21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PEJAM celik pejam celik, akhirnya peperiksaan akhir tahun tinggal dua hari sahaja lagi itupun subjek Seni untuk tingkatan 4 dan 5. Selain itu, subjek Sejarah bagi tingkatan 1, 2 dan 3.

Iman sudah membina kilang air liur di dalam kelas 4 Mawar. Nampak tak kepenatan setelah berperang tiga minggu peperiksaan, nasib baik tak pecah otak. Hahahahaha.

Ain dan Aisyah sedang berborak di belakang meja Iman dengan rancak sekali. Intan dan Izzah sedang keluar kelas membantu guru. Geng Putera sedang mengusik Wani dan Aiman yang sedang berduaan di tempat duduk hadapan. Nakal lah katakan, anak-anak siapa lah tu.

Hari ini kami diberi kebebasan iaitu guru tak perlu masuk kelas dan kelas pun tempat penyinggahan pelajar-pelajar lain. Adam turut bersama dalam kelas itu bersama Geng Putera.

"Ehem!! Amboi sedapnya minah singa ni tidurrr",ujar Harriz.

"Biarlah dia",balas Aizat.

"Ehh sibuk!",kata Harriz lagi.

Ting!

Idea nakal sudah masuk.

"Aiman!",panggil Harriz.

Aiman toleh sambil menjongketkan keningnya.

"Apahal?"

"Mood naught boy aku dah sampai. Mood naughty boy kau?",soal Harriz. Almaklumlah, Harriz dan Aiman kembar. Yep! Kembar nakal! Hahaahhaa.

Aiman tersengih macam kerang busuk. Maksudnya, jawapan dia on!

Kawan-kawan mereka yang lain sudah menggeleng kepala.

Buku yang Iman dijadikan sebagai alas tempat tidur, ditarik dengan kasar.

Pap!!!

Kepala Iman terjatuh atas meja. Iman hanya bergerak sedikit lalu sambung tidur.

"Lena betul dia ni!",ujar Aiman.

Harriz bisik pada Aiman. Dan, mereka bertepuk tangan.

"Iman!! Imann!!! Kebakaran wehh!! Bangun!!! Bangunnn!!!",jerit Harriz. Para pelajar dalam tu hanya senyap lalu senyum.

"Imannn!!! Bangun wehh!! Api!! Api!!!",sambung Aiman.

Iman terkejut.

Aku kelam kabut mengemas barang dengan muka yang baru bangun tidur.

"Wehh api?!! Jom arrr lari ke astaka! Aku tak nak mati awal siot!",aku kelam kabut nak keluar.

Lalu ilaian ketawa kedengaran, nasib tak roboh kelas 4 Mawar.

Aku rasa tertipu. Tak ada asap. Tak ada bunyi siren. Tak ada bomba. Budak-budak semua dalam kelas. Aku rasa nak pijak-pijak orang sampai mati pun ada.

Aku menghadap diorang. Adam pun turut ketawa. Ain dan Aisyah letak kepala atas meja tapi bahu terhinjut-hinjut, ketawalah tu.

Serius rasa nak nangis. Aku yang brutal dan panas baran ni nak nangis. Dipermainkan. Ditipu. Perasaan marah turut bercampur.

"Ha ketawalah ketawa!!!",jerit Iman yang marah. Sedih? Simpan elok-elok.

Hanya sekelip mata, kelas 4 Mawar sunyi. Ketawa terhenti saat mendengar amarah aku dan mata hazel aku yang mencerlung tajam.

"Puas kenakan aku?!",soal aku.

"Kau rasa lawak ke? Kalau betul-betul ada kebakaran macam mana?!",sambung aku.

"Iman...",seru Harriz.

"Kau diam! Kau dengan Aiman kan kepala benda ni?!",marah aku.

"Ada otak tapi semua otak lembu!!",berang aku lalu menghempas pintu kelas dan berlalu pergi.

Tak lama kemudian, Intan dan Izzah masuk ke kelas.

"Kenapa dengan Iman?!",lantang Intan bersuara.

"Apa dah jadi?",soal Izzah pula.

Semua senyap.

Kemudian, Intan dan Izzah pandang Ain. Lalu, Ain menceritakan apa yang sudah jadi pada Iman.

Intan mengurut dada. Izzah rasa panas.

"Kau ketua pengawas, pastu kau biarkan mangkuk-mangkuk ni buat benda ni?!",marah Izzah pada Adam. Adam terkejut.

"Korang dah melampau tau! Tak tahu ke Iman tu ada....",Intan terus menutup mulutnya. Semua pandang Intan dengan wajah tertanya-tanya.

"Ada apa?",soal Irfan.

"Dah Izzah, jom cari Iman!",ajak Intan lalu menarik Izzah keluar dari kelas. Adam turut keluar dari kelas.

"Intan ada sorok apa-apa dari kita ke pasal Iman?",soal Aizat.

"Entah",jawab Iwan.

Lalu Geng Putera pandang Geng Puteri yang lain.

"Aku serius tak tahu apa-apa",ujar Ain.

Aisyah dan Wani menanggukkan kepala tanda mereka pun sama macam Ain.

* * *

ADAM mengejar Intan dan Izzah dari belakang dengan laju.

"Intan!",panggil Adam.

"Kau nak apa lagi? Pergilah gelak sana!",sindir Intan.

"Sorry. Serius aku tak tahu apa-apa pun plan Aiman dan Harriz.",ujar Adam.

"Whateverrr!",hanya itu sahaja Intan balas.

"Okey! Jangan gaduh! Sekarang ni kita cari Iman dulu",kata Izzah tegas.

Dan akhirnya mereka bertiga mencari Iman bersama-sama.

"Kat mana lagi nak cari dia?",soal Intan yang kepenatan.

Izzah hanya berdiam diri kerana dia juga turut buntu. Semua tempat dah cari.

Adam berfikir lagi manalah tahu ada tempat yang belum mereka pergi.

Ting!

"Aku tahu!",kata Adam.

"Kat mana???",soal Intan dan Izzah serentak.

* * *

KOLAM ikan itu ditenung nasib baik tak tembus. Fikiran aku kusut.

"Semua perangai macam lembu!",marah aku. Bermonolog sendirian.

Batu yang dikutipnya tadi diambil lalu dibaling pada kolam ikan.

"Dah lah lembu pastu otak macam kambing! Hah baguslah tu!",sambung Iman.

Aku mengeluh perlahan.

Adam.

Tiba-tiba sahaja fikirannya mula melayang saat dia ditarik oleh Adam ke sini...

FLASHBACK

SESEORANG mara ke arah Geng Puteri yang riuh gelak tawa.

"Iman",panggil seseorang itu.

Semua senyap dan toleh ke arah empunya suara.

Iman jeling.

"Nak apa?",tanya Iman acuh tak acuh.

"Aku nak cakap dengan kau",ujar Adam.

Eee apa mangkuk ni nak? Gaduh ke?

"Kau, kalau nak gaduh.. aku malas ar nak layan!",kata Iman.

"Bukanlah. Aku nak cakap pasal lain",balas Adam.

"Haa cakap jelah",kata aku.

"Aku nak kita berdua saja. So ikut aku",arah Adam.

Adam sudah pergi. Iman memandang rakan-rakannya yang senyum. Ceh! Fikir apa lah tu. Iman mengejar Adam.

"Eee mamat kepo ni, sedap dia jer suruh aku ikut dia lah itu lah ini lah..",rungut Iman sambil berjalan di belakang Adam.

"Aku dengar setiap butir yang kau cakap tu!",kata Adam.

Iman menekup mulut. Ish! Bahaya betul telinga mamat ni.

Sampai di satu pondok yang terletak di sebelah kolam ikan.

"Hmm apa?",soal aku.

"Aku...aku..",Adam tak tahu macam mana mahu cakap.

"Aku..aku.. kau apa?",ajuk Iman lalu tanya.

"Aku nak minta maaf pasal haritu. Aku tuduh kau melulu dan percayakan Amylea..",ujar Adam.

Iman hanya diam.

"Kau maafkan aku?",tanya Adam setelah lama Iman mendiamkan diri.

"Kalau aku tak nak maafkan kau?",uji Iman. Iman sembunyikan senyum.

"Aku akan minta maaf kat kau, non stop! Sampai kau sendiri muak nak dengar. Then aku akan bagi coklat Kinder Bueno tu sampai kau muak nak makan!",balas Adam.

Iman tercengang! Ni ke Mr Headprefect? Aku mimpi apa ni? Ni real kan? Kan?

"Aku gurau jelah. Kau ni teruk betul!",kata aku.

"So, kau maafkan aku lah kan?",tanya Adam.

"Ya. Tu saja ke kau nak cakap? Perlu ke sampai tarik aku ke pondok ni?",ujar Iman.

"Err.. aku nak bagi ni",Adam mengeluarkan sesuatu di belakang pondok itu.

"Nah!",Adam menghulurkan satu beg kertas kecil yang kosong.

Aku mengambil dan buka. Wahhh coklat! Mata aku bersinar-sinar seperti sinaran matahari. Eh?

"Banyaknya coklat!",kata aku.

"Untuk aku ke ni?",soal aku sambil pandang Adam.

"Untuk kau lah. Takkan untuk ikan pula?",jawab Adam.

"Thank youuuu!!!",ucap Iman. Adam hanya senyum dan ucap "Welcome.".


END

"Arghhh apa kau ni Iman?! Kenapa kau kat sini? Sepatutnya kau dah belasah dua mangkuk ayun tu!",bebel aku sendirian.

"Tapi.. hmm aku pun ada perasaan malu bila diusik begitu. Haish!",monolog aku.

Tanpa Iman sedar ada satu pasang mata perhatikannya.

Batu dia campak berkali-kali ke dalam kolam ikan.

"Iman..",seru seseorang itu dengan lembut. Aku terkejut. Macam kenal suara ni.

Adam.

Adam sudah berdiri di hadapan Iman.

"Kau buat apa kat sini?",soal Adam.

"Aku main masak-masak. Nak join?",balas aku.

"Its not funny, dear",ucap Adam perlahan.

"Ada aku kata lawak? Ada aku suruh kau gelak?",balas aku lalu menjeling.

"Hmm Iman, jom lah naik ke kelas",ujar Adam.

"Kau naiklah kalau nak naik, tak payah semak nak ajak aku!",berang aku.

Haish, banyak-banyak manusia.. kenapa Adam juga yang jumpa dia? Intan dan Izzah sudah diarah naik ke kelas.

"Aku tak akan naik selagi kau tak naik!",tegas Adam berkata.

Aku diam.

"Jom!",ajak Adam.

Aku masih diam dan kaku.

"Kau nak aku dukung kau macam haritu ke?",kata Adam lagi.

Aku diam dan kaku. Ugutlah apa-apa bukannya kau berani buat pun, gumam hati aku.

Dalam 3 saat, badan aku sudah didukung. Aku menjerit kecil. Terkejutlah mangkuk!

Kaku weh aku pandang Adam. Wajah aku dengan dia dekat gila nak mati.

Adam berdehem dan aku turut tersedar.

"Eyyy lepaskan aku lah Adam!",marah aku sambil memukul dadanya.

"Tak nak"

"Kau mentang-mentang pernah dukung aku haritu, pastu nak buat lagi?! Oh no!!!",aku menolak Adam dan cuba untuk turun.

Adam mengeratkan lagi.

Ya Allah ni ke HeadPrefect korang ni? Mamat kepo ni kannnn.

Aku terpeluk leher Adam sebab takut jatuh.

Wangian Adam menusuk ke rongga hidung aku. Wanginya.

Mata aku dan Adam bertembung. Allahu.

Adam merenung mata hazel gadis di hadapannya. Cantik pula minah ni!

"EHEM!!!",seseorang berdehem kuat buat aku dan Adam terkejut.

Intan dan Izzah semakin mendekati kami berdua.

"Alahai korang ni nak drama sweet pula kat pondok ni ya?",usik Intan. Izzah sengih.

"Bila kau kat sini?",soal Adam.

"Kitaorang follow kau. Semuanya kitaorang dah nampak!",ujar Izzah.

Aku terkejut!

"Agak-agak kan, bila kau nak turunkan Iman ni, Adam?",soal Intan. Aku kaku. Aku pandang Adam dan mukanya kemerahan. Hahahahaha padan muka kau.

Akhirnya, aku diturunkan.

Adam menggaru belakang leher.

Intan dan Izzah tersengih-sengih pandang aku dan Adam.

"Sweetlah korang! Aku ship! Auwwww!",kata Intan. Izzah high five dengan Intan.

Muka aku merona merah.

Aku cubit pinggang Adam.

"Ni kau punya pasal lah ni!",marah aku perlahan.

"Kau pun suka en?!",balas Adam.

"Eeeee takde masa!",ujar aku lalu melangkah pergi.

"Oii Iman! Tunggu lah!",jerit Intan dan Izzah dan mengejar Iman.

Adam berjalan ke arah tangga. Dadanya dipegang. Dup dap dup dap.









Kali ini panjang sikit.
Pchiuungg!!
Vote ya readers!

Bye!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro