BAB 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

(sila vote dan komen, selamat membaca! (ノ^_^)ノ)

═════ஜBAB 9ஜ═════

"Yang mulia pemaisuri." Ucap seorang lelaki di hadapan ku. Aku perhatikan wajahnya. Wajah lelaki kacak, bintik - bintik di wajahnya, rambut coklat serta matanya pun coklat, mengingatkan ku pada pokok.

Lelaki itu menunduk hormat kepada ku, dia membagi aku surat rahsia, aku bingung dan melihat mukanya kembali, namun riak wajahnya hanya tenang, seolah tidak ada apa - apa pun berlaku.

Aku membuka surat itu. "Aku tahu kau cukup terseksa di sini. Saatnya kita melarikan diri. Ryan sudah bersiap dengan kudanya." Mata aku membulat sempurna. Aku pun melihat lelaki itu. "Erez-" lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya.

Bukan kah tindakan ini sangat berbahaya? Tidak mungkin mereka ingin membuat rancangan melarikan diri bersama aku kan? posisi ryan saat ini adalah putera makhota yang di tugaskan menjadi ketua perang kerana theo menjadi raja.

Dan juga erez, lelaki di hadapan aku ini, sanggup mengkorbankan posisinya. Aku tahu hidup erez itu bukanlah senang. Dialah yang menjadi tulang belakang keluarganya. Takkan dia sia - siakan hal itu? bukankah ini sangat bahaya kepada dia dan juga keluarganya kalau dia ikut bersubahat sama?

"Hamba hanya ingin neraka ini berakhir yang mulia pemaisuri. Hamba tidak dapat menafikan lagi. Hamba tahu perasaan yang mulia pemaisuri kerana hamba juga mempunyai kakak yang sedang sarat mengandung. Bekas suaminya sama seperti theo dan hamba inginkan keadilan. Mahupun itu yang mulia pemaisuri atau tuan ryan."

Bisik erez takut ada mata - mata di sekeliling kami. Iya mata - mata. Theo mempunyai banyak mata - mata. Jadi tidak hairanlah kalau erez agak berhati - hat. "Tidakkah kau rasa takut dengan apa yang kau lakukan? kau telah bersubahat dan mengkhianati kerajaan ini serta suamiku."

Ucap aku dengan nada berbisik juga kerana takut di dengar mata - mata theo "kau tahu kan... kau masih ada keluarga. Tidakkah itu membebankan kau?" Tanya ku dan erez hanya tenang menjawab. "Urusan itu biarlah urusan hamba. Yang mulia pemaisuri tak perlu tahu."

Entah kenapa aku rasa kagum dengan lelaki di hadapan aku ini meskipun aku tidak menunjuk. Dia sanggup bersubahat dengan ryan untuk membawa aku pergi dari seksaan neraka ini. Aku ingin pergi jauh dari sini. Aku rasa tujuan erez juga sama.

-------------------------------------------------------------------

Lantas aku membuka mata ku. Aduh kepala aku masih sakit dan terasa berat yang sangat teramat. Tadi itu secebis memori anastasia dengan erez? rupa - rupanya erez juga sebahagian penting dalam hidup anastasia.

Tapi kenapa aku rasa... Tadi saat aku migrain dan pingsan aku melihat sekilas erez terbaring tak berdaya di tanah. Rumput nan hijau itu telah di warnai oleh darahnya. Matanya yang terbuka melihat atas langit dengan tatapan kosong.

Hati aku mula tak keruan. Apa ryan baik - baik sahaja di luar sana? erez macam mana? aku tidak perasaan saat ini aku berada di mana. Sebab aku terlalu ikutkan perasaan. Pertanyaan tanpa henti terus menerus menerjang kepala otak aku ni.

Tapi saat aku tersedar ada tangan yang memainkan rambut aku. Lebih tepatnya rambut anastasia. Aku perlahan - lahan melihat ke kanan. Aku sekarang terbaring di katil besar dan empuk. Alangkah terkejutnya bila aku nampak seorang lelaki tersengih dengan jubah tidur berwarna hitam dengan corak emas.

Dia sengaja tak ikat dan nampak dada dan badannya- ya Allah tolonglah aku. Aku berdosa. Lelaki ni tidak lain tidak bukan, theo. Aku spontan berteriaklah apalagi sambil menolak badannya. Alih - alih badannya yang tertolak aku pula yang terjatuh. Untung tangan theo dengan sigap memegang pinggang ku.

"Ini suami mu, kenapa terkejut macam nampak hantu?" bisiknya sambil mendekatkan badan aku kearahnya. "Erk!" Ucap ku saat dia meletakkan muka aku ke dada bidangnya. Badan yang berparut dan kasar itu tidak boleh menutupi badannya yang indah itu.

"Lepaslah!" teriak aku "shh... jangan teriak lagi. Nanti tekak kau bertambah sakit kalau berteriak lagi." Ucapnya sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir aku. Woilah, Tolonglah! Anastasia ni suami kau kenapa brutal macam ni woi! aku bukan istri kaulah, aku ni orang lain!

Oh tunggu, tadi aku pengsan gara - gara sakit kepala yang teramat sakit. Aku terdiam seketika lalu melihat sekeliling. Ini bukan tempat penjara di mana aku di kurung. Tempat ni bilik tidur yang luas. Aku melihat barang mahal - mahal dekat sini. Mungkin kalau jual dekat dunia aku. Mungkin aku sudah boleh beli satu rumah.

Aku perasan juga bila aku tengok tingkap. Pemandangan yang cerah dengan sinar matahari tunggu... Sudah pagi? Sebenarnya berapa lama aku terpengsan kat sini? "ni kan bagus. Istri aku menurut dan menjadi pendiam. Lagi cantik kalau tidak bising." Bisiknya lagi. 'Ish kacau je!' fikirku. "Berapa lama... Saya pengsan...? Apa yang telah terjadi?"

Tanya aku padanya dengan nada sedikit formal. Dahi theo berkerut tak suka tapi dia hanya diam sekejap lalu menjawab pertanyaan ku. "Kau tiba - tiba berteriak kuat semalam. Bila aku sampai, kau... Meracau macam orang gila." Hah biar betul?

-------------------------------------------------------------------

Flashback

'Bruk!'

"Anastasia!"

Teriak theo saat melihat anastasia menarik rambutnya seperti orang gila. Bahkan air matanya mengalir deras. Theo merasa deja vu menyapa dirinya. Tapi dia hiraukan itu saat ini. Dia mendekat kearah anastasia tapi anastasia terlebih dahulu hilang keseimbangannya. Dia jatuh dan pengsan di tempat.

Theo terdiam seketika dan masih mencerna apa yang berlaku. Dia mengangkat tubuh anastasia. Mukanya sangat ketat dan serius. dia keluar dari penjara anastasia. Banyak pembantu rumah dan pengawal kearahya untuk memeriksa keadaan ratu mereka.

"Panggil doktor sekarang!" tegas theo menjerit memerintahkan orang - orangnya. Dia tidak main - main dengan situasi seperti ini. Istrinya harus sehat segera untuk itu theo letakkan anastasia ke biliknya. Memandang muka anastasia yang sayu dengan air mata yang membasahi muka yang cantik di mata theo.

"Ariningsun." Lemah theo berkata matanya berkaca - kaca dan mengusap pipi anastasia. "Takkan aku biarkan air mata kau mengalir dan membiarkan kau kesakitan seperti ini. ini semua salah aku tinggalkan kau sendiri di temani pengawal. Aku seharusnya berada di samping kau agar kau boleh di pantau setiap hari."

Theo memeluk anastasia dengan penuh kasih sayang. "Kesalahan yang sama takkan berulang kembali." Bisiknya. Saat doktor kerajaan castiel datang, theo melepaskan pelukkannya dan memasang muka ketat. Air matanya yang hampir jatuh pun segera mengelapnya secepat mungkin.

"Periksa pemaisuri beta." Perintah theo. doktor itu pun menurut. Dia lakukan dengan professional. "Pemaisuri hanya tekanan. Dia memiliki migrain kerana kepenatan, tidak cukup rehat serta tidur yang mencukupi." Ucap doktor itu. Entah kenapa Theo tidak merasa puas hati tapi dia hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

Saat doktor memberi ubat dan di bayar oleh theo. Theo tetap berada di sisi anastasia. Dia pun lama - kelamaan mengantuk dan tertidur. "Kau saja yang membuat aku merasa waras kembali." Katanya sebelum tertidur. Dia ingin menghormati anastasia. Dia mau tidur di sofa tapi ia tidak ingin meninggalkan anastasia meskipun jaraknya dekat.

End of flashback

-------------------------------------------------------------------

Aku terkejut dengan cerita theo. Tapi aku sedar. Aku sudah berada di sini 3 hari. Hari ketiga namun aku masih belum mendapatkan jawapan yang aku inginkan, permintaan anastasia. Aku berfikir lagi.

"MICIELA BANGUN MICIELA!"

Teriakkan di kepala aku semalam membuat kepala aku semakin sakit. Rasanya kepala aku ingin pecah. Siapa yang sebut nama aku tu? aku merasa seperti pernah mendengar suara itu. Aku juga menangis saat berteriak sama ada sakit kepala atau perasaan aku yang sakit saat itu.

"Kau mengelamun lagi." Keluhan theo terdengar di telinga aku. 'Adakah anastasia selalu mengelamun juga?' fikir aku. Aku hanya menatap mata theo yang berwarna madu itu. Theo mengusap pipi ku dengan lembut membuat detak jantung aku tak keruan sekali lagi.

Bukan kerana takut tapi apa? perasaan anastasia kah? tapi bukan anastasia benci dan takut kepadanya? fikiran ku mula bercelaru lagi. Tapi tidak lama theo memegang dagu ku untuk melihatnya lagi. "Jangan memikirkan tentang hal lain dan fokuslah kepada suami kau yang berada di depan mata ini."

Bisik theo sambil tersengih lagi. Aku hanya diam tak berkutik. Ryan sekarang macam mana? sudah satu hari dia hilang! aku harap erez juga baik - baik sahaja. Entah kenapa aku merasa risau mungkin perasaan aku sahaja.

-------------------------------------------------------------------

'Hm ryan belum diseret lagi? apa kerajaan crystal sengaja?' Fikir ku sambil menatap istri aku yang cantik di hadapan aku ini. Kau tidak perlu risau dan sakit lagi kerana seorang lelaki bedebah itu. Fokus kearah aku sahaja. Kerana aku... Suami mu.

═════ஜ END OF BAB 9ஜ═════


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro