55

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

IMAN bangun dari pembaringannya. Rambut disanggulkan. Menguap. Ngantuknya.

"Dah pukul berapa ni?",gumam Iman perlahan sambil mengambil telefon di teoi bantalnya.

5.00 pagi.

"Baru pukul 5..",mata Iman mula terkatup rapat.

Kena pergi dewan untuk solat subuh pukul 5.30. Hmm.

Jap!

Apa?!

5 pagi dah??!

Mata Iman mula terbuntang luas! What??!!

Dorm sebelah dilihat, gelap. Semua tidur lagi?

Dengan oantas Iman mengejut Geng Puteri dan pelajar yang sama sekolah dengannya.

"Bangun!! Dah lambat!!"

"Bangun! Mandi!!"

"Dah pukul lima!!!"

"Bangun!!!"

Lepas kejut mereka semua Iman terus masuk ke tandas. Mereka bangun ke tak? Lantak lah. Asalkan aku siap!

Setelah selesai mandi, Iman duduk di atas katil. Bedak diambil dan tempek sikit. Geng Puteri sedang mandi.

Iman pantas buka suis lampu. Semua penghuni dorm terus bangun dan ambil bantal tekup muka. Silau.

Iman menepuk dahi.

Budak BSD 1 ni lagi teruk. Alarm bukan main kuat, masih tak bangun lagi. Tak kejut kang, dia lewat pula. Nanti tak solat subuh. Kalau kejut, tak pasal-pasal kena maki hamun. Yelah, dah nama pun haters kan?

Ehek?

Ahhhh lantak kau lah! Malas aku kejut. Iman terus mengejut kawan-kawannya yang lain.

Ramai sudah bangun dan menunggu giliran untuk mandi. Iman pergi ke bilik seterika untuk menggosok tudung bawal hitamnya yang terletak bertentangan dormnya.

Intan dan yang lain turut masuk ke bilik seterika dan menggosok tudung.

"Ngantuk wehh",adu Wani.

"Nanti kat dewan tidurlah kejap sebelum solat",ujar Iman.

"Hmm",Wani baring di atas katil yang sudah sedia ada di bilik seterika.

* * *

DI DEWAN..

"Bapakkk arhhh!!! Mana budak lelaki wehh???",tanya Izzah dengan mata terbuntang luas. Tiada seorang pun lelaki dalam dewan. Hanya ada pelajar peremluan sahaja yang sudah siap bertelekung.

"Tidur lagi kut",jawab Aisyah.

"Gila lah! Tak disiplin langsung! Kalah perempuan wehhh",omel Izzah.

"Hmm kau pergi jelah dorm diorang pastu kejut!",ujar Intan selamba.

"Tak nak aku. Mesti ada yang tidur separuh naked! Werkkkk!!!",Izzah buat muka kegelian.

Papp!!!

"Auchhh!! Sakitlah Iman!!",Izzah mengaduh kesakitan.

"Yang otak kau double kuning apahal? Naked bagai! Otak tak senonoh betul!",marah Iman.

Izzah tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Hmm..sampai bila nak kena tunggu?",Ain mengeluh.

"Entah.."

"Solat sendiri jelah",kata Aisyah.

"Boleh juga"

Dan mereka terus mendirikan solat subuh setelah waktu subuh sudah mula.

* * *

SENAMROBIK diadakan pada pagi ini. Cikgu Khusairy akan mengendalikan senamrobik pada pagi ini.

Cikgu ni lelaki, muka dia sumpah putih lepastu jenis macam lembut. Hahahahaha. Aduhhh😂

Pelbagai jenis senaman dia ajarkan. Yang tak boleh blah kena gelek. Iman ketawa masa melakukan gelek.

Setiap ketua kumpulan SM kena naik atas pentas join dia gelek. Hahahahaha.

Aqmal punya gelek nampak macam pondan. Iman terus ketawa terbahak-bahak. You made my day tho, Aqmal.

Iman tersenyum melihat Aqmal. Aqmal di atas pentas yang ralit menari terpandang Iman yang sedang senyum ke arahnya. Aqmal balas senyuman Iman dan mengenyit mata.

Iman terus kaku. Kantoi! Erkk...

"Mampus aku!",gumam Iman.

Tu lah kau Iman, gatal usha anak teruna orang lagi! Kan dah kantoi!

* * *




AMYLEA berlari ke arah Adam. Ini saja peluang yang ada untuk bercakap dengan Adam. Sekarang tengah senamrobik, pelajar pun bersepah lah kan?

"You!",panggil Amylea lalu menarik lengan Adam ke belakang.

"What?",balas Adam acuh tak acuh.

"Ergh, semalam! Why you yang nyanyi dengan perempuan tu?!",tanya Amylea sambil menghentak kaki tanda protes.

"Perempuan mana?"

"Erghhhh perempuan tu lah!!!"

"Ramai perempuan dalam kumpulan i, semua nyanyi. So yang mana satu?",tanya Adam. Saja nak main tarik tali.

"Raudhah Iman!",jawab Amylea lalu merengus kasar.

"Ohhh"

"Oh jer?"

"Then?"

"I tanya kenapa? Bukan leader you ke patut nyanyi?"

"Dia tak sihat"

"So what? Ramai jer lelaki lain. Kenapa you pula?"

"Amylea boleh tak you stop? Pergi sana! Kita tengah senamrobik ni kan?",marah Adam.

"Huh! You milik i tau! Jangan dekat dengan Iman lagi!",ujar Amylea lalu menghentak kaki dan berlalu pergi.

Adam meraup mukanya dengan kasar. Dia menoleh ke belakang kanan.

Pandangannya tertancap pada seseorang. Dan tanpa dia duga, pandangan mereka bertemu. Masa seakan berhenti. Perlahan-lahan bunyi muzik dan gelak tawa orang ramai hilang. Yang tinggal hanya mereka berdua.

Iman kaku memandang Adam.

Adam menahan rasa di hati lalu menjeling tajam ke arah Iman dan berlalu pergi. Dunai mula kembali.

Iman terasa hati. Kenapa aku dibenci sampai macam ni?

Adam melangkah pergi.

'Aku benci kau! Huh! Kau ingat aku akan cair bila tengok muka polos kau? Kau sendiri yang nak hubungan kita berakhir, Raudhah Iman!',getus hati Adam.

Argh!

Adam mencengkam baju di dadanya. Sakitnya disini. Di hati ini.




* * *


TAMAT sahaja penyampaian hadiah dan penutupan Kem Tekali Peringkat Negeri Selangor, semua pelajar diminta makan tengah hari di dewan makan.

Iman mengambil sijil juaranya di Aqmal. Yang SM 3 mendapat juara sepanjang aktiviti di kem ini. See the leg lah bro!

"Thanks!",ucap Iman lalu pergi.

Aqmal menahan langkah Iman dengan mamaut lengan Iman.

"Yes?",soal Iman sambil merentap tangannya.

"Saya nak cakap something.."

"Okey.. teruskan..",balas Iman.

Baru sahaja Aqmal mahu membuka mulut....

"Pelajar SMK BSD 1, ambil beg kamu! Bas sudah sampai!!!",laung seorang guru. Mungkin cikgu BSD 1.

Aqmal menoleh ke arah cikgunya lalu mengeluh.

"Kau dah kena pergi tu",ujar Iman lalu ingin melangkah pergi. Saat tubuhnya berpaling untuk pergi..

"Saya suka awak"

Langkah Iman mati. Tubuhnya beku. Kaku. Keras di situ.

Saya suka awak...

Iman menoleh ke belakang semula.

"Aaa...aaapa?",gagap Iman bersuara.

Aqmal mendekati Iman.

"Saya suka awak, Iman",tutur Aqmal lembut.

"Ta..tapi.."

"Terima saya?"

Iman kelu. Apa semua ni?

"Maaf Aqmal. Aku dah ada orang lain"

"No, awak single. Awak dah breakup dengan Adam kan?"

"Ma..macam mana awak tahu semua ni?",soal Iman mendatar.

"Awak betul-betul dah tak ingat saya kan.. Ingat lagi tak, ice skating last year?",kata Aqmal perlahan.

Iman cuba mengingati. Ice skating? Last year? Jap..jangan cakap lelaki yang cuba nak ngorat aku tu dia? Dia??!

Mata Iman terbuntang luas.

"Kau?!"

"Yup. Saya dah start suka awak sejak kita jumpa kat ice skating tu",ujar Aqmal.

"So..?"

"Can you be mine?",soal Aqmal.

Iman kelu.

Dunia seakan berputar laju. Kelam. Argh! Apa semua ni? Iman memandang mata Aqmal.

Adam.

Kepalanya mula terfikir tentang Adam.

Tuhan...





* * *







AIN memandang Iman dengan wajah pelik.

"Kau okey tak?",soal Ain.

Iman mengangguk.

"Ok"

Mereka semua berada di dalam bas dalam perjalanan pulang ke Permata Highschool.

Iman menyandarkan kepalanya pada cermin tingkap bas.

Otaknya mula meligat berfikir tentang kejadian dia dengan Aqmal sebelum Aqmal pulang.

Masih adakah peluang untuk dia bertemu Aqmal kembali?

Betulkan keputusan yang aku lakukan tadi? Betulkan jawapan aku untuk Aqmal sebentar tadi?

Iman memejam matanya erat.

Ini yang terbaik untuk kau Iman. Untuk Adam juga. Ini yang terbaik. Kau pun boleh bahagia...































Wait..
Iman pilih Aqmal?
Dah official ke?

Apa jawapan Iman?
Is it, yes?

Gosh! Bye, Adam.

Hi, Aqmal!

Maaf kalau ada typo!






















































































TBC..








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro