37 | Cahaya

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Terima kasih untuk semua readers yang masih membaca sampai ke sini. InshaAllah Ella sedang berada semula dalam landasan cerita. Mana-mana komen/kritikan yang membina, saya akan usaha untuk baiki.

Terima kasih daun keladi.
Zen

Sebenarnya aku tak suka sendirian macam ni sebab fikiran aku akan menerawang jauh. Ziarah nenek pun sekejap je nenek suruh aku balik pergi beraya dengan kawan-kawan. Nenek tak tahu aku dah lama takde kawan sebab aku selalu kecewakan orang. Kawan-kawan aku dulu pernah sound aku sebab selalu mengelak bila mereka ajak outing. Bukan tak nak lepak sama tapi aku takde duit. Akhirnya mereka diam tak hubungi aku dah.

Kepala aku ketuk beberapa kali dengan hujung sudu. Dah dua hari aku memikirkan benda yang sama.

Apa aku buat kat kampung Iskandar. Apa yang orang fikirkan pasal aku. Sibuk nak ingat jika aku ada buat benda yang tak menyenangkan keluarga Iskandar. Fikir pasal betul ke Nek Usu layan aku baik-baik atau entah-entah Nek Usu rimas dengan aku yang kekok buat kerja dapur. Fikir pasal first impression mak Iskandar lagi.

Hei, tak penat ke otak?

Paling mengganggu fikiran sekali ialah kenapa aku emosi sakan depan Izhar? Memalukan betul! Sudahlah orang tu berhabis duit bawa aku sana sini, aku pulak boleh cakap macam tu. Jam yang dia bagi aku letak elok-elok dalam almari sebab tak tahan rasa malu setiap kali terpandangkan jam tu buatkan aku teringat macamanalah aku boleh mintak dia jangan tinggalkan aku.

Eww... drama sangat! Kau ingat kau penting ke Ella oii...

Apa agaknya perasaan Izhar? Dia rasa aku ni menjengkelkan tak?

Malu! Malu! Malunya!

Aku ketuk-ketuk balang kuih raya yang sudah kosong. Iskandar kirimkan hamper kuih raya, katanya semua pekerja dapat. Rajin sungguh padahal kami semua dah dapat bonus raya. Tahun lepas takde pun hamper ni.

Bunyi deruman kereta membuatkan aku tergesa-gesa mengemas meja kopi yang agak bersepah sebab dua hari aku makan, minum, tidur kat ruang tamu.

Kunci terlepas dari pegangan ketika aku bukakan pagar, melihat mami sekeluarga pulang dari kampung tapi mereka tak sendirian.

Wajah yang tak pernah aku lupakan, yang selama ini aku nantikan muncul di ruang mata.

Ayah.

Izhar maklumkan dia outstation dalam dua minggu dan mengenangkan Izhar cakap yang dia nak tumbuk ayah, aku rasa aku tak perlu beritahu dia keberadaan ayah sekarang. Takut keadaan jadi makin teruk.

Ayah langsung tak beriak waktu aku menyalaminya dan kenyataan ayah beraya bersama mereka di kampung buatkan aku tersinggung.

"Aku minta maaf sebab tak beritahu kau. Waktu raya kedua ayah tiba-tiba muncul," jelas Nailah yang masuk ke bilik aku.

"Tak apa." Aku nak jawab apa lagi?

"Ella..." Nailah mampir di tepi aku yang melipat baju di atas lantai. "Mungkin waktu ni Ella nak berbaik dengan ayah."

"Kami pernah bergaduh ke?"

Nailah nampak tersentak. Wajahnya serba salah.

"Sebenarnya, aku tak pernah hasut ayah untuk benci kau. Sejak dari kecil lagi memang ayah selalu hubungi aku dan mengelak bila aku cakap pasal kau. Aku pun tak tahu kenapa." Nailah nampak jujur.

"Tak apa. Ella cakap tak apa, kan. Yang penting sekarang ni, urusan kahwin Nailah macamana? Pasal Noah?"

          "Ayah kata ayah akan jumpa Noah. Ayah dah call dia." Nailah bersandar ke dinding, melunjur kaki.

Baguslah ayah ada untuk tengokkan Noah. Takut Noah makin tersimpang jauh je.

"Pasal aku, kami dah berbincang. Kalau tiada aral, kami bernikah lepas aku bersalin nanti."

Lambatnya. Kenapa tak nikah je terus? Tapi aku malas nak cakap macam tu kat Nailah. Nanti pegangan dia goyah pulak. Aku pun banyak benda nak fikir.

Cuma rasa sakit hati ni. Aku mula kerja esok. Aku takut ayah tiba-tiba hilang sebelum aku sempat berhadapan dengan semua persoalan yang aku simpan selama ni.

🥀

Percikan air di wajah menarik aku dari lamunan panjang.

           "Aku tahu raya kan sebulan tapi kerja oii, kerja."

Aku jeling Begum yang menyanyi kecil. Gara-gara ayah la aku tak boleh fokus. Tak sabar nak balik rumah. Aku pandang Iskandar di kaunter. Dia pun banyak termenung hari ni. Pelanggan ramai macam biasa. Dia orang ni tak balik kampung ke?

          "Tengok saya ke?"

Terkebil-kebil aku dibuatnya bila Iskandar di depan mata. Bau wangiannya menusuk hidung. Bau maskulin. Cepat-cepat aku berpusing pergi namun sempat menangkap ketawanya di belakang. Itulah, mengelamun!

Hari ni Diana Akasuki tak datang kerja. Luna pun dah rasmi berhenti jadi aku rasa macam sunyi pun ada. Otak pulak tak henti-henti fikir pasal ayah. Gemuruh mengenang apa reaksi ayah jika aku bentangkan persoalan padanya. Patut ke aku tanya?

Langkah aku terbantut dihadang seseorang. Tanpa mengangkat muka, aku beralih setapak ke kiri namun orang itu juga beranjak di tempat yang sama.

"Dah contact Dr. Hawa?"

Aku mendongak memandang Dashi. Dia rupanya jadi batu penghadang. Dah bosan jadi manusia ke?

"Dah." Aku beralih setapak ke kanan. Dashi turut berbuat yang sama. Ish, aku nak lalu la.

"Tapi kau tak buat appointment pun."

Eh, tahu pulak dia. Aku pandang sneakers dia, rasa nak pijak.

"Saya buat appointment dengan klinik kerajaan je." Aku beralih ke kiri.

"Kenapa?" Sekali lagi Dashi bergerak menghalang aku. Ya ampun, geramnya aku! Dia tak tahu ke Dr. Hawa tu doktor hospital swasta. Satu sesi rawatan je dah beratus. Lagipun aku tak rasa aku perlukan rawatan sekarang. Aku masih okey.

"Sebab saya lebih selesa di sana." Aku cuba menyelinap tapi gagal sebab kalau aku buat macam tu, kedudukan kami akan begitu hampir. Kenapalah ada dinding kat sini?

"Bila appointment tu?"

Aku pejamkan mata. Hujung bibir digigit-gigit menahan geram lantas aku dongak memandang dia sekali lagi. Muka selamba takde perasaan betul.

"Awak lupa ke yang awak reject saya, Encik Dashi?" Penuh geram aku menyoal soalan yang dah lama aku nak tanya kat dia. Kenapa dia sibuk ambil tahu?

Dia terdiam tak menjawab, memandang aku dengan wajah yang sukar aku tafsirkan. Malas berlama-lama, aku berpusing ke belakang nak ikut laluan lain.

"Sebab aku tak tahu itu adalah kau."

Langkah aku terhenti. Apa dia cakap?

"Kenapa ni?" Tiba-tiba Iskandar muncul di hujung pintu, memandang kami berdua silih berganti.

"Dia culas buat kerja," jawab Dashi, selamba sebelum pergi meninggalkan kami. Ternganga aku dibuatnya. Rasa nak jerit je lepaskan geram.

"Awak ada masalah ke? Begum pun cakap awak nampak tak fokus. Awak nak cuti ke?" Iskandar mula beriak risau dan mendekati aku.

"Eh, tak bos! Saya cuma... lama tak kerja kan. Baru nak biasakan diri. Saya pergi dulu bos." Aku menyusup meninggalkan Iskandar. Nak biasakan diri apanya. Baru enam hari kafe ditutup sejak dua hari sebelum raya. Choi la Ella!

Kejap, Dashi cakap apa tadi kat aku?

Dia kata, dia tak tahu itu adalah aku? Apabenda tu? Peribahasa? Kiasan?

Dashi oh Dashi. Dah cukup banyak benda berlegar dalam fikiran aku, kau menambah rencah pulak.

Ketika aku membersihkan meja, ada pelanggan baru mengambil tempat di meja berhadapan dengan kaunter. Nampak macam satu keluarga. Seorang wanita anggun bersanggul, pasti si ibu, lelaki berkaca mata, si ayah dan dua orang anak perempuan mereka. Bergurau mesra, menelek buku menu sambil mengusik.

"Tumpang lalu, dik."

Aku tersentak. Tak sedar aku berdiri lama di situ sampai menghalang jalan orang. Tergesa-gesa aku beredar ke belakang membawa pinggan kotor. Muka yang terasa panas aku kibas dengan tangan.

"Aku tak tahu apa yang kau hadapi sekarang tapi mencampurkan urusan kerja dengan urusan peribadi, kau takkan berjaya dalam apapun yang kau usahakan."

Ya Allah, terkejut aku. Tiba-tiba je muncul Dashi ni. Cakap tak pandang orang lepas tu terus pergi.

Aku pandang air yang mengalir perlahan dari pili air. Aku tengah kerja sekarang dan Dashi memang betul. Aku tak patut biarkan perasaan menjejaskan kualiti kerja aku.

"Bos!" Aku hampiri Iskandar ketika kafe sudah ditutup.

Dia nampak tersentak, mungkin tenggelam dalam lamunan. Automatik bibirnya mengukir senyum sambil bercekak pinggang menunggu aku mendekatinya. Lama-lama tengok dia senyum macam ni, boleh tahan bergetar jantung aku. Teringat senyuman dia waktu tunjukkan matahari terbenam di belakang rumah Nek Usu.

"Nak saya hantarkan awak balik ke?"

"Ada ruang ke?"

Iskandar nampak tak percaya dengan soalan aku. Laju dia mengangguk dengan mata bersinar. "Selalu ada. Sentiasa ada."

"Tu." Jari menunjuk ke koridor luar kafe diikuti sorotan mata Iskandar.

"Ada pakcik tu, kesian dia nak balik rumah tapi teksi susah nak dapat lewat-lewat macam ni. Bos tolong tumpangkan, boleh?" Meleret aku memohon. Kesian aku tengok pakcik tu terintai-intai kalau ada teksi dari kejauhan. Kalau aku ada kereta, lama dah aku tumpangkan.

Iskandar macam brain loading, tengok aku yang tersengih dengan mata terkelip-kelip. Perlahan-lahan dia mengangguk. Nampaklah dia geram dengan aku.

"Terima kasih, bos." Aku lambai padanya sebelum berlari anak meninggalkan kafe.

Aku bergegas balik ke rumah. Lega melihat kereta ayah masih ada di situ. Ruang tamu agak bersepah dengan plastik dan beg kertas. Nailah terlena di sofa dan hanya Maira masih meniarap di atas karpet bermain dengan permainan yang nampak baru.

           "Ella!" Maira tarik aku duduk di sisinya. "Tengok ni, cantik  kan!"

Aku mengangguk perlahan melihat set anak patung siap dengan rumahnya sekali. Macam boleh agak je siapa yang belikan.

"Ayah masih ada?"

Maira mengangguk. Aku menghela nafas lega.

          "Tadi ayah bawak kami pergi makan, jalan-jalan. Seronok sangat!"

ZUP!

Aku rasa macam ada sembilu dalam hati. Cerita Maira dah tak masuk ke telinga. Mungkin sebab penat bekerja, aku rasa sedih sikit.

Aku kejut Nailah suruh dia naik tidur di bilik. Tak elok untuk tidur tak sempurna kedudukannya. Masih ingat lagi mami sakit pinggang waktu mengandungkan Maira gara-gara tidur di sofa.

"Sorry, Ella. Ayah mengejut je ajak kami keluar tapi sebab Ella kerja, tak dapat ajak sekali," jelas Nailah. Mungkin serba salah. Rasa terubat hati ni, sekurang-kurangnya Nailah fikir pasal aku.

Kiri kanan tangan aku tolong bawakan plastik dan beg kertas ke bilik Nailah. Salah satunya terisi satu set barang bayi. Mungkin ayah cuba nak tenangkan hati Nailah memandangkan Nailah cuba nak buat benda bodoh sebelum ni.

Aku telek juga jika ada apa-apa barang yang ayah belikan untuk aku tapi macam tak ada. Mungkin mami letak kat bilik aku atau mami pegangkan tapi ternyata bilik aku kosong tanpa apa-apa beg kertas atau plastik belian barang dari ayah

Maira tidur di bilik aku sebab ayah ada di bilik mami. Aku tidur beralaskan kain cadar nipis agar Maira selesa di atas comforter yang dilipat tiga supaya lebih tebal. Maira masih membelek patung arnab gebu sambil bercerita. Aku diam tak menyampuk, memandang sisi wajahnya yang disimbahi cahaya lampu jalan dari tingkap yang terbuka.

Bukan aku cemburu pada dia atau pada Nailah cuma entahlah...

"Maira nak ayah ada selalu." Dibawa patung arnab itu ke dada dan dipeluk erat.

Tangan kiri aku menepuk perlahan bahunya biar dia tertidur. Sebak mendengar ayat itu. Aku harap Maira tak menghadapi masa kecilnya macam aku. Sunyi dalam keriuhan. Sendirian dalam keramaian.

Tidak lama menepuk Maira, dia sudah pun terlena mungkin penat berjalan seharian.

Telefon bimbit bergetar menandakan ada mesej masuk.

'Abang terfikirlah, kan. Abang tua empat tahun dari Ella. Kenapa Ella selamba je panggil nama abang, Izhar, Izhar macam tu?'
- Izhar

Erk. Tiba-tibanya soalan Izhar ni. Mesti dia dah nak masuk tidur lepas tu mula flashback balik benda yang jadi antara kami.

'Ok.'

Aku tak tahu nak balas apa. Kekoknya nak panggil dia 'abang'! Noah yang bertahun-tahun hidup dengan aku itu pun aku panggil Noah je.

'Sedihnya kena 'ok' dengan adik sendiri.'
- Izhar

'Nanti Ella panggil la abang.'

'Dashi dengan Begum kat kafe tu pun abang dengar Ella panggil dengan nama je. Tahu tak diorang lagi tua dari Ella?'
- Izhar

'Mana tahu umur diorang berapa.'

'Pakai tak jam yang abang bagi.'
- Izhar

'Pakai.'

'Selfie la satu kali.'
- Izhar

'Dah nak tidur.'

'Esok selfie dengan jam sekali. Abang nak tunjuk kat Ibu Ara.'
- Izhar

'Tengoklah...'

'Rasa macam kena palau dengan crush tau 🙃 Pendek betul dia balas mesej kita. Dah la lambat-lambat.'
- Izhar

Dari berbaring aku terus meniarap. Emoji muram Izhar berjaya menghuru-harakan hati aku. Berkali-kali aku baca balik mesej kami. Takut lama-lama dia rasa jengkel dengan perangai aku. Dingin sangat ke balasan aku?

Eh, patut ke aku beritahu ayah ada kat sini? Rasanya biarlah aku selesaikan dulu urusan aku dengan ayah. Nanti bergaduh ayah dengan Izhar, takut ayah dah tak balik bertahun-tahun lagi. Jenih.

'Tidur dah ke oiii~'
- Izhar

'Tak tahu nak cakap apa.'

'Abang call la kalau macam tu.'
- Izhar

'Jangan!'

Terus masuk panggilan Izhar tapi aku matikan tanpa menjawab. Terkejut!

'Masih benci abang ke? 🥲'
- Izhar

'Mana ada benci.'

'Nanti selesai kerja, abang datang jumpa Ella tau.'
- Izhar

'Ok. Kalau busy, tak payah datang pun takpe. '

'Alaaaaa... tak suka ke abang datang........😭'
- Izhar

'Bukan tak suka. Tapi susah la nak datang sini ulang alik. Dua tiga bulan sekali takpelah. Time ada kerja datang la singgah.'

'Abang taknak buang masa yang ada lagi. Selagi abang mampu, abang akan selalu dengan Ella. Terima kasih, Ella. Sebab jadi adik yang comel untuk abang 🥰'
- Izhar

Serta merta aku rasa loya. Cringe. Tang mana yang comelnya? Selekeh barai ada la. Tapi dalam masa yang sama, aku tak sedar ada bunga-bunga bahagia sedang mekar di sudut hati yang kontang. Seluruh kekusutan dalam fikiran terus lenyap entah ke mana.  Buat pertama kalinya aku berbalas mesej dengan seorang lelaki selarut ini.

Kami berbalas-balas mesej hingga aku tak sedar aku sudah terlena dengan telefon bimbit di tangan, tenggelam dalam dunia malam yang terasa indah.

'Nothing can dim the light
that shines from within.'

Flizwn,
2161words
2705212134
#toolongtostay

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro