62

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

INTAN mendekati Adam yang sedang termenung duduk di atas bangku di taman Permata Highschool yang agak luas dan lapang.

"Kau jangan risau, dia okey jer cikgu cakap",ujar Intan sambil matanya memandang ke hadapan tanpa toleh ke arah Adam.

"Hmm"

"Aku rasa better kau jauhkan diri kau dari dia",kata Intan.

Adam terkejut lalu memandang Intan dengan wajah tanda tanya.

"Kau jangan nak mempermainkan hati Iman lah Adam. Kau sendiri yang jauhkan diri dari Iman dan kau sendiri yang pilih Amylea dari Iman! Kau dah sanjung Amylea tu, and now kau nak dengan Iman balik? Kau lelaki jenis apa? Semakin kau jauh dari Amy, semakin itu Amy akan sakitkan Iman.. tahu tak?! Cukuplah Adam.. aku tak nak Iman bersedih lagi sebab kau!",ujar Intan mendatar.

"Kau tak faham Intan.. aku..."

"Aku tak faham? Aku dah cukup faham! Dia dah bahagia pun dengan Aqmal!",balas Intan. Walaupun dia tak suka Iman dengan Aqmal tapi dia harus jarakkan Adam dengan Iman buat sementara waktu.

"Jadi aku dah terlambat lah ni?"

Wajah Intan berkerut. Terlambat apa?

"Dia dah bahagia dengan Aqmal?",soal Adam ingin kepastian.

"Dah"

"Okey",Adam pantas berdiri dan buka langkah untuk pergi.

Adam berpaling untuk pergi, air matanya mengalir. Aku dah terlambat..

Intan terduduk lesu di atas bangku.

Maafkan aku Adam.. semakin kau rapat dengan Iman, semakin teruk Amylea kenakan Iman. Tengoklah hari ni dia upah budak-budak tingkatan 4 rogol Iman. Better kau jauhkan diri kau dari Iman.

* * *

SILAUAN cahaya menganggu korneanya untuk membuka mata. Perlahan-lahan mata dibuka. Kabur. Cuba lagi. Jelas. Dekat mana ni?

Iman cuba bangun dari pembaringannya. Macam dekat bilik kesihatan? Mana yang lain? Macam mana aku boleh ada kat sini?

Fikiran Iman terganggu apabila pintu bilik kesihatan dibuka dari luar. Iman melihat gerangan yang masuk. Intan.

Iman mengeluh. Entah kenapa dia sangkakan Adam yang masuk tadi. Dia mahu Adam?

"Kau dah sedar? Alhamdulillah. Kau okey tak ni?",soal Intan lembut.

Iman hanya mengangguk. Matanya masih tertancap di pintu. Menunggu seseorang. Dia tak nak jenguk aku ke?

"Kau cari siapa?",soal Intan apabila terasa Iman memerhati pintu.

"Tak ada sesiapa",jawab Iman seraya senyum nipis.

"Kau cari Adam?",teka Intan dengan tepat sekali.

Iman mendiamkan diri. Tak tahu nak jawab apa.

"Dah lah Iman.. tak payah fikir pasal Adam lagi. Kau fikir tentang diri kau jer sekarang ni dan SPM. Selagi kau rapat dengan Adam, selagi itu Amylea akan ganggu kau",ujar Intan perlahan.

"Tapi aku tak rapat dengan Adam pun sekarang ni!",tegas Iman bertutur.

"Itu di mata kau. Itu apa yang kau rasa. Apa yang Amy nampak? Apa Amy rasa? Amy tak boleh tengok kau dan Adam lepak sekali dengan geng kita, berbual sikit dengan kau. And Amy pun rasa Adam semakin jauh dari dia. Dengarlah cakap aku ni, jauhkan diri kau dari Adam?",kata Intan. Intan rasa bersalah sangat.

"Hmm.."

"Iman..."

"Aku sayang dia",luah Iman lalu air matanya mengalir dari tubir mata.

Intan tersentak.

"Hey.. kau jangan macam ni Iman. Kau dah ada Aqmal tau",ujar Intan.

Iman menggeleng kepala berkali-kali. Air matanya semakin laju mengalir.

"Tak.. tak Intan.. Intan, aku sayang Adam.. Dari dulu sampai lah sekarang, aku sayangkan dia..",ucap Iman sambil menangis.

"Shhh dah. Kau ni.. janganlah macam ni. Adam dah ada Amylea dan kau dah ada Aqmal",berat untuk Intan menuturkan ayat yang terakhir. Maafkan aku..

Intan memeluk Iman erat. Air mata cuba ditahan dari gugur kerana tak mahu dilihat dek Iman.

"Aku takut.. aku takut...",rengek Iman tiba-tiba.

Intan terasa pelik. Takut apa?

"Takde apa lah Iman. Kau nak takut apa?"

"Aku takut.. aku takut Intan..",rengek Iman.

Intan menggosok belakang tubuh Iman dengan lembut. Akhirnya, Iman terlena di bahu Intan tanpa Intan sedar.

Di setiap apa yang berlaku di dalam bilik kesihatan.. ada seseorang telah menonton segalanya disebalik pintu bilik kesihatan. Pintu dikatup rapat.

* * *


GENG Putera dan Puteri lepak di tempat biasa mereka tanpa Iman. Iman sedang berehat di asrama.

"Aku tak faham lah kenapa pengetua tak buang dua babun tu terus?!",marah Aisyah.

"Entahlah"

"Amy merayu kat pengetua...",ayat Iwan tergantung.

"Merayu apa?"

"Merayulah tak lama lagi dia kan nak ambil spm. Then pengetua kesian kat dia, tu pengetua lepaskan dia kali ni even perbuatan dia kali ni boleh meragut maruah Iman tau!",sambung Izzah.

"Ohhhh"

"Iman macam mana? Dia okey?",soal Harriz prihatin.

"Dia senyap jer dari semalam sampai sekarang. Tak bercakap langsung.",tutur Wani perlahan.

"Dia trauma lagi pasal semalam lah tu",komen Aiman.

"Hmmm"

"Adam mana?",tanya Ain kepada Geng Putera.

"Adam? Dia pun kat asrama tengah rehat",jawab Irfan.

"Ohh"

"Tak nak rapatkan Adam dengan Iman balik ke?",soal Harriz.

Semua mata memandang Harriz.

"Apa? Salah ke aku tanya?"

"Tak..tak salah"

"Jauhkan Adam dari Iman",kata Intan tiba-tiba.

"What?!",jerit Geng Putera dan Puteri serentak.

"Kenapa pula?",soal Irfan serius.

"Aku tak setuju!",bangkang Aizat.

"Iman dah ada Aqmal!",tegas Intan bersuara.

"So? Kau fikir aku kisah? Aku tetap nak Iman dan Adam berbaik semula!",marah Harriz.

"Kau tak fikir keselamatan Iman ke?! Kau sebagai kawan, fikirlah tentang dia! Semakin rapat Adam dengan dia, semakin itu lah Amylea akan kenakan dia cukup-cukup! Semalam dia hampir kena rogol? Habis tu lepas ni apa?! Apa?!",tengking Intan.

"Kau fikir benda tu je? Kau tak fikir tentang dua hati insan? Hati Adam dan Iman! Kau tak fikir ke yang tu?! Hah?!",balas Harriz kasar.

"Weh.. korang.. jangan gaduh",pujuk Wani melihat dua sahabatnya berperang mulut.

Intan terdiam sekejap.

"Adam dah ada Amylea! Adam sendiri yang jauhkan diri dia dari Iman! Dia pilih Amylea! Tak perlu nak soal hati dia dah! Dan Iman dah ada Aqmal. Kau kena ingat tu!",kata Intan kasar.

"Susah cakap dengan perempuan macam kau ni! Sahabat Iman tapi perasaan dia hati dia kau langsung tak tahu! Kau kawan jenis apa hah?! Kenapa kau dan korang semua tak perasan perasaan Iman selama ni? Korang buta ke Iman tengah rindu kehadiran Adam!",jerit Harriz.

Semua di situ memandang Harriz.

"Aa..aapa.. mak..maksud kau?",soal Izzah.

"Iman masih cintakan Adam! She's still love Adam!",ujar Harriz perlahan.

"Habistu Aqmal?",soal Irfan.

"Mana aku tahu. Mungkin Iman saja terima Aqmal untuk cuba move on dari Adam?",jawab Harriz.

"Whatever... yang aku tahu, Adam dan Iman harus dijauhkan!",ujar Intan dengan pendiriannya.

"Kau memang tak nak tengok kawan kau bahagia?",soal Harriz pedas.

"Apa kau cakap ni?"

"Kalau kau nak Iman bahagia, kau akan berusaha bantu dia dapatkan Adam bukannya menjauhkan diri Iman dari Adam. Kau langsung tak berusaha nak bahagiakan kawan kau!",kata Harriz mendatar.

Intan tersentak. Hatinya bagai dihiris.

"Korang.. please berhenti gaduh..",Aiman cubah hentikan pertelingkahan antara Harriz dan Intan.

Intan merengus kasar kalu melangkah pergi meninggalkan Geng Putera dan Puteri.

"Intan!! Kau nak pergi mana? Intan!!!",jerit Aisyah memanggil Intan namun Intan sudah jauh pergi.

Izzah dan Aisyah saling berpandangan lalu mengeluh. Kenapa Adam lambat sangat jalankan satu tugasan itu? Ya Allah...


* * *

[ Media : Rahsia Kita by Khai Bahar ft Fatin Husna ]

Kalau nak dengar lagu tu sambil baca part ni pun boleh. Nak ambil feel. Hahaha😂



IMAN baring di atas katilnya di asrama. Rehat. Ada dua juniornya sedang belajar dan ada yang sedang berehat di atas katil.

Iman ralit bermain telefon.

Gallery yang ada di dalam telefonnya ditekan.

Iman menatap beberapa gambar lalu jarinya terhenti saat gambar Adam terpapar di skrin. Iman menggosok gambar Adam dengan jarinya.

"Aku rindu kau",gumam Iman perlahan.

"Tapi aku benci kau",sambung Iman.

"Maafkan aku Adam. Aku..",ayat Iman tergantung kerana air matanya mengalir.

"Aku.. aku terpaksa jauhkan diri aku dari kau. Aku kena dengar nasihat Intan. Mungkin lebih naik kita tiada ada apa-apa hubungan. Cukuplan sekadar kenalan bukan sahabat lagi. Maafkan aku..",rintih Iman perlahan.



* * *




ADAM bersandar di kepala katil. Di dalam genggamannya ada sehelai gambar polaroid dia dengan Iman.

"Kenapa hubungan kita begini? Kenapa aku bodoh sangat tinggalkan kau? Ni semua salah Amylea! Kalau tak, kita dah gembira macam dulu-dulu",gumam Adam lalu mengeluh.

"Intan suruh aku jauhkan diri dari kau.. Haruskah aku simpan semuanya?",tutur Adam perlahan.

Cintamu pada diriku terhenti seketika..

Adam memenjam mata mahu tidur.

























Hai korang!

Nampaknya Adam dan Iman harus menjarakkan diri?

Dan apa yang Adam terlambat?
Apa yang Iman rahsiakan?

Apa yang akan terjadi?

STAY TUNED!!!!


Jangan lupa vote BANGKIT di profil author.

Oh lupa meh sini author saja nak promotekan story kawan author.

dolceamor__ tengoklah profil dia ada story

>The Top FOUR!
> What I FEEL & What I THINK

Dah alang-alang tekan profil dia, follow lah dia sekali.

Lepastu tekan profil ni jap Brushcchi , follow dia. Okey done!






Bem bem!



































































































TBC..
















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro