27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI ini ialah hari terakhir aku bersekolah disini sebagai pelajar tingkatan 4. Tak sangka kan, masa pantas berlalu. Tup..tup tahun depan aku menduduki SPM.

Tinggal setahun sahaja lagi lepastu semua dah berpisah. Ni paling aku benci. Sebuah perpisahan. Nasiblah semua Geng Putera dan Puteri duduk di Selangor cuma tempat lain-lain. Aku kat Bandar Utama, Intan dan Ain duduk di Shah Alam, Aisyah pula duduk di Kota Damansara dan akhir sekali Wani dan Izzah duduk di Tropicana. Alahai, semua dekat-dekat jelah. Hahahaha.

Geng Putera pula, Irfan dan Aizat berpisah tiada duduk di Shah Alam, Harriz sama dengan Aisyah di Kota Damansara, Iwan dan Aiman duduk di Tropicana dan akhir sekali, ketua pengawas kesayangan semua orang aka mamat kepo duduk di Bandar Utama.

Eh jap. Bandar Utama? Sama dengan aku?! Oh gosh! Mampus!

Tapi kenapa aku nak takut pula? Bukannya ada apa-apa pun. Hahahahahaha pelik.

Syok sangat termenung dan berfikir..

Tukkk!!

Ada coklat mendarat di dahi aku. Aduhai nasib coklat, kalau batu dah lama aku bantai orang yang baling ni.

Aku toleh. Aiman tersengih lalu aku jeling.

"Geng!",seru Izzah.

Aku hanya memusingkan badan dan mengangkat kening sambil makan coklat. Oh lupa nak cakap hari terakhir bebas weh! So Adam jadi semak samun dalam kelas 4 Mawar ni. Tembak juga kang dia ni!

"Apa?",serentak semua tanya. Adam yang berdiri mengambil tempat di sebelah aku.

"Cuti ni kita keluar nak?",cadang Izzah.

"Aku okey jer",semua setuju.

"Kau Iman?",soal Ain.

"Erm.. okey!",jawab aku.

"Korang ada plan apa-apa ke cuti ni?",soal Ain pula.

Aku ada apa-apa plan ke hm? Ada ke tak? Papa..mama..

OHHH YEAHHHH FAMILY DAY!!!

Aku mengangkat tangan.

Dan, orang sebelah pun angkat tangan.

"Haa ada apa?",soal Harriz.

"Family Day!!!",kata aku dan Adam serentak. Aku pandang Adam, dan dia juga pandang aku.

"Kau sibuk kenapa?",marah aku.

"Ehh suka hatilah. Dah keluarga aku buat family day! Kau tu yang sibuk!",balas Adam.

"Alaa kau sepatutnya kau sebutlah Hari Keluarga. Aku sebut 'Family Day' pun nak ikut!",lawan aku.

"Eh eh kau.. lantak lah aku nak speaking bahasa apa pun. Kau tu yang sibuk!",Adan tak nak mengalah.

Kami lawan mata pula.

Mata hazel bertembung dengan mata hazel.

"Dari mata turun ke hatiiiii",jerit Aiman dan Harriz.

Aku dan Adam toleh. Erhhh choii lah!

"Pasal 'Family Day' pun nak gaduh? Ish ish ish!",Intan menepuk dahi sambil menggeleng kepala.

"Itu namanya jodohhhh",balas Ain dan Aizat serentak

Aku mencerlung tajam kepada Ain dan Aizat. Jangan sampai aku pijak dua orang ni kang, besar kecil besar kecil sahaja aku tengok!

"So bila korang buat Family Day?",soal Wani.

"Hmm tengah bulan kut. Nanti aku roger lah!",ujar aku.

"Haaa aku pun sama. Nanti aku rogerr!",kata Adam.

Gitar yang diambil dari bilik muzik, Irfan telah keluarkan.

"Okeh geng! Kita suruh Adam nyanyi nak?",cadang Irfan.

"Haa okeh okeh!!",semua setuju.

"Ishh apa ni?! Tak nak lah aku",Adam menolak.

"Alaa Adam pelishhh.. payung satu!!",aku buat muka macam kanak-kanak minta gula-gula. Mata dibulatkan.

"Tapi kau kena nyanyi juga dengan aku!",ujar Adam.

"Eh kenapa pula?",soal aku pelik.

"Nak ke tak nak?",Adam macam nak ugut.

"Alaaa Iman join jelah. Kau dengan Adam sesuai kut nyanyi sama-sama",kata Harriz.

"Lagi sesuai kalau dua-dua naik pelamin sama-sama",usik Aizat pula.

Aku hanya menjeling.

"So dear?",Adam memandang aku.

"Okeylahh",jawab aku. Haish!

"Lagu Luar Biasa by Ismail Izzani",kata Adam. Aku hanya mengangguk.

Petikan gitar sebagai permulaan..

Aku mulakan nyanyian..

Apa erti sayang?
Erti setia?
Setiap hari sayang
Yang luar biasa

Aku tahu
Ini lebih dari cinta
Apa lah kami jika bukan
Luar biasa
Kau juga yakin
Ini lebih dari cinta
Dan jika kau sedia

Adam sambung..

Akan aku hadir
Hanya untukmu
Akan aku lawan
Hanya untukmu
Akan aku rindu
Hanya padamu
Tak usah kau bimbang
Dan tak usah tertanya

Apa erti sayang?
Erti setia?
Setiap hari sayang
Yang luar biasa

Apa erti sayang?
Erti setia?
Setiap hari sayang
Yang luar biasa

Sama-sama nyanyi..

We ain't gotta go viral
Please stay the same
Then we'll go up
The only way
You know that I will give you what you want
Just so you know
You're second to none

Akan aku hadir
Hanya untukmu
Akan aku lawan
Hanya untukmu
Akan aku rindu
Hanya padamu
Tak usah kau bimbang
Dan tak usah tertanya

Adam..

Apa erti sayang?
Erti setia?
Setiap hari sayang
Yang luar biasa

Aku..

Apa erti sayang?
Erti setia?
Setiap hari sayang
Yang luar biasa

Aku dan Adam saling berpandangan. Nyanyi dengan penuh semangat. Hahaha

Bukan lebih tahu
Tapi jika kamu yakin
Jangan ragu-ragu
Like a different feeling
Tak kau sangka macam kena pop quiz
Terima sahaja apa adanya
Dan selalu ingat padaNya
You know what the life can bring
You want the finer things
I can't even lie
Good vibes
For the win

Aku doakan hanya yang terbaik untuk kami
Cinta yang luar biasa
Cinta yang luar biasa
Yang luar biasa

Aku senyum saat nyanyian sudah tamat.

Apa erti sayang? Cinta luar biasa?

Aku pandang Adam.

Dan..

Hati berbisik..

Adakah ini cinta?



* * *

BARANG sudah aku kemas dan diletak di tepi katil. Menanti kedatangan kesayangan aku tiba.. hahaha siapa lagi kalau bukan Adam? Ehhhh silap!! Keluarga aku!

Sejak majlis Akhir Tahun itu, hubungan aku dan Adam semakin erat. Aku dan Adam sudah tidak kisah apabila ada sesetengah pelajar menjeling, mengumpat dan membenci kami. Kalau menfitnah aku sendiri turun pandang, potong lidah orang itu.

Adam? Dia cool dan tenang saja tapi akan kelihatan dingin dan tegang saat ada orang cuba berkasar dengan aku. Hahahah sweet tak? Baik tak dia?

Eh apa aku melalut ni? Adam tak akan jadi milik aku. Dia dengan aku macam langit dan bumi. Uihhh jauh sekali. Aku tak layak untuk dia. Dan tak pernah terdetik pun nak letak dia dalam hati aku ni. NEVER!!!

Are you sure, Iman? Tak akan simpan dia dalam hati?,gumam hati Iman.

"Yes! I am pretty sure!",jerit aku perlahan.

"Oii kau dah kenapa?",soal Aisyah.

"Err..tak ada apa-apaa",jawab aku. Aku kelam kabut larikan diri sebelum dihujani segala soalan Aisyah yang berbaur usikan itu. Mana boleh percaya sangat mulut kawannya itu.

* * *

Adam POV

BADANNYA dibaringkan di atas katil. Asrama mereka masih riuh kerana ada yang kelam kabut kemas barang dan bergurau. Ada yang bermain gitar dan sebagainya.

Fikirannya mula menerawang seraut wajah gadis. Ya, siapa lagi kalau bukan Raudhah Iman.

Wajahnya terukir senyuman manis. Entah mengapa saat wajah Iman menerpa atau dipandang hatinya berbunga riang. Dulu dia seorang yang dingin dengan perempuan kecuali kawan-kawannya tapi sejak hadirnya Raudhah Iman dalam hidupnya. Dia seperti rasa sesuatu.

Dulu saja nak balas balik perbuatan Iman tapi semakin lama semakin lain pula niatnya. Makin teruja saat bergaduh dengan Iman walaupun perkara kecil. Iman pula kadang comel bila marah. Hahahaha.

Parah ni Adam, parahhhhh

"BAAAAA!!!"

Adam mengurut dada. Astaghfirullah al azim. Lemah jantung mak! Ehh apa mak ni? Aku bukan maknyahhh!

Aku merenung tajam pada insan yang sergah dia sebentar tadi.

"Kau ni kan! Aku tumbuk nanti, berterabur gigi kau!",marah Adam.

Harriz buat muka tak bersalah lalu sengih.

"Apa sengih-sengih?",marah aku.

"Peace!!",Harriz buat muka comel.

"Gila ke apa?!",ujar aku. Lalu, Harriz ketawa terbahak bahak.

Tak lama kemudian..

"Kau okey ke?",soal Harriz mendatar.

"Erm",jawab aku sambil menutup mata.

"Rindu Iman ke?",soal Harriz lagi.

Bantal dibaling, tepat kena kepala Harriz.

Bunyi gelak tawa buat aku tersengih. Haih, nasib member.

"Adam",panggil Harriz setelah 5 minit berlalu.

"Pe?",ringkas sahaja aku menjawab.

"Kau suka Iman?",soal Harriz. Aku memandang muka Harriz, wajahnya serius daj tiada senyuman atau tanda-tanda usikan.

Aku berfikir.

Aku suka dia ke? Cinta? Lupakan semuanya tu lah, Adam. Kau tak layak untuk dia, bisik hati aku sendiri.

Aku biarkan soalan Harriz tergantung sepi.

7 minit berlalu...

"Kalau suka, cakap suka. Jangan simpan, takut lambat, kau sendiri frust tertonggeng!",ujar Harriz dengan nada tegas.

Aku terkesima.

Aku tak tahu perasaan aku.























YEAHHH!!!

CUTI ADAM & IMAN BERMULA!!



HUGAGA HUGAGA






























V
O
T
E

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro