24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PENGUMUMAN pengetua sebentar tadi buat semua pelajar tingkatan 4 gelisah. Ada yang merungut, ada yang gembira dan ada yang tak ambil peduli.

Apa pengumuman pengetua?

"Assalamualaikum dan selamat pagi kepada para pelajar yang saya kasihi. Okey, saya nak buat satu pengumuman khas untuk pelajar tingkatan 4. Minggu hadapan akan ada Majlis Akhir Tahun, maka saya mahu setiap kelas Tingkatan 4 membuat persembahan apabila majlis itu berlangsung. Semua wajib masuk! Tiada bantahan atau rungutan! Sekian itu sahaja. Terima kasih!"

Aku redha. Redha dengan arahan pengetua. Aku serahkan segala persembahan pada Ketua kelas iaitu Aizat dan Ain. Huargh!

Sekarang subjek Perakaunan tapi Puan Zailila tiada kerana ada urusan penting untuk diuruskan. Maka... kelas pun riuh. Ayoyo! Lagipun bukannya belajar. Hehehe.

Aku mengeluarkan biskut dan makan. Ngap ngap ngaappp!

"Oi makan tak ajak!!",sergah Wani.

Aku tercekik.

"Uhukk!!!",pantas tangan aku ambil air mineral.

"Wehhh tak sengaja! Sorry!",ujar Wani sambil membantu aku. Aku menjeling tajam.

"Nak sikit!",pinta Wani.

"Ni aku punya",jawab aku mendatar.

"Alaaa boleh lahh~~",Wani tayang muka kucing puss in the boots . Haish! Aku bagi 2 keping sahaja. Kedekut tak? Ahh lantak!

"Attention class!!!",jerit Aizat yang berada di hadapan kelas bersama Ain. Kelas yang baru berparti terus sunyi macam di kawasan perkuburan.

"Okey, plan aku dan Ain untuk persembahan kelas kita, kita buat menyanyi sambil menari. Lagu? Lagu persembahan kita Bapaku Pulang Dari Kota.....",ujar Aizat lalu sengih.

"Oii!! Kau ingat ni tadika ke mangkuk?!!",marah Iwan. Yang lain galak ketawa.

"Aku gurau jelah. Chill bro!",kata Aizat.

"Bro mangkuk kau! Beruk ada ar!",balas Iwan.

Kelas 4 Mawar riuh dengan ilaian tawa.

"Okey.. dah ar. Ni serius, lagu apa korang nak? Cadangkan.",kata Ain pula dengan nada serius.

Aku mengunyah biskut. Sedap.

Setelah 15 minit berlalu. Semua cadangan lagu ditolak mentah-mentah oleh Aizat dan Ain. Semua mengarut!

Aku? Sekarang tak makan biskut dah tapi coklat. Hahahahaha.

"Tak best ar lagu kau cadang tu!!",kata Harriz.

"Sibuk lah kau!",balas Amylea.

Aku perhati semua orang. Coklat di tangan.

Aku berdiri.

Semua toleh pandang aku.

"Ya, Iman?",soal Aizat.

"Dah semua lagu korang reject, aku nak lepas ni terima sahaja lagu yang aku cadangkan!",ujar aku serius. Coklat dingap!

Satu lagu yang asyik bermain di kepala aku.

"Lagu apa?",soal Ain.

"Shake it off by Taylor Swift! Aku tak perlukan NO korang!",ujar aku.

Aizat dan Ain senyum. Satu kelas sengih.

"Kitaorang setuju!!!",jerit satu kelas 4 Mawar. Gugur jantung aku.

"Good anak-anak aku",ujar aku lalu semua ketawa.

"Mummyyy i love you!!",usik Harriz.

"Alololo anak mummy!!",aku balas usikan itu.

"Eeeeewwww",jerit Aisyah. Intan dan yang lain ketawa.

"Dia jeles sebab takde mummy Iman!",ujar Harriz.

"Eeee kau ni! Dia lah ibu ketiga aku!",balas Aisyah.

"Eh eh kau! Dia mummy aku!",lawan Harriz.

Hah sudah! Gaduh!

"Kang aku piat telinga dua-dua ni!",marah aku untuk hentikan dari terus bergaduh.

"Ahahahhahahaha",satu kelas ketawa.

Seronok sangat ketawa tiba-tiba...

"ARGH!! Apasal lagu aku korang reject tapi lagu Iman kau terima!!",jerit Amylea sambil hentak meja.

Sepi. Krikkkkkkk.

Terkejut lah mangkuk. Aku tengah makan coklat terkejut.

"Kau apahal?!",marah Elin salah seorang pelajar 4 Mawar.

"You shut up! Iman!",marah Amylea.

"Kau apahal?",balas aku.

"Kau sengaja kan?!"

"Aku buat apa?",serius aku tak tahu aku buat apa.

"Dasar perempuan sial! Murah! Hipokrit! Argh!!!",mengamuk Amylea.

Semua senyap dan pandang Iman untuk lihat reaksi Iman.

"Dah lah malukan sekolah ni sebab gedik dengan Adam! Kau ni semak jelah kat sini!",sambung Amylea.

"Aku menggedik dengan Adam?",soal aku. Aku mendekati Amylea.

Intan menahan aku namun aku buat tak tahu.

"Kalau aku menggedik dan rapat dengan Adam sekalipun, that"s none of your business!",ujar aku tegas.

"Hal aku! Sebab Adam tu aku punya!!",balas Amylea.

"Adam kau punya? Weh geng, minah ni lawak lah. Adam dia punya ke?",soal aku pada Geng Putera dan Puteri.

"Hahahaha lawak apa weh! Sejak bila pula Adam dia punya. Adam pun jijik dengan dia!",kata Aiman.

Satu kelas 4 Mawar ketawa.

"Dah dengar kan? Aduhai kesian kau.",kata aku lalu senyum sinis.

"Kau memang kurang ajar kan?!",tengking Zara pula dan mara ke hadapan. Argh, dia dah penat nak takut dengan Iman.

"Kau jangan masuk campur!",lantang Wani bersuara bersemuka dengan Zara.

Aiman, Aizat, Ain, Iwan, Izzah, Irfan dan Intan tercengang. Tak mampu nak halang sebab aura singa Iman semakin terasa. Ya, mereka sudah curiga semua gosip tentang Iman dan Adam ialah rancangan Amylea dan kawan-kawannya tapi masih tiada bukti.

"Eyy aku dah lama sabar dengan kau perempuan!",Zara menolak Wani. Wani terdorong ke belakang dan terlanggar meja.

Iman berang lalu mencengkam baju Zara.

"Jangan kau sentuh kawan aku dengan tangan kotor kau tu!".

"Kau pun jangan sentuh kawan aku!",ujar Amylea pula lalu tarik tangan Iman.

"Apa yang kau tak puas hati hah dengan aku?",soal Iman lantang.

Amylea ketawa sinis.

"Jauhkan diri dari Adam, dan semuanya akan kembali normal!",balas Amylea.

"Hah lawak hambar!",kata Iman lalu duduk di tempatnya kembali. Tak nak dah gaduh. Kang ada yang ditendang sampai ke Arab Saudi sana.

Geng Putera dan Puteri turut duduk kembali. Seram masih terasa.

"Err..kau okey tak?",soal Intan.

"Hmm nampak macam aku dah nak mati ke?",soalan Intan dibalas dengan soalan.

Intan mengeluh dan diam.

Pintu kelas belakanh dihentak kuat.

Banggg!!!

"Oh mak kau golek!!!",melatah Harriz.

Yang lain mengurut dada.

Amylea, Zara dan Ilya keluar dari kelas.

"Mak aku tak golek, ayam golek ada ar!",balas aku.

Aisyah ketawa kuat.

"Kau pahal ketawa?",soal Harriz. Malu bila ditertawakan oleh Aisyah.

"Takde ar.. kau ni melatah lawak siot!",balas Aisyah lalu ketawa.

"Elehh cakap jelah kau suka Harriz en?",usik Irfan.

"Eeee tak kuasa aku nak suka dia. Mahu keturunan aku ada perangai annoying macam dia!",kata Aisyah.

"Kau jangan, nanti ternaik pelamin dengan dia. Haaa gelak lah aku sepuas hati!",sakat Ain pula.

Aisyah buat muka loya. Harriz sudah membuka buku. Tak ada kuasa nak layan usikan gengnya.

* * *

KAFE itu dipenuhi dengan pelbagai manusia yang sedang menikmati susana yang tenang. Alunan muzik yang begitu harmoni dan suasana yang agak sunyi itu mampu mendamaikan seseorang yang sedang kusut bekerja.

Wani melihat Aiman di hadapannya. Hensemnya boyfriend aku ni. Auwww, hope till jannah!

"Dah puas tilik muka buah hati you ni?",soal Aiman lembut lalu sengih menggoda.

"Kalau tak puas, nanti kahwin.. tiliklah sepuas hati!",usik Aiman.

Wani sudah merona merah.

"Gatal! Espiyem pun tak lepas lagi dah cakap pasal kahwin. Lempang nak?",balas Wani.

"Yelah-yelah. Nanti dah habis espiyem kita tunang pastu lepas dah ada kerja, kita kahwin!",ujar Aiman.

"Mengarut pula dia ni. Dah jangan nak lari dari topik asal yang kita jumpa ni. Oh lagi satu kita kena balik awal, nanti warden marah i pula",kata Wani.

"Okey baby!",jawab Aiman lalu mengenyit mata. Gedik!

"Hmm you dah jumpa bukti siapa yang kenakan Iman dan Adam? Kita kena cepat sebelum benda ni jadi lebih teruk. You tahu kan Iman tu akan bertukar jadi monster bila-bila masa sahaja. Dah lah dalam asrama dia asyik mengamuk sebab tak tenang dengar umpatan orang!",panjang lebar Wani beritahu.

Aiman mengeluh.

"Tak jumpa lagi lah. Susah tau nak cari siapa dalangnya. Tapi i rasa Amylea yang buat semua ni sebab dia saja yang bencikan Iman. But tu lah, tak ada bukti!",balas Aiman.

Wani dan Aiman mengeluh. Macam mana nak selesaikan?

"Kawan-kawan you takkan tak jumpa apa-apa?",soal Wani.

Aiman menggeleng kepala.

"Kawan i pun tak jumpa apa-apa",kata Wani.

Lima minit mereka termenung dan fikir jalan penyelesaiannya.

Wani melihat suasana di luar kafe itu. Matanya tertancap pada 3 orang manusia. Macam kenal..

"Youuu!",panggil Wani.

"Ha kenapa?",soal Aiman.

"Tu kan Amylea, Zara dan Ilya!",tunjuk Wani. Aiman hanya menoleh melihat ke arah mereka lalu memandang buah hatinya kembali.

"So?"

"Kita ikut diorang nak?",soal Wani.

"Tak payahlah. Buang masa",jawab Aiman.

Wani hanya diam. Air mocha dihirup perlahan.

Tinggg!

Pintu kafe dimasuki tiga orang gadis. Wani hampir tersedak.

"Eh kenapa ni?",soal Aiman lalu mengambil tisu.

"Amylea, Zara dan Ilya masuk sinilahhhhh!",kata Wani lalu menjeling tiga orang gadis.

"What?!"

"Jangan pandang. Tutup muka!",ujar Wani.

Kelam kabut mereka menutup muka. Tiga gadis itu berjalan dan duduk di meja belakang Wani dan Aiman. Sikit pun mereka tak perasan. Selamat!

* * *

AMYLEA, Zara dan Ilya duduk di meja dalam kedai kafe itu.

"You pergi order air. Hmm i nak hot chocolate!",ujar Amylea. Ilya pergi ke tempat ambil pesanan dan memesan dua hot chocolate and hot mocha.

Setelah itu mereka duduk bertiga.

"So, macam mana sekarang?",Zara mulakan perbicaraan mereka.

"Macam mana apa?",soal Amylea kembali.

"I risau Iman and the gang dapat tahu siapa dalang apa yang berlaku tentang diorang!",kata Zara.

"Oh gosh Zara! Chill lah!", ujar Ilya lalu menghirup mocha.

"Alahai you ni Zara, diorang mana tahu kita yang spread benda ni. Relax okeyy?!",balas Amylea.

"Memang lah i okey. But you tahu kan, Iman selagi dia tak jumpa siapa yang sebarkan benda ni, dia tak akan putus asa untuk siapa yang menfitnah dia!",terang Zara.

"Haih, i malas lah nak fikir. Iman tu memang menyakitkan hati i betul! Gambar yang kita edit tu, you simpan baik-baik.",ujar Amylea.

Zara mengeluarkan pendrive dari begnya.

"Semua bukti dan gambar ada dalam pendrive ni. I akan jaga betul-betul. You jangan risau!",kata Zara lalu senyum.

"Good!",balas Ilya dan Amylea.

"So, kita tak perlu fikir apa-apa dah. Biarkan Iman cari siapa yang sebarkan sebab dia tak akan jumpa pun buktinya! Hahahaha tak sia-sia plan i ni!",kata Amylea lalu ketawa.

Tanpa mereka sedar ada dua orang sudah mendengar segalanya. Segala perbualan telah dirakam dalam telefon seseorang.

Mampus kau lepas ni!,sinis hati seseorang itu bersuara.

















Heyy!

Jangan lupa vote okey?!















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro