37

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AIZAT, Aiman, dan Irfan membawa air minuman mereka dan kawan-kawan mereka yang lain.

Adam, Iwan dan Harriz sedang duduk di meja bahagian tersorok.

"Sekarang macam mana?",soal Iwan.

"Macam mana apa? Minum lah air tu",ujar Aiman.

Pangg!!

Aiman pegang pipinya yang terasa pijar akibat kena tamparan Iwan.

"Okey.. sekarang korang buat tak tahulah pasal Amylea tu. Bukannya dia tahu kita yang buat kereta dia macam tu",ujar Harriz.

Pangg!!

Pipi Harriz ditampar oleh Aizat.

"Eh pahal?",soal Harriz sambil menggosok pipinya yang mula kemerahan.

"Pasal Amylea tu lantak pi lah! Sekarang ni Iman macam mana? Tu kau tak nampak honey dia muka cemberut!",kata Aizat sambil melirik mata ke arah Adam.

Adam mengeluh.

"Entahlah. Aku pun tak tahu",kata Irfan.

"Macam mana Iman boleh tahu Amylea dengan Adam akan berjumpa hari ni?",soal Harriz.

"Haaa tu pelik!!!",jerit Aiman perlahan.

Pakkk!!

Kini, kepala Aiman diketuk.

"Kau ni. Itu pun kitaorang tahu. Otak tu biarlah cerdik sikit! Macam manalah si Wani boleh syok kat kau ni",Irfan menepuk dahinya.

Yang lain dah galak ketawa.

"Kau, nama Wani jangan main. Cinta hati aku tuuu!!",pesan Aiman.

"Cinta hati ke cinta mati ke? Kesah apa aku!",Irfan menjeling.

"Adam.. kau okey tak?",soal Harriz melihat Adam yang dari tadi senyap.

"Aku tak tahu macam mana nak explain kat Iman apa yang jadi tadi. Macam mana kalau dia salah faham? Aduhhhh!!!",Adam kusut. Kusut sangat-sangat.

"Hek eleh kau. Chill lah. Sedut air dulu!!",ujar Aiman.

"Aiman Rayyan bin Izhar!!",suara Aizat naik dua oktaf.

"Woo woo bro.. chill!! Nak aku belanja air chill chill tu tak?",Aiman sengih.

"Sabar Aizat sabar.. aku tahu iman kau kuat!",pujuk Iwan menenangkan Aizat.

Aiman sengih macam kerang busuk sambil tunjuk peace .

"Dahlah. Aku nak jumpa Iman dulu!"

"Hmm pergilah",balas Harriz.

Adam melangkah pergi.

* * *

"ASSALAMUALAIKUM!"

"Waalaikumusalam. Kejap yaa!",Datin Raisha bergegas buka pintu rumah.

Pagar rumah dibuka automatik.

"Lahhh Adam. Ada apa datang sini?",soal Datin Raisha apabila Adam sudah melangkah masuk ke perkarangan Villa Rose milik Dato Umar dan Datin Raisha.

"Saya nak jumpa Iman, mak cik",ujar Adam.

"Ohh nak jumpa Iman. Iman tak ada, dia keluar tadi. Tak apa, Adam masuk dulu.. kejap lagi dia balik lah tu.. Haa jemput masuk!",ramah Datin Raisha.

"Terima kasih mak cik",Adam membuntuti langkah Datin Raisha sehingga ke ruang tamu.

"Duduk dulu.. Nanti Mak Leha hantarkan minuman. Mak cik nak ke dapur kejap",kata Datin Raisha lalu ke dapur.

Tak lama kemudian, Mak Leha iaitu pembantu rumah Villa Rose ini menatang dulang yang berisi air ke ruang tamu.

"Jemput minum"

"Terima kasih"

"Hah bro bila sampai?",tegur Raiqal yang turun dari tingkat atas.

"Baru jer",jawab Adam. Mereka saling menyalami.

"Ada apa datang sini?"

"Nak jumpa Iman jap"

"Hmm dia tu keluar. Tapi outfit dia hari ni hitam. Berkabung ke apa. Hahahahahah",Raiqal gelak. Adam hanya senyum nipis.

Raiqal dan Adam saling berbual.

Bunyi enjin kereta Audi R8 Iman kedengaran.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumusalam",jawab Raiqal serta Adam.

Iman berlari masuk ke rumah.

"Abang Raiqal!!!",jerit Iman lalu memeluk Raiqal yang baru sahaja mahu duduk di atas sofa.

"Yoo apahal ni?",soal Raiqal.

"Iman ada beli cheesecake!!!",riang Iman menjerit.

Raiqal mencubit pipi gebu aku.

"Siapa comel?",soal Raiqal.

"Dengan bangganya, aku lah paling comel!",jawab aku sambil buat muka comel.

Adam senyum, Iman masih tak perasan kehadirannya.

"Apa yang bising-bising ni?",tanya Datin Raisha yang baru keluar dari dapur.

"Nii Iman lah. Balik jer riuh terus rumah ni!",ujar Raiqal.

Aku menjeling dan....

"Adam?"

"Ka..kau..bu..buat aaapa kat sini?"

Tergagap aku. Pelukan Raiqal terlepas.

"Apa cakap macam tu, Iman. Adam datang nak jumpa Iman lah sayang",ujar Datin Raisha seraya senyum melihat anaknya dengan Adam.

"Err.. abang nak potong kek ni jap. Bye!",pantas Raiqal meluru ke dapur.

"Mama nak tolong Raiqal. Bye",Datin Raisha turut meninggalkan anaknya dan Adam berduaan.

Mama!! Abang!!

"Ada apa nak jumpa?",dingin suara aku.

Adam berdiri mendekati Iman.

"Kenapa macam marah jer ni?",soal Adam lembut.

Aku hanya beri jelingan tajam.

"Marah kat honey ke?",soal Adam lagi.

"Dalam rumah ni jangan guna panggilan tu. Aku tak nak keluarga aku tahu pasal ni",tegas aku berkata.

"Okey"

Aku melangkah ke arah taman mini di tepi rumah.

"Aku boleh explain apa yang kau nampak tadi",ujar Adam perlahan

"Explain lah cepat! Aku nak masuk bilik ni"

"Amylea paksa aku jumpa dia hari ni"

"Ha ok"

"Dia ugut aku.. kalau aku tak jumpa dia.. dia nak sebarkan yang aku dengan dia ada hubungan"

Aku senyum sinis.

Apahal headprefect of Permata Highschool ni kurang cerdik?

"Kau boleh aje buang fitnah tu. Jangan tunjuk kebodohan tu boleh tak?"

"Iman.."

"Dah lah. Aku tahu semuanya. Aku nampak Amylea kat kedai buku semalam dan aku dengar perbualan kau dengan Amylea dalam kereta semalam. Aku pun nampak dan dengar apa yang jadi kat kafe tadi. Aku menyamar pakai baju serba hitam ni haa. Dan.. aku tahu kau dan Geng Putera yang rosakkan kereta Amylea tadi. Kan?",lebar aku berkata.

Adam tergamam.

"Then kenapa kau macam marah aku sekarang ni?",tanya Adam.

"Entah"

"Iman.."

"Hmm"

"Bagitahulah apa silap aku atau.."

"Atau apa?"

"Atau kau ada sorok something dari aku?"

Berubah muka aku. Kawal Iman kawal.

Adam akan perasan perubahan muka Iman lalu senyum sinis.

"Aaku nak sorok aapa?"

"Amylea ada cakap apa-apa ke sebelum aku sampai kat tempat kereta kau tadi?"

Aku diam.

"Iman"

Sunyi.

"Raudhah Iman.."

Aku hanya memandang wajah Adam.

"Aku nak naik lepas tu mandi lah",ujar aku lalu memusingkan tubuh untuk buka langkah.

Entah di mana silapnya dan ....

Debukkk!!!

"Auchhhhh!!!"

Yep, aku jatuh.

"Iman..."

Adam meluru ke arah aku.

"Okey tak ni? Cuba bangun"

Aku cuba untuk bangun tetapi kaki aku terlampau sakit dan jatuh semula. Mungkin terseliuh?

"Tak boleh",kata aku perlahan. Air mata aku sudah mengalir menahan sakit.

Adam menarik kaki aku dan lihat takut ada luka.

"Hmm terseliuh ni"

"Hmm"

Aduhhh macam mana aku nak bangun? Dah lah macam bantal busuk jatuh dari katil.

Aku cuba untuk berdiri tapi hampa masih tak boleh.

Tiba-tiba aku rasa tubuh aku bukan berada di atas tanah malah di awangan. Ehh?

Laaa Adam dukung aku ala-ala bridal style .
Aku memeluk erat batang leher Adam agar tidak terjatuh.

Adam mendukung aku sehingga masuk ke rumam dan ke ruang tamu.

"Eh kenapa ni, Adam?",soal Datin Raisha.

"Kenapa kau dukung adik aku ni?",tanya Raiqal pula.

"Iman jatuh tadi kat taman tu. Kaki dia terseliuh so tak boleh nak bangun",cerita Adam.

"Ehh, Iman yang brutal pun tak boleh lawan sakit?",usik Raiqal.

Aku yang masih dalam dukungan Adam menjeling.

"Kau mentang-mentang aku tak boleh jalan kau mengusil aku kan?! Kau tunggu.. kau masuk bilik aku malam ni pastu kacau aku. Aku sumpah kau jadi penguin. Penguin tahu tak!",marah aku.

Adam, Raiqal dan Datin Raisha tergelak.

"Haa jangan seronok sangat gelak Raiqal. Lepas ni, ps4 kau aku sorok kat tempat paling kau tak tahu",ujar aku selamba.

Terus gelak Raiqal terhenti.

"Kau jangan berani sentuh ps4 aku!"

Aku menjelir lidah.

"Adam, bawa aku pergi bilik dia. Aku nak ambil ps4"

"Oii!! Adam, kau campak jer dia ni kat luar",jata Raiqal.

"Eh kau! Adam, kau tolong bawa aku sampai ke bilik dia sekarang!"

"No! Adam, kau campak jelah dia ni. Jangan sesekali masuk ke bilik aku!"

Adam sudah pening melihat perbalahan kedua adik beradik. Dia betulkan dukungan Iman. Berat juga awek aku ni.

"Mama tengok abang Raiqal! Dia tak sayang Iman pastu nak suruh Adam campakkk",adu aku.

"Raiqal dah lah tu. Haa Adam tak berat ke angkat si Iman tu?",kata Datin Raisha seraya senyum.

Ok.. sekarang baru aku sedar.

"Kau turunkan aku sekarang!",arah aku tegas.

"Dah blushing lah tu",usik Raiqal.

Adam letak aku di atas sofa.

Cheesecake yang terhidang itu diambil dan dimakan oleh aku.

"Mama, Aira manaa?",soal aku.

"Ada kat bilik. Tidur rasanya"

Aku sengih. Otak ligat fikir nak kenakan Umairah.

"Otak tu jangan sibuk nak kenakan Aira",tegur Raiqal.

Raiqal dah masak sangat perangai Iman dan Umairah. Suka kenakan sesama sendiri.

"Sibuk lah abang ni"

"Haih.. macam manalah kau boleh sangkut dengan adik aku ni, Adam..",ujar Raiqal.

Aku yang tengah kunyah kek tersembur kena muka Raiqal.

Raiqal pejam mata. Datin Raisha dan Adam sudah ketawa.

Aku tahan ketawa tapi rasa bersalah menggunung juga.

"Raudhah Iman binti Umar!",lantang Raiqal bersuara.

"Oups!! Hahahahahahaha tak sengajaaaaa",aku cuba melarikan diri tapi apakan daya kaki aku sakit.

"Auchhh!!! Abang jap. Kaki sakit ni!"

"Ahhhhh kau memang sengaja kan!",Raiqal sudah berura-ura nak kenakan Iman kembali.

Aku menarik Adam di sebelah untuk dijadikan penghalang. Hahahahaha.

Gelak tawa bergema di ruang tamu Villa itu.

Datin Raisha mengambil minyak untuk mengurut anaknya.

"Dah meh sini, mama urutkan kaki tu"

Aku mendekati mama dan huwaa bestnya mama urut.



















Okey, lepas kita skip cuti sikit dan yeahh masuk tingkatan 5.

Are you guys ready?

Tak sabar nak munculkan watak baru. Hahahahahahahahaahaha

Okey bye!

















TBC..











VOTE

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro