28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"RAUDHAH IMAN!!!!",jerit Datin Raisha dari ruang tamu.

"Cepat turun! Kalau tak mama tinggalkan kamu!!",marah Datin Raisha.

Macam mana lah boleh dapat anak perempuan yang liat nak bangun? Orang kelam kabut nak pergi bercuti dia boleh terkedek kedek dalam bilik itu. Ya Allah, 'bertuah' siapa dapat jadi suami anak aku ni!,getus hati Datin Raisha.

"Ya mama.. kejap! Iman tengah cari earphone ni!",Iman membalas jeritan mamanya dari bilik.

"Cepat!! Kalau tak mama suruh papa tinggalkan kamu!",laung Datin Raisha lalu berlalu pergi ke dapur.

* * *

TANGAN aku masih ligat mencari earphone, kalau tak bawa nanti.. memang dilanda kebosanan yang teruk apabila tidak boleh tidur malam. Huwaaaaa!!!

"Aku rasa aku letak kat atas rak ni semalamm",monolog aku sendirian.

Jeritan mama buat aku terkejut. Allahu mama aku ni, nasiblah aku tak ada sakit jantung! Mahu gugur segala jantung aku.

"Ya mama.. kejap! Iman tengah cari earphone ni!",balas aku sekuat mungkin. Hahahahahaha.

Mana ni? Aduhhhh

Pintu bilik aku dibuka dari luar. Terjengul kepala Raiqal Izham abangnya.

"Cepatlah.. mama dah bebel kat bawah. Sakit lah telinga aku dengarrr",rengek Raiqal.

"Ish kau ni. Cuba tolonh aku!",marah aku sambil mencari barang aku tadi.

Raiqal merapati aku.

"Kau cari apa ngek?",soal Raiqal.

"Earphone aku! Semalam aku letak kat siniii",jawab aku.

"Ohh.. earphone kau Aira pakai tadi. Dia kat dalam kereta tengah guna",balas Raiqal dengan tenang. Tak perasan muka adiknya sudah berubah.

"WHAT?!!!",jerit aku.

Raiqal terkejut.

"Ehh pahal?"

"Tak guna! Aku cari macam hilang anak kat dalam bilik ni. Budak tu boleh pula guna sambil chill chill dengar lagu dalam kereta?! Tahu tak aku dah kelam kabut cari tadi?! Tahu tak aku rasa nak gila bila earphone aku hilang?!!!",aku mengamuk.

Bagasi kecil aku direntap kasar lalu menuruni tangga.

Raiqal masih kaku kerana terkejut. Uihh bila minah tu mengamuk rasa nak runtuh rumah ni. Eh japp.. Aira!! Mampus kau dik!

Raiqal kelam kabut mengejar Iman yang sudah melangkah ke kereta papanya. Aduhaiiii.. lion monster dah datanggg!

"Ruhaini Umairah!!!",seru aku dengan suara yang dikuatkan.

Umairah yang terasa ada seseorang memanggilnya terus mencabut earphone dari telinganya. Dahinya berkerut. Dah kenapa kakak dia ni panggil?

"Apa?",soal Umairah blur.

"Kau tanya aku apa? Apa? Kau tahu tak tadi aku bangun mandi apa semua tu. Pastu bila nak ambil barang.. aku tak jumpa earphone aku! Sejam aku cari sampai bersepah bilik aku! Rupanya kau yang ambil! Tak guna! Mana earphone kau sengal?? Dah tu sesedap adabi kau jer chill chill kat sini sambil dengar lagu sampai aku kat bi.......",kata-kata aku tergantung saat Raiqal menekup mulutnya.

"Mmmmphhhhhhh",aku cuba menarik tangan Raiqal.

"Kau boleh diam tak? Membebel jer!",ujar Raiqal lalu melepaskan tangannya dari mulut Iman.

Aku merengus geram lalu menjeling tajam.

Umairah dipandang dengan pandangan maut!

Aku berjalan ke arah papa yang berada do muka pintu. Lantas, aku memeluk papa.

"Ehh kenapa ni?",soal Dato Umar prihatin.

"Tuuu Aira ambil earphone Imann",rengek aku sambil peluk papa.

"Ya Allah budak bertuah ni.. Yelah nanti kita beli baru ya?",ujar Dato Umar lalu mengusap kepala anaknya.

"Tapi Iman nak guna sekarangg",rengek aku lagi.

"Nanti kita singgahlah kedai pastu beli. Okey sayang?",pujuk Dato Umar.

Aku mencebik lalu mengangguk.

"Dah pergi masuk kereta",arah Dato Umar. Aku pantas masuk ke kereta. Baby kesayangan aku berjenama OPPO diambil lalu bermain dengannya.

Tempat di sebelah aku diduduki seseorang, siapa lagi kalau bukan Raiqal? Abang paling poyo dalam dunia. Hahaha.

"Iman",panggil Raiqal.

Aku buat pekak.

"Iman",seru Raiqal lagi.

Sunyi.

"Raudhah Iman...",panggil Raiqal meleret.

"Ya Raiqal Izham? Abang paling sengal dan poyo ni nak apa?",balas aku lalu menjeling.

"Marah ke?",soal Raiqal.

"Marah apa?",soal aku balik.

"Marah ke dengan Aira?",tanya Raiqal lagi.

"Kau nampak aku happy ke?",soalan Raiqal aku balas dengan soalan. Rasakan!

"Haih kau ni..",Raiqal mengeluh.

Keadaan di dalam kereta sunyi.

"Aira tak sengaja lah pakai earphone kau tu",ujar Raiqal dan serentak itu juga mama dan papa masuk ke kereta.

"Semua okey?",soal Dato Umar.

"Okeyy"

"Kita pergi rumah kawan papa dulu baru bergerak ke tempat percutian",ujar Dato Umar.

Semua senyap tanda okey.

Dalam hati aku tertanya-tanya.. 'siapa pula kawan papa ni? agak-agak dia ada anak lelaki tak? hensem tak anak dia? kalau hensem boleh try.. hohoho'

Aku sengih jahat. Hehehehe.

* * *

ADAA MIKAYLA menarik bagasinya ke but kereta bersama beg sandangnya yang kecil.

"Meh abang tolong masukkan. Adik pergilah tolong ibu kat dapur tu",ujar aku perlahan.

"Hmm thanks. Bye!",Adaa berlari masuk ke dalam mencari ibunya.

Encik Razlan melangkah ke arah anaknya yang sedang mengangkat beg.

"Nanti ayah nak Adam kenal dengan anak kawan ayah tau!",ujar Encik Razlan.

Kening aku bertaut. Pelik. Kenapa aku kena layan pula?

"Berapa umur dia ayah?",soal aku.

"Dia sebaya kamu. Dia ada abang dan adik perempuan. Layan dia baik-baik",ucap Encik Razlan sambil senyum yang amat manis sekali.

Ada udang di sebalik bibir ayah ni.

Hahahahaha

Pin pin!!

Bunyi hon kereta membuat perbualan ayah dan anak terhenti. Encik Razlan tersenyum memandang sebuah kerrta Alphard di luar rumahnya.

Encik Razlan memandang anaknya lalu senyum.

"Dah sampai dah diorang tu",kata Encik Razlan lalu membuka langkah ke arah sahabatnya.

Puan Melisa dan Adaa keluar dari rumah setelah mendengar bunyi hon kereta.

"Dah sampai dah diorang",ucap Puan Melisa lalu memeluk isteri kepada sahabat suaminya. Ya, mereka saling mengenali satu sama lain suatu ketika dahulu.

"Rindunya kat kau Lisa!",ujar Datin Raisha lalu melagakan pipinya dengan pipi Puan Melisa.

"Arghh aku lagi rindu kat kau",balas Puan Melisa.

Dato Umar dan Encik Razlan hanya berjabat tangan dan berborak.

Raiqal dan Umairah sudah keluar dari kereta merapati mama dan papanya.

"Kenalkan ini anak aku yang sulung, Raiqal Izham dan yang bongsu Ruhaini Umairah",ujar Datin Raisha.

"Hai sayangg",ucap Puan Melisa lalu mencuit pipi Umairah. Umairah menyalami tangan kawan mamanya.

"Bukan anak kau tiga orang ke, Raisha?",soal Puan Melisa.

"Haah. Raiqal, panggil adik kamu lahi sorang tu jap",kata Datin Raisha.

Sementara itu Puan Melisa mengenalkan anak-anaknya kepada Datin Raisha.

Adam hanya senyum manakala Adaa sudah bersahabat dengan Umairah. Boleh jadi geng!

Raiqal melangkah ke arah mamanya diikuti seorang gadis di belakangnya.

Adam memerhati gadis itu. Mungkin gadis itu yang dikatakan oleh ayah. Hmm nampak manis ayu bertudung. Wajah? Aku tak nampak sangat.

Semakin lama, gadis itu semakin dekat. Dan...

"Assalamualaikum aunty",ucap Iman lalu menyalami tangan Puan Melisa.

"Waalaikumusalam..cantiknya anak perempuan kau ni Raisha. Boleh jadikan menantu aku ni",kata Puan Melisa.

Iman masih tidak sedar kehadiran Adam disitu. Adam pula? Dia terkejut beruk melihat gadis itu ialah Raudhah Iman!

Rasa seperti diperhatikan, lalu Iman mengangkat kepalanya dan...

Mata aku bersabung dengan sepasang mata hazel.

Adam..

Macam mana dia boleh ada kat sini?

Jelas riak Iman terkejut.

Adam mendekati Iman.

"Hai Raudhah",ucap Adam perlahan.

Aku menjeling. Kepala kau Raudhah! Selalunya panggil aku Iman.

"Hai Mikael",balas aku.

Adam pula.. kepala lutut kau lah Mikael! Bukan panggil aku Adam ke?

Adam mendekatkan wajahnya pada telingan kanan Iman.

"Nampaknya kita ni berjodoh. Asyik bersama jerr",bisik Adam perlahan dan lembut mampu menggoda Iman.

Iman kaku.

Jodoh?

Lempang nak?

Aku rasa bodoh ada lah!

Iman mendekatkan mulut Iman di telinga Adam.

"Kalau kau rasa ini jodoh.. aku rasa ini ialah bodoh! Aku dengan kau? Never!",ucap Iman sinis.

Hehehehe

"Dah lah mamat kepo!",ejek Iman.

Adam ketawa kecil.

Raiqal, Umairah dan Adaa memandang ke arah mereka berdua.

"Macam kenal jer diorang tu"kata Umairah.

"Aira.. tu kan Adam yang selalu Iman cerita",balas Raiqal.

Mata Umairah terbuntang!

"Macam mana abang tahu??",soal Umairah. Matanya masih memandang raut wajah Adam. Hensem gila Adam ni.

"Abang stalk dia!",ringkas jawapan Raiqal.

Adaa memandang kedua adik beradik itu dengan dahi berkerut.

"Iman.. Kak Iman?",soal Adaa.

"Haah dia lah Iman",kata Raiqal.

"Ohh ni lah Kak Iman?? Awww so sweet lah abang Adam dengan kak Iman!!!",ucap Adaa lalu membuat muka comelnya.

Raiqal dan Umairah tergelak dan ketawa mereka terhenti lalu berhenti dan memandang wajah Adaa Mikayla.

"Apa?",soal Adaa pelik.

Raiqal dan Umairah saling berpandangan dan beri senyuman yang penuh makna.














































TBC..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro