39

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MASUK sahaja ke perkarangan sekolah, aku dan Geng Puteri menuju ke arah Geng Putera yang sedang rancak berborak.

"Oi geng!!!",tegur Ain kasar.

"Yooo!",balas Aizat.

"Ehem! Assalamualaikum geng!",ucap aku. Ehek saja nak bagi depa terasa.

"Erk..."

Krik krik weh.

"Waalaikumusalam, sweetheart!",jawab Adam.

Fuhhhhh nak luruh jantung aku weh. Tadi dia tak ada kat sini, entah dari mana tiba-tiba datang.

Geng Putera dan Puteri yang lain dah sengih-sengih pandang dua merpati sejoli di hadapan mereka.

"Kau tak ada tugas ke pagi ni?",soal aku dengan riak selamba.

"Ada. Tugas aku menjaga hati kau.."

Muka aku kemerahan. Dah lah kulit aku putih kemerahan.

"Chiaaa chiaaa chiaaaaa!!!",jerit Geng Putera dan Puteri lalu ketawa.

Aku tersenyum malu. Malu lah gila sebab ada pelajar lain tengok geng beruk aku ni dok chia chia chia kemain lagi.

"Ehem..kau tak payah tumpahkan gula kat sini. Pergi bertugas sana!",kata aku tanpa nada.

Aku tahan senyum.

"Macam mana aku nak bertugas kalau aku sudah terikat dalam hati kau",ayat gula lagi.

"Woooooooo sweet gilaaa!!",usik Harriz.

Aku tampar lengan Adam yang dah ketawa melihat muka aku sudah merah.

"Kau nii!! Jangan lahhh",marah aku. Alaaa marah manja.

"Hehehe dah-dah pergi perhimpunan sana. Aku nak gerak ke tempat tugas aku ni!",ujar Adam lalu berlalu pergi. Sebelum pergi dia sempat mengenyit mata. Wink wink.

Aku senyum.

"Bestlah, orang tu awal-awal dah dapat ayat gula. Aku ni dah lah lonely!! Sedih jap!",kata Ain.

"Aku ada!",balas Aizat.

Ain jeling tajam. Aku dan yang lain ketawa.

Kami berjalan ke arah tapak perhimpunan.

* * *

MENGUAP. Entah kali keberapa aku menguap tapi masih pengetua berucap di atas pentas.

Ya Allah, pengetua ni tak penat ke bebel kat atas pentas tu? Dah nak sejam dia kat atas tu. Ni lah akibatnya sebab hari pertama persekolahan. Ada budak tingkatan 1 baru masuk.

Aku sumpah penat dengar pengetua bebel. Ngeh ngeh ngeh.

Aku cuba fokus untuk dengar ucapan pengetua yang mungkin akan berakhir tak lama lagi.

"Jadi, untuk program khas Tingkatan 1 tahun ini saya akan melantik dua orang pelajar senior untuk memantau Tingkatan 1 dan memberitahu peraturan sekolah..",ucap pengetua.

Aku hanya diam. Dah sah-sahlah pengawas yang kena bagitahu. HAHAHAHAHAHAHA. Weh bosannya.

"Sebelum saya akhiri ucapan saya pada pagi ini...."

Mata aku yang kuyu mula terbuka besar. Dah nak habis lahhh.

"Saya nak jumpa Adam Mikael dari kelas 5 Lavender dan Raudhah Iman dari kelas 5 Mawar! Itu sahaja sekian terima kasih!"

Okey mata aku nak tergolek. Pahal weh?!

Bunyi tepukan gemuruh dari para pelajar mungkin semangat sebab dah tiada ucapan lagi.

"Weh pahal pengetua nak jumpa kau dan Adam?",tanya Intan perlahan.

"Entah. Aku pun tak tahu"

Guru bertugas sedang memanggil setiap kelas untuk naik ke kelas masing-masing.

Aku yang baru nak melangkah pergi tiba-tiba dihalang.

"Iman.."

"Ha apa?"

"Jomlah jumpa pengetua"

"Sekarang ke?"

"Haah sekarang"

"Hmm yelah. Geng, aku pergi jumpa pengetua jap. Jangan lupa habaq oat cikgu nanti!",ujar aku. Geng Puteri hanya jawab 'okey'.

Aku mengekori Adam dari belakang.

* * *

TOK!! TOK!! TOK!!!

Setelah mendapat keizinan untuk masuk ke bilik itu, aku dan Adam melangkah masuk.

Aku setia berdiri di sebelah Adam.

"Selamat pagi, pengetua!",ucap Adam lalu menuduk 40° dan aku hanya ikut saja.

"Selamat pagi"

"Ada apa pengetua panggil kami berdua?",tanya Adam dengan penuh hormat.

"Saya nak kamu berdua yang ditugaskan untuk memantau Tingkatan 1 dan memberitahu peraturan sekolah semasa program khas untuk Tingkatan 1 dijalankan. Faham?"

Aku kaku.

Aku ke? Bukan pengawas ke yang buat? Apasal aku? Kenapa aku? Weh pahal aku? Aku? Weh?

Jom tampar Iman ramai-ramai, readers!😂

"Baiklah. Ada apa-apa lagi ke pengetua?",tanya Adam lagi.

"Hmm..tak ada apa dah cuma saya nak cakap, kamu berdua ni nampak sepadan. Nanti dah kahwin, jangan lupa jemput saya, ya?",ucap Tn Hj Hamidi.

Adam senyum lalu mengangguk.

Aku? Rasa nak pengsan dah.

"Apa pengetua cakap macam ni..",kata aku perlahan.

"Betul apa? Sepadan. Saya berdoa kamu berdua ada jodoh",kata Tn Hj Hamidi lalu ketawa.

Aku rasa nak cepuk pengetua ni haa!

"Baiklah pengetua. Kami minta diri dulu. Terima kasih!",ucap Adam lalu menarik hujung lengan baju aku untuk keluar.

"Kau suka kan, bila pengetua cakap macam tu!",marah aku.

"Ehh mestilah suka. Gila tak suka? Doa tu weh! Takkanlah kau tak terasa nak kahwin dengan aku??",kata Adam lalu menjongketkan keningnya berkali-kali.

"Erghhhhhhhhhh otak biru!",aku terus berlari jauh dari Adam.

Dari jauh kedengaran gelak tawa Adam. Mengusik aku jer kerja dia. Tembak kang!

* * *

KELAS 5 MAWAR riuh rendah kerana dapat berjumpa semula rakan-rakan sekelas. Hahahahaha.

Puan Hanani masuk ke kelas 5 Mawar.

Setelah beri salam hormat kami diminta duduk.

"Baiklah, pertama sekali kita kena lantik Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas!",ujar Puan Hanani lembut.

Cantik pula cikgu hari ni. Hahahahaha.

"Jadi, ada sesiapa nak jadi wakil atau nak calonkan sesiapa?",soal Puan Hanani memandang seluruh anak muridnya.

"Saya nak calonkan Aiman!",lantang Harriz bersuara.

"Oiii! Aku lempang kau kang!",Aiman baling kertas yang telah digumpalkan.

"Baiklah, ada calon lain?"

"Cikguuu..saya tak nakkkkkkk",rengek Aiman.

Satu kelas gelakkan Aiman.

"Tiada cikgu! Maka Aiman harus jadi Ketua Kelas!!",kata Aizat.

Aiman sudah mencerlung tajam ke arah Aizat. Aizat dan Harriz saling bertepuk tangan.

Aku menggeleng kepala perlahan. Aduhaiii..

"Baiklah, kalau macam itu.. Aiman sila berdiri di hadapan",arah Puan Hanani selaku Guru Kelas 5 Mawar.

Dengan malasnya Aiman berjalan dan berdiri di hadapan kelas.

"Senyum lah sikit Aiman, baru hensem Ketua Kelas kita tahun ni",usik Puan Hanani.

Aiman senyum senget.

"Okey, untuk Penolong Ketua Kelas, saya nak Aiman sendiri melantik dan pastikan perempuan, yaaa",kata Puan Hanani.

Aiman sudah senyum penuh makna.

Tak sempat Aiman nak bersuara, ada gadis sudah berdiri.

"Cikgu!!",panggil Zara.

"Ya?"

"Saya nak wakilkan diri saya jadi penolong Aiman!"

Wani yang dengar terus menjeling tajam. Dasar kerja nak menggedik!

"Itu awak kena tanya Aiman, sebab Aiman yang harus pilih siapa yang layak menjadi penolongnya",balas Puan Hanani. Dalam hati, Puan Hanani tak mahu Zara jadi penolong kerana entah apa yang akan jadi nanti. Huihhh seram!

"Saya tak nak Zara. Saya nak Aitul Syazwani jadi penolong saya kerana saya tahu dia dapat jalankan tanggungjawab dia",ujar Aiman lalu senyum ke arah Wani.

"Ececececeh!!!",satu kelas 5 Mawar sengih ke arah Aiman dan Wani.

Puan Hanani tersenyum sendiri.

"Okey Wani, sila berdiri sebelah Aiman pula"

Wani melangkah ke arah Aiman.

Zara menghentak kaki lalu duduk. Panas hatinya.

"Baiklah jawatan yang lain cikgu serahkan kepada Aiman dan Wani untuk mengisinya",tutur Puan Hanani lalu duduk di kerusi gurunya.

Aiman dan Wani pun jalankan tugasnya.

Aku hanya menongkat dagu kerana bosan. Bosanlah sebab bila benda ni nak berakhir?

Tiba-tiba...

"Apahal Aisyah pula?! Aku yang nak jawatan tu pastu kau lantik dia apahal?!",kuat suara Amylea jerit.

Puan Hanani terkejut kerana dia sedang leka berbual dengan pelajarnya.

"Apa yang bising-bising ni Amylea?!",marah Puan Hanani.

"Ni lah cikgu! Saya nak pegang jawatan Ketua Keceriaan tapi diorang pilih Aisyah pula. Mana adil cikgu!!",lawan Amylea.

"Awak mampu ke jalankan tugas sebagai Ketua Keceriaan?",sinis sekali suara Puan Hanani.

Satu kelas senyap.

"Mestilah saya boleh"

"Boleh ke kau?! Tahun lepas kau pegang jawatan ni, tapi satu kerja pun kau tak buat! Yang hiasnya aku! Aku! Dan kawan-kawan aku! Kau buat apa, hanat? Setakat nak naikkan nama pegang jawatan tu? Masuk kuburlahhhh!",berang Aisyah.

Yelah, tahun lepas Amylea dapat jawatan itu tapi satu kerja dia tak buat malah mengarah Aisyah untuk menghias kelas. Aisyah yang bakat dengan seni pun jalankan tugasnya walaupun ia bukan tugas dia. Dia nak kelas dia nampak cantik dengan sentuhan seninya.

"Jadi Amylea?",Puan Hanani hanya tayang muka selamba.

"Errr...",Amylea kelu ingin menjawab.

"Muka cantik! Tapi nak jalankan tanggungjawab pun susah! Kalau tanggungjawab macam ni pun susah kau nak jalankan, aku tak rasalah kau boleh kahwin. Sebab apa? Sebab kau pun takleh nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Perangai tak semengah!",lantang Aisyah bersuara.

Izzah bisik di telinga Aisyah..

"Apa kaitan dengan tanggungjawab isteri? Kau ni melalut jer lebih"

Aisyah sengih.

"Dah..dah.. Aisyah awak pegang saja jawatan itu",putus Puan Hanani.

Aisyah senyum sinis ke arah Amylea.

Amylea hanya merengus dan menjeling tajam.

* * *

KUEY TEOW GORENG jadi pilihan aku untuk rehat pada hari pertama persekolahan ini.

"Rinduuuu kuey teow nii",ucap Wani lalu makan dengan penuh berselera.

Aku hanya senyap dan menikmati makanan di depan mata.

"Well well well, tengok siapa yang ada kat sini. Its Raudhah Iman...", Amylea ketawa kecil.

Ketenteraman menikmati makanan terganggu. Aku diam saja dan teruskan makan.

"Oii!!",Amylea menolak pinggan aku sehingga ia terbalik di atas meja.

Amylea memang mencabar aku.

Geng Puteri terkejut. Aku sempat buat isyarat kepada mereka supaya duduk diam.

"Kau pahal?! Buta ke? Tak nampak aku tengah makan?! Ni makanan tahu tak? Kesian makanan aku! ",kuat juga suara aku.

"Do i care? Aku datang nak pesan supaya jangan kau dekat dengan Adam. Faham?!"

Aku ketawa. Semakin lama semakin kuat.

"Aduhai kesian kau ni Amylea. Sedih kau. Bawa-bawalah diri tu ke dunia yang nyata. Aku nak dekat dengan Adam ke apa, tak ada kena mengena dengan kau tau! Kau tak ada hak nak jauhkan aku dengan Adam. You're nothing to me and Adam!",ujar aku seraya senyum sinis.

"Kau tu patut sedar lah Iman. Aku dengan Adam dah bersama. Kau tu patut jauhkan diri dari Adam!",lawan Amylea.

"Haih, malas aku layan minah yang sel-sel otaknya tidak berhubung. Jangan lupa minum anmum assential tau! Hahahaha. Okeylah ciao! Aku ada hal!", buka saja langkah.

Langkah aku termati.

Adam.



























































































TBC..














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro