03 | Hilang Sekali Lagi?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Cover by Liamysrh
Jalan cerita ini mungkin berbelit dengan konflik sana sini. Realiti hidup memang pahit sebenarnya, kan?
Terima kasih sudi baca sampai ke chapter ini!
Let's serabuts!

---

Wanita itu bersubang sebesar kerongsang yang makcik bawang selalu pakai waktu kenduri kahwin, bersanggul tinggi macam sarang tebuan tapi versi full high definiton, kulitnya mulus seperti orang muda, secantik anaknya, Diana Akasuki. Yang membezakan mereka hanyalah sepasang anak mata. Diana Akasuki bermata halus, sepet mengikut darah Jepun ayahnya.

Dalam sebulan, satu atau dua kali aku akan menemui mak Diana Akasuki ni. Memberi laporan berkenaan prestasi anaknya di kafe.

Aku akan duduk berhadapan dengan si pembantu peribadi, Dahlia, menjawab soalan yang diajukan tanpa tokok tambah dan Datin akan duduk di meja belakangku, mendengar setiap jawapan tanpa melihat wajahku. Kami tak pernah bertentang mata. Tak setaraf agaknya.

Walaupun aku memang tak ngam dengan Diana Akasuki yang berambut ikal panjang mengurai tu tapi aku tak sampai hati nak cerita semuanya. Aku cuma cerita benda yang benar dan perlu sahaja sebab aku mengerti apa rasanya bila ibu kita sendiri tidak mempercayai kita.

Apa yang pasti, kalau Diana Akasuki tahu apa yang aku buat sekarang ni, mungkin aku akan kehilangan rambut direntap oleh dia.

Berpuas hati dengan laporanku, Datin berlalu diiringi pengawalnya. Sampul berisi wang disisip oleh Dahlia di bawah piring. Laju-laju aku simpan dalam beg.

Hilang sahaja mereka dari pandangan, seperti biasa aku akan beralih ke meja yang Datin duduk tadi.

Memang adat orang kaya agaknya, pesan makanan tapi tak dimakan. Rezeki untuk aku, merasalah sepotong kek yang harganya boleh beli 4kg tepung gandum dan segelas jus yang mungkin buahnya dipetik dari langit. Mahal kemain!

Sampai di rumah, hampir terbang aku berlari apabila terlihat sebuah kereta mewah terparkir di hadapan rumah. Izhar Halqi!

       "Saya akan bayar duit awak! Tolong pergi dari sini!" terjahku di hadapan pintu kereta yang terbuka. Matilah aku kalau mami atau Noah nampak.

       "Kau tinggalkan aku malam tu!" Mukanya merah padam, marah sangat agaknya kena tinggal. Habis, aku ni dipermainkan tak marah ke? Tapi aku sedar, aku tak boleh nak marah dia. Mungkin lagi teruk aku kena nanti.

       "Saya ada hal kecemasan! Tolong, tolonglah pergi!" Serius aku rasa nak menangis. Zip beg aku buka dengan kasar. Sampul putih aku hulurkan padanya. Sampul berisi duit yang Datin Yui bayar tadi.

       "Saya akan bayar bakinya. Tolonglah pergi." Ya, aku tengah merayu. Benci melihat senyuman jahatnya. Smirk. Menguatkan keyakinan aku bahawa lelaki ini memang ada niat jahat ke atas aku. Apalah nasib aku bertemu dengan lelaki macam ni?

Helaian not RM50 yang diamati Izhar membuatkan aku terasa ngilu di hati. Tak sampai sejam aku dapat, terbang macam tu saja.

Aku berdiri macam orang bodoh bebal menelan asap melihat kereta mewah Izhar Halqi berlalu pergi. Sedaya upaya aku memujuk hati, pasti ada rezeki lain untukku.

'Evercare House :
Bil bulanan sudah dikreditkan ke akaun anda. Sila jelaskan bayaran sebelum 30 haribulan.'

Mesej itu aku baca sekilas. Overtime lagilah aku nampaknya...

Tak apa. Aku kuat tanpa bantuan sesiapa pun.

Masuk ke rumah, aku cuma berehat beberapa minit sebelum mula mengutip baju kotor di setiap bilik. Mujur saja Noah ni agak pembersih orangnya. Tak banyak benda yang aku kena kemas. Lagipun dia pesan untuk kemaskan katil dan baju dia saja. Tak boleh sentuh barang peribadinya.

Selesai bilik Noah, bilik Nailah pula menyesakkan dada. Perempuan sejati ke dia ni? Sepah betul! Dengan bilik air dia sekali aku sentalkan. Untunglah ada bilik air sendiri, aku ni hari-hari kena mandi kat bilik air tamu. Kena pakai tudung memanjang sebab bukan mahram dengan Noah.

Kemeja Noah aku seterika dan susun dalam almari elok-elok. Hairan. Biasanya banyak yang aku kena gosok. Ni ada 2 helai saja. Dia dah tak pakai kemeja ke?

Eh?

Tangan aku gatal membelek beg kertas kecil itu. Comelnya! Sempat aku memandang ke belakang, memastikan hanya aku sahaja yang berada di situ.

Line clear!

Aku jengah ke dalam beg kertas, sebuah kotak kecil berwarna merah baldu. Very very very familiar kotak ni tau.

"Ella!"

Terkejut aku mendengar laungan itu di tingkat bawah. Kelam kabut almari itu ditutup semula.

Suara Maira!

Terharunya, dia laung nama aku sebelum masuk rumah lagi. Rindu gila budak ni! Berlari anak aku turun ke ruang tamu namun senyuman hilang saat bertembung dengan mami.

"Tak payah salam. Entah apalagi nanti dia buat kat Maira." Kasar mami bersuara. Nampaknya masih marah lagi pada aku. Bukannya aku jirus sup tu kat badan Maira pun.

Maira terkebil-kebil ditarik mami. Tangan yang masih ada kesan luka dihulur ingin menyalami aku, terawang di udara, tidak memahami konflik di dalam keluarganya sendiri.

"Nailah, jangan lupa angkat beg dalam bonet! Kau pun sama, pemalas! Maira pula yang kemas beg dia nanti."

Nailah merengus kasar sebelum menapak semula ke luar rumah. Inilah antara sebab aku tak ambil hati sangat dengan layanan kasar mami, sebab bukan aku saja mami layan macam tu. Nailah dan Noah pun selalu kena bantai cuma bezanya aku rasa aku lebih banyak dipinggirkan.

Malam itu, mami bising lagi sebab peti ais kosong tak ada apa. Susu Maira pun aku tak beli lagi. Macamana aku nak beli? Izhar dah rembat duit yang aku dah peruntukkan untuk beli barang dapur.

       "Nah, hidang cepat sebelum mami bising." Noah meletakkan 3 kotak pizza dan air Pepsi botol besar.

Aku pandang Noah beberapa saat. Biasanya aku saja yang fikirkan makan minum makhluk-makhluk dalam rumah ni.

       "Apa?" soalnya. "Aku cuma malas nak dengar mami marah-marah dah."

       "Noah!"

Dia berpaling memandang aku.

       "Terima kasih." Aku rasa ini pertama kali aku senyum terharu padanya. Selalu bergaduh je tapi sekarang aku perasan Noah dah agak bertimbang rasa.

Dia hanya menggaru kepala dan mengangkat bahu membuatkan aku ketawa kecil.

       "Kau kena senyum selalu, Ella," ujarnya sebelum menghilang ke tingkat atas, meninggalkan aku terkebil-kebil di situ.

Noah ni kena sampuk ke apa?

Terduduk aku di medan selera dalam pasaraya. Nafas aku tarik sedalamnya, meraih semangat hidup yang bersisa. Ponteng kelas hari ini kutip besi buruk untuk jual. Asal sumber yang halal, aku tak malu pun buat kerja macam ni.

Rezeki aku terjumpa dua televisyen buruk yang terbiar lama. Aku kopak ambil wayar tembaga di dalamnya. Merah-merah tapak tangan aku nak kopak benda tu. Aku sendiri tak sangka dengan badan sekeping ni aku boleh buat kerja macam orang lelaki.

Semuanya semata-mata nak cari duit ganti yang Izhar dah ambil untuk beli barang dapur. Tak banyak tapi ada la. Dan paling tak disangka sekali, Noah bank in RM100 untuk tambahan barang dapur. Terharu sampai langit ni.

Langkah aku atur menyoroti gerai-gerai makanan yang ada. Laparnya...

Telan air liur tengok ayam hainan bergantungan, bau masakan panas, beraneka jenis mee tapi harganya boleh beli ikan kembung setengah kilo. Ada yang harga seekor ayam. Ada pulak harga sebuku roti.

Ah, tak bolehlah macam ni. Selalu sangat bandingkan harga dengan benda-benda yang aku boleh beli. Lagipun, semua makanan sama je bila dah masuk perut. Akhirnya aku beli Milo Ais untuk alas perut. Balik rumah nanti boleh masak.

Selesai beli barang, aku beratur di kaunter. Entah dari mana, datang seorang insan suci murni meletakkan sebotol besar 100 Plus, dua pek Maggie dan sebatang lolipop.

       "Kira sekali," katanya pada juruwang.

Aku berpusing memandangnya dengan tak percaya. Baru nak marah sebab ingatkan dia nak potong barisan, tapi rupanya lagi teruk dari tu! Dia suruh aku bayarkan?

       "Hai." Dia angkat tangan sambil tersenyum senget!

I. Z. H. A. R.

Macam mana dia boleh ada kat sini? Dia ekori aku ke?

       "Tak boleh, duit saya tak cukup!" Rasa nak meledak bom dalam jantung.

       "Okey, aku claim kat mak kau nanti," jawabnya selamba.

       "Ugutan ke ni?"

       "Ya."

Tak sedar aku mengeluh. Aku terlalu penat untuk bergaduh. Boleh rasa tangan dan kaki menggigil kerana terlalu lapar. Akak yang jaga cashier ni pun dah mula merungut dengan muka masam.

       "Bukannya aku peras duit kau pun. Kau yang hutang dengan aku."

Hujung jari aku bawa mengurut dahi. Aku tahu, hidung mula merah menahan sebak. Tak hilang lagi rasa sakit di tangan kopak tembaga tadi, sekali lagi dia nak ambil duit aku macam ni.

Akhirnya, aku terpaksa tolak beberapa barang lain demi untuk bayar barang dia. Nak pertahankan diri pun tak boleh bila tengok muka makcik yang beratur di belakang aku dah macam nak mengamuk.

       "Nah, aku belanja." Dia menyelitkan lolipop di tangan aku yang menjinjit beg plastik dan terus melangkah pergi.

Lolipop itu aku campak ke dinding sekuat hati, melepaskan geram. Nampaknya aku terpaksa memikirkan cara lain untuk halang Izhar dari terus menerus menganiaya aku sebab aku tak rasa hutang dia akan langsai dalam masa terdekat.

Sampai di basikal, aku berpatah balik mengutip lolipop tadi. Aku tak boleh membazir. Hidup ini terlalu singkat untuk kita bazirkan.

Ugh...


Rumah sunyi waktu aku melangkah masuk. Mana semua orang?

Sentap terasa melihat lauk tengahari tak berusik sedangkan dari pasaraya, aku berlarian pulang ke rumah untuk memasak tadi. Kemudian keluar sekejap sebab hantar bawang yang dah dikopek ke restoran hujung perumahan. Aku ambil upah kopek bawang bila mereka terima tempahan katering.

Nasi aku panaskan dan makan seorang diri sambil melayan Instagram.

Kunyahan terhenti. Sentap. Habis punya sentap ni.

Melihat laman story terbaru Noah, mereka rupanya berjalan di Genting Highland. Bawa Maira jalan-jalan. Nak pujuk dia la tu sebab masuk hospital.

Susah sangat ke nak beritahu aku? Kalau tak nak aku ikut pun, tak payah aku susah payah nak masak.

Mata aku pejam sebelum laju langkah menuju ke sinki. Tegang urat merih mengelurkan isi perut. Muntah.

Selesai membersihkan muka, aku melorot duduk di lantai dapur. Mungkin terlalu banyak bekerja dengan waktu makan dan tidur yang berterabur, aku asyik sakit kepala dan muntah macam ni sampai kena buang kelas sebelum ni. Sebab tu aku cuba hindarkan stress dan rasa sedih. Cukuplah fizikal aku lemah, aku tak boleh lemahkan semangat yang masih ada.

Sekarang nak mohon sambung pengajian, tapi aku masih tak nampak harapannya. Sakit dah tak kerap tapi macam kena kerja keras dengan lebih lagi.

Lutut aku tarik rapat ke dada dan meletakkan dahi di situ. Pening.

       "Ella tak datang pun nenek tak matilah."

       "Ella bukannya malaikat maut," balasku, selamba. Inilah insan murka dengan aku ni.

       "Tak payah pura-pura baik. Nenek ni bahagia je walaupun kau tak datang. Tapi Ella jangan lupa, tak ada nenek, tak ada kau. Darah kau tu, darah nenek. Jangan sampai kau buat benda-benda pelik dengan darah nenek tu."

Aku tarik nafas dengan muka bosan. "Habis cakap dah?" Tangan aku lap dengan kain, menghilangkan minyak urut yang melumuri.

      "Nek, Ella sibuklah. Dah dewasa, kan. Ella dah kerja macam nenek muda-muda dulu." Bermulalah sesi pujuk memujuk, membela diri. Mana larat aku nak ulang alik ke pusat jagaan warga emas ni hari-hari. Bukan dekat.

       "Nenek ni dulu surirumah, tau." Muncung nenek boleh tahan mintak cubit.

       "Ella tak ada suami, nak jadi surirumah siapa?"

       "Kahwinlah cepat. Jangan lupa bawa laki kau jumpa nenek dulu."

       "Lepas tu, duduk dengan kami ya." Dalam hati, aku berdoa dijodohkan dengan lelaki yang sanggup duduk serumah dengan nenek. Itupun kalau ada jodoh la.

       "Hmm... nak tunggu Ella kahwin, sampai bila-bila la nenek duduk sini."

Aku tahu, nenek tak maksudkan pun. Dia lagi suka duduk sini, bahkan dia yang minta aku hantar dia ke pusat jagaan ni. Demand pun ya jugak.

       "Kalau macam tu, siap sekarang, balik rumah dengan Ella la!"

Terus nenek tolak tangan aku yang dah beralih mengurut bahunya.

       "Taknak nenek duduk dengan mami Ella tu! Kalau kau pun dia tak suka, nenek ni lagilah dia tak suka."

Aku tersenyum pahit. Nenek ni mak kepada ibu kandung aku. Kalau mak kepada ayah, mungkin mami boleh bertolak ansur. Aku taknak tambah beban mami.

Jujurnya aku keberatan juga nak bayar bil jagaan bulanan nenek sebab standard rumah jagaan ni boleh tahan mewah. Selesa dan serba lengkap. Tapi, untuk insan terakhir tempat aku menumpang kasih, aku cuba usahakan yang terbaik.

       "Haa... kau apa ceritanya? Dia buat kau lagi tak?"

Aku sengih. "Mami dah baik sekarang. Kurang marah-marah dah." Sejak beberapa bulan yang lalu, aku putuskan untuk berhenti bercerita dan mengadu hal yang menyedihkan dan mengecewakan. Nenek dah tua. Tak patut aku bebankan hatinya. Lagipun, aku taknak jadi penyebab nenek membenci mami padahal mami tak ada kaitan pun dengan nenek.

       "Nak balik dah ke?"

Aku tak menjawab. Penutup minyak urut aku ketatkan. Kain lap aku letak ke tepi. Selimut yang menutup kaki nenek aku betulkan dan aku rebahkan kepala di ribaan nenek. Sebelah tangan nenek aku tarik dan letakkan di kepalaku. Sebelah lagi aku genggam erat. Memainkan jemariku di telapak tangannya yang jelas berkedut. Nenek mengelus rambutku, hilang becoknya. Mungkin mengerti rasa sunyi dalam hati cucunya ini.

Tanpa sedar, mataku basah meneliti telapak tangannya itu. Kedutan yang menyedarkan aku, masa nenek sudah tidak lama.

Aku... akan kehilangan... sekali lagi...

Poetry...
I feel like is made up of three things;

Love,
Lost love,
&
Despair.

Zen
2904200859

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro