1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEORANG gadis masih memegang slip keputusan PT3. Matanya masih merenung setiap gred yang dia dapat.

Gadis itu cuba menampar dirinya agar itu semua hanya mimpi. Tapi tidak! Ini ialah realiti.

A, A, A, A, A, A, A, A, A dan B.

Maksudnya...

"9A 1B?" bisiknya perlahan.

"Iman..." panggil seseorang. Iman amat kenal empunya suara itu. Mama.

"Macam mana keputusan?" soal Datin Raisha setelah tiba di hadapan anaknya bersama suaminya, Dato Umar. Keadaan di dewan SMK Setiawangsa ini agak bingit dengan ramai pelajar dan ibu bapa.

Iman mulakan lakonannya. Iman buat muka sedih di hadapan mama dan papa.

"Iman..."panggil Dato Umar. Iman hanya memandang dengan wajah sayu.

"Hmm.. Iman dapat..."

"Hah! Dik, dapat berapa A?" sergah Raiqal Izhar.

"Ish abang ni! Terkejut lah Iman!" marah Iman.

Setelah itu, semua mata tertumpu ke arah Iman.

"Hmm... Iman minta maaf... Iman dapat... 9A 1B," kata Iman lalu melonjak gembira.

Dato Umar, Datin Raisha serta Raiqal terkejut bagaikan tak percaya apa yang telah meniti di bibir Iman.

"Serius ke ni Iman?".soal Datin Raisha lalu memeluk Iman.

Slip keputusan telah pun bertukar tangan. Dato Umar mengambil slip itu lalu mengucap syukur pada Tuhan. Raiqal hanya senyum tumpang bahagia atas rezeki adiknya.

Datin Raisha masih mengucup pipi Iman. Tahulah pipinya gebu.

"Macam nilah anak papa..." kata Dato Umar perlahan lalu mengusap kepala Iman.

"Iman! Iman!" jerit seseorang.

Iman pantas menoleh ke arah empunya suara itu.

Nadia berlari ke arah Iman dengan senyuman tidak lekang di wajahnya.

"Kenapa?" soal Iman.

Nadia tercungap-cungap. Lalu, sengih secara tiba-tiba.

"Aku dapat... 6A 4B. Kau berapa?!" kata Nadia dengan gembira.

"Wah! Tahniah, Nad! Aku hmm 9A 1B!".jawab Iman lalu senyum.

"Wahhh kau lagi hebat! Congrats! Aku tabik dengan kau. Haip!" Nadia memberi tabik hormat pada aku. Iman ketawa diikuti dengan keluarga Iman.

Lalu, ketawa Iman mati. Kerana teringatkan satu perkara.

'Kalau keputusan aku baik macam ni, peluang besar untuk aku masuk MRSM, SBP dan Sekolah Kluster? Wah, bestnya!' getus hati Iman.

Iman memandang setiap manusia di hadapannya dengan mata bersinar.

"Iman, nak mohon pertukaran sekolah," kata Iman tiba-tiba.

Nadia terkejut.

"Iman..."panggil Nadia.

"Betul Iman nak tukar sekolah?" tanya Dato Umar. Iman hanya mengangguk perlahan lalu memandang sahabat baiknya.

'Maafkan aku, Nadia. Aku terpaksa mengejar impian aku,' gumam hati Iman.

"Kalau kau pindah, aku pun nak ikut!" kata Nadia dengan air mata yang mula bergenang.

"Ibu dan Ayah kau bagi ke?" soal Iman perlahan.

"Aku akan cuba tanya..." kata Nadia perlahan. Dia tahu peluangnya amatlah tipis atau senang kata tiada peluang kerana ibu dan ayahnya tak mahu berjauhan dengan dia. Lagipun keluarga dia hanya biasa-biasa sahaja.

"Aku tak nak paksa kau ikut aku. Kalau ibu dan ayah kau tak izinkan, aku nak kau dengar kata ibu dan ayah kau. Mungkin rezeki kejayaan kau disini. Aku nak pindah kerana aku nak capai impian aku di tempat lain.," ujar Iman lebar.

"Iman..." Nadia peluk Iman.

"Kalau kau perlukan aku, kau boleh call aku tak pun mama aku ada," kata Iman lagi.

Datin Raisha belai kedua gadis di hadapannya.

"Betul kata Iman tu Nadia. Aunty dan Uncle sentiasa ada. Kalau perlukan bantuan, panggil sahaja kami," kata Datin Raisha pada Nadia.

"Baik, Aunty..." jawab Nadia dengan sisa air mata.

Iman hanya memandang sahabatnya Nadia dengan sayu.

'Maafkan aku, Nad.. kau masih ada sahabat-sahabat kita yang lain. Aku tahu kau mampu harungi semuanya tanpa aku. Aku tahu kau kuat, Nadia!' getus hati Iman.

Berat hatinya untuk meninggalkan Nadia sendirian di sekolah ini.



* * *



2 minggu sudah berlalu...

Iman memandang begnya yang penuh berisi baju dan segala kelengkapan dirinya untuk hidup sebagai pelajar asrama.

Ya, Iman akan masuk ke Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Kajang. Tak jauh sangat dari rumahnya tapi ambil masa berjam jugalah. Hehe.

Nadia datang ke rumah Iman untuk mengucapkan selamat tinggal. Haih, minah ni.. bukannya tak akan jumpa pun. Mestilah aku akan pulang juga nanti. Sajalah tu nak buat drama air mata dia and... aku pun akan terjebak dalam drama air mata tu.

"Aku akan rindukan kau, Raudhah Iman. Kau tetap sahabat di hati aku selamanya. Kau jaga diri kat sana tau! Lagi satu, jangan lupakan aku bila dah ada kawan kat sana. Hah, kalau ada orang ganggu kau ke buli kau ke, kau belasah jer diorang. Kau kan brutal!!!",kata Nadia sambil ketawa tapi hatinya sungguh dipagut sayu.

"Amboi kawan aku ni. Lempang kang!" gurau Iman.

Nadia senyum. Dia amat kenali sahabatnya Raudhah Iman, yang perwatakannya biasa walaupun dirinya anak Dato Sri. Raudhah Iman mempunyai nama yang cantik tapi mempunyai satu sifat yang amat digeruni orang ramai. Panas baran.

'Pantang kalau orang cabar kemarahannya. Memang semua menikus dengannya. Fuhh, dengan aku tak pernah pula dia kena,' bisik hati Nadia.

"Dah?" tanya Datin Raisha prihatin.

Iman peluk batang tubuh Nadia buat kali terakhir. Bukan selamanya. Tapi sebentar sahaja.

Nadia mula menangis. Cengeng!

"Nanti aku balik la. Kau ni!" marah Iman dalam gurauan.

"Bye my lovely friend!" ucap Iman sambil melambaikan tangan.

Nadia hanya melambaikan tangan dengan tangisan tanpa henti.

Kereta Alphard meluncur laju di lebuh raya.

Iman memerhati Ruhaini Umairah yang sedang lena di sisi Raiqal. Ruhaini Umairah ialah adik bongsu Iman. Raiqal ialah abang. Iman kakak... ehek! Kakaklah sangat. Raiqal berumur 20 tahun. Umairah pula, 15 tahun. Tak jauh beza pun dari aku. Tapi kalau bab gosip perghhh laju mereka berkhemah di bilik Iman.

Kadang Umairah suka mengusik Iman tapi kadangkala dialah tempat Iman meluahkan rasa. Raiqal? Raiqal tu suka cari gaduh dengan Iman Kalau bergabung dengan si Umairah tu, hmm bergegar rumah tu.

Tanpa Iman sedar, Iman sudah terlena.

* * *


DATIN Raisha mengejutkan Iman yang dibuai mimpi itu. Iman menggosok mata lalu bangun. Selendang yang terlilit kemas di kepalanya dibetulkan.

"Kenapa, ma?" tanya Iman dengan mata masih terpejam.

"Ni singgah stesen minyak, Iman nak makan atau minum apa-apa tak?" soal Datin Raisha lembut.

"Hmm... Iman nak air jelah ma. Ice lemon tea," ujar Iman lalu sambung tidur.

Jauh lagi ke perjalanan ni?

Tak sempat Iman nak lena betul. Umairah pukul lengan Iman perlahan.

"Kak, teman Aira pergi tandas jap!" Umairah menarik tangan Iman.

"Malaslah. Suruh abanglah!" kata Iman.

Mata Umairah terbuntang luas. Gila ke apa kakak aku ni?!

"Hoi! Gila ke? Abang Raiqal tengok Kak Iman ni!" adu Umairah pada Raiqal yang ralit dengan telefon bimbit.

Raiqal toleh lalu, "Iman, pergilah teman Aira ke tandas..." ujar Raiqal perlahan dan lembut.

Iman menggeliat.

"Hmm yelah. Cepat!" tegas Iman berkata.

Iman menanti Umairah dengan penuh sabar di luar tandas sambil bersandar di dinding. Lama lagi ke?

Baru saja Iman mahu ke tandas.. Iman buka langkah. Namun...

Dush!!

Bahu Iman dilanggar oleh seorang lelaki. Tak sempat Iman nak menoleh, lelaki itu sudah hilang dari pandangan namun telinga dia sempat tangkap yang lelaki itu ucapkan 'maaf'. Haih, manusia sekarang.. tak ada adab ke apa?! berang Iman dalam hati.

"Aira!!!" panggil Iman.

"Ya? Japp japp!" kata Umairah lalu keluar dari tandas.

"Cepatlahh," kata Iman dengan nada marah.

"Kenapa ni, kak?" soal Umairah... pasti ada sesuatu berlaku.

"Tak ada apa la."

Umairah buat tak endah dengan perangai kakaknya. Nasiblah dapat kakak yang jenis panas baran. Sikit-sikit nak marah. Hormon tak stabil tiap-tiap hari ke apa?!

Kemudian Iman dan Umairah memasuki kereta semula.

"Dah semua?" tanya Dato Umar prihatin.

"Dah!" jawab kami bertiga serentak. Mama hanya senyum.

Lalu, kereta kepunyaan Dato Sri Umar membelah jalan raya lagi.





































































TBC..









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro