1 : Stress

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Yea, saya memang berniat nak update tahun depan tapi ini permulaan 😅😅😅 dan dah tertulis...

Vote and comment; please!!!❤️ Thank you

~~~

JAM menunjukkan tepat pukul 8 pagi. Dia keluar dari kereta mewah itu bersama handbag berjenama Gucci. Senyuman di bibir langsung tidak pudar. Mesej dari papanya dibaca sekali lagi.

"Papa tunggu dekat favourite cafe Elvina. Kita breakfast dekat sana. Papa dekat bahagian dalam. Meja hujung sekali dari kanan."

Sepasang mata hitam bersinar Elvina Naura memerhati lokasi yang dikatakan oleh papanya. Sepasang kaki yang bersarung heels berwarna merah itu berjalan ke arah tempat yang dikatakan. Namun ada seorang lelaki lain yang berada di tempat itu dan bukannya papanya. Dahi Elvina Naura berkerut halus dengan hairan.

"Elvina Naura, right? Come here and have a seat." Seorang lelaki dalam usia lebih kurang papanya tersenyum segaris sambil memanggilnya. Elvina hanya mengangguk dengan ragu-ragu lalu duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan lelaki itu.

"Uncle, I want to ask you something. Where's my papa? Tan Sri Naufal." Soal Elvina dengan sedikit hambar dan sedih. Pada awal tadi, dia sungguh gembira kerana papanya mahu sarapan pagi bersama. Sudah lama dia tidak meluangkan masa bersama papanya atas beberapa sebab yang menghalang.

"Tan Sri Naufal? Kenapa? Kenapa dengan Tan Sri Naufal?" Soal lelaki itu dengan hairan. Walaupun sudah agak berusia tetapi melihat Elvina Naura pun membuatkan dia tidak menyesal pasang niat untuk tambah isteri. Kecantikan Elvina dari hadapan nyata lebih menawan berlipat ganda dari dalam gambar.

"But... Uncle... Saya tak faham ni..." Elvina masih mengerut pelik.

"Tan Sri Naufal tak bagitahu ke? Ini kan date kita berdua. Lagipun janganlah panggil I ni uncle. Panggil abang ke, tak pun Harris. Nama I Dato Harris."

Elvina menahan dirinya dari terjatuh rahang kerana terkejut. Mukanya cuak lain macam.

"You jangan terkejut sangat. I ni jenis orang yang straight to the point. Niat I baik. I nak jadikan you ni isteri I. Umur I ni takdelah jauh dengan you pun. Cuma 56 tahun. Masih mampu lagi nak kasi you zuriat. Isteri-isteri I pun setuju lepas tengok gambar you." Kali ini Elvina Naura tidak boleh menahan reaksinya lagi. Mulut sedikit terlopong dan rahang terkejut kerana sangat terkejut. Pasti ini semua rancangan papanya!

Umurnya 23 tahun dan nak dijodohkan dengan 56 tahun? Memang ada dan tidak salah pun memandangkan Elvina sudah melepasi 18 tahun tetapi... Sungguh dia tidak mahu. Lagi-lagi 'isteri-isteri'? Kiranya, bermadu? Lebih dari seorang? Nampaknya Tan Sri Naufal buat hal lagi.

"Uncle, macam nilah. Saya tak pernah terfikir nak berkahwin lagi. Lagipun saya masih belajar. Saya sanggup tak pergi kelas sebab ingatkan breakfast dengan papa saya. Saya memang nak fokus belajar dan tidak mahu ada apa-apa hubungan percintaan. Lagipun, saya memang tak sanggup nak bermadu.
Saya tak sekuat perempuan-perempuan lain dekat luar sana. Jadi saya minta diri dulu, Dato Harris. Assalamualaikum." Elvina Naura terus bangun lalu berjalan pantas untuk meninggalkan kafe itu dengan perasaan kecewa.

Dia berjalan ke arah kereta mewah yang dipandunya. Bangunan syarikat papanya dituju dengan perasaan yang bercampur baur.

DIA menyerbu masuk ke dalam bilik CEO dalam bangunan megah berdiri itu walaupun telah dihalang oleh dua orang pengawal dan seorang personal assistant papanya.

"Papa!"

"Maafkan kitorang, boss. Kitorang dah cuba halang Cik Elvina." Kata seorang pengawal itu. Tan Sri Naufal mengangguk perlahan.

"It's okay. Kamu semua boleh pergi. Saya memang nak jumpa dengan anak saya." Balas Tan Sri Naufal lalu mereka bertiga beransur pergi dan tinggallah Elvina Naura di situ. Kerusi di hadapan meja CEO itu diduduknya dengan raut wajah penat.

"So Elvina, macam mana dengan date? Semua berjalan dengan baik kan?" Soal lelaki yang berusia 50an itu.

"Apa maksud papa? Berjalan dengan baik? Elvina langsung tak faham maksud papa. Papa ni biar betul? Papa bagi Elvina calon suami yang hampir sama je dengan umur papa?" Soal Elvina dengan sedikit marah. Dia cuba untuk tidak tinggikan suara. Hatinya sangat terluka pada saat itu. Apa yang dia mahu hanyalah masa bersama papanya. Seperti dahulu... Seperti 4 tahun dulu..

"To be honest, papa... Elvina tak kisah pun umur berapa sekali pun pakcik tu. Mungkin Elvina terkejut je dengan papa hari ni tapi papa pun tahu yang Elvina masih belajar. Elvina tak boleh nak kawal dua perkara macam tu. Benda yang lagi penting, Elvina langsung tak berminat nak berkahwin sekarang ni. Papa dah tipu Elvina pula pagi ni." Luah hati anak kandung Tan Sri Naufal itu.

"Kalau papa berterus terang macam selalu, Elvina takkan munculkan diri dekat kafe sana. Jadi Elvina tak setuju nak jadi isteri keempat Dato Harris?"

"Paaaaaaaa, Elvina tak sekuat tu nak berkongsi dan Elvina dah cakap taknak kahwin lagi. Kenapa papa tak pernah faham Elv? Papa asyik sibuk dekat syarikat. Dekat rumah, kalau hari cuti sekali pun papa mesti akan luangkan masa dengan pengganti mama dan anak tiri papa tu." Luang Elvina dengan nada terluka. 4 tahun lalu setelah ibunya meninggal kerana terlibat dalam kemalangan, kehidupan Elvina berubah 100%.

Dulu, dia sangat manja dan bergembira bersama keluarganya namun kini... Tidak lagi.. Apatah lagi selepas setahun selepas ibunya meninggal, Tan Sri Naufal telah menjumpai orang lain. Lebih buruk lagi, seorang itu langsung tidak layak untuk menjadi ibu tirinya. Pentingkan kekayaan dan boros. Tidak jauh beza dengan anak kepada ibu tirinya itu.

Dari Elvina dan papanya yang sangat rapat itu makin menjauh dan baru hari inilah papanya mengajak dirinya untuk breakfast bersama. Hanya berdua. Tidak bersama dua orang manusia yang Elvina anggap ganjil di rumahnya itu. Namun... Ini yang papa yang rancang..

"Elvina, jangan cakap macam tu. Papa cuma carikan orang yang boleh jagakan Elvina. Kan Elvina juga cakap yang Elvina sunyi."

Gadis itu menahan dirinya dari menangis. Sudah lama dia tahan perasaan itu. Papanya tidak faham. Langsung tidak faham apa yang dia rasa. Sunyi? Apa yang dia mahu adalah untuk luangkan masa bersama papanya. Walaupun hanya sehari, dia tidak minta lebih dari itu.

"Papa ada meeting penting lepas ni. Elv balik dulu, okay? Dinner nanti kita bincang."

"Bincang? Maksud papa dengan dua ekor lintah dekat rumah tu? Papa tak pernah faham pun apa yang Elv nak. Papa selalu pentingkan diri papa. Papa gantikan mama dengan orang yang tak sepatutnya. Papa pun gantikan Elvina dengan anak perempuan tu. Elvina dah muak dengan semua ni. Elvina dah taknak hidup lagi. Elv dah penat. Papa ambil balik semua ni. Elv dah taknak."

Kunci kereta dan handbag miliknya diletakkan di atas meja dengan air mata yang sudah mengalir. Hanya purse diambil dan dibuka. Kad pengenalan dan lesen sahaja yang diambil. Kad-kad bank dan kredit yang pernah diberi Tan Sri Naufal diletakkan di atas meja itu.

"Apa yang Elv merepek ni? Elv takkan boleh hidup dengan semua ni. Elv takkan boleh hidup tanpa papa dan mama." Tan Sri Naufal yang terkejut dengan perbuatan anak kandung tunggalnya terus terbangun dari kerusi.

"Dia bukan mama Elv. Hidup? Elvina dah taknak hidup pun. Semoga papa hidup bahagia dengan keluarga papa." Dia bangun lalu berjalan pantas keluar dari bilik itu bersama air mata. Heels sudah lama ditanggalkan dan ditinggalkan di bilik itu. Jika dia jenis yang tidak malu, sudah lama dia tanggalkan pakaian di situ. Dia tidak mahu ada sebarang duit papanya bersamanya. Hatinya sudah lama kecewa.

Sejak papanya berkahwin lagi... Dunianya bagai terbalik. Dia berjalan pantas meninggalkan bangunan itu dengan tergesa-gesa. Mata terlalu kabur dengan air mata hingga dia tidak nampak dengan jelas.

'Bukkk!'
"Auch!"

"What's wrong with you?!" Marah Elvina Naura dengan marah kemerahan. Oleh kerana kulitnya terlalu cerah dek kerana mamanya yang mempunyai kacukan. Bukan itu sahaja, dia juga tengah stress dan menangis serta marah.

Sepasang mata hitamnya bertembung dengan lelaki yang tinggi dari dirinya. Berambut light brown, bersuit lengkap seperti seorang yang berkerjaya, berkaca mata hitam dan wajah lelaki itu juga kemerahan dek kulit yang cerah. Lelaki itu nampak seperti mix blood dan orang luar. Hensem. Elvina tidak menafikan perkara itu tetapi otaknya terlalu serabut untuk kisah hal lain.

Elvina tersedar yang barang yang lelaki itu pegang jatuh. Beberapa biji epal bergolek jauh dari mereka berdua.

"What's wrong? Kau dah kenapa ni, perempuan?" Balas lelaki itu dengan mood yang tidak baik. Memang benar. Memang Elvina yang melanggar lelaki itu. Elvina mengesat air mata yang tersisa di wajahnya. Habis make up lekat pada hujung baju yang dia pakai.

"Kenapa apa? Cepatlah minta maaf! Dasar lelaki tak guna! Langgar orang lepas tu takde rasa bersalah!" Marah Elvina kembali dengan fikiran yang sangat serabut. Lelaki itu merengus dan tidak mahu kalah.

"Ish budak bertuah ni. Kau pelajar sekolah menengah mana hah? Aku takkan minta maaf sebab kau yang langgar aku." Tuan Rizqish Devyn memperbetulkan tali lehernya dengan kelakuan marah juga.

"Ish I bukan budak sekolah lah! Kalau you taknak juga, nanti I jerit you ni sexual harassment dekat I." Elvina turut merengus geram.Tuan Rizqish mengedahkan kerenah Elvina. Perlahan-lahan dia menunduk lalu mengutip buah epal yang jatuh kerana dilanggar oleh gadis yang dia anggap gila itu.

"Fine! Helppppppppppp!!!!! Lelaki ni cabul I!!!!!!! Help!!!!!!!!!!! Pervert!!!!!" Jerit Elvina Naura tanpa segan silu. Tuan Rizqish yang terkejut dengan perbuatan gadis itu terus bangun lalu menekup mulut yang menjerit di tempat awam.

"Kau ni memang cari pasal lah, perempuan!" Hidung dan mulut Elvina Naura ditekup lama hingga gadis itu meronta-ronta untuk dilepaskan. Lama kelamaan rontaan semakin perlahan dan tangan itu terus tidak bergerak.

"Dah mati?" Tuan Rizqish menyoal sambil memerhati wajah gadis itu. Nampaknya Elvina pengsan. Baru dia tersedar yang dahi perempuan yang dipegangnya itu sangat panas.

Nombor personal assistantnya dihubungi setelah itu.

" Kai, pusing balik kereta. Aku tak jadi nak meeting. Aku nak ke hospital." Arah Tuan Rizqish lalu memutuskan talian. Tubuh langsing Elvina Naura diangkat gaya bridal style.

"Kau ni memanglah, perempuan. Kalau bukan sebab kau sakit, kalau tak aku dah biar je kau dekat tangah koridor ni." Tuan Rizqish merengus geram.

DAHI Elvina Naura berkerut memandang sekeliling.

"Saya dekat mana ni?" Soal Elvina kepada seorang nurse yang masuk ke dalam bilik VVIP dimana dirinya ditempatkan.

"Hospital. Cik pengsan tadi disebabkan terlalu stress dan kurang makan. Cik juga demam panas. Nasiblah Tuan Rizqish ada tadi. By the way, cik dengan tuan ada hubungan apa-apa ke? Dia sampaikan minta perkara ni dirahsiakan dari media." Soal nurse muda itu sambil tersenyum. Dia akui gadis yang baring di atas katil ini cantik dan sangat sepadan dengan Tuan Rizqish.

"T-Tuann Riz-Tuan Rizqish?" Terlopong seketika Elvina. Siapa sahaja yang tidak kenal nama lelaki yang baru disebutkan tadi. Lelaki kacukan itu merupakan CEO antara syarikat terkenal di dunia. Wajah kacak itu yang selalu masuk dalam majalah, media sosial dan bahan bualan ramai.

Bukan sahaja dia dilahirkan dari kerabat yang kaya raya tetapi Tuan Rizqish juga mampu mencari duit sendiri. Malah dia turut memegang syarikat tersendiri yang berjaya selain syarikat yang diwariskan oleh daddynya.

Elvina tergamam. Bagaimana dia boleh tidak mengenali lelaki itu tadi? Wajahnya nampak blurr.

"S-saya.. Saya tak tahu pula yang Tuan.. Tuan Rizqish yang hantar.." Lidah Elvina kelu. Badannya kaku. Dia telah mencari pasal dengan seseorang yang tidak boleh dibawa main.

"Oh, mungkin Tuan Rizqish tengok cik pengsan lalu terus hantar sini. Baiknya! Takpelah, cik berehat dulu. Cik jangan fikirkan sangat masalah tu. Tak baik untuk kesihatan. Kalau cik nakkan seorang untuk luahkan masalah, saya ada. Saya ditugaskan untuk jaga tingkat VVIP. Cik berehat dulu. Bil dah dibayar oleh Tuan Rizqish tadi." Nurse muda itu tersenyum lembut sebelum beredar. Elvina tidak sempat menyoal nama nurse itu.

Siling direnung lama. Dia mengeluh.

"Dia bawa aku ke sini ke?" Elvina mengomel perlahan. Dia seorang gadis yang suka memberontak, degil, manja dan kekadang periang. Hatinya tidaklah sekeras dan selembut mana. Kini dia sudah terdetik rasa bersalah kerana bergaduh dengan papanya tadi.

Sungguh dia tidak faham. Bukan harta yang dia mahukan. Elvina akui yang dia minat dengan barang-barang mewah yang boleh dia beli sebelum ini tetapi minatnya tidak boleh menandingi perhatian sebenar papanya. Elvina sangat kecewa dengan apa yang berlaku.

Jika pulang ke rumah sekali pun, ibu tiri dan seorang lagi manusia yang dia tidak anggap keluarga itu juga jadi tatapan. Mengalahkan bawang merah bawang putih sahaja jika dia pulang pun. Untung dia langsung tidak peduli dengan arahan yang diberi.

Elvina terpandang ke arah televisyen yang terpasang. Rancangan televisyen yang sedang menyatakan gossip hangat. Salah satunya tentang wasiat papanya. Dikatakan di situ papanya sudah tuliskan wasiat dan pengacara itu sedang bualkan isteri baru dan anak tiri papanya. Elvina tidak mereaksi apa-apa. Dia tidak berminat dengan kekayaan papanya lagi. Cukuplah dengan alasan itu yang buatkan dia dan papanya berpisah. Malah mama kandungnya dilupakan.

"Aaaagh! Kenapa dia hantar aku dekat ruang VVIP pula ni?! Mana aku nak cari duit nak bayar bil hospital!" Elvina yang baru tersedar itu terus menarik narik rambutnya. Fikirannya terlalu tertekan. Semua duit yang berada dalam purse telah dipulangkan pada papanya.

"Eh kejap, tadikan nurse tu cakap bil dah dibayar?" Elvina yang baru teringat terus tenangkan diri sejenak. Bibirnya tersenyum sedikit tetapi pudar kembali setelah tersedar lagi sekali.....

"Okay, great. Aku dah berhutang dengan mamat kerek tu." Elvina menghela nafas panjang. Penat dengan hidupnya. Tadi dia berasa tidak mahu hidup tapi sekarang... Dia mahu tunjukkan yang dia boleh hidup tanpa bantuan keluarganya.

"Okay, chill Elv. Kau boleh buat. Macamlah takde kerja sampingan kosong dekat kafe universiti tempat aku belajar tu? Aku kerja sementara untuk balik bil hospital ni. Aku kena cari duit untuk makan. Takde lah Elvina yang dulu!" Elvina meraup wajahnya dengan bersemangat.

Walaupun dunia ini terlalu sakit dan pahit untuk ditelan, dia akan bersabar. Kerana ini hidupnya. Tiada manusia lain yang boleh tentukan melainkan dirinya sendiri dengan izin Tuhan.

"JAUH termenung, tuan. Tuan fikirkan apa? Lauk pauk yang Makcik Som masak ni tak sedap lagi ke?" Soal wanita tua itu setelah tersedar lelaki itu hanya berdiam di meja makan. Sudah bertahun-tahun dia bekerja dengan Tuan Rizqish. Sejak dari lelaki itu kecil lagi, Tengku Eliza sudah tugaskan dirinya untuk mengurus kebajikan lelaki itu.

"Bukan.. Sedap.. Cuma fikirkan hal syarikat sikit." Tipu Tuan Rizqish dengan nada perlahan. Tidak dinafikan lelaki itu seorang yang dingin tetapi dia hanya beriak biasa dengan orang yang dia rapat. Sebenarnya otaknya penuh dengan gadis yang dia anggap gila dan buta tadi.

"Buanglah sekejap hal syarikat tu. Makan dulu. Tak elok fikirkan sangat masalah. Jejaskan kesihatan juga." kata Makcik Som. Tuan Rizqish mengangguk perlahan. Walaupun dia seorang boss, dia tetap menghormati Makcik Som sebagai pekerjanya. Sudu dan garfu diletakkan lalu telefon diangkat.

"Pastikan perempuan tu makan malam. Aku bagi kau cuti untuk perhatikan perempuan tu dekat hospital sampailah dia keluar dan sihat. Itu je. Aku pergi dulu." Talian diputuskan lalu Tuan Rizqish menghela nafas.

Apabila terpandang wajah Makcik Som buatkan dia terfikir sesuatu.

"Makcik Som sunyi tak bekerja sorang? Lagipun saya rasa saya kena tambah lagi seorang maid. Kesian dekat makcik kalau nak uruskan semua benda dalam rumah ni." Tuan Rizqish berkata bebegitu kerana tersedar Makcik Som sudah agak berusia dan lama berkhidmat kepada keluarganya. Bibirnya tersenyum sinis apabila teringatkan gadis itu.

"Tuan nak tambah seorang lagi maid? Saya tak kisah kalau itu yang tuan nakkan tapi bukan ke tuan tak suka orang lain ganggu privasi." Makcik Som menyoal dengan hairan. Mana tidaknya, di rumah ini hanya dirinya yang bergelar wanita. Pekerja yang lain, semuanya lelaki. Tuan Rizqish sangat tidak gemar akan privasinya diganggu orang lain. Dia tidak pernah menambah maid sebelum ini kerana tidak mudah selesa dengan orang baru.

"Takpe, saya okay." Balas Tuan Rizqish Devyn lalu mengetuk jari jemarinya yang runcing pada meja makan. Dia berniat sesuatu. Langsung dia tidak pernah jumpa lagi dengan orang yang sanggup meninggikan suara padanya. Berani melawan kata-katanya. Apatah lagi seorang itu ialah gadis yang nampak lebih muda dari dirinya.

-TO BE CONTINUED-

huhu hambar. Author memang jenis tak reti nak buat permulaan dan nak tamatkan. Hope korang boleh support story baru ni dengan vote dan komen❤️ thanks💓

untuk yang tertanya tentang TMG[special chap] dan SCFOL[chap terakhir] , sabar kejap ye. Sabar😭💔

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro