BAB 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

(Sila vote dan comment! Selamat membaca! (ノ^_^)ノ)

═════ஜBAB 3ஜ═════

'Anastasia' bisikan lembut itu terasa familiar, tubuh aku begetar saat satu pedang diarahkan ke leher aku. Sangat sejuk dan juga darah dari pedang itu mengalir jatuh ke lantai serta membasahi gaun yang aku kenakan.

Tatapan lelaki di hadapan aku ini sangat tajam hingga aku tak tahu mana lagi tajam antara pedang yang sedang dia pegang itu atau tatapan matanya yang mematikan seluruh jiwa dan raga aku itu.

Pedang yang haus akan darah itu sekejap lagi akan basah untuk sekian kalinya, kerana giliran darah aku yang akan terpecik. Aku memberanikan diri untuk memandang lelaki itu. Aku tak sangka dialah orangnya. Sebelum aku membuka mulut untuk berbicara..

Dia menganyunkan pedang kearahku dan aku pun tahu kisah akhir ku berakhir dengan tragedi.

-------------------------------------------------------------------

Miciela terbangun gara - gara mimpi ngeri itu. Badannya kini bermandikan peluh. Dia mengigil dan mukanya nampak sangat pucat. 'Apa yang aku nampak tadi itu?' Perasaan miciela bercampur aduk, antaranya takut dan keliru.

Takut? Sudah tentu. kenapa? Kerana mimpi itu tiba - tiba muncul. Keliru? Kerana mimpi itu bagaikan ingatan anastasia. Tapi kalau anastasia mati di pancung- Ah miciela tidak mahu memikirkan hal itu sekarang ini.

Dia mahu tenangkan diri sendiri dahulu barulah dia akan fikirkan teka - teki mimpi itu. Miciela melihat luar jendela dan rupanya masih malam. Ia gelap tanpa dihiasi bintang mahupun bulan yang menerangi setiap malam.

"Entah kenapa aku rasa. Aku ada kaitan dengan semua ini, tapi aku tidak tahu apa sebenarnya itu." gumam miciela sambil menyentuh kaca jendela itu. Dia nampak refleksi dirinya sendiri di kaca jendela itu.

Anastasia. 'siapa sebenarnya diri kau anastasia?' Miciela berfikir keras sekali lagi. 'kenapa dengan mimpi itu? Mimpi itu sangat nyata, kenapa kau bagitahu kepada aku? Apa yang kau ingin aku tahu sebenarnya? Apa yang kau cuba sampaikan pada aku anastasia?'

'Apa sebenarnya hasrat kau Anastasia? Apa sebenarnya terjadi kepada kau? Kalau kau mati dalam mimpi itu... Itu maksudnya aku berada dalam dunia lain di mana kau masih hidup? Ah aku bingung.'

Miciela mengelengkan kepalanya. Kepala miciela ingin meletup juga saat ini. Miciela pun melabuhkan punggungnya di katil besar nan lembut itu. katil yang sangat empuk dan wangi itu membuat miciela ingin tidur tanpa ada rasa beban yang bermain di fikirannya saat ini.

Miciela pun membuat keputusan untuk pergi ke balkoni untuk menghirup udara segar. Balkoni yang sangat rendah dapat melihat tanaman bunga yang cantik dan mekar. Bermacam - macam bunga yang di tanam di sana. Tapi yang menarik perhatian miciela ialah bunga ros berwarna biru.

(Sumber gambar dari pinterest)

Warna biru gelap bunga ros menarik perhatian miciela, sangat cantik dan misteri. "Bolehkah aku sentuh bunga itu tanpa kebenaran tuan rumah?" Gumam miciela yang hanya dirinya sendiri boleh dengar.

Miciela tak lama kemudian tenggelam dalam dunianya sendiri. Dia terperangkap dalam dunia asing yang bahkan dia sendiri tidak tahu di mana dia dan apa kaitannya dengan empunya badan ini.

Soalan - soalan yang bermain di kepala miciela terus menyerang secara bertubi - tubi di kepalanya membuat dia tidak perasan ada orang lain yang sudah berada di sisinya. "tasia?" Panggil ryan lalu menepuk lembut bahu miciela. Suara ryan membuat miciela kembali ke dunia yang sangat asing baginya.

"Tasia tak boleh beradu?" Tanya ryan kepada miciela. Miciela hanya mengelengkan kepalanya, entahlah miciela tidak ada mood untuk membuka mulutnya sejak dia bangun di dunia ini. (Note: beradu = tidur)

'baru satu hari miciela belum lagi sampai bertahun - tahun kau terperangkap dalam badan ni.' kutuk miciela dalam hati. 'Bertahun - tahun?' Fikir miciela. 'Apa jadi kalau aku tinggal di sini bertahun - tahun? Aku takkan dapat keluar dari sini.'

'Dan aku... kemungkinan akan mati' lutut miciela lemas saat dia berfikir tentang itu. "Tasia, ryan tengok tasia dalam satu hari ni, mengelamun berpanjangan. Ryan tahu tasia trauma dengan apa yang terjadi..." Ryan ingin menambah lagi ayatnya tapi dia memilih mengantungkan ayatnya dan berdiam diri seketika.

Matanya meliar kearah sekeliling mencuba untuk mencari topik agar perbualan mereka tidak sepi dan berakhir dengan canggung. "uhm.. bunga di sini sangat indah dan mekar kan?" Ryan pun menyambungkan lagi perkataannya.

"Pakcik Elston yang menjaga semua kebun di sini. Dia yang menanam dan menjaga semuanya dengan baik." Jelas ryan dan miciela hanya mengangguk. Ryan menatap muka miciela. Terasa suasananya masih agak canggung. Dia pun berfikir bagaimana caranya untuk mencairkan suasana ini.

"Tasia!" Panggil ryan secara tiba - tiba dengan nada ceria kerana mendapatkan idea untuk mencairkan suasana itu membuat miciela tersentak dan terkejut kerana tiba - tiba Ryan memanggil miciela dengan nada ceria yang sedikit tinggi. "Mari kita ke sana."

Miciela di tarik oleh ryan untuk pergi ke bunga - bunga cantik itu. Mereka berdua berdiri di hadapan bunga ros berwarna biru itu. Ryan lalu menyentuh salah satu bunga ros biru itu dengan berhati - hati kerana masih ada durinya.

"Indahkan? Cubalah sentuh dan hidu tapi jangan cabut pula." usik ryan pada perkataan terakhir. Miciela hanya mengangguk dan sedikit senyum. Dia tahu ryan ingin mencairkan suasana mereka berdua yang canggung tadi kerana miciela yang banyak diam dan mengelamun.

wajarlah orang akan bereaksi seperti itu kerana tiba - tiba terperangkap dalam badan orang lain dan di tempat asing secara tiba - tiba. Miciela pun cuba menyentuh bunga ros berwarna biru itu dan menghidunya.

wangi seperti ros pada umumnya, tapi entah kenapa bunga ros warna biru menghambat hatinya. "Sangat indah." Kata miciela kepada ryan membuat senyuman ryan semakin melebar. "iya, cantik dan indah." Kata ryan sambil melihat miciela seolah - olah dia bersetuju bukan kerana bunga ros berwarna biru itu.

"Bunga ros biru gelap sangat cantik. Tasia kerap kali melihat bunga ros biru itu jika ada, walaupun dia sebenarnya tak wujud secara semula jadi." penjelasan ryan. Sementara itu, miciela hanya mendengarkan ucapan ryan.

Entah kenapa ryan seolah - olah membagi jawapan rahsia di dalamnya. 'Bunga ros biru...' Fikir miciela dalam hati.

'Saya membagi 33 bunga ros biru ini kepada awak, maksud dari bunga ini dan kenapa saya memberikan 33 bunga ini kepada awak? Semua jawapan itu berada di depan mata awak.'

Suara itu tiba - tiba muncul dalam kepala miciela. Suara siapa itu? Sekilas ada memori lelaki yang memberikannya bunga 33 bunga ros biru. Namun, bunga ros biru itu tak sempurna di cat, masih lagi ada putih - putihnya.

'Kau lebih bermakna buatku daripada bunga ros biru ini, duri ini bukan apa - apa jangan risau.' bisikan itu diakhiri dengan ketawa membuat miciela mengerutkan dahinya.

Kepala Miciela tiba - tiba rasa pening setelah melihat dan mendengar memori anastasia beri itu. Sama dengan sebelumnya saat sampai di hadapan rumah pusaka ini atau mimpi buruk itu membuat dia mendebar tak keruan.

Tapi kali ini mimpi buruk itu dan memori tadi wajah itu di kaburkan seolah - olah otak miciela sengaja memainkan miciela untuk berfikir, meneka dan membuat teori sendiri.

Ryan yang nampak "anastasia" diam lagi hanya diam memperhatikan miciela. Ryan berdehem membuat miciela terhenti dari lamunannya. "Ryan tahu tasia berfikir banyak hal sekarang ini tapi hanya satu yang ryan minta." Ryan menatap miciela dengan penuh rasa sayang.

"Limpahkan ryan melindungi tasia..." Ryan pun memegang tangan miciela. "Tasia, apa pun yang terjadi, jangan sesekali tinggalkan ryan. kerana ryan... Tidak ingin orang yang ryan satu - satunya sayang pergi." miciela perasan mata ryan berkaca - kaca seperti ingin menangis.

'Wow air mata seorang lelaki ryan ingin jatuh hanya untuk anastasia?' Tapi kemusykilan tiba - tiba muncul di hati miciela. Entah kenapa rasanya ryan menyorokkan sesuatu, apa jangan - jangan... Ryan yang membuat keributan sebelum ini hingga theo murka?

-------------------------------------------------------------------

Tatapan tajam dari mata berwarna madu itu melihat bunga - bunga ros biru tanaman dia sendiri di malam hari. "ariningsun, beta merindukan ariningsun..." Bisiknya lembut kearah salah satu bunga ros biru itu. "Engkau akan kembali ke dakapan beta setelah beta membunuh lelaki jahanam itu."

Gengamannya kepada bunga ros biru itu sangat erat membuat bunga ros itu hampir hancur. Dia pun mengambil nafas dalam - dalam agar dapat mengawal emosinya. "Takkan ada yang ingin mengambil kepunyaan RAJA Theo."

Dia meletakkan kembali bunga ros biru itu lalu hanya menunggu masa penting untuk mengambil kembali ratunya. "Kita tengok sejauh mana engkau dapat membodohkan Anastasia, Ryan."

"Sampai saat itu tiba engkau yang akan jatuh ke jurang yang engkau buat sendiri." Gumam theo dengan perasaan murka dan benci. Dia membayangkan apa caranya ingin membunuh Ryan saat dia tiba di sana nanti.

-------------------------------------------------------------------

(Nota: Maksud bunga ros biru = ketidakwujudan dan kemahuan bunga ros biru untuk wujud dalam dunia flora, ia menjadi simbol ketidakcapaian (unattainableness). Ia ibarat suatu yang ditakdirkan sebagai mimpi dan harapan yang takkan tercapai.

Bunga ini juga menjadi lambang cinta pandang pertama. Ia juga sinonim dengan cinta mustahil ataupun cinta tak berbalas. Ada sesetengah budaya yang mengenengahkan bunga ros biru dengan darah diraja, keagungan dan kemegahan.

Tambahan lagi, ia menjadi simbol keinginan, keabadian mahupun kecintaan. Pada sudut berbeza, bunga ini dapat memberi ketenangan, meredakan kegelisahan dan membantu untuk tidur.

33 bunga ros = "aku cinta padamu" dengan lebih dalam lagi

Sumber dari google)

═════ஜEND OF BAB 3ஜ═════


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro