Teaser 2 Second Chance 🔥 MIA AZWARI

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bab 1

JANDA. Itulah gelaran yang baru aku sandang hampir tiga bulan yang lepas. Ingat senang ke nak berhadapan dengan orang sekeliling selepas bercerai? Tapi disebabkan anak-anak, aku terus kuatkan semangat. Sebenarnya sebelum aku diceraikan, hampir setahun juga aku digantung tak bertali.

Aku dah lama berkahwin. Hampir 10 tahun. Lepas habis STPM, aku dan Mail tak sabar nak menikah. Bapak aku memang tak setuju tapi aku ni degil. Sampai nak lari dari rumah. Sebab tu bapak aku terpaksa setuju.
Betullah orang kata kalau dah sayang, bau kentut pun orang kata wangi. Aku kenal rapat dengan Mail masa masuk tingkatan enam atas. Mail ni budak pandai. Macam aku. Aku bukan orang senang. Tapi Mail dari keluarga ada-ada juga. Aku ingat, dia bolehlah bantu aku lepas kami dah kahwin tapi haram. Baik aku bela biawak hidup dari hidup dengan laki tak guna macam Mail.

Perkahwinan aku hanya bahagia selama dua tahun saja. Yang selebihnya, hidup aku macam dalam neraka. Sepak terajang tu dah jadi makanan aku. Kononnya tak nak anak aku hidup dalam keluarga berpecah belah, sebab tu aku terus bertahan.

Anak aku yang sulung, sembilan tahun. Yang kedua, lima tahun. Sepasang. Muiz dan Marissa.

Selama ni aku cuba bertahan sebab tak nak mak bapak aku susah hati, tapi bila anak-anak aku dipaksa mengemis untuk beli barang terlarang, aku dah tak mampu berdiam diri. Terus aku tuntut fasakh di mahkamah. Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Itu pun setelah Mail bersetuju untuk berpisah secara baik. Sekarang Mail dah tak boleh dekat dengan anak-anak tanpa kebenaran aku.


Mak bapak aku orang yang paling sedih. Teriak jugalah aku depan mereka. Nak menyesal, perkara dah berlalu. Aku ni anak tunggal. Sebab tulah mereka terkilan tengok aku hidup tak bahagia selama ni. Sekarang aku dah move on. Kerja pun dah dapat. Alhamdulillah...

Masuk hari ni, dekat sebulan aku kerja sebagai security guard di hospital swasta. Masa bekerja aku tak tetap. Kadang-kadang sampai shift malam. Nasib baiklah mak bapak aku sanggup tolong tengokkan anak-anak. Nak upah pengasuh, memang tak mampu. Dulu aku pernah bekerja sebagai pengasuh. Disebabkan gaji tu terlalu kecil, aku buat keputusan untuk bekerja di sini.

“Akma!”
Hampir saja aku nak melatah.

Bengang betul aku. Dia ni memang tak ada kerja lain. Suka sangat nak menyakat aku. Yuna ni sebaya aku. Mungkin sebab tu kami boleh rapat walaupun baru kenal.

“Apa dia?” Boleh pula dia ketawakan aku.
“Kau tak nak makan ke? Dah pukul 12.30.”

Laju aku mengerling jam tangan. Tak sedar masa berlalu cepat. Patutlah perut terasa lapar semacam.
“Kau dah makan?”

“Aku baru masuklah. Kau ni, suka betul berangan.”

Lupa pula aku yang dia ni baru masuk kerja. Botol air yang aku simpan di bawah meja, aku capai.

Malas nak tunggu lif untuk ke tingkat atas, aku guna tangga kecemasan. Tak adalah aku terpaksa bersesak dengan pelawat dan pekerja di hospital.

Aku masuk dalam bilik pejabat sebab nak ambil bekas makanan. Hari ni aku malas nak makan di kafe.

Kadang-kadang segan juga bila ada yang pandang aku makan sorang-sorang. Bukan aku tak ada kawan, tapi aku tak suka dengar gosip mak cik bawang. Tak pasal-pasal dapat dosa kering. Pada masa yang sama, aku malas nak bercerita tentang kisah silam aku. Maklumlah rakan-rakan sekerja ada juga yang berminat nak tahu kisah hidup aku.

Aku pergi ke bahagian tangga kecemasan. Bila dah yakin line clear, aku duduk dekat atas tangga. Bekal yang aku bawa dari rumah, aku keluarkan dari beg galas. Syukurlah masih ada lagi rezeki untuk aku.

Dengan lafaz bismillah, aku makan cucur bilis yang aku masak pagi tadi.

Walaupun dah bekerja, aku masih kena berjimat. Gaji pun tak masuk lagi. Mungkin minggu depan. Dah janji dengan anak-anak untuk makan sate. Nak harapkan duit nafkah anak-anak dari ayah mereka, tunggu lembu bertanduklah jawabnya.

Pandai-pandailah dia menjawab di akhirat nanti.

“Ehem…”
Aku tersedak. Mana pula datangnya suara ni? Aku toleh ke belakang. Mak aiiii... kacaknya lelaki ni. Sejuk pula aku tengok muka dia. Dah macam pelakon Korea pun ada. Tapi muka dia ni macam familiar aje? Nak-nak lagi bila tengok mata sepet dia.

“Kenapa makan dekat sini?”
Tiba-tiba aku baru tersedar sesuatu. Kelam kabut aku berdiri. Nasib baik bekas makanan aku tak jatuh.

Mungkin aku dah halang laluan dia agaknya. Sebab tu dia tercegat belakang aku.

“Maaf. Saya tak sengaja nak halang laluan doktor.”
“Kenapa tak makan di kafe? Sini tempat saya.”

“Ha?” Bingung aku. Sejak bila pula dekat tangga kecemasan ni, kawasan doktor buat kerja?

“Lama lagi ke awak nak guna tempat ni?”

Soalan apa dia tanya aku ni? Pelik aje. Nak kata dia ni tak betul, sah dia ni doktor. Takkan nak makan dekat sini pun aku kena minta izin dia dulu?
“Saya baru nak makan.”

Bukan aku tak perasan dia asyik tengok bekal aku.

“Doktor nak?”
Memandai aje aku buat tawaran. Memang taklah dia nak jamah makanan aku. Tak sempat aku nak tutup bekas makanan, tiba-tiba dia dah ambil seketul cucur bilis dalam bekas aku. Tak berkelip mata aku pandang dia.

“Sedap.”
Aku cuma jatuhkan kepala sebagai tanda terima kasih. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi telefon bimbit. Sah bunyi tu dari telefon dia.

Aku nampak muka dia berkerut-kerut sebelum nak jawab panggilan telefon.

“Ya?” Dia tersenyap seketika. “Saya Doktor Wazir. Ada apa?”

Wazir. Macam pernah dengar nama dia ni?
“Okey. Saya datang sekarang.”

Bila dia dah matikan panggilan, dia terus pandang muka aku. Laju aku alihkan anak mata ke arah lain.

Kantoi pula aku tilik muka dia tadi. Tiba-tiba dia keluarkan sesuatu dari poket seluar dia.

“Nah, saya bayar untuk cucur tadi.”
Hampir ternganga aku dibuatnya.

Takkan sebab seketul cucur bilis aku, sampai nak bayar RM20? Aku terus gelengkan kepala.

“Pandai betul doktor ni buat lawak.” Aku tersengih-sengih. Manalah tahu dia cuma nak bergurau.

“Ada saya buat lawak ke?”
Mati senyuman aku. Tengok muka dia yang serius ni, seram pula aku.
“Ambil duit ni.”

Wajah aku terus berubah. Rasa segan pula nak mengambil duit tu. Malas nak cari pasal, aku cepat-cepat ambil beg galas. Bekas makanan tadi, aku tutup rapat. Lebih baik aku ke surau untuk sejukkan hati dulu. Selamba saja aku tinggalkan dia di belakang.

“Dari dulu sampai sekarang masih tak berubah. Sombong.”

Aku menghentikan langkah. Perlahan-lahan aku toleh ke belakang. Wajah aku dah makin masam.

“Doktor kenal saya ke?” Kutlah dia ada rasa tak puas hati ke dengan aku sebelum-sebelum ni...

Tiba-tiba dia tersenyum kecil sebelum turun dari tangga dan melepasi tubuhku. Dia langgar bahuku tanpa sepatah kata. Mamat ni dah kenapa? Dah sah-sah dia yang tak logik, makan cucur satu pun dia nak bayar RM 20. Apa dia ingat aku ni keturunan along ke? Bila aku tanya, tak jawab pula. Lainlah aku ni ahli nujum.



wsp 0198817140










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro