dah kata... Mahsuri tu harap sahaja jelitawan, tetapi perangainya hancur..." Suara makcik bawang pertama kedengaran.

"Betullah apa yang pengembara itu katakan, dia dibelasah kerana ingin membongkarkan kegiatan perempuan itu." Suara makcik bawang kedua pula kedengaran.

Aidan mengerutkan dahi. Cuba untuk memproses perkara yang mereka katakan sekarang ini.

"Kesian Deramang. Dia hanya mahu membongkarkan kebenaran malangnya dirinya pula yang dibelasah." Kata kata salah seorang pak cik bawang menyentakkan Aidan.

Deramang?

Dasar...

"Mengapa kamu semua datang ke sini? Menjerkah rumah orang seperti manusia tiada adab pula tu..." Sinis Aidan berkata sambil bersandar pada biara pintu.

"Sekurang kurangnya kami ada maruah, kau ada? Dasar pencuri isteri orang!!"

Aidan mengetap giginya. Baru sahaja dia ingin membalas, arahan daripada salah seorang tua di situ untuk menangkapnya dan Mahsuri kedengaran.

Tanpa sempat dia mempertahankan diri, lengannya telah dicengkam erat oleh beberapa orang pemuda yang tegap lagikan gagah. Dia berdecit geram.

"Kalian semua telah salah faham," ujarnya tegas. Matanya memandang bahagian dalam rumah, cuba mencari kelibat orang tua yang singgah di rumah tadi.

Tiada!

Lelaki lelaki dewasa yang turut ada bersama orang tua tadi juga turut dicari Aidan namun apabila melihat tiada diantara mereka yang berada di situ, Aidan mengeluh.

"Kemana mereka pergi?" Getus hati Aidan hairan sebelum memandang semula ke arah pemuda pemuda yang mencengkamnya tadi.

"Ini semua fitnah aku kata..." Ujarnya sambil menahan geram.

Salah seorang daripada pemuda itu tersenyum sinis. "Tiada guna lagi kau cuba membersihkan nama sendiri, sedarlah sikit yang penipuan kamu berdua telah terbongkar!" Ujarnya sebelum menarik Aidan keluar.

"Lepaskan aku!!" Suara Mahsuri meronta pula kedengaran. Kelihatan beberapa pemuda turut mengheretnya keluar.

"BAWA DUA ORANG PENZINA MURAHAN INI KE PADANG. KITA JALANKAN HUKUMAN DI SANA."

Deg!

Aidan terbeliak mendengar arahan ketua mereka itu. Bibirnya diketap erat sambil tubuhnya sudah diseret kasar ke padang bersama Mahsuri.

"Ya Allah... Tolonglah hamba-Mu ini..."

Sempat dia mengerling sekilas ke rumah Mahsuri yang semakin menjauh, wajah si kekasih hati yang kerisauan dipandang dengan senyuman nipis.

"Jagalah dirimu, wahai sayang." Ucapnya perlahan kepada gadis yang sudah menangis melihatnya itu.

"Jangan risaukan aku... Aina..."



Kelibat Aidan dan orang kampung hilang dari pandangan Aina. Air mata disekanya, hatinya sakit dan marah kepada Deramang.

"Sudahlah engkau, mencemari aku kini kau menuduh Aidan dan Mahsuri berzina. Dasar kau Deramang, kau tunggu lah aku membalas dendam aku. Aku perlu berfikir untuk melepaskan Aidan dan Mahsuri dari fitnah ini, tapi macam mana? Haih..." keluhan dilepaskan.

"Mahu aku tolong kau, Aina?"

Alangkah terkejutnya Aina apabila seorang lelaki yang tak dikenalinya itu menyapanya,dia lantas berdiri dan menjauhi lelaki itu. "Kau siapa? Bagaimana kau tahu nama aku?"

Lelaki itu tersenyum sebelum membuka kerudung yang dipakainya. Mata Aina terbeliak besar, macam nak terkeluar dari soketnya! Wajah lelaki di hadapannya itu amat dikenalinya.

"Ryan?"

Lelaki yang bernama Ryan itu menganggukkan kepalanya sambil mengukir senyuman nipis. Aina sedikit keliru. Macam mana Ryan yang merupakan sahabatnya di zaman moden boleh ada di zaman Mahsuri ini? Sesat ke apa?

"Aku tahu kau pasti keliru kan, bagaimana aku ada di sini?"

Aina mengganggukkan kepalanya laju. Ryan menghela nafas perlahan, sebelum membuka cerita.

"Sebenarnya aku sendiri pun tidak tahu bagaimana aku boleh berada di sini. Sedar-sedar saja, aku berada di tempat yang aku tidak kenali dan aku dijumapai oleh seorang wanita tua. Dialah yang membantuku sepanjang aku tinggal di zaman Mahsuri ini." Ryan tersenyum. Mengenangkan wanita tua yang dijumpainya itu bersikap prihatin dan begitu menyayanginya, lagaknya seperti Ryan itu anak dia pula.

Aina masih mendiamkan diri. Ryan menyambung lagi.

"Ketika dalam berjalan ke sini, aku terdengar heboh orang kampung tentang Mahsuri dengan seorang lelaki yang telah tertangkap kerana berbuat maksiat. Kata mereka, Mahsuri dan lelaki yang berbuat maksiat dengannya telah dibawa ke padang untuk dihukum."

Aina mengetap bibir geram. Kain batik yang dijadikan penutup kepalanya digenggam sekuat hatinya.

"Apa yang kau dengar itu tidak benar, Ryan! Mahsuri dan Aidan difitnah! Deramang dalang semua ini!"

Ryan sedikit terkejut dengan nada suara Aina yang serius dan dingin. Dia meneguk liur.

"Kononnya Deramang cuma mahu menumpang, tetapi perlukah dia menumpang di rumah Mahsuri? Padahal masih banyak rumah di kampung ini yang boleh dia tumpangi!" kata Aina lagi.

Ryan serba salah. Dia makin tak tentu arah apabila gadis di hadapannya mula menangis teresak-esak.

"Err.. kalau begitulah kata kau, marilah kita pergi ke padang tempat Mahsuri dan Aidan dihukum. Masih ada masa untuk terangkan segalanya sebelum terlambat."

Aina menganggukkan kepalanya. Dia meminta Ryan menunggunya sebentar. Aina melangkah ke bilik Mahsuri dan mendukung seorang bayi yang dibalut dengan kain batik. Dia merenung wajah comel milik bayi itu dan mengesat air matanya perlahan.

"Bertahanlah Mahsuri, Aidan.. aku akan menyelamatkan kalian!"

TBC

Setelah sekian lama tak update... huhuhu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro