18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

IMAN, Adam, Wani dan Aiman jalan menuju ke kelas masing-masing.

Amylea dan Zara berada di hadapan mereka.

"Tak ada kerja sibuk nak cari kerja, betul tak Iman?",soal Wani saja untuk sakitkan hati Amylea dan Zara. Dah lama sangat tahan selama ni, ingat dia diam dia boleh terima ke?

"Haah betul tu! Nak sangat kerja kan? Haa pi cuci pinggan kat belakang kantin. Dapat pahala free!",ujar aku.

"Ada pembantu mak cik kantin baru lah ni?",soal Aiman.

"Haah ada. Dua orang pula tu! Hahahaga",gelak aku.

Adam menyiku aku.

"Apa?"

"Janganlah kejam sangat gelak tu",ujar Adam.

"Ceh, diorang lagi kejam!",jawab aku lalu menonong masuk ke kelas.

Wani sudah mengejar Iman.

"Bro, diorang lagi kejam!",kata Aiman lalu menepuk bahu Adam dan masuk ke kelas 4 Mawar.

Eh pahal ni? Marah aku ke?,getus hati Adam.

Haaa sudah!

* * *

AMYLEA dan Zara sedang mencuci pinggan di belakang kantin.

"Ewww kotornyaaa",geli Amylea melihat sisa makanan yang perlu dibersihkan dari pinggan.

Zara hanya tahan, nasib lah. Amylea sental pinggan sekuat hati lalu campak ke dalam besen sebelah.

"Oiii dik!! Buat kerja tu betul-betul! Kau nak aku bagitahu pengetua ke?!",marah Mak Cik kantin yang berada di situ lalu menggeleng kepala.

Amylea menjeling.

"Ehh mak cik, ada pekerja baru ke?",soal seseorang. Amylea dan Zara pandang ke arah empunya suara.

"Haah ada untuk seminggu, pengetua hantar!",jawab mak cik itu.

"Laaa seminggu jer mak cik? Awat tak sebulan?",soal Ain lalu menjeling sinis pada dua ekor beruk yang tengah cuci pinggan. Hah! Beruk!

Amylea merengus. Zara tahan amarah.

"Kalau boleh nak sebulan, tapi pengetua tu kesian jer kat budak-budak ni! Kerja tahu nak musnahkan barang orang aje!!",sindir mak cik itu.

Ain dan Aisyah gelak kuat.

"Haa mak cik, dah seminggu ni.. kasi banyak kerja! Biar taubat sikit!",ujar Aisyah pula.

"Memang! Banyak lagi diorang kena buat, cuci periuk dan kuali juga nanti!",balas mak cik.

Ain dan Aisyah tunjuk ibu jari ke atas. Good! Hahahaha rasa nak gelak kuat-kuat biar bergegar sekolah ni bila tengok muka tak puas hati Amylea dan Zara.

Amylea berang lalu mencampak gelas.

Pranggg!!!!

Pecah gelas yang Amylea campak. Terkejut semua disitu. Dan...

"Arghhhhhhhhhhhhh",jerit seseorang akibat terkena kaca.

"IMAN?!!!",Ain dan Aisyah menerpa pada Iman. Amylea terkaku. Mampus aku!

Darah mengalir dari tangan Iman. Iman terduduk. Niatnya nak panggil Ain dan Aisyah untuk ke perpustakaan namun bala datang.

"Sakitttt.. sakittt Ainn...",rengek Iman. Air matanya merembes keluar laju.

"Kau buat kerja macam mana?! Bangang sangat pergi campak gelas tu apahal?!",jerkah Mak Cik kantin itu.

Amylea ketakutan.

"Arghhhhhh sakittt!!",jerit Iman. Ain dan Aisyah gelabah.

Geng Putera dan Puteri sudah tiba.

"Apahal ni?!",terkejut Izzah melihat tangan sahabatnya sudah berdarah.

"Amy..Amyleaa campak gelas!",ujar Aisyah.

Izzah mencerlung tajam pada Amylea. Melampau!

"Sakit gilaa!",Iman meraung.

Adam yang dengar tadi panas hati dengan Amylea namun dia menerpa pada Iman.

"Kau boleh jalan tak?",soal Adam lembut.

Iman menggeleng, tak boleh sebab sakit gila sampai nak gerakkan kaki pun tak bileh walaupun kaki kena kaca sedikit.

Tanpa buang masa, Adam mencempung Iman ke bilik rawatan.

Iman terkejut dan kaku. Tangannya memaut erat pada leher Adam.

Geng Putera dan Puteri lagi lah kaku gila macam kena beku. Kemudian, mereka marah dan memaki hamun pada Amylea dan Zara.

"Sakit?",soal Adam perlahan sambil melangkah.

Eyyyy soalan bodoh mana dia rembat ni? Tak nampak darah ke?!

"Sakitlah.. kau ni!",marah Iman.

"Macam mana boleh kena ni, hm?"

"Aku nak panggil Ain dan Aisyah yang galak sangat borak dengan mak cik kantin.. pastu tiba-tiba Amylea baling gelas kat aku.. sakit argh!",adu Iman.

Leher Adam sudah terkena darah serta bajunya.

"Ba..baju kau kena darah aku",ujar Iman perlahan.

"Hmm tak apa. Kau lagi penting sekarang ni..",balas Adam lembut.

Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik rawatan. Puan Hazlinda yang berada dalam tu terkejut.

"Ehhh kenapa ni Iman? Adam?",gelabah Puan Hazlinda menerpa pada dua pelajar itu. Encik Muhammad turut ke arah mereka berdua.

"Kena kaca cikgu..",ujar Adam lalu meletakkan Iman atas katil rawatan.

"Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni?",soal Puan Hazlinda namun tangannya cekap mengambil first aid kit . Luka itu dicuci dan disapu ubat lalu dibalut.

"Siapa yang buat?",soal Encik Muhammad pada Adam.

"Hmm..Amylea",ujar Adam.

"Ya Allah, apa lagi yang dia tak puas hati dengan Iman? Haritu kotorkan kasut Iman kan?",soal Encik Muhammad.

"Haah",jawab Adam.

"Budak ni melampau! Ni kalau pengetua tahu, mahu bergegar bilik dia tu nanti",Encik Muhammad sudah menggeleng kepala.

"Auchhh!!!",Iman menyeringai kesakitan.

"Cikgu.. sakit!",adu Iman lalu berair matanya.

"Sikit jer lagi Iman. Sabar ya",lembut Puan Hazlinda bertutur.

Iman menahan kesakitan.

"Hah.. dah!",Puan Hazlinda sudah mengemas barang-barang tadi.

Tangan kiri Iman dibalut serta kakinya diplaster. Haih..

"Jom jumpa pengetua",kata Encik Muhammad.

"Erh.. tak apalah cikgu",jawab aku perlahan.

"Kamu dah kena teruk macam ni, tak nak jumpa pengetua?",soal Encik muhammad tegas.

"Saya tak larat jalan sangat cikgu",jawab aku perlahan.

"Adam, kamu dukung dia macam tadi",ujar Encik Muhammad lalu keluar dari bilik rawatan.

Puan Hazlinda sembunyi senyum. Haih, anak murid aku ni apahal sweet sangat?

Dan lagi sekali Iman dicempung. Tangan Iman memaut leher Adam erat sekali.

"Berat kau berapa?",tanya Adam tiba-tiba.

"Errr...50?",balas aku.

"Apasal berat macam 100?",ujar Adam.

"Eyyyyy mana ada! Kau ni!!",Iman memukul belakang Adam. Adam ketawa.

* * *

"LAGI?!!!", Tuan Hj Hamidi menjerkah sambil menepuk meja.

Aku yang duduk di hadapan pengetua terkejut lalu tarik hujung baju Adam yang berdiri di sebelah aku.

Weh boleh gugur jantung aku. Rasa macam aku yang kena marah. Air mata aku mula bergenang.

"Kamu nak balik ke rumah",soal Tuan Hj Hamidi.

Aku menggeleng perlahan.

"Saya tak nak susahkan keluarga saya lagipun saya nak fokus pada exam akhir tahun",ujar aku.

Tuan Hj Hamidi mengeluh.

"Baiklah, kamu balik ke kelas dahulu, tentang Amylea tu biar saya yang uruskan.",kata Tuan Hj Hamidi.

"Okey",aku baru nak berdiri tapi terduduk kembali. Kaki aku sakit.

"Auch!"

"Kamu tunggu apa lagi Adam? Angkat dia",arah Tuan Hj Hamidi.

AGAIN?!!! OHH MALUNYA AKUUUUUUU!

"Eh pimpin jelah Adam",balas aku.

Adam buat muka selamba badak dia yang terlebih badak tu angkat aku. Arghh aku benci kau Adam!!!

Setelah sudah sampai tingkat 3 Blok C..

"Kau turunkan aku.. nanti budak-budak kita nampak, malulah aku!",pinta Iman.

"Tak sakit ke kaki kau?",soal Adam risau.

Adam masih mencempung aku.

"Kau pimpinlah aku nanti",kata Iman.

Adam turunkan Iman dan memegang bahu Iman agar tidak jatuh dan menuju ke kelas.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro