52

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SETELAH selesai menyusun beg dan barang di dalam loker asrama. Geng Puteri baring kepenatan di atas katil masing-masing.

Mereka harus bersiap sedia untuk solat asar bersama-sama dengan semua orang di pusat kem ini.

Iman dan Aisyah pergi ke tandas yang berada di dalam dorm iaitu berkongsi dengan dorm sebelah. Tandas yang agak besar dan selesa.

Iman mencuci mukanya lalu mengambil wudhuk awal agar tidak berebut-rebut nanti.

"Dah ke?",soal Izzah.

Dengan pantas Geng Puteri memakai tudung dan kasut. Mereka berenam bergerak sama-sama ke dewan untuk solat berjemaah.




* * *




KEPALA Aisyah disandar pada bahu Iman.

"Lama lagi ke weh? Budak-budak lelaki dah berkumpul kat depan tu, tapi sorang pun tak azan ke apa",ujar Aisyah sambil matanya melirik ke arah pelajar-pelajar lelaki di barisan hadapan sekali yang ralit berbual dan tak mahu mulakan ibadah solat.

"Sabar kejap. Nanti ada lah yang azan dan mengimamkan kita semua",balas Izzah.

Iman memandang ke hadapan. Memerhati setiap pelajar yang berada dalam dewan itu. Tiba-tiba matanya tertancap satu susuk tubuh.

Bukan Adam eh. Iman buat muka selepas melihat telatah lelaki itu. Gedik macam perempuan!

Tak lama kemudian, mereka menunaikan solat Asar.



* * *

SEMUA pelajar diminta minum petang di dewan makan yang terletak di tingkat bawah dewan utama tempat mereka solat.

"Weh, pahal ramai sangat dalam ni. Nak duduk mana??",ujar Wani sambil matanya mencari meja kosong.

"Hah tu ada!",kata Ain pula.

"Korang pergi ambil makanan dulu, biar aku jaga meja kita",ujar Iman seraya duduk di salah satu kerusi yang mengelilingi satu meja bulatan yang agak besar.

Geng Puteri beratur untuk mengambil makanan.

Iman yang masih menanti kelibat kawan-kawannya hanya senyap. Apabila terasa diperhati, Iman toleh mencari orang yang perhatinya.

Meja sebelah. Sekumpulan pelajar peremluan dari sekolah mana entah asyik memandang Iman semacam.

Apahal?

Akhirnya, kelibat kawan-kawannya kelihatan. Mereka makan roti bakar bersama teh panas untuk minum petang.




* * *

MALAM pertama kami di Kem Tekali ini, banyak dugaan ketika hendak mandi. Aduhai.. hahahahaha.

Selepas sahaja makan malam dan solat isyak, semua pelajar diminta berkumpul di tempat biasa.

(psst.. author ada share gambar kat bab sebelum ni)

Iman hanya duduk di sebelah Izzah di sebelah SMK BSD 1.

"Semua dah ada??",soal pelatih Anuar.

"Dah",serentak pelajar di situ menjawab.

"Okey, malam ini kita akan pecah kepada kumpulan. Kita mulakan sekolah rendah terlebih dahulu",ujar pelatih Anuar.

Lalu, pelatih memanggil setiap sekolah rendah untuk dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan kecil.

Iman hanya menanti dengan penuh sabar.

Kini, giliran sekolah menengah untuk dibahagikan ke dalam kumpulan.

"Pelajar lelaki sekolah menengah!!",laung pelatih Anuar.

Semua pelajar lelaki turun ke bawah untuk beratur dan bersedia dibahagikan ke dalam kumpulan.

"Kau tengok tu! Gedik gila jantan tu. Macam pondan!",bisik Izzah.

Iman tersengih lalu ketawa kecil. Matanya perhati lelaki yang dia perhati di dewan utama tadi. Lelaki yang sama. Mintalah tidak sama kumpulan dengan dia.

Sekolah menengah ada 6 kumpulan manakala sekolah rendah ada 4 kumpulan.

Pelajar lelaki mula dibahagikan.

Iman perhati lelaki 'pondan' yang Izzah kutuk tadi.

"3!",jerit lelaki itu. 3? Oh okey.

Sekelip mata, mereka sudah siap dibahagikan dan diminta duduk di bawah sana.

Giliran pelajar perempuan pula.

Semua berebut beratur dan nak pastikan kawan mereka sama kumpulan.

Iman berdiri di hujung sekali. Malas nak layan kerenah manusia-manusia yang takut tak dapat sama kumpulan dengan kawan.

Kemudian, saat hendak mengira nombor ada dua orang berdiri di sebelah kanan Iman.

Eh?

"Satu!",laung pelajar hujung sekali.

"Dua!",pelajar sebelah Iman pula.

"Ti..ga?!",jerit aku dan seterusnya diikuti pelajar lain.

Tiga? Tiga?!!!! The hell? Dengan budak pondan tu? Eh kau Iman, jangan kutuk, kang nanti keluar aura kejantanan dia baru tahu!

Selepas itu pelajar lerempuan diminta beratur di dalam kumpulan di belakang pelajar lelaki.

Iman mengambil tempat duduk. Erk? Adam dan Aizat sama kumpulan dengan aku?

Iman toleh ke belakang. Ain tersengih memandang aku. Aku senyum. Geng!

Dan mata aku mencari sesiapa yang aku kenal lagi dalam kumpulan, Alicia dan Syeera pun sama kumpulan?

Yeay!

"Sekarang saya nak kamu melantik seorang ketua kumpulan kamu!",ujar pelatih Anuar.

"Aqmal!!!"

"Weh Aqmal kau ketua!!!"

Jeritan demi jeritan dari kumpulan 3 iaitu kumpulan aku sendiri kedengaran. Aqmal? Pantas mata aku melihat empunya nama Aqmal itu.

That guy?!!!!! Seriously guys? Pondan tu?!!

Iman perhati Aqmal. Akhirnya lelaki itu menjadi ketua kumpulan 3.

"Kenapa aku rasa macam pernah nampak dia? Kenapa aku rasa macam pernah jumpa dia sebelum ni? Tapi kat mana?",gumam Iman perlahan.

"Apasal kau usha ketua kita macam nak tembus?",tanya Ain perlahan.

"Ha? Tak..tak ada..",jawab Iman.

"Haaa penghulu dan penghulu wati! Meh 5 calon! Wakil diri!"

"Haaa Zul Ariffin! Meh berdiri di depan ni! Abang Zul hensem!",gurau pelatih Anuar.

Semua ketawa. Iman turut ketawa. Tak habis-habis nak kenakan budak tu. Dah lah member group aku. Ngek lah pelatih ni.

Tadi buat suara papazola dalam cerita Boboiboy tu.




* * *



TUBUH dihempaskan atas katil asrama itu. Penat. Malam pertama akan tidur lena. Kan?

Selepas mencuci muka dan mengemas tempat tidur, Iman terus baring.

"Weh nak tidur dah ke?",tanya Wani.

"Hmm",mata Iman mula terkatup rapat.

"Meh lah nak membawang jap"

"Hmm"

"Woi Iman!",panggil Aisyah.

Iman mengeluh lalu bangkit dari pembaringannya.

"Pe?"

"Kau sama group dengan Adam?",soal Intan.

Iman hanya mengangguk. Ain diam.

"Eh ketua kau yang pondan tu ehh?",tanya Izzah pula.

Aku tersengih.

"Aku tak nak do dengan dia. Tapi takdir...",balas Iman.

"Entah-entah jodoh!!!",usik Izzah.

"Kepala hotak kau jodoh! Bodoh ada lah! Hahahahaha",balas Iman lalu ketawa.

"Eh kau perasan tak kumpulan kita ramai budak-budak BSD 1?",ujar Ain perlahan kerana ada empat orang pelajar BSD 1 menginap sama dorm dengan kami.

Iman mengangguk laju.

"Hah kau tahu tak, diorang main masuk group kita. Sebenarnya diorang kumpulan lain weh. Sebab tu tadi kumpulan kita sampai 60 lebih orang. Sepatutnya dalam 50 lebih jer. Pandai en budak-budak BSD 1 perempuan tu..",balas Iman.

Semua tekun mendengar.

"Patutlah..",balas Intan.

"Kumpulan kita ramai budak BSD 1..",kata Ain.

"Ramai lelaki hensem wehhhh",kata Aisyah tiba-tiba.

"Ngek lah kau!",Izzah menepuk paha Aisyah.

Aisyah dan Wani kumpulan 5 manakala Intan dan Izzah kumpulan 1.

"Dah lah, tidur. Esok kena bangun awal",kata Iman lalu membaringkan tubuhnya.

"Siapa pasang alarm?"

"Aku",jawab Iman.

Lampu di dorm 13 tertutup. Semua pelajar yang menginap di dorm itu mula dibuai mimpi.





* * *



BUNYI alarm di telefon Baby OPPO milik Iman berdering.

Iman yang masih mamai mencapai telefon di tepi bantalnya.

Off.

Iman pejam mata sebentar. Empat pagi bangun? Tidur kejap lah.

Iman mula tidur semula, tak lama kemudian dia bangun pukul 4.20 pagi.

Iman merenggang badannya. Dorm masih gelap. Hanya dia seorang saja bangun.

Iman mengejut Geng Puteri. Mereka semua masuk ke tandas dan mencuci muka serta mandi. Sejuk. Air dari bukit weh.

Iman yang sudah selesai mandi keluar dari tandas dan melihat ramai masih lena diulit mimpi. Iman mengejut pelajar yang sama sekolah dengannya.

Pelajar BSD 1? Bangun sendiri lah weh. Dah pasang empat alarm tapi tak bangun. Heh?!




* * *




SEMUA pelajar berkumpul di tapak seperti malam semalam mengikut kumpulan.

"Ketua ambil kehadiran. Pastikan ahli kumpulan cukup", arah pelatih Anuar.

Semua ketua kumpulan mula bergerak mengira jumlah ahli mereka.

Aqmal.

Dia melepasi aku sambil mengira ahli. Bajunya berwarna hitam dan ada nama di belakang.

Lele????

Lele apa?

Hahahahaha lawak lah weh.

"Malam ini kita akan adakan malam kebudayaan. Jadi saya nak setiap kumpulan buat dua persembahan! Persembahan pertama bertemakan Patriotik manakala persembahan kedua bebas. Tak kisah awak semua nak buat apa yang pasti persembahan pertama ialah PATRIOTIK!",ucap Pelatih Anuar.

Haa sudah. Nak buat persembahan pula.

"Saya beri 10 minit untuk kamu semua bincang nak buat persembahan lagu apa dan masa kamu menjalankan aktiviti bincanglah masa yang ada",ujar pelatih Anuar lagi.

"Dikir barat!!",cadang pelajar lelaki dalam kumpulan 3.

"Nyanyi"

"Jalur gemilang!!"

"KeranaMu Malaysia!!"

Ramai beri cadangan, Iman dan Ain diam tanpa berkata apa-apa.

Biarlah mereka semua decide. Kalau aku bagi cadangan pun bukannya diterima. Kan?




* * *




PAGI ini kumpulan 3 mulakan aktiviti Water Confident .

Kami berkumpul di tepi kolam yang besar itu. Nak berenang ke apa ni weh???

"Aku tak pandai berenang weh",bisik Iman.

"Aku pun",balas Ain.

"I punnnn",kata Alicia.

"Aku pandai sikit",ujar Syeera.

"Sekarang dengar arahan kami baik-baik.... kita .........",panjang lebar dia punya arahan.

Selepas sahaja dia beri ceramah kami semua pakai life jacket?

Kumpulan kami dibahagikan kepada dua. Dan semestinya budak-budak BSD 1 dengan geng diorang. Iman dan kawan-kawannya campur dengan sekolah-sekolah yang lain.

Masuk dalam air. Sejuk.

"Weh ahahahaha sejuk wehhh",gelak Iman.

Syeera seronok berenang. Ain dan Alicia saling berpegangan tangan. Iman? Walaupun tak pandai berenang tapi pernah masuk kolam. Cari tempat yang tak dalam jelah. Hahahahaha.

Iman memandang Adam dan Aizat. Aizat sudah berbaik dengan Adam. Alhamdulillah.

"Aizat!!!",panggil Iman.

"Yoooo!!!",lambai Aizat dari jauh. Adam hanya diam di sisi Aizat.

Splash!!!

"Arghh!!!! Syeera!!!!!",jerit Iman apabila Syeera melompat di sebelahnya sehingga air terpercik pada mukanya.

"Hahahahahahaah werkkk!!!",Syeera berlari saat Iman berura-ura nak kejarnya.



* * *

ADAM perhati Iman yang seronok bermain air dengan kawan-kawannya dari jauh.

Amylea tak sama kumpulan dengannya malah kumpulan 5. Susah nak jumpa.

"Aku makin benci tengok muka kau, Iman",gumam Adam perlahan.

"Kau ada cakap apa-apa ke?",soal Aizat seperti terdengar Adam cakap sesuatu.

"Ha? Tak.. tak ada apa-apa..",jawab Adam.

Aizat hanya menjongketkan bahu lalu menuju ke tepi kolam.


* * *





NAIK bukit sikit, jalan sana, masuk situ dan akhirnya sampai disini.

Dengan keadaan basah kuyup diorang nak kumpulan 3 main Wall Climbing? Serius ar?

Selepas pelatih di situ memberitahu cara-cara nak pakai tali pinggang bagai, semua ahli kena main game itu.

Masalahnya, perempuan tak elok naik tu. Bila pakai benda alah macam tali pinggang tu.. nampak segala bentuk sulit di bahagian bawah. Kemudian, bila panjat.. lelaki tengok dari bawah. Malu lah weh.

Tiba giliran Iman, huarghhh tak nak naikkkk.

Pijak dua batu kat situ, pastu aku mengalah. Give up!

Hahahahaha







* * *




IMAN berehat di tepi dewan makan. Kejap lagi baru teruskan aktiviti lain.

"Hai",sapa seseorang lalu duduk di sisi Iman.

Iman toleh dan... Aqmal?

"Erm hai"

Iman mencari Ain dan yang lain. Cepatlahhhhh..

"Kawan-kawan awak pergi beratur beli air kat dalam..",ujar Aqmal seperti tahu apa yang dicari oleh gadis cantik di sebelahnya.

"Oh ermm tahu"

"Iman..",panggil Aqmal.

"Macam mana kau tahu nama aku?",soal Iman blur.

"Aku ni ketua kau mestilah tahu nama ahli dia",ujar Aqmal.

"Oh erm kay"

"Kau nak biskut?",tanya Aqmal sambil menghulurkan biskut.

Nak ke tak?

Iman menggeleng kepala perlahan.

"Takut boyfriend jeles?",soal Aqmal tiba-tiba.

"Huh?"

"Adam tu boyfriend kau kan?",tanya Aqmal sambil melirik mata ke arah Adam yang memerhati mereka.

Iman diam. Boyfriend?

"Ke dah breakup?"

"Kenapa eh kau nak tahu? Ada kena mengena dengan life kau ke?",soal Iman.

"Hahaha tak ingat aku ke?",soal Aqmal.

"Siapa kau? Dan perlu ke aku ingat kau? Kalau aku tak ingat means kau tak penting pun dalam hidup aku. Get it?",Iman terus bangkit dan menuju ke dalam dewan makan.

"Masih sombong? Kau akan jatuh juga ke dalam tangan aku..",bisik Aqmal perlahan.


* * *



MEJA makan ditumbuk perlahan. Tak nak sesiapa perasan.

Benci dan marah menyelubungi diri.

Marah lah sebab ada lelaki lain rapat dengan Iman dan benci bila Iman turut berbual dengan Aqmal.

Macam ni ke perempuan yang bernama Iman?

Raudhah Iman? Nama indah tapi tak seindah empunya nama. Huh!




















Maaf kalau bosan chap ni. Nak dekat 2000 words tau.

Author minta maaf sebab tak update semalam. Akan ada banyak scene Aqmal dan Iman lepas ni.


Oh btw, thank you so much kepada readers yang vote dan sudi baca cerita yang tak seberapa ni.

THE HEADPREFECT & HOT-TEMPERED GIRL

dapat rank 58 in Teen Fiction.

Okeylah tu, author bersyukur sangat and bagi author rasa semangat. Kaki yang kejang ni pun terus okey bila tengok ranking tu.

*menipu jap

Kaki sakit lagi weh. Hahahahah.



K lah ciao!

























TBC..







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro