65

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PAGI yang hening dengan sinaran cahaya matahari memancar ke bilik beradu Iman. Iman yang lena dengan mimpinya tersedar akibat sinaran matahari.

Iman menggeliat dan menguap sambil bangun dari pembaringannya. Lena sangat tidur, lepastu tak boleh solat.. memang bangun lewat lah jawabnya.

Dengan pantas, Iman mengambil tuala dan masuk ke tandas yang berada di dalam biliknya.

Telefon OPPO yang berada di atas katilnya berdering minta diangkat namun Iman tak dengar.

Keluar sahaja dari tandas yang sudah dilengkapi dengan tshirt dan seluar, Iman menuju ke meja soleknya.

Sekali lagi, telefonnya menjerit minta dijawab. Iman bergegas ke katil untuk mengambil telefonnya.

"Hello!",sapa Iman tanpa melihat gerangan yang menelefonnya.

"Hello! Weh Iman!!! Aku rindu kauuuuu!!!!",jerit seseorang di hujung talian.

Iman terkejut lalu menjauhkan telefonnya dari telinga. Mahu pekak nanti.

"Siapa ni?",soal Iman.

"Sampai hati kau dah lupakan aku. Ni aku lah Nad!! Nadia!!",balas Nadia dengan nada merajuk.

"Ohhh kauuu.. aku ingat perempuan gila mana yang meroyan rindu aku tadi..",kata Iman seraya ketawa kecil.

"Makin biadab mu ni ehhhh",usik Nadia lalu ketawa.

"Hahahahahahaahha"

"Kau dah balik dari asrama en? So selamanya kau akan duduk kat rumah kau lah ni kan?",soal Nadia.

"Yep! Apahal?"

"Hangout nak? Rindu kau wehhhhh",ujar Nadia.

"Okey jer! Tapi takkan kita berdua jer?"

"Kau bawalah kawan-kawan kau dari asrama tu, boleh aku kenal-kenal dengan diorang. Muahahahahaha"

"Ceh! Yelah-yelah. Nanti aku roger kau. Okeylah aku nak breakfast ni",tutur Iman lembut.

"Okey! Jangan lupa tau, set time dan tempat!",pesan Nadia.

"Okey! Ciao!",talian sudah dimatikan.

Iman menyikat rambutnya yang sudah kering.

* * *



RAIQAL sedang membaca buku di ruang tamu. Umairah pula bermain telefon bimbitnya.

Iman berjalan terhincut-hincut ke belakang sofa tanpa disedari abang dan adiknya. Rancangan jahat mula bermain di mindanya.

"Api!!! Apiiii!! Boooom!!!",jerit Iman.

"Haaa api??? Abang cepat lariiii!!!",jerit Umairah.

"Booom? Oh my god!! Kejut kakak kau cepat!!!",terkejut Raiqal apabila terdengar jeritan.

Namun tiba-tiba suara jeritan itu mula hilang dan gelak tawa terbit pula. Raiqal dan Umairah menoleh ke belakang melihat gerangan yang kenakan mereka sebentar tadi.

"Hahahahahahaha lawak wehhh hahahahaha",gelak Iman terbahak-bahak.

Raiqal beri sesuatu isyarat kepada Umairah. Umairah mengangguk tanda faham. Iman sudah terduduk di atas karpet belakang sofa. Ruang tamu banglo Dato Umar besar.

Perlahan-lahan Raiqal dan Umairah menerkam Iman yang seronok ketawa.

"Arghhhhhhh!!!",jerit Iman lalu ketawa.

Raiqal dan Umairah menggeletek tubuh Iman. Tak cukup dengan itu, mereka perang bantal sofa pula. Lunyai Iman dikerjakan oleh abang dan adiknya.

Ketiga-tiga adik beradik itu ketawa kepenatan. Raiqal dan Umairah turut berbaring di sisi Iman.

"Aduhhh penat...",adu Iman. Senak perutnya ketawa.

"Haih..sakit perut aku wehhh",kata Raiqal.

"Ya Allah budak-budak bertuah ni..",sergah Datin Raisha. Terbuntang mata Datin Raisha melihat ruang tamunya seperti tongkang pecah. Datin Raisha mula membebel.

Raiqal, Iman dan Umairah tersengih-sengih melihat Datin Raisha yang sudah mula membebel.

"Mamaaaaaaaa",rengek Iman lalu memeluk Datin Raisha. Raiqal dan Umairah turut memeluk Datin Raisha.

"Janganlah bebel...",tutur mereka bertiga serentak.

Datin Raisha tahan senyum. Sejuk hatinya saat dipeluk sebegini. Mulutnya sudah berhenti membebel.

Datin Raisha mengusap kepala anak-anaknya satu persatu.

"Amboi! Peluk tak ajak papa pun!",kata Dato Umar tiba-tiba.

Mereka semua tergelak melihat wajah cemberut Dato Umar di hujung tangga.

"Come!! Big hug!!",ajak Iman.

Mereka satu keluarga memeluk satu sama lain. Bahagia. Itulah yang Iman rasa.

* * *


IMAN sudah bersiap untuk keluar bersama Nadia dan gengnya.

Iman menuruni tangga mencari abangnya Raiqal yang sedang duduk di atas sofa menunggu dia.

"Jom!!",ajak Iman sambil menepuk bahu Raiqal.

"Okey jom!"

Raiqal mengambil kunci kereta audinya. Iman menyalami kedua mama dan papanya.

"Bye ma, pa!"

"Hati-hati bye!!",pesan Datin Raisha.

Iman senyum lalu menerobos masuk ke dalam kereta.

"Midvalley kan?",soal Raiqal setelah Audi merahnya membelah jalan raya.

"Yepppp!",balas Iman sambil menaip sesuatu di telefonnya.

"Balik pukul berapa? Nak abang ambil ke?",tanya Raiqal lagi.

"Tak sure lagi pukul berapa. Nanti Iman call lah",jawab Iman.

"Okey.."

Audi merah sudah memarkir ke dalam kotak parkir yang sudah disediakan oleh pihak MidValley Mall.

Iman mendail telefon kawan-kawannya.

"Haa hello!"

"Hello"

"Kau kat mana? Aku dah sampai ni",kata Iman.

"Kitaorang semua dah sampai termasuk Nadia. Kitaorang tunggu kau kat pintu masuk ni. Cepat sikit!",tutur Aisyah.

"Ha okey! Aku datang!",balas Iman lalu mematikan talian.

"Diorang dah sampai?"

"Dah.. abang hantar Iman depan pintu MidValley..",ujar Iman. Raiqal terus keluar dari kotak parkir dan memandu ke pintu masuk MidValley Mall.

"Haaa tu diorang! Bye abang!",kata Iman lalu menyalami tangan abangnya.

"Hati-hati. Apa-apa call abang terus!",pesan Raiqal prihatin.

"Ai Ai Captain!!",Iman tabik ke arah Raiqal lalu tersengih.

"Dah pergi masuk sanaa",ujar Raiqal lalu Iman berlari masuk ke MidValley Mall. Setelah memastikan Iman selamat bersama kawan-kawannya, Raiqal memandu pulang ke rumah banglo keluarganya.

* * *



GENG Putera dan Puteri serta Nadia baru sahaja keluar dari panggung wayang. Mereka menonton movie terbaru.

"Geng! Aku lapar lahhhhh",rengek Iman.

"Eeeeeeee mengadanyaaa!"

"Fikir comel lah buat muka macam tu?",tutur Harriz seraya ketawa. Iman menumbuk bahu Harriz perlahan.

"Nak makan apa ni?",soal Adam perlahan.

"Hmmm",semua sedang berfikir.

"Kenny rogers?",cadang Iman.

"Ha okey juga tu!"

"Ha okey set! Jom!",ajak Aizat.

Mereka semua berjalan berkumpulan menuju ke restoran Kenny Rogers. Beberapa mata melihat mereka kerana riuh rendah suara mereka bergema di mall itu.

Sibuk berjalan sambil berbual, bahu Iman dilanggar seseorang. Iman hampir terjatuh namun nasib baik Adam sempat menangkap tubuhnya kerana Adam berada di belakang Iman.

"Sorry Cik!!",ucap seorang lelaki.

Iman pantas berdiri semula. Adam berdehem kecil.

"Its okay..",balas Iman.

"Ehh? Iman kan?",sapa lelaki tadi.

Iman mengangkat wajahnya memandang lelaki yang melanggarnya.

Okay, this is veryyyyyyyyy....gosh!

Aqmal!

"Yeah... errrr Aqmal...",gagap Iman. Aduh macam mana ni, tiada siapa tahu lagi perkara yang sebenar tentang hubungan aku dan Aqmal,bisik hati Iman.

"Eh Aqmal? Boyfriend..err Iman kan?",tutur Ain.

"Boyfriend? Huh? Taklah kitaorang kawan jer. Aku memang suka Iman tapi aku dah move on.. aku kawan dia",terang Aqmal lebar.

Iman sudah menggigit bibir bawahnya saat semua kawan-kawannya memandang dia.

"Ohhh macam tu..",balas Aiman, matanya masih mengerling wajah Iman.

Adam kaku di sisi Iman. What the...?

"Okeylah, aku kena pergi jumpa member aku ni. Bye!",ucap Aqmal lalu pergi meninggalkan Geng Putera dan Puteri.

"Erghh..."

"Iman.. you have to explain everything to us!",arah Iwan tegas.

Iman memandang wajah kawan-kawannya.

"Explain what?",soal Iman.

"About your relationship with Aqmal!",jawab Wani.

"Erm.. aku.. aku..",gagap Iman.

"Its okay. Tak perlu explain. Kau kata kau lapar kan? Jom makan!",ajak Adam lalu menolak bahu Iman lembut untuk berjalan. Geng mereka yang lain hanya membuntuti Adam dan Iman.

Setelah memesan makanan, semua mata memandang Iman.

"Explain",kata Irfan sepatah.

"Everything!",sambung Harriz.

Iman menelan air liurnya. Gulp!

"Okey.. first aku tak cakap pun aku couple dengan Aqmal. Korang yang pandai-pandai kata aku couple dengan dia. So bukan salah aku..",jawab Iman.

"Kau boleh jer cakap benda yang betul kan?",balas Intan.

"Kalau aku cakap pun, korang bukannya percaya pun dan lagipun masatu aku terfikir erm... erm aku nak tunjuk kat Adam yang aku pun boleh bahagia even tu kebahagiaan palsu",tutur Iman perlahan.

Sepi.

Krik krik.

Iman tersenyum nipis.

"Aduhai, pahal sunyi pula ni? Lek ar!",Iman menceriakan suasana.

Semua senyum kelat. Adam terasa bersalah.

"Chill okayyy"

"Okeyyy",balas Geng Putera dan Puteri serentak. Nadia semakin akrab dengan mereka semua turut tersenyum.

"Balik ni, abang Raiqal ke pick up kau?",soal Wani.

"Yepp! Aku kena call dia lah nanti..",ujar Iman.

"Ohhh"

"Lepas ni nak pergi mana?",tanya Aizat.

"Ikut koranglah. Korang nak pergi mana?"

"Hmm boling?"

"Cun!"

* * *




SETELAH puas bermain boling dan beberapa game yang lain. Jam menunjukkan 5 petang.

"Okeylah geng, jom balik!",ajak Ain.

Mereka beramai-ramai ke tempat parking.

"Eh Iman, nanti aku hantar kau kat depan pintu masuk!",kata Wani. Iman hanya mengangguk.

Semua menghantar Iman ke hadapan pintu utama MidValley. Adam keluar dari keretanya sekejap untuk menghantar Iman.

"Hati-hati",ucap Iman. Adam senyum lalu mengangguk.

Iman dan Adam saling bertatapan mata. Entah kenapa mereka berdua rasa tida sedap hati namun mereka senyap tak mahu di antara mereka ketahui.

"Okeylah, aku pergi dulu",ujar Adam lalu melangkah ke arah keretanya. Aizat sedang menunggu dia di dalam kereta. Entah kenapa, saat itu Adam terasa tak mahu jauh dari Iman. Tapi dia cuba usirkan perasaan itu. Adam mengagahkan dirinya untuk terus melangkah.

Adam berpaling ke belakang dan melambai tangan ke arah Iman.

Entah bagaimana, ada sebuah kereta meluncur laju ke arah Adam. Adam tidak perasan tetapi Iman nampak.

"Adammm!!! Careful!!!!",Iman berlari cuba untuk selamatkan Adam namun...

Bangggggg!!!!!













































































TBC..











Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro