5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KELAS 4 Mawar riuh kerana cikgu sains tiada di sekolah.

Aku hanya duduk dan buka buku catatan aku. Hmm, nak buat nota tapi kelas bising. Faham tak? Aku tak boleh nak belajar kalau kelas bising macam kat kelab malam.

Sabar Iman, sabar.

Aku cuba untuk fokus sekali lagi. Tapi masih tak boleh. Ya Allah!

Tok tok tok!!!

Pintu kelas diketuk. Semua memandang ke arah empunya badan. Aku hanya lihat pen dan buku nota aku. Tak ada minat nak lihat siapa yang ketuk pintu.

"Aku dan Khairul diminta untuk jaga kelas korang 1 jam sebab Puan Fara tidak hadir.",kata empunya suara yang amat aku kenal. Adam.

"Aku nak korang study subjek apa-apa tapi jangan bising!",arah Adam.

Aku senyum, alhamdulillah. Boleh lah aku nak fokus belajar ni.

Kelas mula sepi, kemudian..

"Adam.. boleh tak you tolong ajar i math ni:,dengar suara minah yang paling gedik sekali.

Aku buat muka meluat. Nak midyear exam ni, aku kena fokus.

"Kau minta tolong kawan kau lah",balas Adam buat semua ketawa. Aku cuba tahan dari ketawa. Tapi.. hampa terletus jua. Aku ketawa kuat sehingga semua melihat aku.

"Weh.. dah lah tu!",tegur Intan.

Mata aku sudah berair. Maklumlah, aku mudah terhibur.

Aku geleng kepala.

"Takleh blah lah weh. Sumpah lawak!!",kata aku sambil ketawa.

"Oit! Dahlah tu Iman.. kesian minah belakang tu muka macam cekodok basi!",ujar Aiman lalu disambut ketawa.

Lagi kuat ketawa aku. Hahahahaha.

Aduh.. aku kesat air yang berair dari mata. Tu lah kuat sangat gelak.

"Kau pahal Iman?!",jerit Amylea iaitu minah yang dari tadi aku gelak.

Aku dah berhenti ketawa lalu aku toleh.

"Aku? Kenapa? Aku ketawa lah..",ujar aku.

"Apa yang lawak?",tanya Amylea dengan muka macam kerang busuk. Marah lah tu. Kesah pula aku.

"Nak tahu apa yang lawak?",tanya aku kembali. Semua mata memandang aku termasuk Adam.

"Iman..",panggil Intan.

Haih, kawan dia ni mana boleh percaya, bisik hati Intan.

Aku mula buat suara Amylea yang gedik tanya Adam pasal soalan matematik. Semua ketawa lagi sekali termasuk Adam.

"Kau.. kauuu!!",Amylea menerpa ingin menampar aku.

Aku senyum sinis. Berani nak tampar.

"Berani nak tampar?!",jerit aku.

Amylea kaku di tempat yang dia berdiri.

"Sekali aku tumbuk, melayang kau sampai ke Bangladesh!",ujar aku.

Amylea hentak kaki lalu duduk di tempatnya.

"Berkawad ke?!",tanya aku.

"Diam lah!!",marah Amylea.

Aku senyum. Aku duduk kembali dan sambung belajar. Kelas mula senyap.

"Iman..",panggil Wani.

"Apa?",tanya aku yang masih menulis nota.

"Kau ada makanan tak? Aku laparlah.."

"Tak ada. Nanti rehat makanlah..",balas aku.

"Tapi aku lapar gila ni",kata Wani.

Aku berhenti menulis. Aku cuba mencari makanan dalam beg aku kalau ada.

"Kau cari apa?",tanya Wani.

"Makananlah. Tak tahu ada ke tak",balas aku.

Mata aku mula bersinar. Biskut!

"Ada"

"Nak!!",kata Wani.

"Kita kongsi?",tanya aku.

"Mestilah!",jawab Wani.

Aku panggil Adam.

"Apa kau nak?",soal Adam.

Aku senyum.

"Aku nak minta izin ni..",kata aku. Wani dan Intan pandang aku.

"Minta izin apa? Nak masuk hati aku?",tanya Adam.

"Kau nak penumbuk ke penampar?!",marah aku.

"Yelah.. kau nak minta izin apa?",soal Adam.

"Ni, Wani lapar gila macam setahun tak makan. So aku nak minta izin makan dalam kelas. Boleh Mr Headprefect?",ujar aku.

"Kalau aku kata tak boleh?",uji Adam.

"Rehat nanti aku jamin kau makan batu dan bukan nasi..",jawab Iman selamba.

Wani dan Intan tahan gelak.

Adam merengus. Ada saja jawapan minah ni.

"Yelah.. tapi sampah buang dalam....",tak sempat Adam nak habiskan kata-katanya namun aku memotong.

"TONG SAMPAH!! Kau ingat aku ni budak kecil ke?",ujar aku lalu buka plastik biskut.

Adam menjeling tajam dan sambung belajar.

Aku dan Wani makan biskut dan Intan pun ikut serta. Korang nak?

"Ahh.. kenyang sikit aku",kata Wani. Intan sengih.

"Thanks Iman..",ucap Wani.

"Welcome. Hah, sampah ni sila buang ya, Kak Wani!",balas aku.

Wani sengih.

"Kau buangkan boleh?",tanya Wani.

Aku jeling. Yelah..

Aku berdiri. Tong sampah terletak di belakang kelas. Alamak, minah gedik tu duduk kat area tong sampah. Haish, meluat aku!

Apabila sampah sudah masuk ke dalam tong sampah, aku mahu melangkah ke tempat duduk aku.

Bukk!! Aku jatuh tersungkur.. nasib tak tersembam. Dahi aku terkena bucu meja.

"Auchhhh!!!!!",aku mengerang kesakitan.

Semua di kelas tengok aku.

Intan, Izzah, Wani, Ain dan Aisyah berlari ke arah aku.

"Weh okey tak?",tanya Izzah.

Aku diam.

"Iman?",Adam pula bersuara.

Semua disitu tertumpu pada aku.

Ada cecair menitik di telapak tangan aku. Darah!

Aku tahu angkara siapa yang jatuhkan aku, siapa lagi kalau bukan Amylea. Dia saja letak kaki dia nak bagi aku jatuh.

Aku cuba tahan amarah. Tapi.. tak boleh.

"Iman.. okey tak?",soal Ain pula.

Aku berdiri.

"Weh darah!!!",jerit Aisyah.

Adam pantas melihat.

Muka aku menahan marah tu sehingga nampak kemerahan.

"Iman, pergi bilik kesihatan!",kata Irfan.

"Diam!!",jerit aku. Kelas terus sunyi.

Aku mengambil sapu tangan yang dihulur oleh Lydia iaitu budak cina dalam kelas ini.

Aku mengelap.

Aku pantas merenung tajam pada Amylea.

"Iman..",panggil Intan.

"Apa masalah kau, perempuan?!!",jerit aku lalu tarik baju Amylea untuk berdiri menghadap aku.

Semua disitu terkejut.

"Iman, stop!",arah Adam.

"Kau diam!!",balas aku.

"Kau saja letak kaki kau supaya aku jatuh kan?! Ini nasib baik dahi aku yang kena bucu meja, kalau mata aku?! Buta tahu tak!!",marah aku.

Semua terdiam. Mungkin tak pernah lihat aku marah sebegini? Panas baran.

Amylea menggeletar.

Darah menitik di dahi aku. Aku biarkan.

Adam cuba lepaskan tangan aku dari baju Amylea.

"Iman..",panggil Adam lembut.

Aku masih diam dan cengkaman aku semakin kuat.

"Raudhah Iman..",panggil Adam. Entah kenapa hati aku tiba-tiba lembut. Amarah aku semakin reda.

"Kau bernasib baik sebab aku lepaskan kau! Kalau dulu, aku lunyaikan jer minah gedik tahu tak?!",jerit aku lalu lepaskan cengkaman.

Amylea terus duduk kerana takut dan terkejut.

Sebelum berlalu pergi..

"Aku tak akan maafkan perempuan macam kau ni!",ucap aku buat semua kelu.

Aku duduk di tempat aku. Aku mengambil tisu dan lap darah di dahi aku.

"Jom, pergi bilik kesihatan!",arah Adam.

Aku masih membatu.

"Iman, pergilah. Nanti teruk dahi tu.",ujar Intan.

"Iman.. go. Darah dah keluar tu",pujuk Izzah.

"Tak nak",balas aku. Aku sambung belajar.

Dahi aku mula rasa sakit. Kepala aku..

"Iman?",panggil Intan yang duduk di sebelah aku. Intan nampak muka Iman yang tahan sakit.

Lengan aku ditarik.

"Jom!",ajak Adam sambil menarik aku keluar dari kelas.

"Khairul! Jaga kelas ni!",arah Adam.

Semua memerhati kami berdua pergi.

"Sakit sangat ke?",tanya Adam.

Aku diam.

"Kau marah lagi ke?",tanya Adam lagi.

Sepi.

"Maafkan jelah si Amylea tu"ujar Adam.

Aku berhenti melangkah.

Adam toleh.

"Kau ingat senang ke aku nak maafkan dia? Oh senang di mulut kau tapi susah di mulut aku!",balas aku.

Adam senyap. Dia teruskan melangkah. Aku juga melangkah.

💫 💫 💫

CIKGU Fariza meletakkan ubat di dahi aku dan membalut luka.

"Macam mana boleh jadi macam ni?",soal Cikgu Fariza.

"Ada orang dengki dengan saya",balas aku.

Adam hanya senyap.

"Siapa?",tanya Cikgu Fariza.

"Hamba Allah",jawab aku.

"Iman?",panggil Cikgu Fariza. Aku hanya senyum.

"Tak ada siapa lah cikgu. Terima kasih cikgu sebab ubatkan luka ni. Saya naik kelas dahulu",ucap aku.

"Sama-sama. Baiklah, hati-hati",kata Cikgu Fariza.

Adam berjalan di sisi aku. Aku buat tak endah.

Tapi aku hairan.. kenapa dia ikut aku ke kelas 4 Mawar? Kelas dia dah terlepas. Masa sains pun dah habis.

"Kau buat apa ikut aku?",tanya aku.

"Saja..",jawab Adam.

Aku buat muka.

Masuk saja kelas. Aku terus duduk di tempat aku.

Adam sudah pergi.

Rakan-rakan aku ingin beri aku ruang untuk berehat. Puan Zailila masih belum masuk kelas account. Aku meletakkan kepala di atas meja.

"Hey!!",tegur seseorang.

Aku hanya diam dan tidak bergerak.

"Sakit kepala ke? Lawak lah masa kau jatuh tadi! Haahahha",gelak Amylea dengan suara gedik.

Aku cuba tahan amarah.

"Lembik juga kan kau ni?",uji Amylea. Saja nak panaskan Iman.

"Oii!! Kau kenapa ganggu Iman?!",marah Harriz. Satu kelas melihat Amylea dan Iman.

Iman diam tak terkutik.

"Sibuk lah kau!",rengus Amylea.

Intan dan yang lain duduk di sebelah Iman. Nak halau nyamuk.

"Kau jangan nak buat onar kat sini. Kau blah nyamuk!!",marah Aisyah.

"Nyamuk? Seriously, Aisyah? Lawak siot!!",kata Iwan dan disambut tawa.

Muka Amylea sudah merah. Nak kenakan Iman tapi dia pula yang kena dengan kawan-kawan Iman.

"Diam lah!!",marah Amylea lalu hentak tangan ke kepala Iman. Tak sengaja!!

Iman berang! Iman bangun dan berdiri hadap Amylea. Muka Amylea sudah pucat.

"Kau pahal?! Aku tak ganggu kau pun kan? Yang kau pukul kepala aku kenapa? Nak aku penumbuk aku ke?",marah Iman.

"Entah kau ni. Tiba-tiba pukul kepala Iman",marah Intan.

"Aaa..aku tak sengaja!",balas Amylea.

"Kepala jambul kau tak sengaja! Lebih baik kau blah sebelum aku sepak muka kau nanti!",marah Iman.

Amylea kelam kabut pergi ke tempat duduknya.

"Harap muka cantik, tapi hati busuk penuh dengan sampah!!",sindir Iman.

Zzzuppp!!

Menusuk ke kalbu Amylea dan gengnya.

Intan dan yang lain tenangkan Iman. Haih, kenapa lah si Amylea tu suka buat hal. Nasib baik tak kena tumbuk macam si Aniq tu. Kalau kena fuhh hilang kecantikan.

Tak lama kemudian, Puan Zailila masuk dan sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.

































































































































TBC..





















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro